Friday, December 30, 2011

DR in front of my name

Salam..lama Murni tak update blog macam dulu. Dulu tak aktif facebook. Sekarang, semua cerita update di facebook. Bersarang blog ni. Kesian. Tapi sumpah! Rindu nak update blog macam dulu. Setiap kali balk dari class, mesti ada jer benda nak cerita kat blog. Kalau busy atau malas, kumpul dua tiga hari punya cerita. Heeee..

Korang.. Exam Murni makin dekat. Objektif hidup pun makin dekat. Hari-hari berdoa supaya objektif ini tercapai pada masa yang ditetapkan. Tak mahu dianjakkan masa itu. Ini harapan diri Murni, family dan mungkin juga ada kawan-kawan yang harapkan benda yang sama. Murni mohon jasa kawan-kawan yang baca post ini, untuk tolong doakan kejayaan Murni. Boleh?? Ok, mari!! 1 minit jer!!




"Ya Allah Ya Tuhanku..semoga kawan saya yang bernama Siti Murnirah ini, lulus dalam peperiksaannya dan berjaya menjadi doktor yang baik. Amin~"









Thanks korang!!

Dan sebenarnya ada benda lain juga yang bersangkut paut dengan kejayaan ini. Apa yang Murni nak share bukan cerita tu, tapi moral dari perkara ni.

Kita ni, kena tahu dan faham apa yang kita nak dalam hidup. Kalau cita-cita kita melibatkan orang lain dan sekali gus menyusahkan orang tertentu, tolong ambil perkara ini secara serius. Untuk capai cita-cita sendiri, kenapa perlu libatkan orang lain? Bukan ke itu namanya aniaya?
Murni lambat tersedar benda ni. Tapi alhamdulillah, tersedar juga. Sedih. sebak bila fikirkan bila ada orang sanggup berkorban untuk kita kan? Luluh hati ini, bila fikirkan yang diri ni mementingkan diri. Mana entah hilangnya keberanian dan semangat untuk mengejar cita-cita tu, sampaikan perlu memijak dan menyakitkan orang lain untuk kejayaan sendiri. Such a loser kan?!

Bengkak mata menangis fikirkan benda ni. Terharu dengan pengorbanan dia. Demi sayang pada orang ini, dan juga pada cita-cita yg suci, apalah sangat kalau diri ini berkorban sikit, kan?

Thursday, November 3, 2011

Makin Dekat

Hello kawan-kawan, pembaca tetap, pembaca senyap2, stalker2 dan yang lain-lain. Harap dapat bersabar dengan saya yang kini makin kurang menulis, menaip atau meng'update' blog ini. Bukan apa weyyy..haih..mmmg mcmnilah gaya student final year kan? Kang update hari-hari, dikatanya kita tak study..*walhal studynya sikitnya pun*

Sekarang ni kan, kita asik dilamun stress je. Bila stress, mulalah, habis orang sekeliling kena sembur api. Sian diorang kan?! *rambut tpacak kejung* Tapi, kita cuba jugalah kawal emosi, nanti, tak pasal-pasal tak ada orang nak kawan dgn kita. Haih!!

Ni suma pasal professional exam MAKIN DEKAT. Stress gila owh..ni nak cita sketlaa..kalau kita mandikan, buka baju, pastu buka pakaian kecil-kecil, luar, dalam, biar tanggal habis..korang buka mcmtu jg ke? Hewhewhew..igtkan tak sama, sbb tu cita! Lepas habis suma tanggal, ambikla syampu, nak bersihkan rambut dgn kulit kepala..Fuhhhhh!! Macam kerja kat factory benang!!! Rambut habis gugur ke lantai..sedih! :( *sambil melurut mata ke lantai toilet* banyak gilalaaa..sampai minah yg kerja kat salon yg i slalu pegi tu cakap, "euuuuuuwww..kamu sudah botak woah!!" dalam hati hanya mampu jawab "sekali aku tampor cina ni kang!! Bawa lari rambut dia, buat rambut palsu baru tau!"

Haihh!! Bila asik memikirkan pasal isu rambut ni, makin lajuu je i tgk rambut kat kepala ni masuk dalam lubang kumbahan.Eh!! Kumbahan kauuu!! Haaa..nampak?! Power kan bahasa malaysia kita?! :D
Dan sehubungan dengan itu, *gaya pembaca berita tv3* langkah bjaga2 telah diambil. Beli tonik rambut dan conditioner bagai.

Exercise dikatakan membantu utk mengurangkan stress..betulkan?! Yaa!! Mmg punn!! Juga berkesan untuk penurunan berat badan. Weeeheeeeee!! Suka weyyyy..berat badan ideal yang ditargetkan MAKIN DEKAT! Terima kasih kepada Incek boyfriend yang sentiasa memberikan dorongan. Tapi factor utama yang mendorong nak mengamalkan cara hidup sihat ni adalah incek boyfriend jugak. Sehari tak buli I, memang x bahagia hidup dia. Ini semua adalah preparation ketahanan mental dan fizikal saya. Mungkin kickboxing yg diajar dpt dimanfaatkan saya thadap mangsa2 buli yang mulanya seorang pembuli. Muehehehehe...


