Friday, January 29, 2010

Kisah Klasik Untuk Masa Depan



Kisah 1

Dulu kecik-kecik suka melawa. Pernah suatu hari, I  ambik lipstick mak, then letak kat bibir I yang comel lote. Pastu, macam tak cantik, I pun ambik tissue nak padam. Sekali lipstick tak boleh hilang. Takut punya pasal, tidur bawah katil *selalu tgk mak balik keje, lipstick akan hilang sikit, malam tido, esok bangun pagi, pakai lipstick lagi, so konon-konon lipstick akan hilang bila I bangun tido nanti* :D Dah lebih kurang 2 jam tido, lipstick tak hilang jg. Pastu masuk bawah katil lagi, tido..Zzzz..Lepas tu, terdengar nenek mengeluh "Ya Allah, mana la Murni nih..tak balik-balik sekolah." Dan I keluar perlahan-lahan dari katil, dan muncul depan nenek. Nenek bangun dengan muka yang sangat bengis, dan 'papp!', kena pukul..dan saya menangis..hiskkk..hiskk..Mata bengkak-bengkak.

Rupanya,

Nenek cari dari 12 tengahari (time balik sekolah). Selalu 1230 dah sampai. I jalan kaki je pegi sekolah, basikal tak ada. Masa tu mana ada duit, nk beli basikal segala. Ada kawan I, nama dia Rawi, mak dia tiap-tiap hari ambik dia, naik basikal. Mak dia selalu tumpangkan I. Cewahh..Zaman percintaan kanak-kanak, direstui kedua ibubapa lg. Hehehe..Mak dia hari-hari tunggu I. Nanti dah sampai rumah dia, mak dia lintaskan jalan untuk I, dan I kena jalan kaki sampai rumah. Ok, sambung balik! Masa I balik rumah,  nenek tak perasan yang I dah balik. Tu yang start kisah bergincu. Tido pun dua kali. Dalam pkul 430 la, keje membantai si nakal ni berlangsung. Nenek mengeluh tu, sebabnya, dia dari pukul 1230, cari I. Tapi tak jumpa. Dia cari kat sekolah tak ada, rumah kawan, tak ada, last sekali nenek terjun perigi. Kat rumah I ada dua perigi *sampai sekarang ada*. Dia takutlah, cucu dia mati tenggelam perigi ke ape..Sorry my grandma! Sayang cucu! Nenek selalu kate "Jangan cakap orang ngada-ngada..Dulu tak ingat ke, wo cari Murni sampai terjun perigi?" Selalu jadi bahan, bila I kate "Eih, kenape budak tu ngada-ngada?" Hee..Nasib nenek I tak ada apa-apa. Biarlah, rotan pun tak pe. Tahu nenek sayang sayee.. :P

- Kelihatan baik kan, di situ?-

Kisah 2


Next kisah, adalah kisah kenakalan ku, yang teramat.

I main lilin dengan adik (Ery), kat belakang para kayu *orang kampung mesti tahu benda ni*
Pastu masuk dalam rumah, nak minum air sekejap. Dah suruh adik jaga dah. Tapi dia masuk dalam rumah jg. Sekaliiiiii..nenek jerit marah-marah. Rupanya dia dah nampak kiteorang main api di kawasan mudah terbakar *para kayu*. Apa lagi, nenek tanya "Sape main ni, cakap?!"

Hery: Kak cik yang main..Dia yang ajak main hepy beday *kecik-kecik jarang sangat-sangat nak celebrate bufday, sebab tu main lilin, nyanyi sesama sendiri, dan wish sesama sendiri*

Saya: Eyh, mana ada. Kau yang main kan? Memandai je tuduh kak cik.

Hery: Kau jangan nak tipu-lah.. Kau tu yang tuduh aku. Kau yang ajak tadi.

Saya: Kau saja kan? Nak kasi kak cik kena rotan sekali? Kau yang main sorang-sorang.

Then, nenek pukul si adik. Sesungguhnya, lelaki kan sememangnya nakal. Lepas kena rotan. Adik nangis teresak-esak.

