Sunday, June 5, 2011

Aku Mahu Mencontohi Anjing

Kenyataan di atas amat ganjil. Tapi mari kita dengar sebuah kisah yang ku petik dari salah sebuah buku ilmiah yang ada di rumah.

Suatu petang, di dalam kedinginan yang terasa mencucuk-cucuk hingga ke tulang penduduk kota Switzerland, keluarlah seekor angjing bersama tuannya ke stesen keretapi. Tuannya terpaksa meninggalkan anjing tersebut buat seketika demi urusan penting. Sebelum berangkat, tuannya akan mengusap2 dan anjing itu akan menjilat2 tuannya.

Dan tanpa diduga, tuannya jatuh sakit semasa bertugas dan akhirnya mati. Keesokan harinya, anjing ini keluar menunggu tuannya di stesen keretapi tersebut. Apabila keretapi sampai, anjing ini menyalak kegembiraan, duduk betul-betul dengan pintu gerabak bagi menyambut tuannya. Namun, wajah tuannya tiada. Dan keretapi berlalu menuju ke destinasi seterusnya. Anjing td mengatur langkah dengan wajah yang sugul.

Keesokannya dia datang lagi bagi menyambut kepulangan tuannya dgn penuh setia. Hari demi hari, anjing tadi tetap menunggu. Dengan menahan nafas bagi meledakkan rasa menerkam dan menjilat manjanya, ia tetap menunggu bagi mendapatkan usapan dari tuannya di pintu gerabak keretapi. Pilu lagi hatinya. Melangkah dengan wajah yang sugul lagi hari ini.

Ia tekun melakukan perkara yang sama. Setiap hari. Bertahun-tahun. Musim berganti sehinggalah anjing tadi tua. Dan ia tidak kemana-mana lagi. Hanya mampu berbaring lemah dengan wajah yang sayu, menanti dan terus menanti. Panjang episod dukanya. Dan dalam nafas terakhirnya, ia masih menunggu, di tempat sama tuannya membelai buat kali terakhir. Di situ jugalah anjing itu menemui ajal. Di sebuah penantian yang tiada noktah.

Begitu setia kan, seekor anjing? Benar kata-kata Saidina Ali, "Aku belajar tentang takwa drpd kesetiaan anjing pada tuannya"

Kita sebagai manusia susah sangat nak setia pada Allah SWT. Banyak kurniaan yang kita dapat, sedangkan anjing tadi, makannya di bawah meja, tidur di ruang asing rumah dan nasibnya terselamat sedikit daripada anjing-anjing terbiar, namun ia tetap bersyukur. Apa yang ada pada anjing sebenarnya?

Dalam perhubungan seharian pula, nilai tertinggi adalah nilai kesetiaan. Bayangkan kalau nilai ini tiada dalam sesuatu perhubungan. Masih adakah hubungan? Tak mengapa kalau hidup tanpa kekayaan, dan kesenangan.

About Me

My photo
Whatever u give me, I will make it greater. Give me sperm, I'll give u a baby. Give me a house, I'll give u a home. Give me groceries, I'll give u a meal. Give me a smile, I'll give u my heart. I will multiplies and enlarges what I've given. So if u give me crap, be ready to receive a ton of shit