Dan kehidupan sebagai seorang pelajar kian tamat. Hinssfff...hinsssfff! Sedeyyy!! Dan saya bakal dinobatkan sebagai seorang doktor. Kehidupan baru MAKIN DEKAT!

Dan saya makin excited!! Nak habis study! Nak kerja! Nak kawin! Nak ada anak! Nak didik anak! Nak tengok hasil didikan saya!! Dan nak duduk rumah tgk anak2 study, kerja dan beranak pula :D

Monday, October 10, 2011

Jalan Shortcut Mencari Syurga

Salam dan hey hey heyyyyyy! It has been quite sometimes I didnt update my blog. Well, this is due to my packed schedule; studies and some outdoor activities (since I'm trying to be active! I mean, practicing a healthy lifestyle by doing some exercises..)

For the last 2 weeks, Murni ada pergi ke satu majlis ilmu bersama kawan-kawan. Apa yang Murni dapat dari majlis tu cukup membantu untuk memotivasikan diri ini. Sedar bahawa apa yang kita kejarkan dalam dunia ini sebenarnya dan sesungguhnya memang sementara. Tapi kesungguhan yang ditunjukkan oleh manusia untuk mengejar cita-citanya sungguh luar biasa. Dulu biasa kita dengar ustaz atau ustazah bercakap "menuntutlah ilmu kerana Allah SWT, bekerjalah kerana Allah SWT, berbuat baik kerana Allah SWT.." Sebenarnya, tak semua orang faham dengan ayat tersebut. 3 perkara penting yang Murni nak share kan kat sini supaya kita sama2 reflect dan mengingatkan diri kita sebagai umat Islam..

1. Apa tujuan kita diciptakan?
2. Dari apa kita diciptakan?
3. Ke mana kita akan pulang?

Fikirkan..


Dan dalam majlis itu juga, lecturer ada bertanyakan, "Ada tak jalan shortcut untuk masuk syurga?"
Semua yang ada dalam majlis tu tak berani pun nak jawab..Jawapannya, "Ada.."

Tapi bagaimana?


"Mati syahid"

Seperti yang dijanjikan Allah SWT, orang yang mati syahid, akan dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab dan dia boleh membawa 100 orang lagi untuk bersamanya.

Dan dari saat itu, Murni pun turut menanamkan satu lagi objective hidup. Akanku kejar objective ini, iaitu "mati syahid" supaya Murni boleh bawa 100 orang tersayang bersama-sama.

Kalau suatu hari nanti, ditakdirkan ada 'misi menyelamat' dan pada masa tu Murni mempunyai keluarga dan anak-anak, Murni akan grab this opportunity. Sebab Murni yakin, anak-anak yang ditinggalkan pasti akan dilindungi Allah SWT dan yang paling penting di sini bukanlah keadaan mereka di atas dunia. Tak perlu takut untuk berkorban demi membawa mereka bersama ke syurga Allah SWT. Tapi tak bermakna kita meninggalkan mereka tanpa dititipkan pada sesiapa. Tanggungjawab sebagai isteri dan ibu perlu diambil kira. Silap2 kang mati katak je, syurga pun xbau, sbb pergi tanpa keizinan suami ..hahahaha :D

Di akhir majlis tersebut, lecturer Murni share kan satu doa. Bacalah doa ni setiap hari, selepas solat, sebab ayat ni sangat pendek..

"Allahumma adkhilna jannatul firdausi bighairihisab"

Baca dalam bahasa Melayu pun boleh..


"Masukkanlah aku ke dalam syurga Firdaus tanpa dihisab"





Semoga anda semua mendapat manfaat daripada entry Murni pada kali ini. Ameen~

Wednesday, August 24, 2011

Happy You Happy Me

No class for today. Lalu tercetus idea-idea merapu untuk menggembirakan hati MickeyMosh saya!
Actually, dah lama tak sakat dia! He once told me that "teasing me is a therapy for him" which I would say, saya pun begitu!

Comment that I received bout this video, generally quite good. They're saying that this video is CUTE and ROMANTIC. Tapi ada juga yang menangis tengok video nih..Terharu pasai apa tak tau! :D



Saturday, August 20, 2011

Ramadhan 2011

Alhamdulillah..Ramadhan datang lagi. Dan aku masih diberi peluang untuk menikmati bulan suci ini untuk kali yg ke-19 (24 tahun - 5 tahun = 19 tahun). Masih mampu tersenyum jika teringat kisah kecilku semasa mula-mula belajar berpuasa ketika berumur 5 tahun dulu

Kalau kecil-kecil dulu, semua ibadah yang dibuat adalah secara paksa atau ikut-ikutan semata-mata. Orang puasa, dia sibuk nak puasa. Orang pergi terawih, dia pun pergi. Sekarang, semua keputusan ditangan sendiri. Mahu atau tidak. Tak ada siapa nak marah kalau tak terawih, kalau tak puasa.

Kadang-kadang, bila teringatkan masa kecil-kecil dulu, boleh menitis airmata. Berpuasa sebab mak suruh. Pergi terawih, sebab mak pergi. Walaupun terpaksa, tak ada sikit pun niat mengharapkan balasan atau ganjaran dari sesiapa, mahupun dari Pencipta. Anak-anak itu suci. Tak pandai meminta-minta.