I pun datang kat dia. Dia jeling. *takut wooo* Pastu I cakap "Alahh..kau kan lelaki, kuat.."
Dia balas "sakit tau! Aku sorang je kena.."
I sampuk lagi "Memanglah, rotan mmg sakit..Ok, nanti kak cik belanja Maggie" *Masa tu Maggie lah yang paling best, KFC, McD ni sume memang sangat susah nak dapat. Tapi Maggie pun kena makan sorok-sorok. Nenek tawu..Zaapppp!*

p/s: Kesiannya lah si adik. Menyesal gila masa tu, dia kena rotan. Kena rotan bukan sikit-sikit tau. Mesti jadi leopard. Tapi, biasanya, si kakak lah yang menyapukan ubat bila selesai sesi rotan merotan ni.

Kisah 3


Ingat lagi, masa ni, Hery baru balik dari KL. Cuti sekolah. Selalu kitaorang akan pergi berdua bila cuti sekolah tiba. Tapi masa tu, kenapa ntah, mak tak kasi pergi. Dah lupa. Memang dari kecik, cuti sekolah je pegi KL. Sebab tu I sangatlah tak reti jalan Melaka. Yerlah, mak mana ada kereta dulu. Nak berjalan macam orang lain, sorry. Tak kan ada punya. Tapi I sangatlah tak menyesal tentang kekurangan itu semua. Sangat bersyukur!

Ouh, dia balik dengan mulut yang sangatlah power, dalam menjadikan si manis ni, seekor wild boar, jadi kan si baik hati (tak baik sangat kot) ni seekor setan yang sangat durjana dan menjadikan saya sebodoh-bodoh umat. Dan hatiku sangat panas hokeyh! Lalu terjerit-jerit menjadikan dia dengan segala sumpahan yang dilontarkan tadi. Tapi nasib I sangat baik, nenek terdengar dia mencarut-carut segala bagai. Nenek suruh tangkap dia. I pun kejar-lahhh! Tapi I bukan pelari pecut sekolah, nak bandingkan dengan si adik. Prasekolah lagi, dah wakil sekolah masuk lumba lari 100m lawan dengan senior-senior darjah 3. Powerkan adikku? Tapi dengan bantuan nenek, adik dapat ditangkap.

Nenek kepit dia. Pastu suruh I ambik cili api dari pokok kat pasu bunga berdekatan. I siap tanya "Wo, nak warna merah ke, hijau?" Tapi nenek tak jawab, sebab sibuk tepuk-tepuk mulut adik. I pun ambik dua-dua kale. *haih..kecik-kecik lagi dah busuk hati* Bila cili berada di dalam genggaman, adik pun di'cili' kan oleh nenek..Ouchh..I tau sangat pedas. "Nak buat lagi? Nak cakap lagi aku kau? Nak mencarut lagi?" Adik menjawab dengan teresak-esak dan cuba melepaskan diri dari kepitan nenek "Tak nak..pedas woo..pedass.."


I berlari naik atas rumah, ambik air dua gelas. Pastu hulur kat adik..Sian dia. Dan telinga I masih tengiang-ngiang "Nak cakap lagi aku kau?". From there, I tak cakap 'aku kau' lagi..Dengan sesiapa pun!

I should stop here, mata dah berair-rair..I'm proud to be Siti Murnirah Ismail dengan adanya keluarga yang serba kekurangan mendidik ku!



p/s: Moga-moga panjang umur nenekku, untuk melihat Dr Siti Murnirah Ismail di pentas Majlis Konvokesyen

Thursday, January 28, 2010

Kisah Gadis Klasik dengan Pisangnya

Kisah ini berlaku pagi tadi..
Alkisah, seorang wanita pergi ke sebuah restoran, mencari roti canai sebagai santapan paginya (terlebey suda)
Selepas I order roti canai Telur dari abang roti tu, I duduk memerhatikan suasana di dalam kedai. Cari ada lalat ke tak, kot-kot ada tikus mati yang mereka tak perasan, cawan-cawan yang kuning kehijauan dengan pelbagai flora fauna. Malangnya tiada. Tapi kedai ni tak boleh dapat Gred A. Entah kenapa, mata macam tak setuju nak bg gred tu. Adalah tu!


