Tuesday, November 30, 2010

An Open Letter

Click 'Confession' pada singingbox di sidebar kiri anda untuk effect yang lebih menarik


Dear Love,


Kehadiranmu mewarna jiwa
Kedinginanmu menusuk hati
Tidak ku mahu menyata rasa
Kerna tak mahu hati terluka


Sejujurnya aku merasakan, diri ini kian menjauh dari kebahagiaan. Sepanjang umurku, banyak aku sendiri. Sendiri jalani hari, tanpa sesiapa yang benar-benar memahami. Hidupku ada segalanya. Kasih sayang keluarga nyata ku terima ,tapi jauh di sudut hati, masih banyak ruang kosong yang tak terisi.

Aku biasa sendiri. Sememangnya tak mampu untuk ku terima, bila diri terpaksa diulit sepi, namun itu yang tertulis, aku kuatkan hati melayari hari. Pernah jiwaku diisi dengan bahagia, tapi tak seindah yang ku impi, hancur berderai di tengah jalan. Ku jatuh ke lubuk derita, menangis kesakitan kerana kehilangan, dan perlahan-lahan ku bangun, ku kumpul segala kekuatan untuk meneruskan kehidupan.


Walau kumasih mencintaimu
Kuharus meninggalkanmu
Kuharus melupakanmu
Meski hatiku menyayangimu
Nurani membutuhkanmu
Kuharus merelakanmu


Kesilapan demi kesilapan aku buat. Menyakiti hati sendiri bila mencipta harapan tak pasti. Harapan yang dipupuk, disemai namun akhirnya diracun tanpa belas. Dan keperitan demi keperitan aku rasai. Aku lelah, lelah mengikut waktu. Mencari kasih di hujung penjuru, tak ku jumpa tak kutemu. Dan sepi terus membelenggu.

Akhirnya aku sedar. Tiada guna aku mencari. Walaupun itu yang aku mahu. Aku cuba memberi, segala apa yang ku mampu, namun aku yang disakiti. Disakiti, dikhianati. Pabila aku memberi sayang, tiada cuba menghargai. Semakin aku menyayangi, semakin itu ku dijauhi. Kedinginan merajai, kesepian terus menemani.


Dan tak mungkin untukku
Tuk menggapai cintamu
Walau rasa di hati
Ingin memilikimu


Salahkah aku memberi walau tiada dipinta? Salahkah aku cuba memahami walau tiada yang menerima? Mungkin aku bukan terbaik di padangan mata. Jelas ku bukan terbaik untuk sesiapa. Aku pernah merasainya juga, lalu ku mengerti mainan jiwa. Bila keikhlasanku disalah erti, bila kejujuranku dicurigai; tidak tertanggung sedih ini. Yang ku mahu hanya ingatan, ingatan yang tak mampu kuperoleh, dari mereka ku tersisih.

Mungkin ini memang jalan takdirku
Mengagumi tanpa dicintai
Tak mengapa bagiku asal kau pun bahagia
Dengan hidupmu, dalam hidupmu..

Jujur ku kecewa dengan segalanya. Jujur ku tak mampu menahan perasaan. Lalu ku ambil keputusan, aku berdiam. Mungkin lebih elok untuk semua. Ada atau tiada diriku, sama sahaja. Tiada beza untuk sesiapa. Jelas tiada beza untuk semua. Tidak ku niat menagih sayang, tak ku ingin meraih simpati. Aku tahu siapa diriku. Aku kenal seluruh jiwaku.

Dinginnya getaran asmara
Sentuhan mula bermakna
Ku tak bisa juarai
Jiwa yang ku tak punya

Dinginnya bila kau berkata
Ruang buat ku tiada
Memoriku gengamilah
Biarkan aku beralah

Ku tak mampu menjauh, tapi biarlah ku jauh. Melihat kebahagiaan dari kejauhan. Biar ku simpan senyuman ini, biar ku tutup tangisan ini. Mereka lihat aku tersenyum; senyuman yang ku ukir menjaga hati. Mereka lihat ku ketawa; ketawa ku cipta menghilang lara. Mereka lihat aku bising; bising sekadar menutup kecewa.


Siapalah aku ini
Yang ingin memetik cintamu
Siapalah seadanya
Diriku di sisimu

Bila ku kembali sendiri, hujan lagi hati ini.

Ku tahu tempatku dalam hidup ini. Sekuat aku tempuh derita dulu, harus ku teruskan sebanyak ku mampu. Ku cuba melawan sepi ini, walau aku terus sendiri.


