Monday, December 28, 2009

New year

1.1.10

We are getting closer to this date, which most of people start to come out with their wishlist. For me, u can start your new life (for those who really think that new year is a time to start a new thing), in anyday. If u really want it.

A friend of mine, involved in an accident while he was driving to supermarket. The saddest birthday party ever. We are texting for the whole day, talking bout preparation of birthday party in his house. And the last message was "I have surprise for u tonight, that u'll never forget. Don't miss me, gurl. U'll see me tonite :)"

And around 545pm, his mother gimme a call mentioning her son is in the hospital Ampang, and she asked me to pass the message bout the cancellation of the party to others. And at 630pm, he went away from this world.

Is this 'surprise' hes talking about? He was born 1.1.87 and he went away on 1.1.07
Arwah Amir is in the memory.

Surprisingly, I'm in love with someone who was born on 1st Jan. For certain reasons, I have to runaway from this lovely moment. Thank you for everything, AHH @ Angel.

"If you love something, let it go. If it comes back to you, its yours forever. If it doesnt, then it was never meant to be"



Wednesday, December 23, 2009

Hati Yang Sakit

Di saat kesunyian,
ku mencari sesuatu yang tidak lengkap dalam hidupku,
kau datang..
berdiri di depan pintu hatiku,

Lalu..
Aku buka pintu hatiku,
Tanpa memikirkan bahaya yang menanti,
Hanya untuk mu..

Dan sehingga hari ini,
Di saat aku menulis ini,
Aku masih mengharap,
Sesuatu yang sukar dan mungkin juga mustahil,
Yang kau juga berperasaan sepertiku
Aku senang berperasaan begini

Telah banyak aku lakukan,
Buang perasaan ini, jauh..
Tapi ianya hanya merunsingkan hidupku
Aku runsing dengan perasaan ku sendiri
Sakit..
bila memikirkan ada gadis lain menemani hidupmu
Sakit..
bila tatkala berteka teki tentang gadismu

Di saat kau mengatakan hatimu sedang mekar berbunga
Hati ini sakit..
bila memikirkan gadis itu bukan aku

Angel...

Sunday, December 20, 2009

Libur

My sister and I went to IKEA and The Curve on Saturday, and u know what? We had a blast day! Eventhough it's not a long outing, but the satisfaction is there. Enjoyed so much! Mungkin dah lama kita tak macam ni kan? Since u r married..and we enjoyed taking pictures here and there.wohooooo..but we only used phone cam..The best part was when the snow falling down..Hahaha..The Curve ada snow? And, bayangkan, kami dua beradik, berlari-lari, semata-mata nak ambik gambar. Funny aite? Biler sedar ttg ke'obsess'an kami terhadap snow, we laugh-out-loud  in crowds..weee~ Luv u sista!



Saturday, December 19, 2009

Si Kecil


Danish Malouda! Dia suka sepak. Nak jadi pemain bola kot. Si comel ni, adalah anak buah kesukaan cousin-cousin ku. Buat apa je kat dia, sure tak nangis. Dengar kate budak nih..Hehe..Since , Murni sangatlah suka mengusik budak-budak, dia ada sikit tak suka kat Murni. Hahaha..Tp, bila umpan barang mainan, ok je..

p/s: Susah juga la, kalau cermin mata haku pun dia nak sepak kan..hahaha..






-Biscuit and Ice-cream soda-

 Sorang lagi, Rara! Nama dia Rabiatul Adawiyah. I'm the one who start to call her, Rara. Then, the rest follow, as well as her parent. Haha..Sangat berpengaruh kan, saye? Haa..si kecik ni, tinggi lampai dan kurus, tapi kuat makan. Kaki keding giler. Jealous hokeyh. Rambut dia, naturally blonde! Mulut dia..duhhh..cam mak nenek..Haha..Bayangkan, dia dah pandai acting macam my mom. My mom duduk dapur dia pun ikut. My mom pegang pisau, dia pun nak. Dan my mom siap bg pisau tu kat dia..Nenek and cucu yg brutal. Pastu si kecik ni, siap boleh tunjuk-tunjuk jari kat aku lg..Bg warning. "angan cekk..arahhh" Walaweyhh..coolnye niece aku ni..Dia ckp "jgn usik, nanti berdarah". Paling kelaka tgk jari dia goyang-goyang tu arr..Hoi! Comel sangat ni kenape?