Sekali mata kuyu ni nampak pisang berwarna kuning, dan sangat gemok dan sangat sedap untuk disumbat kemulut ini. Huarrghh..bestnya!
Tangan sambar sebiji pisang, sepantas kilat (macam budak gemok suka makan yg macam dlm tv slalu tunjuk tu), lalu di NGAPP! Hampir-hampir nak habis, lalu pekerja restoran ni. Hantar air.

Eyh, abang! Pisang ni free kan? *mak aih..sesedap hati kau je nak free, nak kencing pun kena bayar la mak cik!*
Abang tu senyum-senyum malu. I memang agak dia kate "Mana ada benda free skrg dik". Kalau dia ckp begitu, pasti I kate "Kawin ngan I free!" (Sambil kelip-kelip mata. Konon-konon menggoda la tu) Tapi, nasib dia  tak kate apa-apa.

Abang yang sama, hantar roti canai utk I. Dia tanya "Nak minum air apa?" "Ouh, saya tak minum. Saya suka makan je!"- Dia berlalu pergi *tak leh layan budak giler ni, dia nak ayat aku, supaya dapat pisang free* -

Time nak bayar..Cari purse. Menggelabah daaaa...Purse tak da. Cess..nak bayar camne nih! Duhh..tak pasal je abang roti ni ingat, I MEMANG nak makan free. Hey, jangan ingat muka selekeh I ni tak da duit ok.. Tawu la baru bangun tido, mata sepet-sepet lagi, kepala pun cam tak betol lagi..Tapi saya mampu kot, nak bayar roti tu. *emo sekejap*

-Dato Khairi Sulaiman *suka buang spec bila nak ambik gmbr*-

Luckily, jumpa! Kalau tak, memang kena minta Sakinah bayarkan. Tak pun Dato' K. Duit dia manyakkkkk..wallet tak leh nak tutup. Huhuhu..Then, I kena RM2. Reason tak minum air - Hampir 20 botol mineral water (1.5L) kat boot kereta. Cukup untuk seminggu. Kesedaran yang tinggi tentang kepentingan minum air at least 2L sehari. But I took 3L per day..Kan kempen negara kita sekarang kena kurangkan gula. So, marilah kita bersama-sama mengurangkan gula dalam makanan dan minuman.


-Mungkinkah new packaging gula Malaysia sebegini rupa?-

Wednesday, January 27, 2010

Horse Riding / Menunggang Kuda

Puas I dok fikir topik untuk blog arini..
Next week exam, tapi cam tak tahu nak study ape (nih ayat-ayat student yg pemalas, atau konon2nya dah habis study atau dah terlampau bijak). Lu Fikir Sendiri!! (eyh..Nabil nih, menyibok)

Bila selak-selak surat khabar yang berterabur kat meja library (eish..eis..kolej sapelah ni) tadi, ternampak seekor kuda..Jeng! Jeng! Here we go! Horse Riding menjadi topik.. :D Ecehhh..

Murni Ismail (bukan lah nama sebenar) memulakan bidang tunggang langgang ni sejak tahun lepas. March 2009. Masa tu, saye sangat teruja melihat lelaki-lelaki yang menunggang kuda, dengan rambut mereka melayang-layang seperti ekor kuda. Murni dan lelaki berambut panjang sangat tidak boleh dipisahkan (ok, terkeluar topik). Dan melihat kehebatan seorang gadis menunggang hanya menggunakan sebelah tangan sangat mengujakan. (Ouh, saye mahu jadi seperti gadis itu!)


-tgk ekor dier...-

Jari dengan pantas, menari-nari di atas kekunci Apple Putih, mencari segala info tentang Horse Riding di kawasan Putrajaya, Bangi, Kajang, Serdang dan kawasan-kawasan berhampiran. Luckily, Putrajaya ada! Yang mana, Tun Dr Mahathir selalu riding di sana. Weee..





Apelagi, dengan rakusnya saye memberitahu rakan seperjuangan@kak long ttg berita ini. Dan dia bersetuju untuk join saye..Yeay!

