Wednesday, March 31, 2010

Over Obsess Terhadap Kuda

Opocot! Heih..cicak ni! Tak perlulah kuat-kuat cakap "selamat pulang". Terkejut hamba. Tahulah tak sabar nak skodeng I berguling-guling atas katil kan..Cicak rumah I ni, pandai giler nak flirt..Aiyo, penatnya hari ni. Ini pun tak mandi lagi. Walaupun penat, I tetap seronok! Heee..ada kisah menarik yang Boom nih..! Mari - mari, I cerita.

Pertamanya, I dapat jawab soalan yang I sendiri tak sangka I boleh bagi jawapan setepat itu. Padahal tembak melulu. Dua soalan pula tu! Betapa seronoknya la perasaan ni. Erkk..Cikgu Azizah kata, tak baik cakap besar. So, mari dengar I cakap kecil-kecil pula. Haaa..susah pula kan, dah kecil-kecil ni. Nak kena buka mata besar-besar kan..? Tak pe la kan, sesekali cakap BESAR..banyak pula 'kan', kan? :P

Kisah kedua, Ayu datang bawa ibu dia ke hospital. Dan benda yang menggembirakan, dia masih sudi melaburkan kredit phone nya untuk memaklumkan yang dia berada di hospital. I dengan lajunya, terjun tangga. HoHoHo! Macam seekor Superman. Eh, Kem Terendak kan banyakkkk monyet, sepatutnya macam ........
-Nak tunjuk baju Superman kesukaan I..Teeehihihihi-

Ok, abaikan Superman segala. Sungguh tak sabar mencari Ayu di dalam outpatient department. Hee..at last jumpa jg! Seronok..Walaupun sekejap, jumpa juga Ayu! Lama giler hokeyh..Last jumpa dia, masa I kurus. I sempat gemok dan kurus balik. Dan, kembali comel sekarang :D

Kisah ketiga, di klinik pakar. Biasanya hari Rabu, memang I akan berada di klinik pakar bedah. Sebelum Dr B sampai, student macam I ni, kenalah interview patient yang sedang menunggu tu. Nanti bila no giliran mereka dipanggil, I akan ikut masuk sama lalu present patient complaint kat Dr pakar.

Pak Cik A, masuk dalam klinik. Duduk di kerusi yang disediakan. I berdiri di sebelah Dr B. Ouh, sebenarnya Pak Cik A buat pembedahan herniorraphy minggu lepas. Orang Melayu kate, angin pasang. So, pak cik ni datang sebab nak follow me. Eh..eh..tak tak..salah. Follow up.

Dr B: Assalamualaikum pak cik..Sihat?

PakCikA: Waalaikumsalam..Sihat..sihat..

Dr B: Macamana? Ada sakit tak?

PakCikA: Ok dah doktor..tapi sakit sikit la aritu. Saye ada naik kuda sekali.

Dr B: Huh? Jangan-jangan. Jangan buat kerja berat-berat. Tentera kan? Saye bagi cuti nanti. 6 minggu tak boleh buat kerja berat-berat. Angkat barang tu sume jangan.

PakCikA: Laaa..doktor tak cakap. Doktor tolong tulis sikit apa yang saye tak boleh buat ye.. Saye mana tau..

Pastu pak cik tu diam..Dia tengok je, prof I tulis kat nota perubatan dia. Pastu dia bersuara lagi..

PakCikA: Ni sume doktor punya pasal..*muka ala-ala comel*

Bahahahahahahahaha...kami sume bantai gelak. Pak cik ni cool laaa..kelakar giler. Prof I pun gelak juga. Padahal, heh, kami sume baru je kena belasah dengan soalan-soalan Dr B..Lepas check luka pembedahan, pak cik tu pun keluar. Pak cik tu, sungguh kelakar! Nak mention berkali - kali. Sungguh kelakar pak cik itu ! I pun menyusur keluar nak kejar pak cik tu. Sebab ada soalan yang bermain-main difikiran I.

Me: Pak cik, sekejap..

Pak cik pun berhenti dan duduk kat ruang menunggu.

Me: Pak cik, pak cik naik kuda kat mana? Saye pun naik kuda juga. Masjid Tanah ada tempat naik kuda eh?

Pak cik tu, bagi senyuman paling indah kat I.

PakCikA: Awak tak faham ke?

Ok, sekarang dah faham. Dan tersangat malu. Nak larikan diri! Tapi sebab nak cover malu, I cakap..

Me: Pak cik jangan angkat barang berat - berat. Tong gas jangan angkat, ......

Tapi pak cik tu pantas je nak potong I cakap

PakCikA: Bersetubuh la maksud saye. Dr B, mesti tak faham juga. Awak pergi tanya dia, boleh ke tak..siap nak bagi saye cuti..dia mesti tak faham ni..

I pun pecut berjalan, masuk dalam bilik Dr B. Pastu berdiri kat tepi sudut bilik tu. Tak tau nak tanya camana. Sebab Dr B memang betul - betul ingat dia menunggang kuda. Horse riding! Bukan menunggang yang lain. Tak lama lepas tu, nurse masuk, panggil kawan I (lelaki) keluar dari bilik tu. Kawan I masuk semua bilik tu, dengan senyuman simpul sarat barat. Merapati Dr B. "Sure..sure! No problem!" Tiba - tiba Dr B bersuara. Nurse pun senyum -senyum. Wahh! Mata kelip - kelip dah ni. Boleh rupanya..Seminggu dua ni, tak payah la pak cik..Aip! Aip! Budak kecik jangan sibuk - sibuk eh..