Friday, December 18, 2009

18 dec 2009 at 11.17 am

I promise bro!
I'll remember this moment
The moment I make a promise to u
The moment u say those sweet things
For the sake of my happiness

Thank you!

Friday, December 4, 2009

Eishhh!!

Eihhh...tak suka!!
Asik-asik teringat dia..
Nape rindu niyhhh!!!
Huuuuuaaaaaa....

Mr Eykal Atons, on9 la cepat ;)

-Dakni and Eykal-

p/s: Habis tangan diconteng2 :D

MY EYE BALLS FREAKING AWESOME!

-Check out the price guys! I luv this one. No money, no talk ;) -

- Ouh, actually this is my 2nd choice. Will grab it if it comes with leather straps-



Ok, should start saving for these watches :D

2012 on 031209


Last night
Went out to Alamanda for 2012
The movie is pretty good
*I'm not a movie-person*
I don't like the part that drag me to have 'tachypnic' and 'tachycardic' state
I do love the family-relationships, loves, and humanity scenes
And now, I miss my mom!
- Can't smile without you-

p/s: Aaachooomm! ;)

Thursday, December 3, 2009

Plan

Weekend..oh..weekend..

This weekend, gi rumah Lyn, kat Shah Alam.
Nak marathon Sunway, The Curve, One Utama, Ikea, etc..
Bukan senang nak dapat cuti macamni..
Haa..nak complain-complain lagi?!
Sapa soh amek Medic dulu? Sape? Sape?
Tak de sape kan? kan?

Hih! :(

Next weekend, pegi Singapore!!
It's my suggestion actually
Untuk apa?
Makan!
Mesti tak caye kan?
Murni yang tak kuat makan, nak ke Singapore untuk makan?
Buat gelak orang je la..makan kat Alamanda pun selalu tak habis..
Inikan nak ke Singapore..

Weekdays buat apa??
Urmm..riding kot!
Eyh!! Gi rumah aunty..
Baking!! Wahh..Teringat Blueberry cheese tart.
Peach + Cinnamon cheese pie jugak!
Wait for my tempting cheese recipe ok..
Ok, semua dalam senarai..
Will gain my 4 kgs back!
Hahaha...


-sedang menikmati mini tangerine di pagi hari, i like it!-
- maaf, rambut kusut masai..tak mandi lg..huhuhu-


Dah habis patut senang hati..

Yeay!! Exam dah habis..
This is the best posting I had
O&G is interesting..Ada hati juga untuk specialize into this area
Plan to practice 'delivery in water' in my clinic
Weeee~

Next posting is Public Health.
Which is my hectic life begins.
Facebook-ing pun tak dapat??!
Huaaa....
Will be in Sepang for 2 months
What Public Health is all about?
PH adalah doctor yg bekerja di dlm ofis..
U got the idea? Ha la..Dimana kerja-kerja bancian dijalankan.
Studies, statistics, theory and bla..bla..bla..
Part statistics tu tak kisah sangat. I luv Maths! :D
Tapi part duduk di dalam ofis tu..

Monday, November 30, 2009

Lega

Aku lega..
Dia MENDENGAR malam tadi
Setelah dua minggu dia berdiam diri
Akhirnya segala telah terungkai
Tiga jam berbicara
Kerja-kerja merungkai tidaklah begitu sulit
Tapi kerja-kerja 'menyiasat' tentang seseorang yang ditumpukan
Hahaha..Sedar-sedar, jam menunjukkan 5 pagi
Maaf, mengorbankan masa rehat kamu

Terima kasih kerana membantu aku mengalihkan beban dihati ini
Terima kasih kerana pernah menghuni hati ini
Terima kasih kerana menjadi sahabat
Terima kasih kerana mendengar
Terima kasih atas segala teguran dan nasihat
Terima kasih atas segalanya

p/s: Angel buatmu, AHH

Sekarang kena panggil Am or Abang Am? Dua-dua pun boleh. Dah selesa (hormat) :D

Sunday, November 29, 2009

Sunday Morning

Eiiyahhh..*stretching*


My Sunday Syndrome is too bad!
Bermalas-malasan di atas katil, lambat mandi, lambat kemas rumah..
Semua pun lambat!
Tapi Subuh hari ni sangat cepat! :D
Selesai je sesi bertemu 'kekasih', lompat atas katil semula..
On lappy, buka youtube, taip Kris Allen..
Uncle ni sangat handsome ok!
Suara dia..urghh..Sedap sangat!
I like his song Live Like We're Dying
Kerja-kerja memuatturun di pagi hari sebegini memang cepat! Huhuhu...


