Wednesday, August 24, 2011

Happy You Happy Me

No class for today. Lalu tercetus idea-idea merapu untuk menggembirakan hati MickeyMosh saya!
Actually, dah lama tak sakat dia! He once told me that "teasing me is a therapy for him" which I would say, saya pun begitu!

Comment that I received bout this video, generally quite good. They're saying that this video is CUTE and ROMANTIC. Tapi ada juga yang menangis tengok video nih..Terharu pasai apa tak tau! :D



Saturday, August 20, 2011

Ramadhan 2011

Alhamdulillah..Ramadhan datang lagi. Dan aku masih diberi peluang untuk menikmati bulan suci ini untuk kali yg ke-19 (24 tahun - 5 tahun = 19 tahun). Masih mampu tersenyum jika teringat kisah kecilku semasa mula-mula belajar berpuasa ketika berumur 5 tahun dulu

Kalau kecil-kecil dulu, semua ibadah yang dibuat adalah secara paksa atau ikut-ikutan semata-mata. Orang puasa, dia sibuk nak puasa. Orang pergi terawih, dia pun pergi. Sekarang, semua keputusan ditangan sendiri. Mahu atau tidak. Tak ada siapa nak marah kalau tak terawih, kalau tak puasa.

Kadang-kadang, bila teringatkan masa kecil-kecil dulu, boleh menitis airmata. Berpuasa sebab mak suruh. Pergi terawih, sebab mak pergi. Walaupun terpaksa, tak ada sikit pun niat mengharapkan balasan atau ganjaran dari sesiapa, mahupun dari Pencipta. Anak-anak itu suci. Tak pandai meminta-minta.

Sekarang, kehidupan semakin sibuk. Untuk menadah tangan mengucapkan terima kasih pada Allah SWT selepas solat pun susah. Terlalu sibuk dengan urusan dunia. Manusia mudah lupa pd Pencipta. Syukur, DIA kurniakan masalah pada kita. Hanya dengan cara ini, kita akan mengingatiNya.

Ramadhan kali ini, aku lebih sibuk dari tahun sebelumnya. Belum dapat pergi berterawih di masjid atau mana-mana surau berdekatan. Semuanya disebabkan mahu menyiapkan kerja-kerja untuk keesokan harinya.  Tapi, Alhamdulillah..24jam sehari itu sememangnya cukup. Berkat bulan Ramadhan ni, dapat aku menunaikan solat Isya', diteruskan dengan terawih, solat taubat beserta solat hajat secara bersendirian pada jam 3 pagi. Dan aku amat bersyukur, beberapa permintaanku dimakbulkan Allah SWT. Ini membuatkan aku makin dekat denganNya dan kepuasan yang dikecapi, sememangnya amat berbeza. Niatku bukan untuk meriakkan diri dengan ibadah yang dilakukan, tapi hanyalah mahu membuktikan bahawa, seorang gadis yang masih cetek ilmu agamanya ini, diperkenankan doanya oleh Allah SWT. Yang penting, yakin dengan apa saja yang kamu lakukan.






4 perkara yang kini menjadi doaku:-




1) Berjaya untuk menjadi doktor yang baik, dihormati dan selamat 
2) Pelihara kebahagiaan dan kesejahteraan ibuku dan saudara-maraku
3) Mendapat jodoh dengan lelaki yang boleh membimbingku ke jalan-Mu
4) Permudahkan urusan harianku
5) Berikan cahaya petunjuk kpd M.Tarmizi.AB supaya menjadi seorang muslim yg berkualiti, pelihara keselamatannya serta keaibannya dan permudahkan segala urusannya di dunia dan akhirat.


Thursday, August 11, 2011

Hurting me


Because it's come from u and it's conveyed to other girl, these three words, left a scar in my heart :)

-10 Ramadhan 2011-

About Me

My photo
Whatever u give me, I will make it greater. Give me sperm, I'll give u a baby. Give me a house, I'll give u a home. Give me groceries, I'll give u a meal. Give me a smile, I'll give u my heart. I will multiplies and enlarges what I've given. So if u give me crap, be ready to receive a ton of shit