Wednesday, December 29, 2010

AFF Suzuki Cup 2010

Tahniah kepada pasukan Malaysia di atas kejayaan mereka membawa pulang Piala AFF Suzuki 2010.
Seperti yang semua sedia maklum, jarang seorang wanita arif tentang selok belok sukan, terutama bolasepak. *cehh..bunyi nak kelassss je* 

Perlawanan akhir diantara Malaysia vs Indonesia di Kuala Lumpur pada Ahad lepas, berpihak pada pasukan Malaysia kerana berjaya menjaringkan 3 gol, manakala Indonesia pulang dengan perasaan hampa.

Pada malam ini (29/12/2010) Indonesia berjaya menjaringkan 2 gol menumpaskan pasukan Malaysia yang menjaring hanya 1 gol di bumi Jakarta. Namun kejayaan tetap menjadi milik Malaysia dengan jumlah mata (4 - 2)

Tahniah sekali lagi buat Pasukan Malaysia

Safee Sali pasti akan meniti dibibir rakyat Malaysia. Begitu juga dengan penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi yang beraksi dengan cukup hebat.

Tak yah cakap banyaklah Murni..kau takkan dapat lawan Pengulas Sukan tu. Haih..

Baik-baik..sikit je lagi..



Bukan apa, kita nak tunjuk gambar pemain hebat bolasepak Malaysia je.. :D



Safee Sali. Uihh..nampak loving kan? :D


Buat muka buruk pun, nampak manis lagi :P




Ni la goal keeper Malaysia, Khairul Fahmi ;)



Haiih..Fahmi, jangan nak simpan rambut panjang lagi! Tak elok permainkan hati orang


Orang Kelate rupanyaa



Pemain bolasepak Malaysia yang lain, jangan kecik hati kalau nama anda tidak disiarkan. Tak tau apa masalah kita masa tengok perlawanan ni, nampak Safee dengan Fahmi je yang dalam TV. Mungkin kena jumpa Optometrist esok ;)



Tuesday, December 28, 2010

Saya Ingin Bercuti

Nampak tak apa yang budak ni nak? Dia nak bercuti tu...Heh! Forget it, Murniiiiiiiiiiiii..Konon ada hati nak pergi bercuti. Mak kate "macamlah kerja teruk siang malam berbulan-bulan yang sibuk nak cakap macam tu.." Huk alaa..kan dah kena.. :P

Alang ada cakap "Nanti kita pergi bercuti kat Mabul.." Si adik dia ni, cepat je balas "Ok! Murni check kan ticket AirAsia!"

Huh! Apa yang best sangat tentang bercuti ni kan, adalah MAKANAN. Nampak tak, MAKANAN ditulis dengan sangat besar..? Wohoooo..seronok owh, jalan-jalan bersiar-siar pun, makan..Penat jalan, makan. Melawat muzium, makan lagi. Dihampiri penjual jagung, makan lagi sekali. Walaupun kenyang, nanti tengoklah.. Mak mesti kata "Tak yah nak diet-diet, datang sini sekali je, lepas ni tak nak datang dah.." Haaa! Ugutan yang sangat menangkap kalbu ok..Mana tak si anak gelojoh dia, beli semua makanan yang dilihat..

Disebabkan tengah berangan-angan nak bercuti, Murni hanya mampu list kan beberapa lokasi percutian yang menjadi idaman kalbu. Kelassss kau Mariiiaaaaaaaa! :D


Perhentian Island


Tioman


Mabul


Mabul

Mabul tu, macam besar cost nya..Perhentian tu, ngeh ngeh ngeh.. :D

Saturday, December 25, 2010

A good friend

I hardly remember friend's birthday even for my best friends
Because I believe that friend won't give me profits
Mom always told me, "Be friend with anyone you like, but don't make them a priority in your life"
Mom's advice is always the best. Thanks mummy!
I've never had problem with my friends by holding onto ur words.