- Haa..tgk tu..tgk tu..dia senyum camtu..Haish!-


Next song played is Semua Untuk Cinta..
1030am ada discussion for final exam..
Next week cuti!! Yahoo!!
Plan? Mahu stay di Shah Alam bersama Lyn..
Memudahkan sesi keluar berfotografi bersama fotographer yang lain..
Ala..Janji nak keluar ngan Diana dan Asu tak tunaikan lagi..
Hariz pun nak turun Putrajaya arini..mamat tu nak tengok saya ber'riding'
Banyak rupanya temujanji, tapi seperti biasa..MALAS!



p/s: Music, fotography, riding, karaoke - ini semua hiburan.
Masa banyak dipenuhi dengan hiburan. Terlebih hiburan atau taksub dengan hiburan = ?
Next entry, I'll post panduan dalam hiburan

Saturday, November 28, 2009

Sok sek sok sek..

1. Ilmu baru yang ku perolehi dari kenalan kakakku (Haji Syukri)

"Tetamu yang datang ke rumah akan membawa rahmat, dan kepulangannya akan membuang dosa yang kita lakukan"

Allah itu Maha Pemurah. Hargailah tetamu anda dalam apa jua keadaan, letih, sibuk dan sebagainya. Berapa banyak dosa yang dibawa perginya itu, Wallahua'lam..Tidak diketahui berapa banyak..

2. "Raya balik kampung? Buat korban? Berape ekor kuda?"

Haishh..asik la kuda! Awek cun camni pun, nampak cam kuda ke? :P

3. "Kak..beli kak? Roti canai telur ada, nasi lemak ada, nasi dagang ada.." Ku hanya tersenyum padanya. "Terima kasih kak.."

Kanak-kanak lelaki yang berusia 9 tahun, berdiri sambil memegang bakul jualannya di petrol pump, masih lagi mampu untuk berbudi bahasa..Yang mana, nilai murni ini makin menyusut dalam dunia serba canggih..

4. "Fuyoo..Hensem lelaki tu, Murni!! Dia pandang..dia berminatlah tu..Tengok kereta dia!Gi la tackle!"

Pekerja aunty yang menemaniku ke kedai runcit di pekan Masjid Tanah mengasakku dengan pelbagai 'arahan'. Kalaulah hati mudah  untuk mencintai orang, sudah lama Murni tackle lelaki-lelaki di KL yang bersepah tu..Masalahnya, dalam ini, adanya HATI, dan dalam HATI ada AH.

5. "Murni nak pergi umrah lah bulan 6 nanti..sempat tak.. nak kumpul duit? Nak pakai duit sendiri.. mak nak pergi tak?" "Mak nak pergi masa bulan puasa nanti..Kalau nak, seribu daya"

Hati terasa padat dan melimpah tapi hakikatnya kosong.. Bila tenung muka mak, rasa nak menangis. Tapi mana mungkin! Bilang saja, siapa yang pernah melihatku menangis? None, even my family. Ya, sejak diriku menjangkau dewasa.

6. "Kak long nak tukar Harrier, nak ambil warna apa erh?" Tanya kakakku.."Black! Sebab nampak gagah perkasa, nampak sombong teramat sangat." "Wah, nak berlagak ke?" Balas kakakku.. "Bukan, kereta je yang nampak macamtu..Bila drive kat highway, kalau ada Harrier kat belakang, rasa kelam kabut nak ke tepi. Tak tentu arah rasanya..Walaupun Harrier tu tak laju. Kesian kereta comelku.."

Apa motif sebenar? Urm..kurang pasti. Yang pasti, Murni suka dengan kegagahan Harrier hitam.

7. "Sejak practical, asik la demam..antibody tak kuat langsung!" bunda tercinta melontarkan butir bicaranya.. "Nak buat macamana.." balasku

Di hari raya Aidil Adha, suhu badan kembali naik. Demam lagi..Dalam masa seminggu ni, dah tiga kali demam..