Hari ini baru sedar, betapa lurusnya Murni Ismail ni. Eh, fikiran suci mungkin. Bila fikir balik, memang tak mungkin la pak cik tu nak horseback riding. Perut maju kehadapan, dengan umur yang lanjut lagi. Heih, kenape la sel-sel otak tak berhubung masa tuh..Kena minum 5 gelas Anmum sehari nih! Pak cik tu dah bagitau I, yang dia dah pencen dari askar masa kat ward hari tu. Bisnes sendiri je sekarang ni..Yang lampi sangat ni kenape ni, Murni? Tapi, ha ha ha ha ha..surat cuti tadi? Ha ha ha ha..Nak bagi sape? Ha Ha Ha Ha..Mari gelakkan Dr B, di atas surat cuti yang dia berikan itu..Hahaha

Sediakan perut anda. Kalau boleh, kosongkan. Takut muntah darah. Sebab nak gelak besar untuk cik Murni Ismail. Sesungguhnya, dia bersungguh-sungguh kejar pak cik tu, nak tanya kat mana ada kuda. Siap kate, "Saye pun naik kuda juga!" Bahahahaha..Ngok ngek sungguh! Malu giler. Hai la pak cik, tu last la kot kite jumpa. Tak nak jumpa di mana - mana lagi dah.

Kawan I kata, "lepas ni kalau dengar perkataan kuda, nampak kuda, memang teringat Murni je la" dan kebetulan petang tadi ada kelas dengan Dr F. "Incident of open wound fracture in the farm is very dangerous. High risks of contamination. Sebab najis - najis lembu, kuda (suma gelak besarrrr..siap pandang Murni Ismail itu yang tak boleh blah)....." Tapi Dr F tak faham ape sebab semua gelak..Hahaha..

Pagi tadi, bangun tido. Mak mertua uncle I yang dari Kuantan visit kami untuk seminggu berkata "Suka tengok Murni. Mak Tok tergelak - gelak sebelum tidur semalam." Heh, ni kali ketiga dah dia cakap. Masa nak pergi hospital tadi, dia sempat kate "Hari ni, ape pula cerita yang Murni bawa.." I buat muka Shin Chan. Kelakar sangat ke ke'lampi'an I?

Jom riding sesaat!








p/s: Yang tak faham lagi dia naik kuda ape..Heh, tak dapat nak tolong! Bukan fikiran suci lagi tu, tapi seloww.. :D 

Tuesday, March 30, 2010

Kelu Yang Bingit

-Credit to Fizal Photography-

Dua perkataan tersusun di skrin aku
Dua kali dipadam
Banyak yang ingin aku hamparkan
Sebutir tak terjuak

Macam - macam melintasi fiber saraf aku
Bersimpang - siur, sesak
Macam - macam yang aku gambarkan
Hiruk pikuk, bingit
Sini menjerit, sana melolong

Ada tempat yang aku fikirkan
Ada kisah yang aku kenangkan
Ada tragedi yang aku bayangkan

Malam ini
Jari kelu lagi
Seperti dua tiga hari lalu
Baru saja ia menari
Muka itu keluar
Dan sekarang keluar lagi
Tolonglah berambus!

p/s: Aku patut tidur dengan air suci malam ini. Selamat malam makhluk Bumi.



Saturday, March 27, 2010

Earth Hour Report

Malam inikan malam 'Earth Hour'..Motifnya adalah untuk create awareness penduduk planet Bumi, due to climate change. Dalam erti kata lain, bagi bumi berehat dari global warming selama satu jam.

Maka dengan itu, I dengan bersungguh-sungguh tutup semua lampu kat rumah..
Cari lighter, nyalakan lilin beraroma lavender.. *fire produce heat kan..?*








Wahh...manyak nyer bukti 'earth hour' moment I..

"Mengada-ngada! Sakit mata orang nak tengok tv..Yang pegi tutup sume lampu ni kenape?" 
Pulakk...Madam dah berbunyi. Huhuhu..Nak tengok Akademi Fantasia. Mahu tak bising..

"Tak de keje..Nak main lilin, nak main api la tu.."
Lalu, bangun perlahan-lahan..Buka lampu.

"Satu je eh..?" Digerak-gerakkan kening yang dah terbelah ni. Eh, tapi cantik. Tak perlu pegi kedai cukur kening. Tapi sebelah je :(  Nanti I pegi buat sebelah lagi. Sunway Piramid, ice-skating lagi, jatuh lagi, bleeding lagi, dan .......

Earth Hour I tak sampai 1 jam. Gara-gara...Akademi Fantasia ke? 


Beremosional

Arrgggggggggggggghhhhhh!! Geramnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!

Senyum Murni..Senyum....

Arghhhhhhhhhh!! Tak bolehhhhhhhhhh!!

Aip! Aip! Biasa dia! Senyum Cepat!! Cepatt!!

:D

:D

:D



Pandai....

Baiklah! Untuk kesejahteraan dan kebahagiaan bersama. I do it.

*THE END*

Monday, March 22, 2010

Karangan Bergambar


Saye akan cuba untuk mengurangkan ayat bagi entry ini. Maknanya kena kurangkan merepeklah kan? Baiklah! Saye cuba..Saye akan perbanyakkan gambar demi membantu pembaca kesayangan mendapatkan cerita yang tepat. Huh! Harap-haraplah..Takut pembaca blog saye dah terbiasa dengan....Huh! Tengok..Camane nak pendek?! Enough Murni..Enough..

Tajuk karangan bergambar hari ini, adalah Rumah Pak Cik Adam - Rumah Kenduri - Jonker Walk - Mahkota Parade..

Eh, tak boleh. Tak boleh. Kena pot pet jugak! Ngeee.. :D

Di pagi Sabtu yang hening. Anak dara Puan Siti Zabidah mengorak langkah menuju ke kamar mandi..Ceh! Nak start dari kamar mandi, tak da penghujung la entry ni nampaknya..Aiyoo..

Ok ok! Lepas ni saye serius..

