Sunday, February 28, 2010

Baju Oh Baju..

Hello para pembaca sekalian! Saye ingin melaporkan aktiviti hujung minggu yang biasanya akan dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Dan ianya memerlukan komitmen yang sangat tinggi..Kadang-kadang sampai kena stay-up.



Kadang-kadang juge, bangun pagi selimut wangi je..Rupenya, baju dah jadi selimut. Muahaha..Sungguh pemalas la anak dara ni! But hey, lipat baju je ok..Yang lain, pantas dan telus..*merepek ape telus, pantas segala..*

Friday, February 26, 2010

Artis Baru Yang Penuh Kontroversi

Topik sangat WoW!
Sekarang, saye sedang mengetuk-ngetuk papan kekunci laptop..
Chatting dan berblog
Hari ni cuti, patutnya, kemas rumah ke, masak ke, lipat baju ke
Tapi, saye dari pagi, duk atas katil
Melayan sang suami..Eh, eh! *sambil menjeling manja pada sang suami*
Teeehihihihi..gedik giler kan? Sang arjuna saye suka bila saye menekan-nekan.. * haihh!! Merapu ja! Arjuna aka Mek Buk* :D

Kerajinan yang melanda saye untuk mengedit video 18PL yang dirakamkan pada cuti posting yang lepas..Mulanya, tak sanggup rasanya nak upload video ni. Mahu jatuh merundum saham saye lalu menangis meronta-ronta..Erkk! Tapi, saye kan sporting! :D

Silalah tonton video ini sehingga ke minit yang terakhir..Penat saye nyanyi bersungguh-sungguh, sampai tutup-tutup mata, teran-teran nak feel lagu tuh..Jari pun luka sikit, sebab lama sangat dah tak menyentuh tali gitar, inikan pula nak menekan. Malah, chord baru yang dicipta pun ada. Actually video ni banyak version. Saye tak tahu nak pilih mana. Terlalu banyak penyanyi latar belakang yang suka nak potong suara saye termasuklah ayam-ayam yang berkokok dan cicak yang bercita-cita nak jadi cicakman supaya boleh jadi penyanyi latar saye..Dan dan..ada juga video-video yang menunjukkan bakat saye dalam mengubah lagu *kang M Nasir tak da punca pencarian pulak* maka dengan itu, saye memutuskan untuk tidak memasukkannya :)







Huh? Nape telinga tu? Sorry..sorry..Meh, saye tolong jahitkan..Adush, nape boleh tercabut plak tinge tu?

Amaran: Sila comment yang positif sahaja. Supaya saye tak mengalami symptom Schizophrenia

Monday, February 22, 2010

Kecewa Yang Patut Diberi Perhatian

Untuk makluman semua, saye ada kisah menarik untuk dipertontonkan kepada reader yang saye kasihi sepanjang zaman..*mode pengacara majalah 3 :)* ok, mari kita teruskan..

Baru-baru ini saye sangatlah kecewa dengan seorang 'orang besar' nih. Pakaian yang tip top, meletop, gaya urban *maklumlah, globalisasi dunia..* dan berbahasa Inggeris tahapppp ok...teremosi sekejap.

-Cuba bayangkan jejaka separa tua memakai pakaian urban ini..?- 

Kawan saye yang bekerja di Burger King Alamanda, telah pun dimaki hamun dengan kata kata yang kesat, kasar dan berliku-liku..erk??? Liku? Ok, teruskan lagi..Senario itu amat menarik tetapi sungguh dahsyat dan pastilah sangat Jinx (please translate into malay) kepada rakan saye itu..Puncanya, hanyalah communication atau dalam bahasa melayunya, komunikasi..haha..saye sepertinya, mahu membuat entry bahasa bukan? Serius please...Ok, mari sambung lagi..

Si jejaka muda ni ada masalah sikit dengan pendengaran. Eyh, silap! Actually, dia tak berapa dengar, jejaka separa tua tu cakap..So, dia minta jejaka separa tua tu ulang order dan cakap kuat sikit..Fuhh! Cam ribut taufan je jadinye. Habis Burger King Alamanda..Mungkin juga satu Alamanda, sebab masa gi toilet, nampak si kakak cleaner punya rambut macam baru lepas ribut taufan melanda. Pak cik yang mulut bising tu pun, rambut dia...Mak oiiii! Eyh, kan dahh! Pak cik pula..*saye telah cuba sedaya upaya untuk tidak panggil dia pak cik. Ok, jejaka separa tua*

Jejaka separa tua tu jerit "U must be playful in school! Takkan tak faham english? By this age, u should become a doctor, engineer or something better than this.."

Boleh tahan tak, anda mendengar lontaran suara yang tinggi KLCC di depan rakyat Malaysia juga rakyat negara mana-mana ntah lagi yang ada kat Burger King tu? Dah la tak pasal-pasal je nak advice orang time tengah ambik order..Ek eyhh..Side kick sekali baru tau!

