Friday, May 28, 2010

Wang Besar

Entry ini pendek saja

Lokasi: Mesin pembayaran tiket parking Alamanda
Waktu: 645 petang
Kejadian:

Perut yang berbunyi dari pukul 9 pagi, baru je diisi dengan Snack Plate KFC. Burrrkkk..Alhamdulillah. Teeehihihi..Kaki terus mengorak langkah ke Watson, terus ke bahagian penjagaan rambut. Syampu Head & Shoulders dicapai dan dibawa ke kaunter. Titt..titt..Selesai urusan jual beli.

Melangkah laju menuju ke Cold Storage. Ligat bebola mata mencari mangsanya. Cadbury snacks. Kehabisan stok mungkin. Dan terus menerus kaki menjalankan fungsinya dengan baik. Terima kasih Ya Allah, dengan organ yang cukup efisyen ini.

Beratur untuk membayar tiket parking. Jejaka di depan ni, kelihatan..Urmm..Nyummy! Macam Cadbury. Eh! Merepek apa kau, Cadbury! Gila! Wajahnya seperti orang yang runsing. Arh, biarlah! Kau ada dua masalah besar yang belum selesai. Sibuk nak tambah dengan memikirkan masalah orang lain. "Baiklah.." Hati menjawab. Aku patut ceriakan diri. Walaupun tidak untuk sehari ini, sekurang-kurangnya, seminit.

Jejaka tadi memasukkan tiketnya, disusuli dengan not merah. Aura ceria dapat ku rasakan sekarang..Hehehe..1..2...3.."Saya putar lagi Halim..Wang besar! Wang besar!" Alamak! Terkuatlah pulak...Berderai - derai minah belakang aku tergelak, sekuat syiling yang keluar dari mesin.

Mamat tu bongkok perlahan - lahan. Kutip duit syiling 50sen dari mesin itu. Pandang aku macam nak marah ok..Tapi aku, sikit tak gerun. Saya kan anak jantan mak. :)

Sebelum berlalu, jejaka tu sempat cakap "Ada no telefon?" Eh, tak. Tak. Dia tak cakap macamtu. Dia cakap "Nakal eh.." Dan aku balas "Haah! Ramai cakap.." Si jejaka tersenyum.

p/s: Saya telah membuatkan dua orang gembira hari ini. :)

Friday, May 21, 2010

Aku Cinta Kamu

Semalam tidurku masih lena
Aku tersenyum bahagia
Kerna sayangku berada di sisi

Malam ini, tidur ku dijaga oleh bayangnya
Sayangku telah pergi
Lalu, air mata ini laju membasahi pipi
Sungguh berat rasa dada ini
Sakit dan sesak menahan airmata
Pedih menahan rindu dihati

Kini aku hidup keseorangan
Bertemankan air mata
Terpandangkan 'mainan' yang dibencinya,
sudah cukup untuk buatku menangis.
Tinggallah 'mainan' itu berhabuk.

Gadis - gadis yang melintasiku,
tidak lagi rasa menarik.
Terbayangkan sayangku menarik wajah masam.

Televisyen dan radio,
langsung tak membantu menghilangkan kesedihan ini.
Kerna, akan mengingatkan lagu - lagu kegemaran sayangku

Tatkala tangan disuap ke mulut,
mati terus pedih perut ini.
Terlihat - lihat si dia menikmati hidangan dengan penuh selera.

Ingin membuang semua fotonya dari ingatan,
tapi makin jelas wajahnya dihati ini.

Entah ini malam ke berapa aku kehilangannya
Malam ke berapa aku menangisi pemergian dirinya
Terlihat - lihat sayangku di ruang televisyen
Sudah ada penggantikah dia?
Mungkin juga telah mulakan hidup baru..
Tapi aku?
Sukar bagiku untuk meneruskan hidup tanpanya
Adakah hanya aku yang mencintainya sepenuh jiwa dan raga?

Selagi nafas tidak terhenti, aku akan terus menunggu..
Masih mengharapkan keajaiban dari-Nya
Masih menangis
Masih merindu
Masih mengharap
Dan akan terus mencintainya

Entah sebab apa,
Aku suka semua kelemahan dirinya,
Aku bangga, untuk menyempurnakan dirinya
Menutup segala kelemahan dan menjadikan dia yang terbaik
Kerna aku yakin, aku tercipta buatnya
Aku dilahirkan untuk melindungi dirinya.

Aku rindukan gelak tawanya
Aku rindukan bebelannya
Aku rindukan rajuknya
Aku rindu lirikan matanya
Rindu untuk bersamanya
Rindu..


Sayang,
Aku tetap mencintaimu dari jauh
Jika ada perasaan benci terhadapku,
Aku mohon ingatlah kenangan manis kita bersama,
Ingatlah perkara yang paling membahagiakanmu, sayang..