Last Saturday, I ada date dengan Dydo sebenarnya. But then, she can't make it. Beliau nak pergi kenduri kahwin. Jadinya, I pergilah sorang-sorang. Kesiankan bunyinya? Damn lonely uh? Ni lah nasib tak ada boyfriend. *Huh, triple kesian kan bunyi ayat ni?* Tapi..tapi..kalau memerlukan boyfriend untuk bersiar-siar je, tak elok juga kan? Bukan ke keji namanya mempermainkan hati orang? *oih, sambung cerita cepat la!!*

I teruskan dengan plan asal. Bersiar-siar di Bandar Melaka. Ditemani Izzah Syaza, sepupuku yang berumur 13 tahun. Tapi, sebelum gi Bandar Melaka, I kena pergi rumah Pak Cik Adam *I cerita in the next post* dan Rumah Mak Long (ada kenduri). Jadinya, terpaksa tukar baju bila nenek sound "baju lain tak ada ke? Pakailah baju kebaya ke, baju kurung ke.." Lalu menyusur masuk ke bilik semula. Around 1230 tengahari, I terus cabut ke Jonker Walk. Dah lain sangat Bandar Melaka ni. Sekaligus, mencerminkan diri yang sebenarnya, lama juga I tak balik Melaka. Hati sedikit terhibur dengan gelagat orang yang lalu lalang. 


-Izzah Syaza-
 





-Mini Seller-

Dan lokasi seterusnya adalah Mahkota Parade. Tapi bukan shopping untuk diri sendiri ok..I belanja  adik sepupu, since dia tak ada kakak, jadi kakak sedara yang memahami ni, bertanggungjawab menghiburkan hati dia. Tapi biler tengok camera..Eh! Pandai pulak budak ni jadi paparazzi. Hoh, ada bakat rupenya dia. 



-I suke giler gambar tengah skodeng tuh. Dan untuk makluman semua, 80% ekspresi muka I berada di kanan gambar. Garang dan bongkak kan..?-


-Dah, jom balik!

Murni, kamu sebenarnya sungguh ____________*sila isi tempat kosong* :D

Thursday, March 18, 2010

Show Your Love Contest by Cornetto

Tajuk entry ini diadaptasikan dari filem, eh..peraduan Cornetto. Sungguh bertuah rasanya menjadi cucu Wo (Wo - seerti dengan nenek), anak gadis manja kepada Puan Siti Zabidah, kakak yang comel kepada Ahmad Azri Ismail, adik suweet Norfadzilah Ismail dan aunty-suka-buli si comel Rara. Auwwww.. :D


Gambar-gambar di dalam video dibuat dengan usaha yang tungkus dan lumus ye kawan-kawan. Setelah selesainya sesi akademi di Terendak. Damn funny ey! Sangatlah rakus nak masuk contest ice-cream Cornetto. Dari hospital lagi duk fikir apa gambar yang patut saye letak untuk contest Show Your Love. Muka kerut-kerut. Lecturer tanya soalan pun tak leh nak focus. Tapi saye tak risau sangat pun, muka kerut-kerut tu, cukup untuk cover yang otak saye berada di Cornetto website sebenarnya! Konon konon soalan itu sangat susah. OMG..Student with bad affective domain...Ha! Pastu masa nak keluar dari Kem Terendak, kena ambik IC kat kaunter yang bagi pas pelawat tu. Tengok-tengok ada ni kat IC saye..Heh! Ngada giler yer incik askar..Ha, jom ramai-ramai tepon dia. Mesti dia cuak! Orang pertama yang tepon adalah abang saye..Hahaha..giler tak de keje..

Eh, eh..Kan dah melencong citer lain..Ok-lahh! Selamat berhibur dengan video ini! Supaya saye boleh menang RM10,000. Dan u ols pun boleh menang iPhone 3Gs tahuuuuuu! Pengundi terbanyak boleh menang iPhone 3Gs! Ha..so, marilah vote saye :) Video kat bawah ni, lain dengan video kat website tu..Kalau nak tawu ape yang lain, sila klik di sini untuk melihat *undi-lah sekali..sambil mata kuyu memandang lantai memohon simpati*. Dan marilah kita beramai-ramai masuk contest tu..! Heee..



p/s: Ada dua lagi contest yang I nak masuk.. Contest Slurpee 7 Eleven dan Gastby! Apsal ntah, suka pula nak ber'contest' sekarang..

Monday, March 15, 2010

Melaka Tercinta!

Ha...tengok tajuk tu...tengok..tengok..hayati sepenuh hati sehingga menusuk kalbu..Ah, tak perlu menusuk kalbu segala ye tak? Hahaha

Hati sangat gembira hokeyhh..sebab dah lama tak duduk rumah (Melaka). Almost 2 years tak duduk LAMA di rumah. Bukan 2 tahun tak balik hokeyh..Tak duduk. Maknanya menginap. Tido rumah straight untuk beberapa hari. Ngerti? Huh? Tak? Ok, gi gali tanah untuk diri sendiri sekarang.. :)

Disebabkan I posting di Terendak Hospital sekarang, I memberontak tak nak duduk ditempat yang disediakan, dan juga atas sebab rumah I lagi dekat dengan hospital compared to the place provided. Perlu ke I bayar Rm250? Padahal rumah dekat..easily accessible too! Cewahh..Ok, lupakan itu.

Dan semalam, I bershopping di pasar malam Masjid Tanah. Dua tahun tak shopping pasar malam woo.. Jadinya, hampir Rm100 leburr...beli tudung 4 helai, inner kale-kale 3. Bile dompet dah kosong, baru ingat jalan balik rumah. Tengok ayam percik gerai mak cik sorang tu pun dah macam orang tak makan seminggu je...Pandang mak cik tu, dengan muka penuh mengharap jaa..Tapi apakan daya, tinggal 2 keping Rm1. Berjalan dengan penuh longlai ke kereta..

