Saturday, September 18, 2010

Perkembangan


Holla te amor! Weeeeet weeettt..saye kembali menulis! Eh, menaip! Sungguh lama tidak meng’update’ blog ni. Minta maaf ya, peminat – peminat semua *gila apa kau perasan public figure!* Maklumlah, saye banyak melakukan kerja – kerja sampingan.  PMR dah nak dekat. SPM pun sama juga. Kalau dah nama tutor, sedikit sebanyak risau juga, prestasi anak didik kita. Sama pening macam mak ayah student. Kalau dah nama sukakan sukan lasak, memang masak la lemak – lemak tepu badan.

Eceh..Tu yg sebenarnya nak action  ke apa tuh..? Ehem..ehemm..Saye dah register jadi ahli club TLS fitness center kat Kajang tu..Untuk setahun lagi..Semangat habes nak pergi sume class yang ditawarkan. Pilates, bollywood, cha cha, belly dance, kickboxing. Cam cartoon juga la bila tengok badan bulat ni nari – nari. Disebabkan kesihatan badan yg semakin menurun, saye sebulat hati..Erk? Saye mengambil keputusan untuk kembali aktif! Yer yer..sabar sabar. Nak bagitau la ni. Hish..Sebab lain adalah, bila mendapati badan saye mengalami perkembangan yang pesat. Dan satu lagi faktor adalah, setelah mendapati kelembapan minda saye untuk mengeluarkan jawapan yang tepat lagi meng’impress”kan di dalam kelas. Sesungguhnya, aktiviti seperti menari dan kickboxing dapat mempertajamkan minda anda. Sungguh weyyhhh…ni fakta!


Mulai dari sekarang, segala aktiviti luar yang melibatkan pergaulan antara kawan – kawan akan dikurangkan. Haaalaaa..aktiviti bershopping, merayap ke sana sini, memang akan dihentikan. Ini bagi memberi peluang kepada diri ini, untuk berehat secukupnya, supaya tidak sakit – sakit lagi. Supaya tidak lagi belajar pada saat – saat akhir peperiksaan.  Supaya tidak makan makanan berkalori tinggi yang mengiurkan semasa berjalan di dalam mall.


Gossip terbaru saya adalah, saye berjumpa dengan ramai hot gay di gym. Eh, hot guy! Teeehihihihihi..*kedengaran sungguh gedik bukan tawa sebegini..?* Tapi hanya si dia berada di hati. Bila ntahnya si dia nak berambus. Si dia ni pelik ohh, hanya saya seorang yang macam menzahirkan perasaan ini terhadapnya. Si dia macam tidak merasakan kewujudan saye je. Eh, sapa yg pelik? Kau la pelik..Orang tak suka, hegeh2 pasal apa..Ok, dah! Perenggan ni dah cukup kembang.


Meh, cerita raya sikit. Raya kali ni, sama macam tahun – tahun lepas. Bezanya, saye masak 3 rendang (itik, ayam, perut lembu). Dari kecik sampai tahun lepas, jadi tukang kacau rendang. Jangan risaulah, rasanya tip top! Sama macam emak masak. Dah bertahun – tahun tengok mak masak kan..Sesi interview tahun ni berepisod. Lepas sorang sorang tanya itu ini. Muda mudi macamni, biasalah tanya pasal jodoh je la. Soalan yang buat saye senyum sampai sekarang.

Interviewer: Bila nak kawin?
Saye: Bila – bilalah
Interviewer: Dah ada calon ke?
Saye: Dah, tapi ntah..dia tak nak Murni pun.
Interviewer: Huh? Dah tu, nak kawin camane?
Saye: Kita tangkaplah dia soh kate nak..
Bahahahahahahahahaha…Bersurai dari duk bergosip. Tetamu dah datang.

Borak dengan mak ngah adalah perkara paling best kalau ada family gathering. Mak cik yang paling sporting nak layan anak buah yang paling senget. Benda yang paling saya nak buat, tapi tak dapat buat pada raya kali ni adalah bergambar berdua dengan mak.
p/s: Ingat 3 bulan lagi, nak aktif horse riding balik laa..

Salam Aidilfitri, maaf zahir batin kepada semua yang mengenali diri saya.

Sarat

Bagai benang tersimpul
Bagai rambut yang kusut
Bagai batu yang menghempap
Bagai ribut melanda jiwa

Tiada ungkapan yang lebih baik
Tiada perumpamaan yang kurang dari ini
Hati sarat memikirkan tentang engkau
Tiada apa yang dapat menghentikan pemikiran ini

Terlalu risau tentang dirinya
Kadang terfikir, untuk apa aku lakukan semua ini?
Aku hanya ada jawapan ini. Buat sementara ini.
Terlalu kasihkan SAHABAT.

Untuk tidak mempedulikan sahabat, sulit bagi diriku
Kerna aku dilahirkan untuk menjadi CARE-TAKER

Sahabatku,
Aku mohon kesabaran darimu.
Penuhi masamu dengan berfikir
Lengkapkan hidupmu dengan hasil fikiranmu
Hati seringkali tersasar
Minda menjamin hari tuamu

About Me

My photo
Whatever u give me, I will make it greater. Give me sperm, I'll give u a baby. Give me a house, I'll give u a home. Give me groceries, I'll give u a meal. Give me a smile, I'll give u my heart. I will multiplies and enlarges what I've given. So if u give me crap, be ready to receive a ton of shit