Thursday, July 7, 2011

Tak Percaya Perempuan

Getar suaranya amat berlainan pada malam itu. Aku dapat mengagak yang dia dilanda kesedihan. Tidak mahu aku bertanya perkara yang bermain di benak fikiranku ini. Biarkan dia bercerita sendiri.

Mula membuka kata dengan suara yang sangat suram. Aku mengambil keputusan untuk berdiam diri. Memberi laluan untuknya menghayati cerita yang ingin disampaikan. Ada sesuatu yang menyebabkan dia bersedih. Kenangan yang barangkali telah disimpan rapi, dibuka semula.

Aku mula membayangkan cerita yang disampaikan. Pahit. Terlalu pahit untuk lelaki segagah itu, apatah lagi dia merupakan seorang perwira. Sebak hati ini, bila melihatkan lelaki yang luarannya kelihatan gembira dan tidak mempunyai apa-apa masalah, sebenarnya, mempunyai kisah hidup yang cukup pahit. Aku pernah sekali, mendengar tangisan seorang lelaki yang kecundang dalam cintanya. Dan ini adalah kali kedua. Kali ini, kisahnya terlalu pedih. Aku dapat merasakannya.



Cinta yang disulam 4 ke 5 tahun musnah. Kesan dari kemusnahan itu, sebaris ayat ini, selalu meniti dibibirnya. "I tak percayakan perempuan". Dari getar suaranya, dia seperti lelah dengan semua yang terjadi. Seperti tidak berdaya lagi, untuk memulakan cinta yang baru. Dan disebabkan kemusnahan itu juga, pelbagai tohmahan dan pandangan negatif terpaksa dihadapi. Dan sehingga ke hari ini, persepsi negatif terhadapnya sudah menjadi sebati. Kebal dengan kata-kata dan hinaan orang. Teman yang rapat juga, melemparkan kata-kata yang pastinya meragut hati lelakinya. Kuat sungguh dia! Tapi aku yakin, disebalik kekuatan yang dibina, air mata lelakinya pasti telah gugur beberapa kali.

Dia merupakan lelaki yang baik. Dari pertama kali aku lihat dia, aku merasakan, dia lelaki yang baik. Dan jika orang bertanya kenapa? Aku tiada jawapan untuk itu. Firasat aku yang mengatakan dia seorang yang baik. Dari saat itu, aku cuba selami hatinya. Seperti rakan-rakanku yang lain, aku akan cuba selami hati mereka. Jika cantik dasar hatinya, akan ku pilih menjadi sahabat. Itu pesan mak, dikampung! Dan kali ini, aku jumpa sesuatu yang berlainan. Hatiku mula tertarik. Alhamdulillah, sepanjang mengenali dirinya, banyak perubahan dalam diri ini. Sentiasa berfikir dan berusaha untuk menjadi hambaNya yang sempurna. Mungkin dialah lelaki yang dipilih untukku. Mengenalinya mendorong diri ini ke arah kebaikan. Doa yang selama ini ku panjatkan, seolah-seolah kian terjawab.

Perjalanan masih jauh. Doa dan pemikiran yang positif perlu seiring. Aku tidak akan berusaha untuk melupakan sejarah hitamnya yang pedih itu, dengan harapan dia tidak akan pernah cuba untuk menyakiti orang lain. Tidak akan aku cuba untuk padamkan kisah lalunya, dengan harapan, dia akan sentiasa bersyukur dengan kegembiraan yang dinikmati sekarang. Tetapi, akan aku cuba menjadikannya insan yang terbaik, dipandang dan disanjung tinggi oleh masyarakat. Akan aku cuba menyerikan hidupnya.

Dan jika suatu hari nanti, 'cinta' lalunya datang kembali, aku sedia untuk berundur diri. Kerna aku pasti, dia masih menyayangi kisah lalunya, dan kisah lalu itu, masih mampu buat air mata lelakinya gugur walaupun sudah beberapa tahun kisah mereka berakhir. Hakikatnya, kenangan mereka masih segar. Dan aku percaya, cinta tak seharusnya memiliki.


"To the one who broke his heart, I'll make sure you regret for the rest of your life! I promise this!"


No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Whatever u give me, I will make it greater. Give me sperm, I'll give u a baby. Give me a house, I'll give u a home. Give me groceries, I'll give u a meal. Give me a smile, I'll give u my heart. I will multiplies and enlarges what I've given. So if u give me crap, be ready to receive a ton of shit