Hari ini, disebabkan duduk rumah.. I  telah bangun seawal 5am tanpa dikejutkan oleh bunda..Lalu mandi, lalu solat, lalu study..Ini adalah satu perkara yang membanggakan. Teeehehehe..
Jadi..*wah! Terlalu banyak penggunaan kata penghubung jadi disini*, I datang ke hospital pun seawal pagi.Yeay! Dan perkara yang paling I nak buat hari ini adalah camwhore dengan tudung baru..Jadi terimalah potret I ini khas dari Hospital Kem Terendak, Melaka. :P

-Wahh..muka belagak gitu! I like it :)-


-Credit to Apis@ToyolRock-


-Gambar hari ke-2 dengan tudung ke-2 beserta kad pelawat. Gahaha..Happy hape bergambar dgn kad pelawat pun tak tawu-lahhh-

Saturday, March 13, 2010

Resipi Kek Hancur

Dimaklumkan bahawa saye telah menduduki peperiksaan pada petang tadi..soalannya boleh tahan senang. Hari ni nasib saye sungguh baik..Selalunya, tembak jarang kena. Hari ni dah pandai tembak pulak! Well, practice make perfect..

Seperti peperiksaan yang lepas-lepas, exam syndrome tu pasti muncul. Makan cam badak, syampoo jadi facial foam, body soap jadi syampoo dan colgate pun penah letak kat badan! grrrr..sejukk! Tapi kali ni, yang badak tu je yer..Nafsu meronta-ronta nak makan kek. Yang pastinya mahu cheese cake je..
Tapi, sebab exam punya pasal, tak bolehlah memenuhi permintaan nafsu badak gajah hyperbola saye tu..Sebab buang masa nak drive segala..Jadi..jadi..jadi..saye telah membuat kek sendiri..Orang lain panggil kek Batik..tapi bunda kesayangan panggil kek hancur. So, i pun panggil lah kek hancur! Sebab..sebab...sebab..dulu..masa baru-baru belajar buat kek ni, form 3 kot time tu..ada satu kisah. Masa patah-patah kan biskut tu, saye patah kan kepada 4 *sepatutnya patah dua je*, bunda kesayangan lalu didapur. Tengok anak gadisnya rakus memasak..Tengok-tengok biskut hancur dalam container kek tu. Lalu bunda berkata "kek apa hancur-hancur ni? Tak pernah orang buat kek pakai biskut..Hancur lebur pula tu.."Anak dara sekarang, yang hancus lebus tu la 'art'. Kan? Kan? Kan? :)

By the way, thanks to Aini di atas resepi anda yang sungguh lazat itu..I altered the resepi. Buttercup tu, I tak masuk satu bar, tapi I masukkan 1 sudu je *kang jadi gorilla terus kalau ambik satu bar* Tapi saye rasa, kalau masukkan satu bar, sure best sehingga tak terkata. Reality kehidupan kan, yang sedap, pasti banyak kalori. Oh, bukan semua realiti kehidupan begitu. *ohooiiii..merepek panjang giler*


-Beberapa bahan yang digunakan-




-Bersungguh-sungguh tengok resipi dari blog Aini. Sbnrnya siap chatting ngn Aini lagi-

-Kerja melikatkan coklatnye..nyummy~-

-Sambil-sambil tu mari makan buah yang berkhasiat ini-

-Dan juga hancur-hancurkan biskut-

-Jom tumpahkan coklat ke ladang gandum!! Eh, ladang biskut Marie!

-Dah siap! masuklah ke dalam fridge-

Inilah kek paling senang nak buat. Anak gadis diluar sana, tak reti buat kek ni, jangan menggatal nak kawin yer..Sebab lipat baju lagi susah dari buat kek ni..So, camne nak jaga pakai baju suami kan? kan?

By the way, sempena hari membuat kek ni, saye nak ucapkan Happy Bufday to Muzaffar Kamal (Photographer Colorworks) Semoga panjang umur, murah rezki, dan memiliki hidup yang sempurna dan bahagia..Ameen~ p/s: bangge tak, nama u naik dalam blog i? hahaha..

Calon-calon mak mertua saye, sila tinggalkan comment anda di entry ini ya. :P

Wednesday, March 10, 2010

Another Reason Why I Eager to do On-call (update)

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini. I amat menghargai kesudian rakan-rakan semua untuk membaca blog yang tak seberapa ni. Previous entry, I ada menceritakan tentang Mrs D kan? Disebabkan hari ni ramai yang YM I, menanyakan keadaan Mrs D, so, I luangkan sikit masa untuk u guys..even though banyak report yang nak kena buat and kena submit on Friday. Terima kasih semua! Lets begin..

Saye sampai di hospital seawal 730 pagi hari ni. Terlewat sedikit. Terus meloloskan badan ke dalam semua langsir-langsir yang menutupi pesakit-pesakit yang ada, bagi mencari Prof dan groupmates yang pastinya telah mulakan discussion. Akhirnya jumpa di wad lelaki. Selesai sahaja sesi diskusi, lebih kurang jam 930 pagi, saye terus berjalan ke wad perempuan. Mahu melihat keadaan patients saye. Dan Mrs D adalah pesakit yang pertama saye mahu lihat. Bukan memilih kasih, tetapi memberi priority kepada pesakit kronik. Kita boleh fikirkan ini secara logik.