Hari pertama - gayat giler naik kuda (Atila). Kuda ketot pun rasa cam tinggi KLCC. Risau sungguh si comel ini akan terjatuh. Pastu turun kuda, jalan dah pelik. Haha..Letih kot duduk sejam atas kuda yang perut boncit. Haa..faham2 je la!

Hari kedua - dah berani (tgk tu, berani yg besar!) dengan kuda (Atila), tapi jauh disudut hati (duhh, sastera sungguh!), saye masih menyimpan perasaan takut itu..

-tengok tuee..leher dia lg besar dr leher saye..eyh memang-lah! *ketuk kepala*-

Hari ketiga - Atila mengukir sejarah..dia berjaya membuat si comel ni, terpelanting dan jatuh cam nangka yang ranum. Duhh..Sebulan tak datang class riding. Naseb tak patah. (Mak bising, sape soh masuk. Ngada2, nak patah riukkan badan)

-Sesi hidu menghidu sesama sendiri. Ha! Saye kalah..I meant tak busuk sperti dierr-

Next session tak ingat bila..Tapi masa tu, I dah belajar Canter. Masa ni lah, baru dapat rasakan rambut terbang-terbang dengan machonya..Kuikuikui..Dan sekarang pun masih bercanter. 15 minit canter dah mencungap-cungap..Sumpah penat! (Kuda tu lagi penat agaknya, sampai terkeluar hingus dan air liur dia. Urghh..Beratnye mak cik nih! Makan nasi apala agaknya..)

Zaaapppp!! Zaaapp! "Canter Buddy!" Ngan lajunya, Buddy Red sambung canter..(cehh..mak cik ni tawu aku cakap pasal dia, tak pasal je nak sebat aku)

Dan bila balik, punggung panas je..Bila mandi, "Huarrrghhhhhhhhh....Pedih..Pedih!" sambil terlompat-lompat. Hahaha..Ni la dia. Riding mmg best! tp time nak mandi paling tak best. Badan melecet-lecet. Bak kate Mr Sharol "Nak jadi professional rider, make sure, punggung kematu!" Whaat?! Kematu tu, keras cam kulit buaya kan? OMG..

Dah sebulan tak riding. Nanti kena posting Hospital Kem Terendak pula lepas ni. Bertambah jauhlah nak datang riding...Haihh..Memang patut beli sekor kuda nih. (Ceh, cakap cam anak dato mane je) Kate Nashilda "Nak beli kuda mmg boleh, nak maintain tu..more than RM2000 per month, nak bg makan rumput boleh, tapi kuda lembik lah.." Ciss, baik bela anak orang!


Btw, I nak tekankan di sini, sekarang, semua orang boleh riding. Bukan lagi sukan untuk orang-orang berada je. Dan sukan ini, sangat bagus..untuk tulang belakang, merangsang sistem-sistem tubuh anda dan last sekali sebagai tuntutan agama Islam.


-Stylo-milo sehat dan kuat-

-Dah xreti nak letak caption ape..Ha? Kamu kate ape? Oh, yer, trima kasih..Sesungguhnya saya mmg mahu jd rider yg cun :P *ok, sangat perasan* -

Tuesday, January 26, 2010

Mr Romantic

Last few days, I received an email from stranger.





"Dear Lovely Murni

U r a very lovely gal n i m overjoy to receive ur reply. I love to know u more intimately

I am a poetically romantic n sentimental person n i can see the beauty of a poem in ur lovely personality...n i do love to have a lovely relationship with u

a poem from me 2 u

Lovely words
sweet words
for a lovely woman
words for her ears
word for her lovely heart
can i hold u my lovely gal
can i kiss u


hmmmmmmmm
kissssss "

Dan dalam hati berkata "wahhh..berapa ribu wanitakah yang terperangkap dalam ayat-ayat dia nih? "

And I replied him:

" auuwwww..tq so much mr romantic
tq for ur compliments
and tq too for u beautiful poem