Sekarang, kehidupan semakin sibuk. Untuk menadah tangan mengucapkan terima kasih pada Allah SWT selepas solat pun susah. Terlalu sibuk dengan urusan dunia. Manusia mudah lupa pd Pencipta. Syukur, DIA kurniakan masalah pada kita. Hanya dengan cara ini, kita akan mengingatiNya.

Ramadhan kali ini, aku lebih sibuk dari tahun sebelumnya. Belum dapat pergi berterawih di masjid atau mana-mana surau berdekatan. Semuanya disebabkan mahu menyiapkan kerja-kerja untuk keesokan harinya.  Tapi, Alhamdulillah..24jam sehari itu sememangnya cukup. Berkat bulan Ramadhan ni, dapat aku menunaikan solat Isya', diteruskan dengan terawih, solat taubat beserta solat hajat secara bersendirian pada jam 3 pagi. Dan aku amat bersyukur, beberapa permintaanku dimakbulkan Allah SWT. Ini membuatkan aku makin dekat denganNya dan kepuasan yang dikecapi, sememangnya amat berbeza. Niatku bukan untuk meriakkan diri dengan ibadah yang dilakukan, tapi hanyalah mahu membuktikan bahawa, seorang gadis yang masih cetek ilmu agamanya ini, diperkenankan doanya oleh Allah SWT. Yang penting, yakin dengan apa saja yang kamu lakukan.






4 perkara yang kini menjadi doaku:-




1) Berjaya untuk menjadi doktor yang baik, dihormati dan selamat 
2) Pelihara kebahagiaan dan kesejahteraan ibuku dan saudara-maraku
3) Mendapat jodoh dengan lelaki yang boleh membimbingku ke jalan-Mu
4) Permudahkan urusan harianku
5) Berikan cahaya petunjuk kpd M.Tarmizi.AB supaya menjadi seorang muslim yg berkualiti, pelihara keselamatannya serta keaibannya dan permudahkan segala urusannya di dunia dan akhirat.


Thursday, August 11, 2011

Hurting me


Because it's come from u and it's conveyed to other girl, these three words, left a scar in my heart :)

-10 Ramadhan 2011-

Tuesday, July 26, 2011

Kemahuan Yang Tidak Mahu

Bila anda perlu memilih,
Yang terbaik buat dirimu,
Yang terbaik buat dia dan dia,
Dan bila kedua-duanya sememangnya baik,
Amat sukar.

Merupakan titik paling sukar dalam hidup ini,
Sudah dipertimbangkan semua kebaikan dan keburukan kedua-dua pilihan,
Masih juga tidak menemui jalan keluar.

Memiliki seorang teman hidup, merupakan antara impianku.
Memiliki dua tiga pilihan, tidak ku mahu,
Segalanya merumitkan, sukar ditafsir, payah untuk ditanggung,
Kerna ini semua permainan hati.

Dia atau dia..?
Dia dan dia?
Dia, aku, dan dia?
Masih tiada jawapan..



Thursday, July 7, 2011

Tak Percaya Perempuan

Getar suaranya amat berlainan pada malam itu. Aku dapat mengagak yang dia dilanda kesedihan. Tidak mahu aku bertanya perkara yang bermain di benak fikiranku ini. Biarkan dia bercerita sendiri.

Mula membuka kata dengan suara yang sangat suram. Aku mengambil keputusan untuk berdiam diri. Memberi laluan untuknya menghayati cerita yang ingin disampaikan. Ada sesuatu yang menyebabkan dia bersedih. Kenangan yang barangkali telah disimpan rapi, dibuka semula.

Aku mula membayangkan cerita yang disampaikan. Pahit. Terlalu pahit untuk lelaki segagah itu, apatah lagi dia merupakan seorang perwira. Sebak hati ini, bila melihatkan lelaki yang luarannya kelihatan gembira dan tidak mempunyai apa-apa masalah, sebenarnya, mempunyai kisah hidup yang cukup pahit. Aku pernah sekali, mendengar tangisan seorang lelaki yang kecundang dalam cintanya. Dan ini adalah kali kedua. Kali ini, kisahnya terlalu pedih. Aku dapat merasakannya.



Cinta yang disulam 4 ke 5 tahun musnah. Kesan dari kemusnahan itu, sebaris ayat ini, selalu meniti dibibirnya. "I tak percayakan perempuan". Dari getar suaranya, dia seperti lelah dengan semua yang terjadi. Seperti tidak berdaya lagi, untuk memulakan cinta yang baru. Dan disebabkan kemusnahan itu juga, pelbagai tohmahan dan pandangan negatif terpaksa dihadapi. Dan sehingga ke hari ini, persepsi negatif terhadapnya sudah menjadi sebati. Kebal dengan kata-kata dan hinaan orang. Teman yang rapat juga, melemparkan kata-kata yang pastinya meragut hati lelakinya. Kuat sungguh dia! Tapi aku yakin, disebalik kekuatan yang dibina, air mata lelakinya pasti telah gugur beberapa kali.