Dikatil, Mr E masih setia menemani seperti hari-hari yang lalu. Berita yang menggembirakan adalah, Mrs D, telah sedar. Tapi bukan sepenuhnya. Mrs D hanya mampu membuka mata apabila Mr E memanggilnya. Bagi saye, itu sudah cukup buat Mr E. "Sayang, bangunlah..dah 3 hari tak cakap dengan abang. Jom kita nyanyi sama-sama.." Perlahan-lahan mata Mrs D terbuka. Dan yang pasti, airmata turut mengalir. Air mata kegembiraan melihat sang suami berada disisi, atau mungkin air mata menahan sakit? Urm..saye tidak pasti. Kemudian, perlahan-lahan, mata bundar yang tiada lagi sinar itu, terkatup seperti sebelumnya. Sang suami hanya menggenggam tangan isterinya, lalu menangis teresak-esak. Saye yang melihat dari cermin tingkap, berlalu menuju ke bilik tv yang berdekatan, turut sama menangisi nasib pasangan itu.

Kemudian, saye menuju ke pesakit yang seterusnya. Madam N (pesakit sebelah Mrs D) - tapi dah pindah katil. Benda pertama yang dia tanyakan pada saye, adalah keadaan Mrs D. Dan saye ceritakan apa yang saye lihat sebentar tadi. Dua malam sebilik dengan Mrs N, banyak cerita yang diperolehi oleh Madam N. Lebih banyak dari apa yang saye tahu. Mari, baca dibawah:-

1. Mrs D akan mengerang kesakitan dari senja sehingga subuh. Suaminya sentiasa memberi kata-kata perangsang setiap kali Mrs D mengerang. Mereka tak tidur malam. Malah, mengajak Mrs D mengalun zikir yang berirama nasyid (mungkin ini yang dimaksudkan oleh Mr E, semasa mengajak Mrs D menyanyi). Dan Mrs D, akan turut sama berzikir, walaupun suaranya, timbul tenggelam menahan sakit.

2. Setiap pagi, suaminya akan memandikan, mengelap, sikatkan rambut dan pakaikan bedak sebelum mak mertuanya datang, menggantikan tempat suaminya untuk menjaga di siang hari.

3. Dan Madam N memberitahu saye, "If you are a good writer, please write their love story. A great love story. You should see how her husband jaga isteri dia. Even mak mertua dia jaga dia, lebih baik, penuh dengan kasih sayang dari mak kandung dia (mak Mrs D mungkin ada masalah kesihatan)

Itu sahaja buat sementara ni. Next week, I posting di Hospital Kem Terendak. Mungkin jodoh I dengan Mrs D sampai di sini sahaja. Dan I doakan, I akan jumpa dia beberapa bulan lagi. Mari kita sama-sama doakan Mrs D.

Tuesday, March 9, 2010

Another Reason Why I Eager to do On-call

Do you have any idea based on the title above? Yes? No?
By the way, it is a sad story.

Mrs D was admitted for 15 days due to progressively abdominal distended within 1 week prior to admission.
*Ouh...bad english!*

Mrs D, 26 tahun, memiliki wajah yang lembut, halus dan sempurna tanpa sebarang cela. Dia merupakan seorang isteri kepada Mr E. Datang ke hospital disebabkan perutnya yang makin membesar seperti wanita mengandung dalam masa hanya satu minggu. Sebelum ini, mereka telah pun pergi ke beberapa klinik bagi mengetahui status Mrs D, memandangkan mereka baru sahaja mendirikan rumahtangga 2 tahun lepas, sudah pasti dalam kotak fikiran mereka hanyalah zuriat. Tapi semuanya hanya tinggal impian. Mrs D tidak mengandung.

Setelah dimasukkan ke hospital, kes Mrs D menjadi kes yang complicated. Tidak mudah untuk di'diagnose'. Tiada gambaran yang tipikal bagi sakitnya. Tidak pasti apa punca sebenar perut Mrs D membesar sebegitu rupa. Ujian darah, biopsy, x-ray, ultrasound, dan lain-lain dibuat, namun masih tidak membantu pihak hospital. Kes ini juga telah pun kami bincangkan di dalam kelas, tetapi tiada kata putus. Walaupun gabungan 3 specialist; sakit puan, pakar bedah dan juga physician, masih sama, tiada diagnosis.

Khamis lepas, saye berpeluang bercakap dengan Mrs D.

Murni: Hi D! Macamana hari ini? Kurang sikit tak sakit tu?


Mrs D: Urm..dah tak sakit. Tapi perut tegang.


Murni: Dah makan?


Mrs D: Perut tegang. Sakit. Lagipun tak lapar.


MakMertuaD: Dia tak nak makan..Hish, tak tau la nak buat macamana lagi. Minta Allah berikan petunjuk secepat mungkin je..


Murni: Inshaallah..kita doa sama-sama. Doktor pun tengah siasat kes ni.

Yang kesiannya, badan Mrs D lebam-lebam. Hasil suntikan jarum, untuk buat ujian itu ini. Sampai saye sendiri pun ngeri dengar cerita Mrs D, apatah lagi orang yang menanggung. Masa saye borak dengan Mrs D, dia minta dibaringkan, sebab perut dia dah mengah. Lepas tu, saye minta izin untuk melihat sendiri perutnya. Dan saye sentuh. Keras. Bukan seperti perut lelaki boncit *ouh! saye selalu mengusap2 perut abang sayee..hehe..big belly u oallss~*, atau perut wanita mengandung.

Mrs D: Dah 4 kali perut saye masuk tiub, tapi tak ada air pun yang keluar.


Murni: Sabar ye D, I doakan u. Ada berubat kampung ke?


Mrs D: Ada.


Murni: Diorang kate ape?


Mrs D: Buatan orang. Setahu saye, saye tak ada bermusuh dengan siapa-siapa. Tak tahu lah.

Mata saye melorot ke wajah mak mertuanya di sebelah katil. Mata bengkak. Baru lepas menangis mungkin.

Pada malamnya, saye datang lagi. Merajinkan diri untuk on-call. Terus ke katil Mrs D.

