Cinta..
Banyak pengertian kan?
Tapi bagi aku, cinta adalah kawan sejati
Orang yg mencintaiku mesti mengenali baik dan burukku
Setiap yg dilakukan mestilah jujur kerana kejujuran itu terlalu penting dalam kehidupan
Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang
Jadi, janganlah tertarik kepada seseorang kerana paras dan rupanya
Kerna paras dan rupa dapat menyesatkan
Jangan pula tertarik pada kekayaannya
kerna kekayaan itu dapat dimusnahkan
Tertariklah pada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum
kerna senyum dapat membuatkan hari gelapmu menjadi cerah
Ibarat kata orang, bunga mawar pasti ada durinya
Dari kesusahan itu, pasti akan ada kesenangan dan kebahagiaan
Durian berduri kerna sedap isinya
Kulit manggis yang pahit kerna manis dalamnya
dan bunga ros berduri kerna harum baunya
Dan jika seseorang hadir dalam hidup kamu
dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi terpaksa pergi kerna sesuatu
Janganlah terlalu sedih, janganlah berkata buruk tentangnya
Terimalah kenyataan, kerna dia pernah membahagiakan kamu
Apabila ada yang datang nanti
jangan biarkan ia pergi
Dan jika esok dia masih datang lagi
jangan harap dia akan datang buat ke sekian kalinya
Haraplah bahwa itu pertama dan selamanya
-pesanan orang tua yang telah lekat di kepala dan turun ke hati-
---------------------------------------------------------------------------------------------
p/s: Selamat Pengantin Baru kepada kak long. Tahniah! Anda dapat certificate baru. Hehehe..
Sejak dua tiga bulan lepas, banyak jemputan kahwin yang ku terima
Dan sesuatu telah mengetuk hati
Rasanya masa telah tiba..
Bukan untuk kahwin..
Tapi,
Untuk memikirkan tentang ini
Tentang perancangan hidup
Untuk bersiap sedia bagi menerima lelaki dalam hidupku
Tak..
Bukan tak pernah fikirkan ini semua
Tapi, hati ni la..
Susah sangat nak terima lelaki
Sempena umur ku yg genap 22 pada 11/10 yg lepas..
Barulah terfikir yang aku perlu merancang..
Masa depanku
Perjalanan hidupku
Dan diri ini cuba memujuk hati..
"Terima je lelaki yg baik hatinya, jangan memilih sgt"
Pesan Profesor ku "Untuk mendapat jodoh yang baik, kamu perlu doa dari kecil"
Dan aku mula berdoa tentang jodoh tiap kali selesai sahaja solat ku..
Rasanya belum terlambat..
Allah itu Maha Pemurah
Semoga DIA
Permudahkan segala urusanku di atas muka bumi ini..
Semoga ilmu yang ku peroleh ini tidak disia-siakan
Supaya dapat menjadi doktor yang terbaik bagi semua pesakit
Dan mengurniakan insan yang akan membimbingku ke jalanMu Ya Allah..
Kenapa memilih Princess sebagai nick saya?
Anak Raja ke?
Princess or Putri..
Hanya insan bernama Johan Ariff yg sering memanggilku dengan gelaran Putri.
Kenapa Putri atau Princess dipilih menjadi nick..?
Sepertinya tiada jawapan untuk soalan itu..
Kenapa perlu tanya soalan macamtu?Kan dah susah nak bg jawapan..
Ni semua,
Toyol punya pasal! Dia suka tanya soalan pelik-pelik..
Kemungkinan jawapan kepada soalan anda itu adalah:-
1. Create email masa darjah 5. Tak da idea nak letak apa..rasa princess la yg paling comel. Tak sangka guna smpi hari ni
2. Konon-konon, akan terjumpa jejaka kacak MIRC yg berminat dengan nama princess
3. ..........
Haish, tak tawu laa..sebab masa tu mmg tetibe je nak letak princess_murni87..