Saye mmg pandai dalam bab-bab melayan :) *sila berikan tepukan gemuruh*


And he replied me:


u r welcome lovely Murni
u r a very lovely gal
ur smile
the sweet sexy look in ur eyes
just love ur eyes.... (ahh..bangge)
they inspire me
make me romantic
makes my heart beat faster (mungkin ada heart problems)
it give words to a tune
melody to a song

how i wish to hold u (cuba kalau berani! i'll kick ur ass)
n kiss
ur
eyes (black pepper spray psssttt..)
ur lips (nah! my fist!)
kissing u so deep
kissing u so sexily
kiss ur neck (i'll break ur neck!)
ur shoulders
arms
fingers (poke ur eyes!)
hmmmm...
so so sweet n lovely

*Perenggan di atas sangat menggelikan*

i stay in Ampang KL
how about u sayang? *ttibe panggil sayang..kuikuikui..*
what's ur lovely name?

kisssssssssss
kisssssssssssssssss

love to chat with u
love to romance with u *ni nak kena sepak ngan kaki gajah saye*


My next message:

tq again for ur nice and lovely poem Mr Romantic
but ur poem is so 'sexy' and i'm not ok with that

Dan si jejaka ini cuba memancing 'ikan ber'IQ' tinggi ini..Hahaha..Tinggi la sangat kan? Mesej-mesej seterusnya tidaklah perlu saya paparkan. Nanti u ols tak habis bace entry ni, dah termuntah-muntah dan cirit birit. 


Pada pendapat I, orang yang mudah sangat melafazkan rasa cinta dan sayangnya, bukanlah orang yang jujur. Bagi I, mereka ni dah biasa melafazkan ayat-ayat cinta. Oh pengalaman! I ada banyak pengalaman tentang lafaz melafaz ni..Sebab tak berani melafazkan, 'ikan' I terlepas beberapa kali. Pity aite? Dan I berjaya melafazkannya beberapa bulan lepas.. Tapi ikan saye, terlepas juga. Hahaha..Memalukan betul!! Argghh...
Oh, entry ini ditulis kerana terbaca tentang Kissing / Ciuman Beracun. Mamat kat atas ni kan, tak habis-habis dengan kiss dia..







p/s: merindui si 'dia'. Malam tadi text, tapi tak ada reply. *Kan dah janji, tak nak contact dia lagi! Haa..degil..degil! 

Sunday, January 24, 2010

Tips Mencari Wang Lumayan

Ahaa..tajuk macam bestkan? *ok, tahu tak best! tolong jgn gelak*

Alkisah seorang pelajar bernama Murni Ismail (bukan nama sebenar), sedang menjalani posting Public Health di Salak Tinggi. Dan termaktub di dalam posting ini, sesiapa pun akan menjadi miskin dengan mengejutnya. Sebab, makanan disana sangatlah best. Dan si gadis comel yang sememang 'comel' ini telah menjadi semakin 'comel'. Menepati jadual makan sepanjang hari, dengan frequency yang tetap, 3 kali sehari. Wooot..woottt..perut semakin woooooooooooooooooottt!

Faktor yang lain tentang kemiskinan ini adalah petrol. Duhhh..Travel sana sini, jauh dan dekat dengan berbagai agenda, Kilang Kerepek (ouh, itu sangat menggembirakan), Klinik Kesihatan (saya mesti mengatakan yang disini tersangatlah best, sbb ini profession saya, dan menunjukkan my passion towards my patients. Ouh tidak! Disitu kami hanya diberi briefing tentang klinik dan hospital tersebut, which is Zzzzz), restoran ( :D), dan berulang alik ke Putrajaya, Bangi dan Ampang.

Start 20hb, muka dah tak seceria selalu..Duit dah kering, bank pun macam suka je nak failed kan my transaction dan masa tu lah baru duit syiling berguna. Hahaha..beli air mineral 1.5L guna syiling 10sen. I kira depan orang Petronas tu, keluarkan satu-satu sampai mencukupi rm2. Huhuhu..Kes tak ada duit!