Murni: Hi D! Macamana? Dah makan?


Mrs D: Sikit je..


Murni: Ouh..Jomlah borak-borak. Jangan la muram je. Jom kita borak macam kawan.

Baru tu la saye nampak Mrs D senyum. Terima kasih di atas senyuman ikhlas itu Mrs D!

Murni: Jom, kita cuba lagi berubat kampung. Mana tahu boleh elok. Kita buat dua-dua.


Mak Mertua: Tu la, memang plan nak buat macam tu. tapi boleh keluar hospital ke?


Murni: Eyh, xyah la keluar hospital. Kita panggil orang tu datang sini.


Mrs D: Aik? Awak percaya benda macam tu?


Murni: Hee...percaya je.. :P *Mrs D senyum lagi..*


Mrs D: Selalunya waktu senja, perut saya sakit dekat sini *dia tunjuk kat area bawah dada* Panas. Lepas tu, rasa macam kena cucuk kat belakang badan.

Sebelum saye balik, Mr E datang. Turn dia untuk menjaga Mrs D, sebab suhu badan Mrs D tinggi sedikit. Muka Mr E, penuh kerisauan dan kepenatan.

Semalam, saye datang melihat Mrs D setelah 2 hari tak tahu khabar Mrs D( Sabtu Ahad tak ada class).
Mrs D tak sedarkan diri. Mak Mrs D mengatakan, yang Mrs D meracau-racau pada waktu malam. Tak kenal suami, tak kenal mak sendiri. Perutnya sedikit kempis, setelah doktor berjaya mengeluarkan air dari perutnya. Kelihatan bengkak mata mak cik tu. Menangisi nasib anak gadisnya mungkin. Mr E masih setia menunggu di kepala katil. Memegang tangan dan mengusap rambut isteri tercinta. Sempat juga saye mendengar sang suami berbisik "Sayang, bangun..Abang datang ni. Buka mata sekejap" Namun, Mrs D, masih kaku. Dadanya beralun-alun perlahan mengikut rentak nafasnya. Pada saat ini, terlalu kuat perasaan ini untuk melangkah keluar dari bilik itu. Tapi, datang seorang lelaki tua. Menghampiri Mrs D.

Saye hanya melihat perlakuan pak cik itu. Bibir dan gigi nya terketar-ketar. Ok, enough! I should go out. Pak cik tu menangis juga. Bapa mertua Mrs D rupanya. Lalu saye melangkah pergi. Saye diekori mak mertua Mrs D. "Doctor, pagi tadi, specialist kata ready dengan apa-apa yang bakal berlaku"
OMG! Sedih sangat ok..Masa tu, saye hanya fikir, "Tak kan takde cara lain lagi? Mana boleh biarkan dia pergi macam tu je. Kalau betul ada kanser hati, transplant je la. Tak kan tak boleh?" - Ilmu saye tentang perubatan masih cetek. Mungkin ada doktor yang membaca blog ini, jadi saye mengaku, saye masih belum tahu tentang liver transplant-

Dan hari ini, keadaan Mrs D masih sama. Tak ada perkara yang menggembirakan. Yang pasti, ramai saudara-mara dan rakan-rakan mengunjungi Mrs D sejak semalam.

Di antara perkara-perkara yang menyayat hati adalah:-

1. "Diorang memang dah 2 tahun kawin, tapi baru beberapa bulan je tinggal bersama. Sebab suami Mrs D kena hantar kerja di *kedengaran seperti Indonesia*" - pesakit sebelah katil Mrs D


2. "Doktor, tak kan lah tak ada cara lain lagi..Tolonglah doktor. Gunakan kepakaran doktor tu rawat anak saye" - Mak mertua Mrs D


3. "Saye nak sangat tengok muka orang yang 'buat' Mrs D sampai sanggup seksa dia macamni. Nak tengok ada taring ke, tanduk ke..Kejam sungguh!" - pesakit sebelah katil Mrs D


4. Melihat Mr E menenangkan Mrs D, semasa Mrs D meracau-racau pada waktu malam.  Kejap-kejap, tekan button panggil nurse. Melihatkan Mr E memandang isterinya dengan penuh kesyahduan, membuatkan saye terfikir - mungkin Mr E sedang memikirkan segala salahnya terhadap Mrs D, segala tanggungjawab yang tak tertunai, dan segala memori manis mereka- *urghh..Mek Buk saye pun sedang hujan nih*


5. "Nurse! Tolong isteri saye ni, dia sakit..Kesianlah kat saye ni nurse *sambil airmatanya berjurai-jurai*"

Mari kita sama-sama doakan Mrs D supaya cepat sembuh. Maaf, tiada photo diambil. Memandangkan Mrs D tidak sedarkan diri.

Sila klik disini untuk sambungan

Saturday, March 6, 2010

A Day with Dido

Hello pembaca sekalian. Saye mahu melaporkan aktiviti meronggeng bersama Dido. Si hot stuff penyanyi bersuara nyaman dan catchy..Yang popular dengan lagu 'White Flag' and 'Thank you'. Tak kenal, sila google sekarang. :P

Dido saye ni lain..Dia tak popular. Tapi berdiri megah dihati saye..Oh my girl! *bunyinye seperti pasangan lesbian antarabangsa sepanjang zaman, kan?* Mari saye menceritakan tentang Dido saye. Mari! Mari!