Ohh..ok..I would like to tell ya bout my girlfriend
She used to be my cousin's girlfriend
We got to know each other, since..
Uh, see! I cant remember!
I think our friendship has been a year
On 19th Dec, she celebrates her 20th birthday (I'm not sure actually.. :P)
Luckily, I didn't forget to wish her happy birthday. Facebook did a very good job yaw ;)
Actually, I really bad in memorizing dates
I really hope, people who I care about won't make negative assumptions whenever I don't wish them
I've my own way to appreciate u guys










Happy birthday Fara Kareem Chin. Your heart is as white as snow. That's all I can say about u. I love u gurl!

Tuesday, December 21, 2010

Pencarian Dewi Remaja 2010

Kalau korang pengikut tegar blog anggota salah function (Telinga Melihat Mata Mendengar) ni, korang mesti perasan yang Murni Ismail duk sibuk kempen kawan dia, Anzalna Nasir dalam Pencarian Dewi Remaja.


Final Dewi Remaja telah pun dilangsungkan di PWTC pada 8hb Disember yang lalu. Walaupun masa tu busy sangat dengan preparation untuk final exam, datang juga dengan semangat dan harapan yang berkobar-kobar untuk support Anzalna. Family Anzalna, Murni, Fara Kareem Chin, Nad, dan Elza datang sebagai penyokong kuat Anzalna. Fred, Felsharn, Aunty Fazlyn, Aunty Rosyati datang bagi pihak Anzalna dan juga Zarina disebabkan ada dua pertalian disitu..Hiks! Keyon dan Apis pula datang bagi banyak pihak, sebab Nadiey, Fiz and Tilla merupakan kawan-kawan mereka.


Anzalna



Frankly said, semua finalis Murni suka! Semuanya baik..Semuanya berbakat. Tapi pemenang boleh sorang je kan..Sepatutnya karangkraf sediakan pemenang mengikut kategori yang bersesuai..mcm Miss Comel, Miss Anggun, Miss Jelita, Miss Catwalk..kan best gitu..suma org boleh menang..Hikss :D


My favourite Dewis are Anzalna, Izara, Ramona, Tilla, Azar, Zarina, Nadiey Hana..Haish..mcm semua kan? Masa berlangsungnya majlis ni, rasa macam nak sorok muka kat bawah kerusi. Banyak sangat camera dalam tu. Jeling sana, ada camera, pandang atas ada camera, pandang depan ada camera, pandang bawah...kalau ada juga, memang lari keluar dari dewan la..nak rakam apa kat bawah kan..?

Masa Awal Ashaari dan Yasmin Hani umumkan top 5 tu, sangat berdebar ok..Macam diri sendiri pula yang berdiri gigil-gigil kat stage. Sakit kepala ouh tunggu dia sebut nama top 5 tuh..So, top 5 untuk Dewi Remaja kali ni, ialah Ira, Sha, Izara, Neelofa and Ramona.
Memang tak da rezki Anzalna la nampaknya..*nangess* Sob sob *lap air mata* Tapi, sokongan terus diberikan kepada Izara yang comel. Suka betul tau dengan Izara ni. Toink toink comel dia..Sampai tak ni mesej Murni bila cakap toink toink..? Toink toink tu maknanya super comel laa...

Izara


Ok, sekarang mari kita umumkan pemenang Dewi Remaja 2010. Tempat ketiga jatuh pada Sha, yang juga merupakan bakal doktor. Gambar tak ambik pula..Dia ni, memang mengalahkan orang Melayu eh, siap pandai berpantun segala..Tempat kedua pula dimenangi oleh Dewi Comel, Izara Aishah. Dan the real Dewi is Neelofa. Juga tak ada gambar. Hampir-hampir je nak ambik gambar dengan Lofa, tapi Lofa diminta masuk untuk bergambar dengan orang media. Haish....Frust betul! Anyway, congrates kepada semua pemenang ya..
Kepada dewi-dewi yang lain, mudah-mudahan rezeki anda akan melimpah ruah dengan menyertai pertandingan ini, because I believe that this is your platform untuk menjadi anak seni.