Sepi hati terjadi lagi
Mungkin sampai mati aku sepi
Biar senyum hadir di hariku
Namun ini hanya ada di bibir
Di bibir saja

Aku ini yang bisa mengerti
Walaupun yang lain mau mengerti
Namun berat beban hidupku
Biarkan saja
Biar saja hanya ku yang tahu

Sejarah cinta dan hidupku
Penuh duri dan banyak ranjau
Butuh kesabaran yang penuh
untuk tetap ku berdiri

Ada saatnya ku bicara
Bila hatiku telah bulat
Sepanjang ku bisa atasi semua
Aku tetap diam

Author: Adi Luqman

Perbualan Panas

Jangan nak pelik, jangan runsing bila anda nampak Murni Ismail rajin blogging dua tiga hari ini
Dia sememangnya begini. Terutama sekali bila hari exam makin hampir. Haa..memang biasalah..
Kalau tak caya, tepuk dahi tu. Cubalah ubah sikap supaya berprasangka baik kepada orang-orang Murni macam saya :P

Eh kejap, saya nak bagi soalan untuk pembaca comel macam awak. Tapi jawab dalam hati pun sudah memadai. Apa kaitan aktif berblogging di saat, minit dan jam untuk menjawab exam kian hampir? Komplikasi betul soalan kau tu Murni! Jawapannya, simple! Macam perkataan 'simple' tu sendiri. Pendek. Satu patah perkataan. Stress. Itulah. Tulah jawapannya.. Eiii..slowlah awak ni.. Kalau jawapan anda salah, jangan nangis. Nanti Murni buat contest macam Nuffnang selalu offer. Jadi, kena alert dengan setiap entry yang saya post nanti. Sebab hadiah lumayan seperti Blackberry Bold dibawah ini menanti anda.















Bukan itu yang Murni nak ceritakan kat sini. Macamni, ceritanya.
Semalam, ada seorang manusia, tegur Murni kat Yahoo Messenger.

He: Hi..comel lah u ni..kalau dulu intro perbualan macamni, malas sangat nak layan
Murni: Thanks..
He: Can I ask u something?
Murni: Sure..
He: R u virgin?
Murni: R u crazy?
He: I was wondering whether u're still virgin or not..

Murni malas gila nak layan dengan soalan macam tu. Lepas 3 minit, dia gatal tangan 'buzz' pula. Mamat ni kalau aku lempang, berapa kali agaknya gigi dia gugur semua eh? Tak ada kerja lain agaknya wankers kat Malaysia ni? Kalau adik-adik yang baru je ceburi dunia cyber ni, hati-hati dengan orang macamni. Murni memang dah dapat agak personaliti dia dari soalan pertama. 

3 minit kemudian, dia tak puas hati lagi. Dia bagi explanation, supaya Murni jawab soalan dia. Dia cakap, dia tengah buat research. Haaa..bijaklah tu? Bukan macamtu cara la orang buat research. Dia mesti fikir semua orang kurang bijak macam dia. Mesej Murni yang terakhir kat makhluk kurang bijak tu adalah "Kalau diri sendiri tak baik, jangan sesekali bermimpi nak dapatkan benda bernilai.."




Pemerhatian Murni sepanjang menceburi dunia cyber, kebanyakan wanker ini menggunakan taktik ini:-

1. Memberikan pujian tentang diri anda. Padahal tak pernah pun orang puji diri anda melambung begitu.

2. Mereka akan minta gambar anda. Kalau yang dah termakan dengan pujian tadi, sure bagi. Pesan Murni, jangan bagi.

3. Mereka ajak webcam. Haaa...yang ni bahaya owhhh..Adik-adik muda mudi dewi remaja di luar sana, tolonglah jangan terpedaya. Dia nak tunjuk benda-benda pelik je tu. Tolonglah jangan teruja. Nanti dia patuk..Eh! Tak..Tak.

4. Kalau webcam tunjuk muka je tak pe dik. Kang dia puji, "rantai adik cantik, baju adik cantik..Boleh berdiri sikit tak? Abang nak tengok". Mampuuiiiiiii..Ha..Jangan berdiri ok!

5. Anda kena ingat, kalau anda ikut apa yang dia suruh, anda pasti ke dia seorang je yang tengok? Manalah tawu, dia record video tu, dan upload masuk hottube.com ke, melayuboleh.com ke. Eh, malulah..Nanti, dah besar, nak masuk Akademi Fantasia.com, terpaksa tarik diri, nak jadi Menteri Kesihatan pun tak boleh..

6. Kalau ada yang nak send file seperti gambar atau video. Silalah klik button ignore atau decline. Murni 101% percaya yang file tu adalah gambar dan video beraksi panas.