Wednesday, November 25, 2009

I hate myself!

That's true..I hate my self when all these things happened:-

1) Listened to 'Semua untuk Cinta' everyday

2) Bought a bottle of 'Twister' as a substitution to my favourite drink 'Green Tea Lipton', even though the taste is differ

3) Tried white coffee, even though I don't drink coffee

4) Keep looking at his photos

5) Keep thinking of him

6) When I saw people warded for tonsillectomy, heart problem, and hypertension, I'll always spend more time chit-chating with them and tell them that I have a 'friend' having those problem but in a modified story, so that my man look macho!

7) Keep looking at my phone, hoping 'Eykal' will call/text me ;) Goshh!

What had happened actually..? He is so powerful? I think "what goes around comes around", God sent him for this karma. OMG..Strong please!!

Tuesday, November 24, 2009

Phewww~

Lalala..ape erh? Jari mahu menari..hati mahu meluahkan nasibnya..Tapi 'brain' tidak membenarkan..
So? So, jawapannya..ikut kate brain..sebab manusia dikurniakan otak yang berakal, menjadikannya haiwan yang paling tinggi darjatnya..

Hati: Bagilah chance..nak luahkan apa yang terpendam juga. Asik-asik Brain yang dapat peluang..

Jari: Phewww..saya tak kisah. Saya ikut je, apa yang kamu berdua decide.

Brain: Arghh..tak boleh. Kau tak boleh pakai sangat..Memalukan tuan badan je..Semua pun sebab kau, dia ikut cakap kau haritu..Sudah-sudah! Tak boleh layan sangat kehendak kau. Dengar cakap aku!

Hati: Hurmm..ye laa..Tapi kalau aku sakit macamana? Pendam banyak sangat?

Brain: Ini lah yang aku tengah buat, kau takkan sakit lagi..Ubat kau, Quran, istighfar, selawat. Faham?!

Hati: Ye la..faham..Tapi..bagilah..sekali ni je..please..please..

Brain: Ok, kali ni je..

Hati: Yess!! Tqvm Brain..

Dan hati pun, mulalah meluahkan segalanya..





Sunday, November 22, 2009

My fault

Its all about 'my fault'
I just follow my intuition. Just felt he is the one for me..

Voice: Hahaha..

Aku: Salah akukah?

Voice: Ya, salah kau..Kan aku dah ingatkan, jangan bagi 100% hati kau..

Aku: Aku tak boleh..Dah cuba. Cara dia memikat, aku sayang dia. Aku kalah kan?

Voice: Semoga kau tak mati dalam dunia ciptaan kau

Aku: Yer, selagi ada orang-orang yang aku sayang di dunia ini, aku mungkin boleh bertahan

Voice: Kau kan hebat! Semua benda kau mahu buat, pastikan yang ini kau boleh buat!

Aku: Aku tak pasti..Semalam je aku dah menangis di awal pagi. Kau kan tau, aku susah menangis. Dulu pun aku menangis, tapi sebab kesusahan pelajaran ku..Kali ni, aku menangis lagi, sama macam dulu.

Voice: Kau bodoh! Aku kan dah kata, pilih lelaki yang sayangkan kau. Kau sayangkan dia kemudian. Jangan cepat sangat!

Aku: Aku ingat pesanan tu. Hati dan otak berbeza. Cara dia sepertinya serius, memberikan harapan pada ku. Aduh..sakitnya. Macamni rupanya sakit patah hati. Tak ada ubat tahan sakit, tak boleh buat pembedahan. Kena tunggu dia hilang sendiri.

Voice: Yer, sekarang kau dah rasa kan? Aku dah kata, penyakit ni lain. Lain dari apa yang kau belajar.

Aku: Hahaha..aku kalah..Kau jahat! Tak datang masa aku tengah syok dalam dunia ciptaanku. Datang masa aku sakit je

Voice: Kau yang tak panggil aku. Kan aku kata, aku akan datang hanya pada masa kau memikirkan kegagalan. Ada kau fikir kegagalan? Kau fikirkan kejayaan je kan? Hidup ni, jangan sombong, jangan bongkak. Kena lihat bawah sesekali.

Aku: Betul kata kau.

Angel!

Friday, November 20, 2009

Save me..