p/s: Dengar cerita Anzalna mendapat undian yang paling banyak, sekaligus menjadikannya sebagai Dewi Favourite. Kalau salah info, harap dimaafkan ;)






Fara, Nadiey dan Murni


Fara, Edry KRU, Diana, Murni



Anzalna dan Murni




 Anzalna, Ramona dan Nadiey



Aunty Fazlyn, Anzalna, Aunty Rosyati



Felsharn, Afifah, Uncle Nasir, Aunty Azlina, Nazirah, Murni, Fara, Fred


Dewis


Bestie (Fara Kareem Chin)




Uncle Nasir dan Azhar Sulaiman


Apis, Tilla dan Keyon


Elza and Murni






Anzalna dan Fred


Zarina, Murni, Anzalna


My BFF

Sunday, December 19, 2010

Wedding

Baru je update blog tadi, ni nak update lagi. Well..Kate nak jadi minah up-to-date kan?
Tadi duduk sembang-sembang dengan mak cik, mak dan juga nenek kat dapur. Diorang borak pasal kenduri kawin. Biasalah, cuti sekolah hujung-hujung tahun macamni, memang semua berlumba-lumba kawin lain nak besarkan keluarga. Dan semua pun berlumba-lumba nak pilih tarikh yang WoW untuk kesenangan mereka tidak lupa menyambut anniversary. Mungkin ada segelintir di antara mereka memang purposely pilih tarikh-tarikh macam 10/10/10 supaya orang lain akan ingat tarikh mereka disatukan. Eihhh..tak da sapa la nak heran tarikh anniversary awak. Kan dah emo...

Geram!!! Semua pun nak kawin pada 25th December. Dan semua majlis pun wajib untuk Murni pergi. Kat  Melaka ada 2 jemputan. Jemputan dari Md Rawi, kawan masa sekolah rendah memang sangat ditunggu-tunggu, sebab kedua-dua mempelai bercinta sejak berumur 13 tahun. Hebatkan? Bertahan sampai sekarang. Jemputan dari rumah belakang lagi lah merunsingkan kotak fikiran Murni. Pengantin lelaki yg juga dua kupu-kupu pupu Murni, akan bernikah pada 25th Dec juga.

Zaizul pun jemput untuk ke majlisnya di Kemaman. Faidhi pula menjemput Murni ke Shah Alam (rumah pengantin perempuan). Dua-dua pun coursemate. Sighh..

Setelah difikir-fikirkan kemungkinan besar Murni akan ke Melaka pada hari Jumaat. Sebab orang Melaka biasanya majlis pada malam berinai besar sangatlah meriah disertai bunga api dan kompang. Akan ku cuba untuk menghadiri ke dua-dua majlis ini. Pada hari Sabtu, bolehlah pergi ke Kemaman pula. Wooot Woooootttt! Bolehlah makan sata, otak-otak, Kopitiam Hai Peng, Keropok lekor, dan ikan bakar..*drooling*


 Pertabalan Raja Sehari Kak Long :D

I look so young!


Tapi!! Semuanya ini memerlukan assistant. Ingat mak nak bagi ke drive sorang-sorang ke Kemaman? Kalau dulu ada kak long, nak pergi mana pun boleh. Ada duit, jalan je. Sekarang, kak long dah ada baby Adam, memang semua tu impossible la untuk jalan-jalan macam dulu lagi.. :( Sekian, cerita minta simpati untuk mencari teman bagi sesi Jalan Jalan Cari Makan wedding Zaizul.