7. Paling mudah, kalau ada orang bagi pujian melambung tinggi setinggi KLCC di awal perbualan, dipersilakan untuk mengabaikannya. Mereka ini hanya ingin melunaskan nafsu dengan cara yang salah.




Kalau ada yang dah biasa melayan orang-orang macam ni, cuba reflek diri anda. Mudah lupa tak? Mudah untuk menuntut ilmu sehingga ke liang lahad tak? Kalau susah jawapannya, anda sudah terkena virus! Virus minda ni, lama-lama boleh gelapkan hati. Kalau orang tu smoking, lagi cepatlah hati tu gelap.

JANGANLAH ANDA MENYALAHGUNAKAN INTERNET DENGAN BAHAN-BAHAN LUCAH - Pesanan Khidmat Masyarakat






Monday, November 29, 2010

Nuffnang's contests

I've been missed so many contests offered by Nuffnang
Being a 'white-coat' student, you don't really have much time to sit in front of your lappy and write a blog post according to the title given.
I used to do that before, but its just for a very short period.

I noticed some of my blogger friends didn't missed those contest, for example, The Beautiful Blogger, Hanis Zalikha
Some of them, managed to win the contest and gt valuable prizes
For example, Digi  rewarded an iPhone 3Gs to Best Dressed blogger and The Best Post-Event Blog Post in a party (Pimp My Music)
Hopefully, DiGi would organize another party for the launching of iPhone4, and who knows, I may become a winner ;)

The latest contest recommended by Nuffnang is Jipaban
I'm quite annoyed with the word 'Jipaban' at first and I was like "What the hell is everyone showing their Japan vocabulary..?"
Only then, I know..Jipaban is a shopping mall based on the cyberworld
As a college girl, shopping is the best thing to do
And of course, I would spend my weekends facing the lappy ;)


Thursday, November 18, 2010

Losing a mom would take another half of you

Belum sempat aku menaip sebaris ayat ini
Air mata berlari laju
Sebak dada aku
Seperti ingin pulang ke Melaka semula

Ibu kepada seorang rakanku telah pulang ke Rahmatullah
*Menitik lagi airmata ini kerna terbayangkan mak aku*
Takziah untuk Nubla Najmudin
Semoga anda tabah mengharungi hari - hari selepas ini

Status - status facebooknya pun sudah cukup meruntun jiwa
Apa yang anda bayangkan bila terbacakan ini? "I miss her smile,her laugh:I miss her smile,her laugh"
Apa yang anda fikirkan tentang sebaris ayat ini?  "A strong girl keeps her stuff in line-and with tears running she still manages to spit the simple words "I'm fine."
Apa perasaan anda dengan ayat ini? "Its very painful but please God,give me enough time to say goodbye"

Perkara yang membuatkan aku turut merasa dengan pemergian ibu rakanku ini, bila memikirkan
Besar sungguh pengorbanan seorang ibu
Tempat dia disusukan itulah, menjadi punca pemergian ibu tersayang
Aku sangat dapat merasakan keadaan rakanku ini
Sebagai bakal doktor yang belum sempat merawat ibu sendiri
Yang pasti, keinginan untuk berada disisi ibu disaat - saat akhir hayatnya amat tinggi
Tetapi Allah Maha Berkuasa
Tanggungjawab sebagai seorang pelajar tidak boleh diabaikan
Dan memikirkan ibu yang kesakitan berada jauh dari Kota Lumpur ini, sangat memilukan
Allah Maha Berkuasa, Nubla
Allah tidak akan menguji hambanya yang lemah

Sedikit sebanyak, kotak fikiranku didatangi mak
Laju lagi airmata ini
Dan suatu hari nanti, aku pasti merasakan perkara ini
Tak mampu untukku bayangkan jika suatu hari nanti, hidupku tanpa mak

Dah! Tak nak bayangkan..
Inilah mak aku! Inilah ayah aku!
Dialah yang buaikan aku! Dialah yang rotan aku!
Bila melihat gambar dibawah ini, cukuplah!
Aku boleh menangis sampai esok





Sunday, November 7, 2010

Yang Kita Hina, Yang Kita Abaikan

Seperti rumah yang ditinggalkan penghuninya, seperti itulah blog ini dibiarkan sejak beberapa bulan lepas
Banyak perkara yang boleh aku coretkan, yang perlu aku luahkan. Namun tiada sedikit pun daya untukku melaksanakan hajat kecil itu. Posting di HKL benar - benar membuatkan aku letih. Kalau dulu, seusai melaksanakan tanggungjawabku sebagai seorang pelajar di hospital, kakiku pasti melangkah ke gym untuk pelbagai aktiviti kesihatan. Paling tidak, dapatlah aku mencuci mata melihat jeja....urkk?! Maaf agak keterlaluan bahasaku. Ok, jom serius!