Si kawan saye yang baik hati tu, senyum je..hai la kawan, napelah saye tak setabah dan sesabar kamu? Mengapa? Mengapa? Dia jawab camni je "Ok..Can I take your order, now?" Dan jejaka separa tua tu pun bla..bla..bla..

Tapi..
Part paling BEST!
Masa kawan saye bagi duit balance..
Dia cakap "Tak salah berbahasa Melayu dan saya selesa dengan bahasa Melayu. I'm going to be a doctor soon, I'm here to learn..for not becoming an arrogant person"

Wallaaweyhhhh...Cayalah kawan aku nih!! Meh, kiss skett..Muaxxxh!

Muka pak cik arrogant tu, cam plastik kena renyuk-renyuk lepas habis makanan yang kita beli kat pasar malam tuh..*orang tua kann..? haha..dia tak la tua sgt, perangai dia jadikan dia nmpk 15 tahun tua dr umur sbenar* TAPI, hidung dia..tetap tinggi. Lagi tinggi dari KL Tower. Tawu lah, wife hot! Eyh..eyh..Kantoi je, meng'usha' wife dia..Haaa la, saye suka tengok orang cantikk...

*nak upload gambar jejaka muda kita,  tp nak dptkan permission jap. Belajar dari kesilapan lalu.. ;) *

Thursday, February 18, 2010

Ke Dapur

Wooott...Wooot...
A big clap please... (tak perlu :P)
Hahaha..

Seawal 8 pagi, I dah terpacak kat Klinik Kesihatan Masjid Tanah
Nenek ajak gi ambik ubat (stok ubat dah habis)
Pastu menemani nenek bershopping kat kedai runcit
Part paling best, nenek bagi sekeping not 50 untuk membeli belah
haha..setakat kedai runcit, nak beli belah ape sangat..? Beli air kotak pun, nenek bayarkan tadi..
Dan not 50 itu cantik dan rapi disimpan di dalam purse merah saye.. :P (buat simpanan di hari tua..aip! di hari sesak..eheih! :D)


Pulang dari pekan, dah jam 10 pagi..
Rumah yang berantakan dah habis dikemas oleh si kakak saye yang comel :D
Dan tugas saye, hanyalah memasak..
Disebabkan nenek suka makan sup-sup sekarang ni (selera dah berumur), dan kebetulan ada ikan merah kat dalam fridge, menu yang terkeluar dari grey matter saye adalah 'Sup Ikan Merah' beserta sambal belacan. Hahaha..yang sebenarnya, malas nak masak. Nasib nenek nak makan lauk yang senang-senang. Kononnya, ikut perintah 'big bos' la ni.. Nah!!

-Does this look nyummy? No? Ok, calon menantu yang gagal-


Monday, February 15, 2010

Murni Selangkah Lagi





Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada rakyat Malaysia!!


Petikan di bawah di copy dari blogger yang I follow, Kak Iza
Masa kak Iza post entry ni, I memang nak paste kat blog I masa tu juga
Tapi, baru ni nak letak..



Kaum wanita amat mudah untuk masuk ke syurga tetapi tidak juga sukar untuk mediami neraka.
Sabda Nabi, 
"Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.

Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mahu mandi suci dari haid dan nifas.

Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia
berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain. *huu..suka gosip :P*

Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka karena ia
memperkenalkan dirinya kepada orang lain, bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya. 

Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking padanya karena ia bisa solat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mahu mandi junub.

Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami."

Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis. Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan juga untuk diriku sendiri.

Friday, February 12, 2010

Apa nak jadi nihh?!

................................
U all pernah rasa tak macam apa yang I rasa sekarang?
















I rasa macam nak MATI..


Tak tau kenapa
Tapi tiba-tiba
Dah 2 hari rasa macam ni
Mungkinkah petanda?

Ya Allah..
Jauhkanlah dari segala mala petaka
Masih terlalu banyak dosaku yang tidak terampun
Yang lama, yang baru, yang bakal dilakukan secara sengaja dan tidak..

Seperti hilang interest untuk hidup
Sangat kesiankan?
Padahal, everyday I tengok orang sakit
Yang berjuang untuk hidup demi segala-galanya

Astaghfirullah al-adzim..
Apa nak jadi ni..

Nabi Muhammad s.a.w apabila ditanya siapakah yang paling bijak menurut pandangan baginda, baginda menjawab: (Orang yang bijak) ialah yang paling banyak mengingati mati dan paling kuat bersedia menempuh saat kematian.


Dengan mengingati mati, bukan sahaja boleh menimbulkan rasa sesal di atas dosa yang dilakukan, malah ia boleh melahirkan ketakutan untuk meneruskan perbuatan yang dilarang oleh Allah Taala. 