I miss him badly..
He was changed
Trusting him is a big mistake
He went away without saying anything
I just realized that he's gone

I miss him, truly, badly and deeply
I'm not very tough to go through all these..
How he changed my mind to enter another series of life?
Changed my mind to be in LUV?


Thank you very much for treating me nicely, Angel..

Monday, November 16, 2009

He's for real?

This feeling was awesome!
Is it possible to have this feeling till the end of my life?
Such a quintessential day..
Yeah, I really hope so..

but...
one thing that keep disturbing me, everyday..
Will he understand me?
Don't bother what people say! ;)



Wednesday, November 11, 2009

Burger Ding Dong





Last nite, I went to Seri Kembangan with Mowdy, Pink and Abdullah (Sudanese-new-Pink's-fren). We had Burger Ding Dong RM5 each for our dinner. Nyummy~


-abang ding dong-



- Mowdy yang macho but poyo-

-Pink-

We ate at McD since the stall's tables were small and wet. Bayangkan, kami makan nyummy burger di kala hujan. Superb!

p/s: Sorry babe, curi gambar anda dr FB..hehe :P

Tuesday, November 10, 2009

My Odour


Weeee~ I had new body odour..Smells good and freshing~

Miss J.Lo, Mr Salvator Ferragamore and Mr Loccitane jgn jeless..
I'm not goin to touch u for a moment..
I have a new 'gurlfren', she is sooo sexy and juicy. Miss Victoria..Huhuhu..
I bought 3 bottles of Victoria's Secret body mist
Suka sangat! Suka sangat!
I found her in The Curve ;P

Haish..bestnyer..Sampai je rumah, terus mandi, and spray body mist..nyummy~ Fresh and sweet. Hari ni, tido dengan body mist baruu..Esok pagi, bangun tak masam lagi..Yerkss!

Ouh, 'gf' baru ku ajak tidoww..
She seduce me to get into comforter. Yahoo!!
Ok, nak tido. Bye!
ZZZzzzzz...
Selamat malam makhluk Tuhan!

Saturday, November 7, 2009

Dia

Sekali lagi..
Ianya datang..
Singgah dihatiku..

Kenapa perlu mengenalinya, jika tiada jodoh?
Untuk apa?
Untukku menunjukkan bahwa aku benar-benar tertarik padanya adalah sangat mustahil
Aku masih punyai malu..

Aku benar ni!
Aku benar!
Tidak menipu..
Aku tertarik pada kau..

Aku tertarik pada waktu pertama kali kita berbicara
Hatiku berdetik "inilah jodohku..inilah lelaki yg aku tunggu sehingga menolak laki-laki lain"
Ya, saat pertama kali kita berbicara
Bukan selepas aku mengenali siapa kau sebenarnya..
Walau kau ada ciri-ciri yang tidak berapa aku suka..
Ntah sebab apa, aku makin suka..
Iya, pada kau..

Aku berasa amat malu untuk mengaku bahwa aku jatuh cinta
Aku merasakan kau terlalu hebat..
Hebat dalam segala hal..


-Semoga bahagia dunia dan akhirat AHH@Angel@Aaachoom-

Strong

I'm weak..really - really weak..
too much things happened in this week..
Sigh..
Misplaced the log book due to negligence
and now u suffer, Murni!
I have to do all over again..
everything that I've done for the past 4 weeks..

Strong gurl

:"(

Tuesday, November 3, 2009

Cinta dan Sahabat

Cinta..
Banyak pengertian kan?
Tapi bagi aku, cinta adalah kawan sejati
Orang yg mencintaiku mesti mengenali baik dan burukku
Setiap yg dilakukan mestilah jujur kerana kejujuran itu terlalu penting dalam kehidupan
Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang
Jadi, janganlah tertarik kepada seseorang kerana paras dan rupanya
Kerna paras dan rupa dapat menyesatkan
Jangan pula tertarik pada kekayaannya
kerna kekayaan itu dapat dimusnahkan

Tertariklah pada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum
kerna senyum dapat membuatkan hari gelapmu menjadi cerah
Ibarat kata orang, bunga mawar pasti ada durinya
Dari kesusahan itu, pasti akan ada kesenangan dan kebahagiaan
Durian berduri kerna sedap isinya
Kulit manggis yang pahit kerna manis dalamnya
dan bunga ros berduri kerna harum baunya