Dan bila minyak kereta tinggal satu bar, hati mula menggelabah! Aiyoo..10 hari lagi nak cukup bulan dan 10 hari itu sangat lama..Tipsnya adalah:-

1. Fikirkan adik beradik anda..Kalaulah mereka ada disebelah saya sekarang....*capai handphone yang button dah tertanggal dan kadang-kadang text orang, dgn cara begini "Alang,duitdahtakada.tolongbankinkanboleh?adiktakadaduitnakmakan,tengokjambupunairmataberderai-deraitakmampunakbeli.Sorry,handphonerosaksebabtutuliscamni"

Ini benar! Bukan cara saya meminta simpati ok! Berderai-derai tu je la tambah sikit ;)

2. Telefon kakak kesayangan, memberi tahu masalah kewangan anda. *tapi tak boleh ada tokok tambah cerita ya, please*

3. Ibu kesayangan terchenntaa! Aha..ni paling last yang I akan buat. *segan nak minta mak..dari kecik sampai besar, asik meminta..minta susu, minta mainan, minta tidurkan, minta maaf..Erh, minta maaf tak pe. :D*

4. Those yang dah ada boyfriend, ini adalah extra-benefits kamu! Kata nak sehidup semati kan? :D
*Point ini sangat tak berkesan utk I, since tak ada orang pun nak I jadi girlfriend mereka. Dan I pun tak berapa suka nak meminta. Tak per je kalau minta kat adik beradik.. Keluarga sendiri..

Dan petang tadi, kak long menyampaikan sesuatu ditangan saya. "Ini dari Wo (nenek) RM50, ini dari Alang (Rm100) dan ini dari Abang Long (Rm100)". Muka bersinar-sinar kembali. :D
Lantas hati berkata "untungnya jadi adik, untungnya ada family sebegini, dan BERBALOI-BALOI menjadi Murni Ismail (bukan nama sebenar). Duit itu boleh digunakan selama 2 minggu. Yeayy!



-Motif gambar di atas hanyalah membantu anda menggambarkan perasaan saya skrg. Gembira bagai tiada kemaluan. urk? Kemaluan? Ok, penggunaan frasa bahasa yg tidak betul..Frasa? Ok, mengarut!-


Cubalah tips ini yer kawan-kawan. Mempunyai adik beradik yang ramai menyebabkan anda mempunyai potensi yang tinggi untuk menjana wang yang lebih lumayan. Hahaha..Macam iklan ape je.

p/s: Terharu nenek kasi duit juga..Kakak dan abang saya, Luv u so muchh..*bukan sebab duit yer, sbb segala-galanya. Nak ucap depan-depan malu.. :) *

Friday, January 22, 2010

Photoshoot

These pictures has been taken in October [if I'm not mistaken]
From this session, I got to know Lyn@Yuna

-Kami kelihatan gembira disitu-


-Aha..tgk tu, tgk tu..Muka belagak masing-masing-


-Heik! Habis jelita-lahh kononnya ni :P -

Thursday, January 21, 2010

Facebook

Ehemm..
I just deactivate my FB account
Spent too much time facing lappy for fb
I got so many controversial from it
I got so many shits, so many heart-discomfort, become so emotional and etc..
And my friend requests increasing day by day [72 request so far]
I dont even know them
Maybe my blog readers
I guess!

I'm hurted
Its too much to take
Damn-fucking hurt
Keep on open his page
Look at the comments
and its driving me insane
And today, I've decided to deactivate my account

I need time to forget him, to let him go
I really hope that I can be a good friend of him
without any hidden intention

Never thought that he is so powerful
He made me stop from FB-ing
Create a wall between me and my friends

If u read this, please do not contact me. I plead u, Angel.
I'll come and find u back whenever I'm sure I can be a good fren
Not to runaway from u, but to fit myself just like a friend
And please, do not feel sorry bout this

I'm praying for ur happiness since the day we got to know each other.

-See u again Kent@Angel@AppleCrumble@Eykal@Lullaby-

Knowing me, knowing u :P


-Kak ros dan Ain-

Thanks to Kak Ros dan Ain yang sudi menjadi roomate I sepanjang posting Public Health ni. As usual, I tak layan orang sangat. Walaupun kak ros and ain adalah coursemate I sejak 2 tahun lepas, tp beliau masih tidak mengenali Murni Ismail. :)

Minggu ke-3, kak ros berbunyi "eyh, Murni ni hati lembut jg eyy..dengar lagu jiwang2 je.." dan dengan pantas dan ganas I mengembekk "heyyyy..jgn nilai org dr lagu okeyh..i'm not that fragile, u r fragile!" Haa..kak ros pun tak puas hati gak, berterabur2 comment dia bagi..cam peluru. Huhuhu..