Lelaki pertengahan umur itu berjalan menyeberangi jalan. Rambutnya tidak rapi. Poket bajunya yang bewarna coklat itu, sedikit terkoyak. Berseluar bewarna seakan-akan bajunya. Dan tidak jauh darinya, terdapat sebuah kereta mewah bewarna putih laju menghampirinya. Seperti orang gila, pemandu itu menekan hon kereta. Lelaki pertengahan umur itu sedikit terkejut lalu memaki hamun pemandu itu tadi. Dan hampir saja kereta itu terkena balingan selipar. Wajahnya kelihatan bengis.

Lelaki tadi melintasi gerai - gerai di sepanjang deretan jalan. Hampir ke semua mata yang ada, melorot jatuh pada wajah comot itu. Bila dibalas pandangan, mereka memalingkan wajah. Tiba di sebuah meja yang diduduki oleh dua gadis, lelaki itu berhenti, lalu merehatkan punggungnya. Tidak semena-mena, dua gadis itu menjerit lalu meninggalkan makanan mereka. Lelaki itu kelihatan bercakap sendirian. Mengenang nasibnya mungkin.

Kesian lelaki ini. Lagi kesian bila memikirkan mentaliti orang negara kita. Masih di tampuk lama. Masih belum merdeka. Untuk apa memarahi seorang lelaki yang tidak mampu? Apa di dalam kotak fikiran mereka ini? Orang gila? Yaa..mungkin dia seorang yang gila. Tapi orang lain masih waras. Masih mampu berfikir dengan baik.

Sebelum kakiku melangkah merapati lelaki tadi, datangnya seorang lelaki 30an menghampirinya. Menepuk bahunya. Lalu bersembang seperti menanyakan kabar. Datang wanita separuh abad menghampiri meja mereka untuk mengambil pesanan. Dari bahasa tubuh lelaki tadi, dia seolah-olah seronok dengan kehadiran anak muda itu. Setelah makanan yang dipesan oleh mereka sampai, lelaki pertengahan umur itu mula menyumbat isi perutnya. Hati ini berdetik "berapa hari agaknya pak cik ni tak makan.."

Setelah beberapa minit berlalu, anak muda itu meminta diri, meninggalkan lelaki tadi yang masih menjamu selera. "Semoga Allah merahmati mu"

Dua hari kemudian, aku berjalan ke ward seperti biasa. Aku terlihat seorang lelaki ber'kot' putih, berjalan dengan agak cemas di koridor hospital berdekatan tempat parking kereta.

"He is a doctor here!" kata hatiku..Aku amat setuju dengan pepatah ini. "Doctor is a noble profession".
Dan..dah..sudah-sudah! Tak ada apa-apa lagi. Hati tak da terdetik benda yang bukan-bukan ok...

p/s: Rindulah vit B saya :(

Tuesday, November 2, 2010

Melangkah Ke Tepian

Aku kini di dalam kelas ilmu di tengah kota yang sesak lagi bingit
Di luar kedengaran pencemaran bunyi yg dilakukan oleh manusia yang kurang sabarnya
Di hadapan berdirinya rakanku yang berusaha keras menerangkan topik 'Depression'
Dan diwaktu sebegini, kosentrasi seringkali terlepas keluar dari kelas ini

Prestasiku kini kian merundum
Lelah dengan kesesakan jalanraya di kota Lumpur ini
Letih dengan pelbagai aktiviti socialku
Muak dengan perangai anak didikku yang tidak memikirkan masa depannya
Penat memikirkan peperiksaan yang bakal ku tempuhi 5 minggu lagi
Semua ini bercampuraduk
Lalu melunturkan semangatku dalam akademik
Dan tanggungjawab untuk membantu orang ramai seperti dilupakan

Nasib sering menyebelahi aku
Hadirnya rakan, Aishah mengejutkan aku dari alpaan ini
Sedikit sebanyak, aku depressed sebenarnya!

Jalan penyelesaian yang biasa diambil adalah mendekatkan diri dengan Tuhan
Solat dan Quran memang membantu aku menangani masalah sebegini
Aku perlu berubah, mengatur kembali hidup sebagai seorang pelajar yang tekun

p/s: Bertemu dengan 'si dia' dua malam lepas sedikit sebanyak menenangkan diri ini

About Me

My photo
Whatever u give me, I will make it greater. Give me sperm, I'll give u a baby. Give me a house, I'll give u a home. Give me groceries, I'll give u a meal. Give me a smile, I'll give u my heart. I will multiplies and enlarges what I've given. So if u give me crap, be ready to receive a ton of shit