Dan jika seseorang hadir dalam hidup kamu
dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi terpaksa pergi kerna sesuatu
Janganlah terlalu sedih, janganlah berkata buruk tentangnya
Terimalah kenyataan, kerna dia pernah membahagiakan kamu

Apabila ada yang datang nanti
jangan biarkan ia pergi
Dan jika esok dia masih datang lagi
jangan harap dia akan datang buat ke sekian kalinya
Haraplah bahwa itu pertama dan selamanya

-pesanan orang tua yang telah lekat di kepala dan turun ke hati-
---------------------------------------------------------------------------------------------

p/s: Selamat Pengantin Baru kepada kak long. Tahniah! Anda dapat certificate baru. Hehehe..


Tuesday, October 27, 2009

Teman Hidup

Sejak dua tiga bulan lepas, banyak jemputan kahwin yang ku terima

Dan sesuatu telah mengetuk hati
Rasanya masa telah tiba..
Bukan untuk kahwin..

Tapi,
Untuk memikirkan tentang ini
Tentang perancangan hidup
Untuk bersiap sedia bagi menerima lelaki dalam hidupku

Tak..
Bukan tak pernah fikirkan ini semua
Tapi, hati ni la..
Susah sangat nak terima lelaki

Sempena umur ku yg genap 22 pada 11/10 yg lepas..
Barulah terfikir yang aku perlu merancang..
Masa depanku
Perjalanan hidupku

Dan diri ini cuba memujuk hati..
"Terima je lelaki yg baik hatinya, jangan memilih sgt"

Pesan Profesor ku "Untuk mendapat jodoh yang baik, kamu perlu doa dari kecil"
Dan aku mula berdoa tentang jodoh tiap kali selesai sahaja solat ku..
Rasanya belum terlambat..
Allah itu Maha Pemurah
Semoga DIA
Permudahkan segala urusanku di atas muka bumi ini..
Semoga ilmu yang ku peroleh ini tidak disia-siakan
Supaya dapat menjadi doktor yang terbaik bagi semua pesakit
Dan mengurniakan insan yang akan membimbingku ke jalanMu Ya Allah..
Amin~

Friday, September 25, 2009

Princess

Kenapa memilih Princess sebagai email?
Anak Raja ke?
Princess or Putri..

Johan Ariff menggelar aku Putri.
Kenapa Putri atau Princess dipilih menjadi nick..?
Sepertinya tiada jawapan untuk soalan itu..

Kenapa perlu tanya soalan macamtu?Kan dah susah nak bg jawapan..
Ni semua, Toyol punya pasal! Dia suka tanya soalan pelik-pelik..

Kemungkinan jawapan kepada soalan anda itu adalah:-

1. Create email masa darjah 5. Tak da idea nak letak apa..rasa princess la yg paling comel. Tak sangka guna smpi hari ni

2. Konon-konon, akan terjumpa jejaka kacak MIRC yg berminat dengan nama princess

3. ..........

Haish, tak tawu laa..sebab masa tu mmg tetibe je nak letak princess_murni87..







Wednesday, September 23, 2009

Salam Lebaran



Lebaran Aidilfitri sering menggoyahkan hatiku
Lelaki dan Baju Melayu
Sungguh mempersona

Lebaran kali ini
Tidak semeriah yang lepas
Demam denggi masih menemaniku di pagi aidilfitri

Ku Mohon ampun dan maaf di atas segala salah dan silap yang telah aku lakukan samada secara sengaja ataupun tidak. Kerna aku dilahirkan sebagai insan biasa. Sekali lagi, ku MOHON ampun dan maaf kepada kamu, kamu dan kamu..yer, kamu yang itu!

Thursday, September 17, 2009

FBC

Full blood count is repeated

Platelet count is back to normal
However,
Total white count is low

Urgh..I missed 7 days this Ramadhan.

Oh GOD, please shower me ur miracles. AMIN

Tuesday, September 15, 2009

I'm sick!


Today - day 4

I came to the hospital (for ward round). Around 930am, my prof told me to go back and off for 7 days. I'm still weak..headache, runny nose, fever, however the cough is subsided.

Day 1, I had sore throat
Then, I developed severe productive cough with thick greenish mucus, pertussive and disturbing my sleep at night.