Kami berkenalan di Kem Khidmat Negara Gunung Ledang, Asahan, Jasin. *wah..air mata dah mula bergenang dan bergendang pula..cecehh..konon je saye menghayati kisah kasih kami :D*
Heh, antara banyak-banyak orang kat kem tu, kebetulan kami sekepala. Sekepala time mencari orang untuk dijadikan bahan gelak dan tawa kami. Heh! Kedengaran keji disitu..Dari situ bermula segalanya. Dan berakhir entah bilanya.. :D *Kebelakangan ni, bakat dalam pantun 2 dan 4 kerat makin terserlah* Hubungan kami tetap utuh dan kukuh, walaupun si Dido melanjutkan pelajaran ke Indonesia dalam bidang kedokteran *sila bunyikan seperti anda adalah pelakon Bawang Putih Bawang Merah* Dan kini, dia kembali ke tanah air! Yahoo!! Saye la satu-satunya kawan yang meng'offer'kan diri untuk jemput beliau di KLIA. Orang lain, semua parents yang jemput. So, be nice to me. I'll double whatever u did. *Muahahahaha..Bangge untuk ke sekian kalinya*

Alah! Lari topik! Cess..

Ok, straight to da point nowwww~
Petang semalam, lepas habis class, terus cabut balik rumah. Macam biasa, Mr Mekbuk (husband) kena layan dulu. Dan Dido sedang berada di talian.

"Mek, jom ronggeng!"
"Jom!!" Balasnya
"Nak pergi mana? Please decide.."
"Anywhere" jawabnya lagi
"Jom dating. Manja-manja dalam cinema" balasku
"Ok.."
"I'll pick u at Serdang Komuter, at 2pm. See u there!"
"Ok..see u!"

Mudah. Telus. Cepat. Ramah. *mudah dan cepat ada nampak disitu. Telus, ramah barangkali merepek. Wah, barangkali pula da..!*

So, pilihan kami adalah ALAMANDA - mall ku rumah ku
Tak habis-habis Alamanda. Bak kate Hariz, "nak pergi jumpa mamat jual jeruk la tue.." *itu statement yang menusuk kalbu ok*

*Ya Rabbi, ape keje minah ni, tulis sebaris, merepek, tulis sebaris, menyimpang, tulis sebaris nyaris matt..Oh, stop..stop! Hish, mari debush saye sebijik! :D - bayangkan panda koala comel dari Zoo Putrajaya tersenyum  lebar dengan barisan gigi yang berpagar besi. OMG, soooo ugly eh..?*

Ok, lets continue!

Setibanya kami di Alamanda, kami memburu Pizza Hut idaman. Sebab Pizza Hut menjadi pilihan adalah disebabkan adanya air kegemaran saye iaitu Passion Fizz. Dan bukan sebab mamat dibawah ini..*terlalu banyak penggunaan kata hubung sebab* Gaaaahahaha *uhukk..uhuuukk..ehem..tersedak pulak. Tu la, gelak keji lagi..*

-Snap curi-curi woo..nak report dalam blog punye pasal..-

Actually, last Friday makan pizza. Semalam (Friday) makan pizza lagi. Kebetulan, mamat yang sama ambik order. Mak aihh..Malu bukan kepalang. So, cara untuk cover malu begini..

"I minum air apa eyh, last week? Air ni eyh? (Passion Fizz)?"

Si jejaka tercengang-cengang lalu berkata, "Erkk..saye tak tahu la.." lalu tersipu-sipu malu lalu termasuk dalam perangkap saye lalu Yeay!!
U get it? No? No?
Alaaa..ape selow lah u all ni..

I tanya begitu konon-kononnya, I datang ke situ untuk meLIHAT dia. Bukan untuk makan semata-mata..Kononnya lagi, DIALAH DI HATI. Malu weyh..Anak gadis kuat makan cam hippo. Nasib baek I tak kuat makan. *hahaaha..ayat cover lagi..* Tapi malangnya dengan soalan I tadi, I seperti membuka pekung dan tepung di dada. Sebab, dia sebenarnya, tak ingat pun I datang last week! Hampeh je..

-Menu idaman Dido-

-Menu idaman jantung hati saye-


-Cubaan berani mati. Nasib dia sengih je lepas shoot ni. Kalau dia bagi Phenampar Fizz Free camne? erk..!!"

Dan selesai je upacara mengisi 'tong', kami meneruskan perjalanan disekitar Alamanda. Memandangkan ini adalah kali ke-2 Dido menjejakkan kaki disitu. Dan semestinya, upacara bergambar menjadi pilihan!! Wooot..woottt! Tapi! Tapi! Tapi! Gambar saye je yang penuh..Hahaha..Sebab Dido, suka snapkan gambar. Dan saye, sangatlah suka bergambar. *A good combination kan?*

-Taraaa..memperkenalkan. Dewi Alamanda!-

-Dan, lagi!

- Saye kelihatan begitu, disebabkan, Dido dah naik hantu..Dia dah mula baring-baring atas lantai-

- Comelkan? Single lagi nih..Inilah Dido saye..She's sooo sweet to handle-

-Dido lagi..-

Selesainya sesi menonton, kami pun beredar. Dan sempat lagi camwhoring. Untuk dijadikan santapan dihari tua. :D
Saye menghantar my lady pulang ke rumah kakaknya di Bangi. Dan sebelum Dido turun, kami camwhoring lagi. 
Tiba-tiba...Bila Dido nak buka pintu..Wow! Terkejut gilakkk..Jantung sempat melantun keluar berjoget-joget. Satu kumpulan makhluk kecil berdiri kat tepi kereta I, tersengih-sengih. Hadoii..Masa tu, terus rasa macam berada kat negara India. Ingatkan kanak-kanak mengemis. Serius terkejut woohh..Masa tu nak buka pintu pun dah takut. 2 minit camtu, baru buka. Dido tanya "Adik..kenapa duduk sini?"
Diorang pun jawab "Nak ambik gambar.." *Wallaweyhh...Jantung aku dah menari-nari pun tadi, nak camwhoring juga rupenye..cehh!*

I pun buat berlagak macho la. Heh, depan budak-budak je pun.."Ouh, mari-mari! Dik, senyum...1..2...3!" Click! Click!