Dia merupakan lelaki yang baik. Dari pertama kali aku lihat dia, aku merasakan, dia lelaki yang baik. Dan jika orang bertanya kenapa? Aku tiada jawapan untuk itu. Firasat aku yang mengatakan dia seorang yang baik. Dari saat itu, aku cuba selami hatinya. Seperti rakan-rakanku yang lain, aku akan cuba selami hati mereka. Jika cantik dasar hatinya, akan ku pilih menjadi sahabat. Itu pesan mak, dikampung! Dan kali ini, aku jumpa sesuatu yang berlainan. Hatiku mula tertarik. Alhamdulillah, sepanjang mengenali dirinya, banyak perubahan dalam diri ini. Sentiasa berfikir dan berusaha untuk menjadi hambaNya yang sempurna. Mungkin dialah lelaki yang dipilih untukku. Mengenalinya mendorong diri ini ke arah kebaikan. Doa yang selama ini ku panjatkan, seolah-seolah kian terjawab.

Perjalanan masih jauh. Doa dan pemikiran yang positif perlu seiring. Aku tidak akan berusaha untuk melupakan sejarah hitamnya yang pedih itu, dengan harapan dia tidak akan pernah cuba untuk menyakiti orang lain. Tidak akan aku cuba untuk padamkan kisah lalunya, dengan harapan, dia akan sentiasa bersyukur dengan kegembiraan yang dinikmati sekarang. Tetapi, akan aku cuba menjadikannya insan yang terbaik, dipandang dan disanjung tinggi oleh masyarakat. Akan aku cuba menyerikan hidupnya.

Dan jika suatu hari nanti, 'cinta' lalunya datang kembali, aku sedia untuk berundur diri. Kerna aku pasti, dia masih menyayangi kisah lalunya, dan kisah lalu itu, masih mampu buat air mata lelakinya gugur walaupun sudah beberapa tahun kisah mereka berakhir. Hakikatnya, kenangan mereka masih segar. Dan aku percaya, cinta tak seharusnya memiliki.


"To the one who broke his heart, I'll make sure you regret for the rest of your life! I promise this!"


Sunday, June 5, 2011

Aku Mahu Mencontohi Anjing

Kenyataan di atas amat ganjil. Tapi mari kita dengar sebuah kisah yang ku petik dari salah sebuah buku ilmiah yang ada di rumah.

Suatu petang, di dalam kedinginan yang terasa mencucuk-cucuk hingga ke tulang penduduk kota Switzerland, keluarlah seekor angjing bersama tuannya ke stesen keretapi. Tuannya terpaksa meninggalkan anjing tersebut buat seketika demi urusan penting. Sebelum berangkat, tuannya akan mengusap2 dan anjing itu akan menjilat2 tuannya.

Dan tanpa diduga, tuannya jatuh sakit semasa bertugas dan akhirnya mati. Keesokan harinya, anjing ini keluar menunggu tuannya di stesen keretapi tersebut. Apabila keretapi sampai, anjing ini menyalak kegembiraan, duduk betul-betul dengan pintu gerabak bagi menyambut tuannya. Namun, wajah tuannya tiada. Dan keretapi berlalu menuju ke destinasi seterusnya. Anjing td mengatur langkah dengan wajah yang sugul.

Keesokannya dia datang lagi bagi menyambut kepulangan tuannya dgn penuh setia. Hari demi hari, anjing tadi tetap menunggu. Dengan menahan nafas bagi meledakkan rasa menerkam dan menjilat manjanya, ia tetap menunggu bagi mendapatkan usapan dari tuannya di pintu gerabak keretapi. Pilu lagi hatinya. Melangkah dengan wajah yang sugul lagi hari ini.

Ia tekun melakukan perkara yang sama. Setiap hari. Bertahun-tahun. Musim berganti sehinggalah anjing tadi tua. Dan ia tidak kemana-mana lagi. Hanya mampu berbaring lemah dengan wajah yang sayu, menanti dan terus menanti. Panjang episod dukanya. Dan dalam nafas terakhirnya, ia masih menunggu, di tempat sama tuannya membelai buat kali terakhir. Di situ jugalah anjing itu menemui ajal. Di sebuah penantian yang tiada noktah.

Begitu setia kan, seekor anjing? Benar kata-kata Saidina Ali, "Aku belajar tentang takwa drpd kesetiaan anjing pada tuannya"

Kita sebagai manusia susah sangat nak setia pada Allah SWT. Banyak kurniaan yang kita dapat, sedangkan anjing tadi, makannya di bawah meja, tidur di ruang asing rumah dan nasibnya terselamat sedikit daripada anjing-anjing terbiar, namun ia tetap bersyukur. Apa yang ada pada anjing sebenarnya?

Dalam perhubungan seharian pula, nilai tertinggi adalah nilai kesetiaan. Bayangkan kalau nilai ini tiada dalam sesuatu perhubungan. Masih adakah hubungan? Tak mengapa kalau hidup tanpa kekayaan, dan kesenangan.

Thursday, May 12, 2011

Where My Heart Should Go?

Is there have any map to tell where my heart should go?
When we first met, I had no idea tht u would be so important to me
I love you not only for what you're but for what I am when I'm with you
Thank you so much for the smile u gave me, Mr Sultry




And I hate the typical things u said to me; "u deserve a better person"

Sunday, May 1, 2011

Kasih ku cari

Alhamdulillah. Syukur dengan cuti yang diberikan.
Dapat aku kembali ke kampung meninggalkan Kota Lumpur selama 4 hari.
Terima kasih mak diatas layanan 10 star hotel!
Terlunasnya rasa rindu pada masakan mak.
Mak menyediakan laksa, masak lemak cili padi, sambal goreng, karipap.
Melepaskan rindu aktiviti harian di kampung.
Mak mengerah, mengupas kelapa, parut dan akhirnya memerah santan.
Tidak berhenti disitu, aku perlu menyediakan makanan tengahari rupanya.
Masak lemak cili padi udang bersama nenas dan Kailan ikan masin menjadi menu pada hari itu.
Menyapu halaman rumah. Menabur jagung kepada ayam peliharaan nenek.