Nak dijadikan cerita, 'wire' kak ros problem lg..hehehe..dia tak leh jalan mcm biasa. Muscle kaki dia sangatlah keras, lutut xboleh bend. Pastu I dengan selamba cakap "ha..kan dah kena..Lawan lagi cakap cucu raja ni. Hahaha..Ain..ain, jgn tolong dia kita tgk dia nk buat apa. Yang sememangnya, kak ros mmg tak boleh buat apa2 kalau 'wire' dia masalah. Huhuhukk..Pastu dengan tergelak-gelak, dia cakap "Jaga la Murni, akak pancitkan tayar kete Murni.." Hahaha...Alaa..macam kete Murni sorang je ada tayar. Viva pun ada tayar kan? Kalau nak, Murni boleh ukir bunga ros kat kereta, for free.. "Siaplah Murni!!" Heih..ada hati lagi tu, dah sakit buat la cara sakit.. Pastu tergelak-gelak..Kak Ros, still lagi berdiri, tapi tak boleh gerak jg..Sampai Murni kate "Meh la, Murni peluk ye sayang..Murni dudukkan kak Ros.." "Murrrniiiiiiiii!! Kamu jangan dekat! Jangan dekat!! Tak nakkk!!!" Hahahha..So funnny!! "Alaa..kak ros ni, Murni nak tolong duduk kan je. Nak buat apa pun? Murni pun adalah..Bigger and nicer lagi.." Dan jawapan kak ros "Arghh..tak kira la besar lg ke, cantik lagi ke, tp jgn sentuh!"
Hamboih..sombong..orang nk tolong..Hahaha..tp salah I la, usik dia camtu..Hehehe..At last, Murni tarik je badan Kak Ros, duduk kan kat lantai surau tu..Kak Ros pasrah je la..Hehehe..Dan beberapa minit pastu, kak Ros dah ok! Boleh bangun dan jalan sendiri..Discussion session bersambung.

Hari-hari pun macamtu. Hari-hari usik kak Ros ngan Ain. Seronok tengok orang gelak dan senyum. Kenapa Kak Ros? Sbb dia lagi tua dari I, dia bt double degree. She is almost 30, tapi awet muda weyhh..Kak Ros ni sedikit emo, senang marah-marah. Tapi sejak akhir-akhir ni, I berjaya buat dia tak marah-marah lagi..Bila dia dah tarik muka, dan suara lain macam tu, cepat-cepat I cakap "Kak Ros..Jangan panas-panas, nanti berasap, pastu short lagi wire tu.." Nanti dia tersengih-sengih sambil berkata "Murni ni nak kena eyh.." Maknanya dia dah ok! :D

Wednesday, January 20, 2010

Umm..Ha!!

College Life

Huh..lega! Presentation dah habis. Tunggu launching program di Taman Gemilang, Dengkil, Ahad ni.
Sejak hari Ahad buat kerja, duduk di kolej dari 8am sampai 1230pagi. Gedebush gedebang, tengok-tengok pukul 2 pagi. Time tu lah baru dapat tidur. Urghh..Penat sangat! Dan..dan..sesiapa yang cuba melawak tak kena tempat, pasti rasa semburan api dari mulut I. Ha...cam naga dragonball tu..Yang saje-saje nak tengok I marah, pastilah lagi besar habuannya. Sorry ya people! Sesiapa yang kena marah, sepanjang minggu ini, harap diampunkan. Saya hanya wanita biasa.

Uih! Complaint lagi! Ha..sape soh amek medic dulu?! Sape? Sape? Hee..