Wallahua'lam..

Cita

Currently, I'm in the hospital. "Why am I here? Hey, I'm going to be a doctor 2 years more (Ameen~)" And I would like to tell u guys, bout my 'cita-cita' because initially it is something funny and silly. Enjoy yeah!


Primary school

Kecik-kecik dulu I sangatlah mengada *semua budak kecik pun macam tu kan?*
Ingat tak, masa prasekolah kena pakai skirt biru gelap tu kan?kan?kan? Kat Sek Keb Ayer Limau kena pakai baju tu hari-hari, except hari Jumaat, kena pakai baju kurung macam senior-senior. First week sekolah, hari Khamis, baru lah tergedek-gedek pegi beli baju kurung. Dan masa tu, I sangatlah gembira sebab pakai baju kurung, tak nampak 'sepender cartoon'..Kalau pkai skirt, susah sangat nak duduk bersila, malu sangat kalau budak laki nampak. Start from that day, hari-hari nak pakai baju kurung. Dah la ada satu je baju. Hari-hari balik rumah, basuh baju cepat-cepat *well, I'm independant girl huh!*

Sampailah one day ni, cikgu marah "Baju kurung pakai masa hari Jumaat je! Hari lain, kena pakai baju 'skirt' ni. Faham Murnirah?" "Faham cikgu..." *kecik-kecik dah pandai buat hal*

Masa cuti sekolah, nak masuk Darjah 1, aunty bawa gi KL shopping barang sekolah. *Yelah, anak yatim kan, masa tu mak tak ada duit sangat. Mak dan pak sedara lah yang beli sume tu* Masa tu ingat lagi, aunty offer 4 pasang baju. I pilih semua baju kurung, tapi aunty bersuara "Boleh ke pakai baju ni? Darjah 1 kan kena pakai baju pendek (skirt)". I jawab "Tak..Cikgu kata, pakai skirt berdosa. Nanti nampak sepender" *mode menipu, guna nama cikgu* Tapi at the end, I ambik 1 skirt + 3 baju kurung.

Start je sekolah, I sorang je pakai baju kurung. Yang lain pakai skirt. Pastu nak nangis, sebab takut. Dah la kena berdiri depan sekali *well, kecil molek kan..* Cikgu Halimaton, datang kat I masa perhimpunan tu, "Esok pakai baju macam tu ye (sambil jarinya menuding ke arah budak-budak lain yg kelihatan sgt comel), baju ni pakai masa hari Jumaat." Duh! Mak mestilah tak beli. Mana ada duit. I dah beli 3 kot! I diam je..Tapi hari-hari buat tak tau, cikgu pun dah malas nak tegur agaknya. Sampai akhir tahun pakai baju tu. Huhuhukk..

Erh, mana cita-cita nya? Okeyh, terkeluar topik! Jom start!

Darjah 1 sampai darjah 2 selalu dapat no 20 lebih. Penah dapat no 2 dari belakang. Hahaha..balik rumah, cakap kat mak. Konon dapat mengumpul mata yang banyaklah tu. Sekali kena marah "Itu bukan pandai, orang pandai dpt no 1". Lepas tu baru faham. Ouh, masa ni tak ada cita-cita.

Darjah 3 dapat no 10. Masa tu dah hepy sangat dah. Student ada 45 orang. Balik sekolah bagitau mak. Tapi mak cakap camni "Hurmm..belajar pandai-pandai, nanti jadi doctor. Boleh ubatkan mak, kalau mak sakit" Tapi masa ni, nak jadi artis *dalam kepala terbayangkan diri I berdiri atas pentas dengan rambut yg besar* Gahahaha...

Aiyoo..Sambung later yea! :P

Monday, February 8, 2010

Zoo Putrajaya

Hee..Di sebabkan I sangatlah kempunan nak gi zoo. Ada seekor koala muncul dengan tiba-tiba di atas rak buku I. Seolah-olah, dia mengelip-gelipkan matanya yang bulat itu dengan malasnya..Dulu, koala ni, selalu panjat kat stetoskop I. :D

Jom, tengok aktiviti koala ini..


Haa..tengok tu..tengok tu..Dia dah panjat daaa..Credit to Ina at the back! Yeay! Pics taken by her phone :P
- Alahai..cepat nyer sampai kat atas tu..Uhuhu..anda comel bergaya begitu-

- Eyh, siap kate I love u lagi..hiihihi..-

-Main ski?-

Enough Murni..Enough! Kembalilah ke alam nyata. Berfantasi udah beberapa hari. And its all about zoo :( Jom la gi zoooo, kawan-kawannnnn!!

p/s: Nampak sangat belajar main-main. Facebooknya, koalanya, zoonya..Go study now!