Dalam hari - hari bahagiamu nanti, luangkan satu saat untuk mengingati diriku
Dan dalam hari - hari dukamu, ingatlah bahawa ada seorang lelaki yang amat mencintaimu



-From Fred to his Angel-

Wednesday, May 19, 2010

Personality Disorder Atau Masalah Personaliti

Saye ada kawan. Macam saye sorang je ada kawan. Kamu semua pun ada kawan kan? :)
Tapi kawan saye ada penyakit. Psychiatry problem. Kesian dia.

Check-lah senarai di bawah. Kot - kot lah kawan kamu macam kawan saye juga. Tapi kalau kamu ada masalah, kamu tak kan perasan punya. Jadi, gunalah point - point di bawah ini, bagi menilai diri anda. Eh, silap. Minta kawan kamu yang nilai.

Lecturer saye kate, kalau kamu atau kawan kamu ada ciri - ciri di bawah ini, tak semestinya dia ada penyakit tu. Jadi kamu kena ingat. Selagi dia tak ganggu komuniti, dia tak dipanggil disorder. Itu hanyalah trait. Tapi kalau sampai saye dah tulis dalam blog. Sampai saye nak bercerita pasal dia dan penyakit ini, maknanya dia menganggu lah kan? Ke, dia ganggu saye je? Ke saye yang ada penyakit? Aduhh..Tak per, tak per. Rasanya saye ada trait ja.

Ouh, kawan saye tu ada Histrionic overlapping with Narcissistic (perasaan sayang diri sendiri melampau - melampau)

Histrionic

- seductive/provocative behaviour (ni keje yang asik nak menggoda orang)

- perasan yang dia sangat intim dalam sebuah perhubungan, padahal tak pun

- attention/publisiti - yang suka sangat dengan publisiti. Yer, suka sangat!

- influenced easily - mudah dipengaruhi dengan apa aja..dari kata umpatan orang ke,pemakaian orang ke..kalau orang normal, lantak pi la nak kata apa kan? Suka..depa ni suka nak fikir lebih-lebih. Jadi masalah

- dari segi percakapan suka nak impress orang. Haa..bagus jg impress orang ni. Tapi kalau impress dengan benda-benda yang tak ada info? Ibarat tin kosong la jawabnya

- mood swing

- make-up - semua ni untuk dapatkan attention

- exaggerated emotion sehingga orang bengang dengan kamu..Sampai tak larat nak dengar, gegendang telinga pun makin nipis.

- sensitip pada teguran

- terlalu taksub dengan penampilan diri - contohnya, alamak, jerawat tumbuh, tak boleh keluar hari ni!

Jadi, ada tak? Ada tak?

Berbalik kepada kisah kawan saye tadi, dia memang ada semua trait di atas. Treamentnya, adalah berjumpa pakar untuk psychotherapy. Dia memang ada masalah dari kecil. Kamu semua boleh google Histrionic dan Narcissictic untuk maklumat lanjut.

Psychotherapy tak perlu nak pergi pakar je. Kawan - kawan pun boleh bagi support. Bagi semangat kat dia. Yang kawan saye ni, saye dah cuba. Tapi mungkin saye tak berjaya. Ha la, cakap nak kasar je. Nak fire dia je. Mana la tak lari budak tu dari treatment..Dia adalah my 1st defaulted case.

Dah..dah..Pegi print ke ape ke..Suruh kawan nilai.

Ouh, lupa. Personality disorder ni ada banyak lagi..Kalau kamu rajin, pergi la google. Kalau tak rajin, tunggu la saye rajin untuk listkan semuanya :D

Sunday, May 16, 2010

Menghitung Hari

Ecehh..tajuk suspen je..
Macamlah anak gadis Puan Siti Zabidah ni, nak dipinang orang..

Sedap betul tidur malam tadi..
Semalam pergi Kemaman, melawat dan memanaskan rumah baru abang saye..
Bertolak seawal 7 pagi, dan pulang pada pukul 4 petang..
Tiba di Bangi, hampir 8 malam.

Sepanjang minggu ni, saye hidup dalam ketidakselesaan..
Sentiasa membawa tisu kemana-mana..sebab air mata mudah berjurai, hati mudah tersentuh..
Eceh! Mengada jiwang segala.. :P
Di harapkan incik incik bawa bertenang..
Sebenarnya, saye menghidap penyakit 'demam viral'
Disebabkan TAK suka makan ubat, ianya berpanjangan sehingga 7 hari.
Cari pasal kan?
Ape tak nya, bila makan paracetamol, dapat penyakit baru..cirit dan birit.
Nanti, amat susah untuk ke kuliah.
Jadinya, makan pada malam hari aja..dan jika perlu (bila panas)

Dan sekarang saye sudah sihat! Mudah aja..
Jumpalah ibu - ibu anda, dan dapatkan ciuman kasih dan sayang darinya..
Maka, terubatlah segala penyakit yang ada!
Thank you, mommy!