Mungkin Ini Yang Terbaik

Ini adalah kisah kasih
Yang belum berbalas
Yang akan dikuburkan



















Dari dulu, susah benar untuk kasih seperti ini menakluki hatiku
Kalau ada, ianya cuma seketika
Kalau ada, akan ku hindari seawal dan sebaik mungkin
Ianya hanya kerna 'takut'
Takut disakiti..
Dan kali ini, aku berhenti memendam rasa untuknya
Masih dengan sebab yang sama :)



Pepatah itu tepat jatuh ke dahiku
"Penantian suatu penyiksaan"

Tuesday, December 14, 2010

This is bad

I did badly in the exam just now
This is a real bad.
After so many exams I went through, yet this is the worst. Hopeless!
Thank you =)

Orang kata, tak guna menangis di kemudian hari.
Kat sini nangis, hari ini, esok tak.
Lagipun bukan Murni yang nangis, tapi minah tu ha..


Monday, December 13, 2010

Musim Soalan

Agaknya sekarang ni, orang sibuk buat persiapan nak buat majlis kahwin kan?
Ye lah, dah hujung tahun ni. Classmate Murni, ada 3 orang yang akan mendirikan rumahtangga mereka pada minggu hadapan. Dan bestfriend Murni pula akan melangsungkan pernikahannya pada 1/1/2011.
Dan Murni pulak?

Murni baru nak pegang cangkul, kutip pasir, nak buat tangga. Rumahnya ntah bila siap.

Ok, dah! Straight to the point. Jangan berbasa-basi lagi. Exam tak habis lagi, sibuk nak update blog!
Oh..ok..ok..Baik..

Haritu Cik Nad tiba-tiba tanya "Murni ni single and available eh?"
Respond Murni "Hahahaha..pasal apa ni? Sapa yang tanya?" Ceh..macam dah tahu je Nad cakap apa.
Rupanya nak recommendkan bestfriend kepada Ayie (pacar nya Nad). Pemandu kapal terbang udara Asia katanya.

Dan semalam, abang Akmal sms. "Murni single lagi?" Ceh..suspen je soalan.
"Haah, single..Abang Akmal berkenan ke? Gahahahahaha"
"Kawan abang, nak kenal dengan Murni. Pilot. Tahu dah, Murni tak minat. Tapi try la.."

Oh..oh..tiba-tiba heran. Apa tak ada orang nak kan si pilot ke sekarang ni? Mustahil..mustahil..

Untuk soalan Si Nad, Murni jawab "Kalau berkawan tu bolehlah..kalau expect lebih dari kawan, takut tak dapat nak bagi.."
Untuk soalan abang Akmal, "Murni single, nak kawan boleh. Nak minta jadi pacar, susah sikitlah. Taste Murni luar biasa"



Sememangnya kedua-dua penyoal ini sedikit bingung atau tak puas hati dengan jawapan Murni. Heee..
Murni menunggu imam muda laa :D

Thursday, December 2, 2010

Agung

Bukan cara aku untuk meluahkan rasa sayangku kepada seseorang
Bukan niat aku jika kelakuanku sering menyakitkan hatimu
Memang caraku melayanmu seperti rakan biasa yang lain

Mungkin agak sukar untuk melihat cinta dalam diri ini
Mungkin kelakuanku mengaburi naluri hatimu

Tidak ku tahu meluahkan isi hati
Tidak ku pernah melafaz ayat cinta

Mungkin cintaku tidak seagung Romeo dan Juliet
Mungin cintaku tidak sehebat momentum Laila dan Majnun

Sesungguhnya cintaku sangat ikhlas
Masih belum dilimpahi pada mana-mana lelaki
Mungkin selama ini, cintaku ini disimpan untukmu
Aku yakin, aku mampu setia padamu
Dan hanya jika kamu tercipta untukku

Mood 'kejam' sudah mariiiiiiiiiiiiiii!

About Me

My photo
Whatever u give me, I will make it greater. Give me sperm, I'll give u a baby. Give me a house, I'll give u a home. Give me groceries, I'll give u a meal. Give me a smile, I'll give u my heart. I will multiplies and enlarges what I've given. So if u give me crap, be ready to receive a ton of shit