"Sekali lagi dik..Ambik gambar dengan kakak tu..Senyum luas-luas. Esok masuk TV!" *Hahaha..janji palsu semata-mata*


Masa drive balik ke Putrajaya, sempat lagi tersenyum sorang sorang. Hati gembira bila memikirkan tentang perkara-perkara yang berlaku. At least "Aku dah buat ramai tersenyum gembira hari ini.."
Kepuasan yang nyata!


Ada cerita disebalik gambar diatas. Lain kali la ya! Panjang sangat dah entry ni. Melalut pun banyak..

Tuesday, March 2, 2010

Hidup Yang Tidak Lagi Indah

Hello pembaca yang saye hargai sekalian..Entry kali ni berkisarkan kehidupan seorang hamba Allah yang saye temui ketika melaksanakan tanggungjawab saye sebagai seorang pelajar. Cerita ini sedikit sebanyak menyentuh hati dan naluri sebagai seorang manusia.


Mr K, 26 tahun, ada segalanya. Baru berkahwin beberapa bulan. Membawa isterinya pulang ke Dubai dan bekerja disana. Setelah satu tahun setengah, mereka kembali ke tanah air. Dan 4 bulan lepas, Mr K mengalami cirit birit setelah pulang dari bercuti dari sebuah pusat peranginan Semenanjung Malaysia.


Mr K pergi berjumpa doctor, dan diberikan ubat demam biasa. Seminggu kemudian, dia datang berjumpa doktor tersebut mengadukan tentang 'jerawat' di lehernya. Tapi tiada rawatan terhadap aduan yang dibuatnya. Dan dia datang kembali ke klinik tersebut, setelah beberapa minggu kemudian kerana jerawat tersebut semakin membesar. Actually, Mr K sangat takut dengan doktor. Dia menolak untuk membuat sebarang biopsy semasa di klinik pada mulanya.Dan doktor refer Mr K ke hospital tapi defaulted.


Dalam masa dua bulan jerawat tersebut semakin membesar. Mr K dan isteri pastinya risau bukan kepalang. Setelah beberapa investigation yang dilakukan, doktor mengatakan dia menghidap lymphoma. Dia telah pun berhenti dari kerjanya. Dan isterinya juga terpaksa berbuat demikian demi menjaga suaminya di hospital.Kini, Mr K membuat rawatan susulan di hospital. Sel kanser dah merebak ke seluruh tubuh badan. Dia mengalami cirit birit disebabkan sel kanser yang telah pun menghuni ususnya.
Semasa saye meng'interview' Mr K, suara dan gaya cakapnya seperti orang yang sudah putus harapan. Sekarang, separuh badan Mr K tidak boleh bergerak (kanser merebak ke saraf tunjang). Antara ayat-ayat Mr K yang membuatkan saye depressed sepanjang minggu ini adalah:-


1. Awak tahu tak, mana nak dapatkan fund? Saya tak ada duit lah nak buat rawatan. Saving cukup untuk pembedahan tulang belakang ni je..nanti nak chemo lagi. Hushh..Pening la. Baik saya mati je la..


2. Awak rasa saye boleh elok ke?


3. Hishh..saye takut la pembedahan ni. Baik saye mati lah.. "Eish, abang jangan lah cakap macamtu..kita tak comfirm lagi, cancer yang macamane..abang kena kuat tau!"


4. Sorry ey, saya tak tukar pampers lagi..(tumor has impinged the spinal cord - loss of motor and sensory functions, so wee wee dan poo poo tak rasa dah..)


5. Semalam kaki saye boleh gerak lagi. Saye pergi toilet sendiri, tapi hari ni, saye tak boleh gerakkan jari


Dan sebelum I tinggalkan Mr K, I ada cakap kat wife dia. Kena terus support husband dia. Kakak tu menangis..OMG! I can't handle this..Si isteri siap tahu prognosis of Hodgkin's and non-Hodkin's lymphoma. Keesokan harinya, Mr K dibedah. What I heard from a friend of mine, Mr K still tak boleh gerakkan kakinya.


Sampai hari ni, saye masih melarikan diri dari berjumpa Mr K. I know, he's not discharge yet. Saye takut. Takut kalau tersilap atau terlepas cakap, memandangkan Mr K suka bertanya. Sebab saye tahu, keadaan Mr K yang sebenar. Wallahua'lam..


-Mass at the neck-


-Multiple masses-

p/s: Mr K sangat cooperative.
"Mr K, saye nak check sikit boleh? - Bolehh..rasalah, keras."
"Saye nak ambik gambar boleh? - Boleh.."
"Nah, tgk gmbr ni, kalau saya masuk dalam internet tak per kan? Muka Mr K tak ada pun dlm gmbr ni..-Alah, kalau ada gambar pun tak pe"
"Terima kasih..Jumpa lagi. Jgn takutlah..doa banyak-banyak..Inshaallah tak da apa-apa"

Baru je jalan dua tapak...

"Adik, belajar betul-betul tau. Jadi doktor yang terbaik.."

Saye senyum dan berlalu pergi. Dalam hati hanya mampu berkata "Ameen..Ya Allah, aku mengharapkan keajaiban dari-Mu"

Walaupun bercakap hanya beberapa minit, tapi macam dah kenal berpuluh tahun. Inikan pula, menjadi sebahagian dari Mr K, seperti keluarganya. Kepada kawan-kawan saye, jaga kesihatan anda. To all of my beloved friends, please practice a healthy lifestyle ;)

About Me

My photo
Whatever u give me, I will make it greater. Give me sperm, I'll give u a baby. Give me a house, I'll give u a home. Give me groceries, I'll give u a meal. Give me a smile, I'll give u my heart. I will multiplies and enlarges what I've given. So if u give me crap, be ready to receive a ton of shit