Day 2 - had fever on and off, relieved by paracetamol

Day 3, start to develop runny nose.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

I went to Klinik Kesihatan.
My blood is taken for Full blood count (FBC)
The platelet is at the borderline
Need to repeat the FBC on Thursday

I want Tamiflu!! I want!! I've a risk...




Friday, September 11, 2009

Muhasabah Diri


Staring at a corner of my room,
I heard a voice,
"who are you?",
Silent...
Nothing can be heard.

Who am i?
Thinking....
Who am i?
Silent.....
Who am i?

"I don't want the answer
Only u know it..
It doesn't matter whether right or wrong
Nobody can say it's wrong or right
It's only to lead u in finding ur identity.."

Yes, the most difficult question ever.

p/s: Muhasabah diri di bulan yang mulia ini

Thursday, September 10, 2009

Together

We plan
We make it
We eat
We laugh
I laugh, I smile
Yes, smile..
Alone..

Coincidently, we are together,
Share the same story,
Learning the same thing,
Hang out in the same ward,
Being scolded by the same Dr,
Knowing everything.

I smile again,
Yes, again
and a few times
Just funny thing spurt from my mind,
We never been like this.

Stranded car,
Call me to bring some water,
Fire brigade,
A macho man in Honda Stream,
I leave, u go on,
They help u out,
That's lead to our gathering.

We are the actor and actress,
SOHO is the witness.


Geng! U all rock!!

Friday, August 28, 2009

Contemplation



Mr Eric was sick..
So, i need a replacement
The most important criteria is 'smart'
He must be smart

I dont want Mr Nokia, or HTC
I'm contemplating Mr Blackberry Bold and Mr Apple ( iphone 3gs)
I dont mind with the screen size
Basic phone must be there (Call, sms, mms n etc)
Price around 2k
I dont like much with touch screen, but I'm ok with iphone
I'm not a games lover
I need this smart phone to replace my 'silly' phone
and to make my life easier which i can connect to the internet without mengangkut Mr Mac

Can anyone decide for me, please..but u have to tell me ur remarks.

Thank you~

Thursday, August 27, 2009

The Fact of student life

Today..

I've been scolded by a specialist
Depressed.

Really..
Deep down here..
Try to console myself
but, still..

Take it as a positive thing, Murni..to be a good doctor in future.

Monday, August 24, 2009

3rd day of Ramadhan


Telah lama aku menyepikan diri

Sejak aku mendekatkan diri pada tugas baru ku di hospital.

Serdang dan Putrajaya.

Hatiku dicuit oleh si dia..
Tapi seperti kisah-kisah yang sudah..
Cuma sekejap.
Salah aku? atau salah dia?
Atau mungkin tiada jodoh?
Dia sepertinya serius tentang aku..
Tp aku melakonkan watak bodoh. Berlakon tidak mengerti.
Akhirnya, dia pergi. Melukiskan satu lagi sejarah dalam diri ini.
__________________________________________________________________

Penat..Katil menjadi teman dr pagi td.
Diarrhea. Salah makan mungkin..

Syafiq YM. Tanya kabar. Menghulurkan bantuan utk membelikan juadah puasa utk ku..
Aku menolak. Tapi mencadangkan untuk berbuka bersama sebentar lg.
Nabiha, Nadrah dan aku.
Masjid Besi, Putrajaya.

Semoga Ramadan kali ini lebih baik. Amin~

Saturday, August 8, 2009

Mata.Hidung.Mulut.

A good photographer must have a good vision. A pair of eyes in healthy condition. To ensure the photo that u shoot, perfect! Life! Especially for candid photos. Look the part that I mentioned above~ Mata.Hidung.Mulut. I'm never realize that mulut senget, hidung senget dan kening cantek terangkat (I'll miss my eyebrow w/o scar) are belong to Murni..Thanks to Toyol Rock, yang menyedarkan semua itu. He gimme this idea of entry.
-the latest version of senget-














p/s: my sis gimme an idea. "ape kate, ambik pisau, toreh kening tu lg..jadikan 'Z' for zorro"

About Me

My photo
Whatever u give me, I will make it greater. Give me sperm, I'll give u a baby. Give me a house, I'll give u a home. Give me groceries, I'll give u a meal. Give me a smile, I'll give u my heart. I will multiplies and enlarges what I've given. So if u give me crap, be ready to receive a ton of shit