Shopping Terbaik

Actually, plan sebenar nak jejakkan kaki kat zoo arini. Tapi tak ramai yang berminat dgn zoo.. Duhh..Ni kisah tak ada orang nak temankan I tengok binatang-binatang peliharaan zoo. Sedey :(

Pastu, pukul 8 pagi, kakak tersayang menghantar sms. "Jom, gi Bukit Bintang!"
I dengan rakusnya membalas "Sure! 10am"
Pukul 9am, si kakak call, "Tak jadi lah, abang long ajak keluar cari tanah (menambah aset)"

Hati dah tak gembira. Mogok, tak mo mandi. Pukul 1230 tengahari baru mandi. *calon menantu yang comfirm kena reject*


Pukul 1.30pm camtu, si kakak telefon lagi. Jom pergi! Hahahha..Hati melompat keriangan.
Dan kami menuju ke Bukit Bintang. Lama dah, kaki I tak jejak sana. Hasilnya, I membawa pulang beberapa ketul blister. Tapi dengan membawa pulang barang-barang idaman hati, blister tu macam dah sembuh. Sepertinya, pain receptor di kaki I tak pernah wujud. *Boleh tak? :)*


Mari tengok gambar-gambar yang sempat dirakam kan :)

Jacket from MNG RM3++
- Huh, I look messy here. Always maybe? -

- Persembahan gendang kat Pavillion-

-Stop jap, makan ice-cream-

- Dan saye kelihatan mok..mok.. :P-

-Hee..si kakak membelikan compact powder untuk adiknya..I love u sista!-

Lina Kamal, sila jangan jeles..Habiskan bedak u tu, then baru boleh beli ini..Hahaha

-Belt dari En Fendi. Ada satu unit SAHAJA! Dan si kakak diracuni untuk membeli ini, supaya si adik dapat tumpang bergaya. Hahaha Price: Rm1+++

p/s: I panggil belt ni, Killer! Dah la garang cam leopard, harga mak aih..Function nak letak kat perut sbagai xcessory, tp i rasa, dia ada satu lagi function; Mengikat perut sampai mati (I boleh beli beras untuk setahun dengan duet sebanyak itu)

Tapi tak per. Dah penat cari duit, benda-benda macamni la yang menjadi kepuasan beliau. Anyway, thanks for da shu uemura :D

Tak jadi pergi zoo pun xper, dah ada leopard kat rumah. Boleh tengok hari-hari :P

Friday, February 5, 2010

Post-Pub.Health Posting

First of all, mari bersorak-ceria dengan my favourite 'cheers'!

Wooooottt...woooootttt~

Ok, sekali lagi, please...

Woootttt...woottt...~
(Cam seekor monyet nak buat konsert kan? :D)


My viva was awesome! (on last Wednesday)
OK, sila dengar cerita saya sampai habes, even tak berapa best :P
My lecturer asked me to explain about color coding of maternal records
And she commented on my explanation by saying "Are you sure?"
Dengan mata terangkat untuk beberapa kali..
Urghh..mata itu. Sangat mengganggu ok..
U all dapat bayangkan tak, mata yang terangkat-angkat macam mulut yang kepoh?
Terus jantung i sejuk, tangan dan kaki segalanya sejuk.


"Ok, what kind of diseases that fall in red and yellow coding? Give me 3 diseases.."
Red: Eclampsia, hypertension, uncontrolled gestational diabetes mellitus
Yellow: HIV, Hep B, diabetes

"Diabetes in yellow? Are u sure? *mata kepoh dibuat lagi*
"Yes.."
"Are you sure?"
"No, i'm not very sure"
"Ahaa..you are not sure. Ok, thats it..Read more yea, make sure u sure everything"

Phuhhh..Keluar dari bilik viva, dengan mata I pun terangkat-terangkat.
Menjangkit!
Tangan terus buka notes, check balik..
Haa! Betul ape jawapan haku..Ish..Tanya banyak-banyak kali nape?
Tu sume la tu, nak potong markah haku..Haihh..

Ok, thats about it!
And last night, I enjoyed my dinner session with my colleagues in Bagan Lalang
Makan seafood hokeyh!
Enjoy people..

Tuesday, February 2, 2010

An Apology

I'm sort of an educated person
Surprisingly, I'm stupid
Yes, sometimes
Yesterday, I did hurting someone
Still heard his freaking-sad voice
And my apology is absolutely won't be accepted

He give me a 'penalty'
Which I think, good for him and my self
I just wanna say millions of 'sorry' to u

If I could turn back the times..
Huh.. I should not doing it at the first place
Stupid!
Regret
*Sigh*

Sorry again..

About Me

My photo
Whatever u give me, I will make it greater. Give me sperm, I'll give u a baby. Give me a house, I'll give u a home. Give me groceries, I'll give u a meal. Give me a smile, I'll give u my heart. I will multiplies and enlarges what I've given. So if u give me crap, be ready to receive a ton of shit