Monday, October 10, 2011

Jalan Shortcut Mencari Syurga

Salam dan hey hey heyyyyyy! It has been quite sometimes I didnt update my blog. Well, this is due to my packed schedule; studies and some outdoor activities (since I'm trying to be active! I mean, practicing a healthy lifestyle by doing some exercises..)

For the last 2 weeks, Murni ada pergi ke satu majlis ilmu bersama kawan-kawan. Apa yang Murni dapat dari majlis tu cukup membantu untuk memotivasikan diri ini. Sedar bahawa apa yang kita kejarkan dalam dunia ini sebenarnya dan sesungguhnya memang sementara. Tapi kesungguhan yang ditunjukkan oleh manusia untuk mengejar cita-citanya sungguh luar biasa. Dulu biasa kita dengar ustaz atau ustazah bercakap "menuntutlah ilmu kerana Allah SWT, bekerjalah kerana Allah SWT, berbuat baik kerana Allah SWT.." Sebenarnya, tak semua orang faham dengan ayat tersebut. 3 perkara penting yang Murni nak share kan kat sini supaya kita sama2 reflect dan mengingatkan diri kita sebagai umat Islam..

1. Apa tujuan kita diciptakan?
2. Dari apa kita diciptakan?
3. Ke mana kita akan pulang?

Fikirkan..


Dan dalam majlis itu juga, lecturer ada bertanyakan, "Ada tak jalan shortcut untuk masuk syurga?"
Semua yang ada dalam majlis tu tak berani pun nak jawab..Jawapannya, "Ada.."

Tapi bagaimana?


"Mati syahid"

Seperti yang dijanjikan Allah SWT, orang yang mati syahid, akan dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab dan dia boleh membawa 100 orang lagi untuk bersamanya.

Dan dari saat itu, Murni pun turut menanamkan satu lagi objective hidup. Akanku kejar objective ini, iaitu "mati syahid" supaya Murni boleh bawa 100 orang tersayang bersama-sama.

Kalau suatu hari nanti, ditakdirkan ada 'misi menyelamat' dan pada masa tu Murni mempunyai keluarga dan anak-anak, Murni akan grab this opportunity. Sebab Murni yakin, anak-anak yang ditinggalkan pasti akan dilindungi Allah SWT dan yang paling penting di sini bukanlah keadaan mereka di atas dunia. Tak perlu takut untuk berkorban demi membawa mereka bersama ke syurga Allah SWT. Tapi tak bermakna kita meninggalkan mereka tanpa dititipkan pada sesiapa. Tanggungjawab sebagai isteri dan ibu perlu diambil kira. Silap2 kang mati katak je, syurga pun xbau, sbb pergi tanpa keizinan suami ..hahahaha :D

Di akhir majlis tersebut, lecturer Murni share kan satu doa. Bacalah doa ni setiap hari, selepas solat, sebab ayat ni sangat pendek..

"Allahumma adkhilna jannatul firdausi bighairihisab"

Baca dalam bahasa Melayu pun boleh..


"Masukkanlah aku ke dalam syurga Firdaus tanpa dihisab"





Semoga anda semua mendapat manfaat daripada entry Murni pada kali ini. Ameen~

About Me

My photo
Whatever u give me, I will make it greater. Give me sperm, I'll give u a baby. Give me a house, I'll give u a home. Give me groceries, I'll give u a meal. Give me a smile, I'll give u my heart. I will multiplies and enlarges what I've given. So if u give me crap, be ready to receive a ton of shit