Ouh..
Saye sedang menghitung hari..
Ada 4 minggu saja lagi..
Untuk menamatkan semester 6 saya..
Dan, perkara yang menggembirakan, adalah cuti selama sebulan..
WOoott..Woooott!
Kedengaran sangat kesiankan..?
Macam tak pernah cuti kan?
Ha la..medical student mana ada cuti lama - lama.. :(
Kalau ada cuti pun, busy buat short semester, repeat paper..
Ahaha..kantoi disitu!
Ok, go Murni! 4 weeks more! And hoooorayyy!!

-Mari pinang saye!! Hahaha..tetibe!-

Saturday, May 8, 2010

Penyibuk Yang Sibuk

Heyy my lovely readers!! :D How are you doin, guys? Ok, as all of u can see, I hardly update my blog for the past 2 or 3 weeks. Yeahh..I'm soooo busyy..busy with my classes, reports, lectures, friends and etc..

.............................................................................................................

Wednesday - 8pm at Sek Men Bukit Bintang (L), PJ
Glee Mob Dance in KL







.............................................................................................................

This week, I missed two bedside-teaching due to my poor immune system. And I'm suffering from one of the the viral prodromal symptoms; sore throat..Sebab tu tak boleh banyak cakap.. :P

Even though I don't have much time for myself, I try to treat my friends nicely. Some come with love and friendship troubles, stress with their studies and etc..For certain reasons, my friends tend to tell their problem to me, and luckily, I love to help them out. 'Trouble is a friend' suits me very well! :D

This morning I had a class in Putrajaya. And one of my colleagues announced a very pleasant sentence, which, sweep off the 'fragility' of my body. He said "Prof proud with our group, very dynamic and so far, this is the best group in our batch. And another thing, we know that, one of our team member had a problem and she's depressed. We have to help her. Success together!"

Friend, I don't know how should I help u, as u always better than me, in many ways. I regret that u're not telling me directly. But, dont worry babe. We'll graduate together. Don't let that problem, suppress ur spirit in maintaining your performance as one of the best student in our college. Let's pray together!

.............................................................................................................

Sedikit sebanyak, saye pun dalam kesedihan. Sedih bila kawan tak fikirkan diri dia sendiri. Orang lain, duk sibuk - sibuk fikirkan semua tentang dia. Fikir macamana nak bantu dia untuk jadi yang terbaik. Tidur tak lena. Pantang ada masa sikit, mesti fikirkan pasal dia. Fikir dan terus berfikir.

Aku sesak..
Aku makin lelah..
Andai satu hari nanti, aku tak mampu bertahan..
Aku akan pergi meninggalkan kau..
Tapi, andai kau tersedar dari lamunan itu..
Datanglah..
Carilah aku diserata pelosok
Aku pasti menghulurkan apa aja kemahuan kau




Sunday, May 2, 2010

Di Persimpangan Dilema

Aku sedih melihat keadaan mereka
Membawa haluan masing - masing
Seperti tiada penyelesaian

Lagu yang dimainkan sekarang
Buat aku mengalirkan airmata
Masih jelas terbayang airmatanya
Sewaktu aku mahu meninggalkannya
Lalu aku peluk
Dengan harapan, dia kuat untuk mengharungi semua ini

Dalam telapak hati aku
Aku mengharapkan mereka bersama
Buang yang keruh
Dan ceduk yang jernih

Betul kata orang
Kepercayaan adalah kunci sebuah perhubungan
Betul kata orang
Cinta memerlukan pergorbanan
Dan betul juga kata sesetengah orang
Cinta akan meningkatkan status hidup kita

Demi cintalah,
Dia mengundur diri
Melakukan pengorbanan
Walaupun hatinya berat
Ingin memberi peluang kepada kekasih
Melakukan apa saja kemahuannya
Memperbaiki kelemahan
Mempertahankan kekuatan

Dan kekasih hanya perlu mempertahankan cinta mereka
Dengan menghargai pengorbanan itu
Serta memberikan sedikit pengorbanan

Kawan..Jikalau engkau betul membencinya, aku mohon, ingatlah kebaikan dan jasa - jasanya. Ingatlah perkara paling manis ketika bersamanya.

Kawan..Kalau betul, keputusan itu yang terbaik buat kamu, aku amat menghormatinya.

Kawan..Be strong!

About Me

My photo
Whatever u give me, I will make it greater. Give me sperm, I'll give u a baby. Give me a house, I'll give u a home. Give me groceries, I'll give u a meal. Give me a smile, I'll give u my heart. I will multiplies and enlarges what I've given. So if u give me crap, be ready to receive a ton of shit