Gossips


Nih nak cerita nihh..Kawan I, Mr F, berkata sesuatu yang tidak diduga. "Lelaki takut nak dekat dengan u, Murni. I cakap ni, dari apa yang diorang (kawan kolej) cakap. "Eih, betul ke Murni ni?" "Eih, nanti dia pasang lain camne?" "Ntah-ntah dah ada boyfriend kat luar sana." "Murni tu suka main-main"

Dang!! Bukan Mr F je pernah kate begitu..ada beberapa lagi. Dan, dan..yang menyedihkan, orang yang I suka pun kate begitu..He's Mr Kent! Come on! I'm not that type of gurl. I love friends! That's all..I can differentiate my boyfriend and a friend. I know how to treat my boyfriend.. :(

I'm single! Lets mingle! :D


Heart

Construction in the progress..Sedang membaiki hati yang pecah-pecah dek kerna seorang lelaki bernama AH. Nah..It's impossible to forget him.

Others


Ouh, dinner!! Refuse to go, but, its not nice menghampakan hati mereka. I nak datang, dan buat macam biasa. Makan dengan lahapnya! Haha..


- I love lamb chop! Kalaulah dinner tu dihidangkan dengan ini, saya pasti gembira!-

p/s: "Sometimes people didn't know, what they should ask."

Sunday, January 17, 2010

Currently..

I'm emotionally unstable..
Will be back later

Saturday, January 16, 2010

I love questions :D

Full Name: Siti Murnirah Ismail
Single or Taken: Single and Taken :P
Sex: Best kan? Hahaha..female la!
Birthday: 11.10.1987
Sign: Libra
Siblings: 6
Eye colour: Dark brown
Shoe size: 5
Height: 153
Country born: Malaysia (Klang)
Innie or Outie: WTF of this ques? Innie!
What are you wearing right now: Towel only..grrr..
Where do you live: currently Putrajaya
Righty or lefty: Right, sometimes lefty helps me a lot
Any pets: Yeah! My man..He makes me happy
Where do you work?: Scattered
When did you start using Facebook?: Last 2 years
How much time do you spend on Facebook a day?: Too many times!
Do you own a cell phone?: Kalau tak cmne? tak nak caye kan?
Do you like to text?: Yes, i do! But, calls are more easier and cheaper..with CELCOM! haha..
Play an instrument?: Yes, guitar
Have any Tattoos?: Yes, in my heart..His name won't be erased by any method.
Who are your best friends: Banyak..
Do you have a bf or gf?: Banyak...
Best place to go for a date: Crowded places and show off that my man awesome!
Longest relationship: My longest is shortest for others..So, better keep it!
Shortest relationship: One night (couple b4 sleep, clash after wake up)
Outgoing or introverted?: Both
Would you kiss the last person you kissed again?: Saya tak suka kiss
How many gf/bf have told you they love you?: Bf tak cakap,yg bukan bf banyak pula yg ckp..
Have you ever thought you were going to marry someone?: Mesti laa..
Are you crushin' on someone?: Yes!
Are you happier single or in a relationship?: Dua-dua pun best!
Have you ever been cheated on?: yes
Have yo uever been with someone who was taken at the time?: Nope..
Have you ever had your heart broken?: Yes, and i experience it now~
Have you ever broken someones heart?: A few times
Do you talk to any of your ex's?: No ex actually..Virgin heart :P
Do you believe that you are a good bf/gf?: Yes..
Have you dated people who were not good for you?: Yes
Have you ever been in an abusive relationship?: No
Have you ever dated someone older than you?: Almost all of them are older than me
How about younger than you?: Once
Do you believe everyone deserves a second chance?: Yes
Believe in love at first sight?: Yes
Ever been given an engagement ring?: No
Do you want to get married?: Sure
Ever stolen someone's bf or gf?: I'm not dat cruel, maybe not dat powerful :P
Does heartbreak really feel as bad as it sounds?: Sangat..melampaui batas pemikiran
Is your gf/bf the most amazing person?: Of course! He changed me a lot, and he didnt know it




About Me

My photo
Whatever u give me, I will make it greater. Give me sperm, I'll give u a baby. Give me a house, I'll give u a home. Give me groceries, I'll give u a meal. Give me a smile, I'll give u my heart. I will multiplies and enlarges what I've given. So if u give me crap, be ready to receive a ton of shit