Dan aktiviti petangku dihabiskan di Pantai Klebang.
Mencari bau cintaku, kuda.
Dan pagi tadi, menemani adik lelakiku ke gym, Everly Resort Hotel.
Memanjakan diri dengan sauna dan massage yang ditawarkan.



Esok aku akan kembali ke Kota.
Meninggalkan tempat aku dibesarkan ini, demi segulung ijazah.




Dan kehangatan badan mak malam tadi, akan menjadi pendorong diriku untuk berjaya.

p/s: Suka betul kalau balik kampung, tengah-tengah malam masuk bilik mak. Tido sebelah mak. Tengok wajah mak masa tengah tido. Cukup untuk mengingatkan aku tentang objective utama hidupku.

Tuesday, April 19, 2011

He is the one

All this while, I keep rejecting guys who are trying to approach me,
And I don't understand, why am I doing such thing,
My oldest sister said, most probably I'm not ready for being loved,
But now, I have a super-sweet Mr Captain Commander,
Who is completing my life!
Thank you for being my sweetheart.






Sunday, April 17, 2011

He made me feel like I'm the luckiest girl on earth

Things that you should know.

1. I'm virgin
2. I'm friendly
3. I've lotsa boyfriends rather than girlfriends
4. I've fall for a faker once in facebook
5. I'm never had a serious relationship with any guy
6. I hardly trust guys
7. I'm a very independent lady
8. I'm not interested to have a bf before
9. I'm labeled as a playgirl
10. I'm all rounded person

11. Currently, I'm in love with an army
12. I love the way he make me feel
13. He's a cutie and good in making my heart smile

Photobucket

14. I heard so many negative perceptions bout army
15. Yet, I'm giving a chance to evaluate him by myself
16. I keep on looking at his photos

















17. He's a hotstuff and I feel insecure with my rivals
18. He's my Farid Kamil, Aril Peterpan, Brat Pitt..u just name it!
19. I'm in LOVE
20. I'll try to stay strong. Try to not fall for him deeper and deeper.

Friday, April 15, 2011

I feel bad

Salam Jumaat semua..Lama sangat kan, Murni tak update? Sorry for that, coz I'm busy with my posting in Terendak and exam preparation..Soo..Im gonna  tell u guys bout something that disturbing my mind for the past 3-4 days.

The first thing is, I'm in love! And he's an army. And it was started with a tricky game initiated by myself. So, I'm kinda lost with this game coz, I've fall for him. And I dont think he had the same feeling towards me. I've made a confession yesterday just because, I cant concentrate on my revision when the brain is keep on processing his words, his sentences and his smile. So, lets move on Murni! Probably he's so perfect to be your partner.

And the second thing is, there is a guy..ok, I kena tulis in Malay sebab kemungkinan besar lelaki itu akan google untuk translate ini. Hahaha..Ada jejaka dari Dubai yang merupakan bisnes partner kakak Murni, datang ke KL for business matter. Since kakak Murni tak dapat nak  entertain dia semalam, Murni lah yang bertanggungjawab untuk melakukan tugas tersebut. Murni bawa dia pergi KL, area Bukit Bintang. Dia belikan Murni macam-macam barang. Semua yang branded. Setiap kedai yang kami masuk, dia suruh Murni ambik satu item. Mula-mula memang rasa gembira. Masuk kedai ketiga, Murni rasa tak sedap hati sangat. Sebab Murni tau, ini bukan hak Murni. Dan tiba-tiba teringat kat mak.

Masa on the way balik, asik terfikir je pasal barang-barang yang Murni terima dari dia. Seriously, semuanya mahal. Itu baru shopping dengan dia semalam. Dia ada bagi satu beg besar, penuh dengan hadiah yang dia bawa dari Dubai, China dan Singapore. Sampai rumah, termenung tengok barang tu. Ini bukan hak Murni. Ini bukan hak Murni. Murni anggarkan, semua barang yang Murni terima semalam, lebih kurang Rm10k. MashaAllah..syukur di atas semua rezeki ini. Murni tanya, kenapa beli semua ni? Dia jawab, "U deserve more than this..because u're a kind person" Tapi pada hakikatnya, Murni ni orang biasa. Suka juga berdengki dengan orang lain. Baik apa nya?

Sekarang ni, hati memang sangat tak tenang. Memikirkan, samada betul ke orang Dubai ni memang bermurah hati bagi hadiah2 tu untuk seorang kawan? Atau mungkin dia mengharapkan sesuatu? Atau mungkin, ini cara dia nak pikat hati Murni?

Frankly said, Murni mmg suka dengan barang-barang yang dia bagi. Tapi setakat disitu saja. Duit dan harta, tak kan dapat beli hati ini. Murni hanya mampu untuk menyayangi seorang lelaki sahaja. Tapi, kalau perempuan lain, Murni rasa, mesti dah terima lelaki kaya ni tadi. Dia ada segala-galanya. Rupa pun ok. Baik pun baik. Personaliti bagus. Segala-galanya. Guaranty, memang akan hidup senang.

Kenapa Murni tak berminat dengan dia?

Ini disebabkan hati dah ada pada orang lain. Dan hidup terlampau senang bukanlah impian Murni. U wont get the satisfaction, when u achieve something very easily.

p/s: Nak upload gambar barang-barang yang dia bagi. Tapi takut. Takut orang kata Murni ada sugar daddy :(

Friday, April 8, 2011

I'm back!

I've finished with my posting in Terendak Hospital.
Now, I'm back in Bangi 2 hours ago.
Back here, to complete another task.
Practical in Terendak gave me a great experience, memoirs and knowledges.



And, Im started missing Terendak











and HIM! :)

Sunday, March 13, 2011

Bertudung pun boleh tergolong menjadi wanita yang terlaknat?

Masa kita tengah online facebook, Alang (abang) tegur kat chatbox. Borak-borak pasal kereta and photography. Biasanya tu je la topik untuk kitaorang borak pun..Tiba-tiba dia cakap,

"Bila nak pakai tudung ni? Pakailah tudung betul-betul..Murni kan dah besar..Berdosa tau tak.."

Buat pertama kalinya, I tak tahu nak reply apa. Lama juga diam. Fikir. Akhirnya, I jawab "Baiklah.."
I pun pelik jugalah. Masa 2 tahun lepas, boleh pula pakai tudung masa bulan puasa. Lepas raya, sekejap je bertahan. Sungguh goyah iman I..

Sejak 2 bulan lepas, ada juga terfikir pasal tudung ni. Mulalah nak berjinak-jinak. Jari pun rajin nak google pasal fashion tudung yang meletops sekarang ni. Macam-macam fesyen sekarang ni. Dari Tudung Wardina, Tudung Dato Siti dan sekarang ni tudung Yuna. And I came across to The Scarflets. Tapi..tu lah..Macam tak mampu je nak ikut style mereka. I would say, fashion that they're trying to present is heavy...for me! Yeah! For me, that is heavy. Except Maria, dia je yang nampak simple. Dengan bunga, shawl, jacket, necklace..Grr..dua tiga lapis! Ha..nampak tak? Nampak tak? Seribu alasan kan? 

And then, I keep on reading some articles about tudung. Mulanya nak cari tudung-tudung yang ada kat blog sebenarnya. And I terbaca a good article from Kak Suzie. Bila baca comment yang ada, terbuka sikit minda ni..

Bagi yang bertudung, cuba tanya diri balik..Bertudung tu untuk apa? I bukan nak bagi ceramah ke apa. Sebab I sendiri pun tak pakai tudung. Just nak share knowledge yang I baru dapat dari Kak Suzie ni. Jangan mengislamkan trend/fashion






Entry ini hanyalah untuk mengingatkan wanita Muslim yang memakai hijab. Dan yang paling penting, mengingatkan diri ini, bila berhijab nanti.

"akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223."

Kesimpulan : Berhijab tanpa mengikut garis panduan boleh bertukar menjadi wanita yang terlaknat. Innalillah..




- Suka sangat dengan cara pemakaian yang dibawakan oleh Wardina. Sentiasa kemas, cantik, tetapi masih menjaga adab sebagai muslimah. Ini barulah icon muslimah sejati! - 

Nasihat dan teguran amat dialu-alukan..


Tuesday, February 22, 2011

Rupanya Hujan di Tengahari

Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari...

Amat bermakna pepatah ini. Segala keindahan jangan disangka kekal selamanya.
Manusia sering alpa. Lumrah manusia. Sudah terhantuk baru hendak mengadah.

Begitu juga diriku. Hanya gadis yang bakal menginjak 24 tahun usianya. Baru ingin melakarkan sejarah. Segala kejayaan, pahit dan juga manis dalam hidup. Segalanya dicuba, segalanya ditempuhi, segalanya dirasa. Bak kata orang, 'jiwa muda'.

Dalam menempuhi semua itu, diri ini ditimpa musibah. Satu demi satu, ia datang melanda. Lalu, ku ambil keputusan, redha dengan segalanya. Dan cuba untuk mencari intisari yang tersirat pada setiap kejadian dan menyelesaikannya.

Dan akhirnya, kesimpulan dibuat.

"Benar. Setiap yang terjadi, ada hikmah. Masalah atau musibah yang melanda, perlu dilihat dari sudut yang positif. Allah SWT mengurniakan masalah ini kerana Dia menyayangi diriku. Ini disebabkan lumrah manusia tadi. Manusia mula mengingati Tuhan, bila mereka menghadapi masalah. Dan disebabkan masalah yang melanda diriku kini, aku kembali mendekati Allah SWT. Perbanyakkan solat, membaca quran, merebut pahala dan menjauhi kemungkaran.."

Allah mengingatkan hambanya supaya mengingatiNya, dengan cara yang halus..Dia mengurniakan kesulitan buat kita. Hanya orang yang bertuah mampu menganalisa semua ini dengan tepat.

Alhamdulillah..Aku bersyukur di atas peringatan ini..

Mendengarkan adik Ahmad Saud membuatkan diriku kini makin tenang..



InshaAllah, sama-sama kita mengingatkan diantara satu sama lain..

Tuesday, February 15, 2011

Teka teki - Obesity

Lama sangat kan, kita tak update blog? Heeee..Macamni lah...Kadang-kadang, bila mania phase dah sampai, sehari dua tiga kali nak update. Kalau tak ada mood nak bercerita, sampai labah-labah pun naik daun..Errrrrrr??!

Ok, mari! Kita ada satu teka teki!

Kenapa orang yang berbadan besar atau obese kelihatan sangat sedih dan suram?


Haa..fikirkan jawapannya ya.. 5 minit untuk anda.. ;)

























Cuba fikir lagi...ada masa lagi..jangan gopoh..Hiks :D

















































Ready dah? Nak bagi jawapan nih..


































Dah?






























Pipi yang berat, akan menarik kedua-dua angle mulut ke bawah..Lalu anda akan kelihatan seperti dibawah! :D



Tuesday, January 18, 2011

Sibuk Pun Masih Sempat Menyibuk

Ok, sekarang ni kita sangat sibuk untuk mentelaah pelajaran. Oh..gitewwwwww!!
Makanya, ceritanya harus pendek. Biarkan lukisan menceritakan segalanya.

Nak tahu tak?! Tiba-tiba je Murni Ismail menjadi seorang yang sangat unpredictable. Oh gitewww lagii!
Tiba-tiba je rajin gilerr buat surprise itu dan ini..Ok..ok..cukup! Kate tadi nak pendek. Tak bisa basa basi lagi! Kita kotakan janji, supaya cantik peribadinya seperti mahkota :D *merepek ape aku ni weyhh*

Eventhough I'm quite busy lately, I still managed to celebrate and remind my hottie girls that they're part of my life. Thanks to Keyon Genji, Apis and Dyana for making Fara's Birthday Celebration as good as what I expected. Apparently, Keyon, Apis and Dyana were actually kinda best-buddies-to-hang-with! I really had fun hang out with u guys! We were celebrating Fara's at Gardens in Sunway Pyramid. The staffs were very supportive, and they just making this celebration become so eventful with more joyful and more pleasant by singing the song while playing the piano.





Tengok! Fara nangis :D





  Archery



Introducing the yummilicious durian pancake to them!




And another celebration is for Anzalna Nasir. Actually, I've planned to celebrate her birthday on Saturday and having BBQ-pool-party, but then, she didnt come back to KL on that night. So, I have to postpone to Tuesday which I cant do a proper celebration for her. This is what you've to think about, if you're planning a surprise birthday bash for your best buddy! Must have plan B and plan C. Nasib hang la Anna! I only managed to invite Fara since she's on her way back from a photoshoot at Karangkraf.









Afifah, Fred, Fara, Felsharn and Fernarsh







A portrait from me



DJ Uno pun join :)

See babes!! I'm never gonna forget u! Wish u have prosperity in adversity, health, happiness and wealth. 



Saturday, January 8, 2011

Tips Kesihatan dan Kulit Cemerlang

Ntah kenapa tiba-tiba rasa nak tulis post camgini sejak ada kawan-kawan masa zaman comot dulu kala tanya, "Eh apasal kulit muka dah cantik? Dulukan banyak jerawat?" Soalan-soalan macamni buat kita perasan je owh..

Yang sebenarnya, kulit kita tak de lah cantik mana..kadang-kadang ada juga tumbuh-tumbuhan naik subur. Tapi bolehlah untuk kongsi tips, apa yang Murni amalkan selama ni.

1. Minum BANYAK air

- Ini bukan myth yer kawan-kawan. Ini fact. Air penting bagi memastikan kadar metabolism badan pada tahap yang optimum. Penting metabolism ni, bagi membuang toxin dan lemak pada badan

- Dalam masa 2 minggu, tengoklah..kulit cantik woooahh..

- Memang selalu akan pergi toilet, tapi tak per, kira exercise lah tu

-Kalau dapat 3 botol ni sehari, cun-lahhh!

-kalau rajin, Murni letak green tea kat dalam tu, nak minum sedaplah sket, sbb wangi-

2. Exercise

Yang ni tak taulah nak bagi motivasi macamana. Kalau korang berisi/gempal macam Murni, mungkin korang ada effort untuk pergi jogging, swimming. Paling malas pun, korang akan main badminton kan? Syukurlah ada badan macamtu, walaupun sedikit besar, tapi sihat kan? Cehh..bagi motivasi pada diri sendiri sebenarnya.
At least seminggu sekali, korang cuba juga untuk keluarkan peluh. Bagus-bagus!

- tau tak, skipping membakar 10x calori berbanding jogging? Tau dah, mesti korang tak tau. Jadi, skipping lah

- tau tak, swimming merupakan exercise cardio yang paling mudah untuk dilakukan? Ianya juga merupakan exercise yang paling banyak involve otot-otot pada badan anda. 

- tak kiralah apapun cara yang korang nak guna, tapi paling bagus kalau korang dapat exercise 3x seminggu, 20 minit setiap sesi


- kalau susah sangat nak buat exercise bersendirian, daftar jer mana-mana gym. Sekarang dah banyak gym yang murah-murah, siap ada personal trainer. I suggest pergilah survey gym-gym berdekatan, sebab tak rugi pun spend sedikit duit untuk kesihatan. Handbag, kasut, shade boleh beli beratus-ratus, setakat gym rm70-80 tak kan nak berkira? lagipun, nanti ada class menari..syok woahh! :D

3. Diet seimbang


- Murni faham, tak ramai yang faham tentang diet seimbang ni. Pemilihan makanan kena betul. Korang kena makan 5kali sehari dengan kuantiti yang kecik. Penting! Untuk memastikan kadar metabolism pada tahap yang optimum. Metabolism lagi kan?! Penting metabolism ni..jangan memain..Food pyramid, kena patuhi. Untuk orang yang sedang mengecilkan badan, kena kurangkan karbohidrat, dan lebihkan protein. Lemak pun kena cut down juga. Fast food dan junk food adalah haram bagi orang yang tgh nak kuruskan badan. Buah dan sayur pun kena makan banyak. Nak kurus kena makan banyak kali, tapi sikit-sikit. Mencabar tak?

4. Supplement



- supplement ni kalau tak ambik pun tak per. Kalau ada duit lebih, dari spend kat baju baru, jeans baru, baik spend untuk kulit dan kesihatan korang. Nanti, baju dah cantik, gaya dah menawan, sekali muka..? Ok, tak nak cakap..bayangkan sendiri k? Korang boleh beli multivitamin, metabolic enhancer ke, apa-apa jelah. Murni memilih protein shake untuk kekalkan kulit sihat. Apa fungsi protein adik-adik? Masa sekolah dulu, ni soalan favourite kan? Protein fungsi, adalah untuk membaiki dan memperbaharui sel-sel yang rosak dan mati. *yang sebenarnya, dulu minum protein ni kononnya, untuk kuruskan badan, tapi lain jadinya..kulit jadi CANTIK woaaaa..badan pun cantik juga :P*


Ni bukti kulit Murni, masa tengah rajin minum protein, minum air, minum susu. Jerawat segan nak bertenggek



Friday, January 7, 2011

Facies of 2010

Many of my friends were saying that I looked different. I have to admit it, that I've changed a lot. I really hope, what they're trying to say is "Murni, I can see, u have a better life now.." In any field, in any perspective, I'm improving and having a satisfaction in life.


Haiii!! Kita tahu, buruk no gambar ni. Lari semua calon-calon mak mertua. Awak semua janganlah tak nak kawan dengan kita lepas ni..tak baik ouh, berkawan sebab paras rupa..




Setelah berusaha untuk mengurangkan berat yang terlalu berat, inilah hasilnya. At least, kita berjaya ok..walaupun rambut sedikit gugur. Sedikit kata kauu?!!! Tak pe, lepas ni boleh dapatkan rawatan di Yun Nam Hair Care




















Tengok! Saya dah kurus sikitkan? Tapi, amalan pemakanan yang tak sihat masih lagi tak dapat dikikis





Eh! Alaaa...alaaa....Kita tipu je kot! Gambar-gambar di atas telah dieksploitasi oleh Fezriq Putra aka Fred   hanya dengan sebab nak menunjukkan kehebatan iPhone4 dia. Ianya ternyata hebat! Sampai bestfriend kita terkejut "Eh! Apsal Murni dah botakkk?!!!" Ahahahahaha..Cuak si kawan tu!



Ahhhhh...suka tengok gambar ala-ala kuali Asia ni. Flawless giler kulit kita u olsssss..
Seingat kita, gambar ni ambik before webcam dengan kawan diperantauan. Gambar tak mandi pagi :)




Ni pun sebelum sesi webcam-ing. Tak mandi jugak! :D
Snap gambar sebelum webcam itu sangat penting. Nanti kang, ada pula taik ........ *lu fikirlah sendiri* Ha..malu sendiri kan?

Setelah seharian kebosanan semasa cuti yang lepas, teringat yang Nadiey ada kat IKEA on that day. Terus memburu meatball disana!


Ahhh..yummiliciouss!









Setelah beberapa hari, perut ini mengidam lagi untuk menjejakkan kaki ke IKEA. Meatball lagi! Apis and Keyon lah yang teman kita sejak dua menjak ni. Thank you guys! Korang boyfriends terhebat! *baru ni la nak hebat, kan?*

Petang tu, Apis BBM kita, ajak tgk movie utk keesokan harinya. Tiba-tiba termasuk topik meatball. Memang tak sempat tunggu esoklaahh..Habis je class terus siap utk ke IKEA. Azar dan Tilla pun join! Syiooookkkkk!!



Azar Azmi, Dewi Catwalk 2010




A new attraction, archery.


Apis, Dyana and Fara - Sunway Pyramid


Keyon and Apis



Tahun ni, masuklah 24 tahun umur kita, tapi takat dapat tunjuk signboard 'Sunway Lagoon' jelah. Tak pernah masuk Sunway Lagoon lagi tau..





InshaAllah, kalau ada masa, ada duit, ada rezeki, kita akan improve kan skill. Nak masuk tournament! :)




About Me

My photo
Whatever u give me, I will make it greater. Give me sperm, I'll give u a baby. Give me a house, I'll give u a home. Give me groceries, I'll give u a meal. Give me a smile, I'll give u my heart. I will multiplies and enlarges what I've given. So if u give me crap, be ready to receive a ton of shit