Wednesday, August 25, 2010

Future

Sejak akhir - akhir ini, aku sering memikirkan tentang sesuatu. Seringkali menghentikan gelak tawa aku. Masa depan. Masa depan. Masa depan. Setiap kali ianya terlintas di kotak fikiranku, pasti akan disusuli dengan wajah manis ini. Damn! Cinta aku. Hidup dan matiku!


Walaupun hampir 2 tahun aku menulis menaip blog ni, masih banyak perkara yang aku sembunyikan. Terutama sekali, personaliti ku. Harini, terfikir untuk membuka sedikit kain yang menyembunyikan peribadiku ini. Alah! Tak special mana pun. Tapi saja nak propa, sembunyi - sembunyi. Dulu, aku pernah bercerita tentang ibuku. Sekarang, jari seperti ingin mengetuk- ngetuk papan kekunci mengikut lagu hati. Arghh...! Rindu mak! Omagadddd...kau menangis apsal?! *sebentar...sebentar...lap air mata..rindu la weeyhhh..*

Soalan yang sering aku tanyakan pada diriku sendiri. Dah puas hidup? Kalau soalan ini diajukan pada kau, kau dan kau...Apa jawapan bagi soalan itu? Ah, persetankan jawapan orang lain.
Syukur, selama aku hidup, aku puas dengan apa yang aku ada. Puas dengan segala-galanya. Satu perkara yang mungkin takkan puas, adalah ibadah. Ibadah adalah gol aku sekarang.

Jangan berikan harapan yang tak pasti. Terlalu banyak perkara ini berlaku disekelilingku. Aku benci dengan permainan hati. Aku tak pasti tentang hukum permainan hati. Kurang arif. Dari dulu, aku  memang takut dengan permainan ni. Nak selamat, aku hanya perlu tengok orang bermain. Mereka seronok, bahagia. Aku tumpang je. Nak main sekali, kena ada partner yang betul. Ush..tak perlulah. Simpan elok-elok 'hati' yang satu ni. Kenyuk koyak rabak, parah..Aku tak kuat!

Disebabkan terlalu takut itulah, aku selalu pendam. Pendam sampai kulat. Time dah berulat, baru luahkan. Dan, taraaaaa..Tiada lagi Cinta! Eceh..Gedik giller..

Bulan 10 ni, genap umurku yang ke 23. Ramai kawan yang dah berkahwin. Beranak satu pun ramai. Ramai juga yang tanya turn aku. Memang nak kena lempang ramai - ramai! Main objective dalam hidup aku adalah MBBS. Kahwin adalah secondary objective. Kahwin penting juga, jalan short cut untuk seorang wanita masuk ke syurga. Taat pada suami. Ouh, aku dah macam buka Forum Perdana ke?

Ada kawan-kawan seperjuangan ku dibelenggu dengan hal ini. Tak ada teman lelaki. Mungkin itu amat penting bagi mereka. Tapi bagi aku, tak. Lelaki pilihan aku, simple. Bertanggungjawab dan berdisiplin. Tak perlu muka seperti Ashraf Sinclair atau Iqram Dinzly. Tak perlu kaya. Tak perlu jawatan besar. Tak perlu rumah besar dan kereta besar. Aku boleh dapatkan sendiri semua itu. Bonus jika lelaki itu, bijak! Bijak tak perlu ada Degree, Master or PhD. Bonus juga kalau ada personaliti yang kelakar. Dan, tolonglahhhhh..Bukan anak pertama. Anak tunggal tak pe. Nanti kurang kasih sayang, kena share dengan adik-adik ipar :P

Aku bukan memilih benda - benda yang bukan - bukan. Aku hanya perlukan dua ciri itu sahaja. Simple but hard. Aku bukan seorang yang memilih. Kalau aku seorang yang memilih, tidak mungkin aku jatuh hati pada office boy. Kisah ini amat memalukan. Wanita ini di'reject' diatas sebab, aku bakal doktor dan kelihatan seperti orang kaya. Piirrraaahhhh! Rendah diri sampai cecah tanah! Kaya celah mana ntahh..Cehh..Emo!


p/s: Adakah anda mempunyai dua ciri itu? Ok, come to me! :D

Monday, August 16, 2010

Kisah Kecilku Ketika Berpuasa

Sejak jam 6 pagi lagi, aku menatap skrin komputer riba ini
Kalau dia adalah gadis, pasti ia sudah jadi milik aku dik kerna panahan mata.
Bukan itu yang ingin aku sampai.
Aku seringkali melencong dari topik sebenar.
Kadang terbabas dari landasan yang nyata.

Kini bulan mulia datang lagi. Aku terfikirkan tentang banyak perkara ketika aku masih kecil. Biasanya hari dimulakan dengan jeritan suara sang ibu. "Murni! Ery! Bangun..dah nak masuk Imsak ni" Walhal, ada 1 jam lagi sebelum masuknya waktu Imsak. Kadang, sang ibu terpaksa bawa cawan yang berisi air. Bukan untuk santapan pagi kau! Bukan seperti anak - anak muda zaman sekarang. Breakfast di atas katil. Kononnya, itulah cara paling terbaik untuk menunjukkan kasih ibu terhadap anak - anaknya. Tapi, bagi 'kejutan' kepada anak gadisnya yang kadang kala liat untuk bersahur.

Dah lama betul perkara itu berlalu. Aku ni rindu saat itu ke apa?



Selepas bersahur, anak kecil berusia 9-12 tahun macam aku, biasanya akan ke kamar tidur semula. Tapi aku, jangan harap kau nak tidur balik. Ada tugas telah menanti. Tu ha, 2 kilo tepung untuk buat 'karipap kecik' dah siap dibancuh mak. Fuhhh..hari - hari mengeluh. 2 kilo tu, sampai 730 pagi baru selesai. Kalau sekolah, 630 pagi lagi, mak dah suruh berhenti, siap untuk ke sekolah. Tapi kalau cuti, 4 kilo tepung menanti. Kadang - kadang, mak jual karipap tu, atas permintaan orang ramai. Aku lah orang paling gelisah kalau dengar orang tempah banyak-banyak.

Sebab karipap kecik tu la, aku pandai buat karipap. Bukan karipap je, banyak kueh lain yang aku boleh buat.

Balik sekolah kena jalan kaki. Tapi darjah 5, aku dah ada basikal. Bapa sedara (Apak) yang belikan. Masa dapat basikal tu, aku terus pasang niat. "Dah besar nanti, Murni akan buat Apak bangga." Dan ada juga pasang niat untuk belikannya superbike, sebab masa tu, Apak adalah Mat Rempit. Sampai rumah, memang lemah lembik. Maklumlah, orang puasa. Tapi, masa kecil, tak faham erti sabar. Jadi, memang ambik peluang untuk mandi awal. Untuk membenarkan pepatah 'sambil menyelam minum air'. Memang sungguh - sungguh aku menyelam dalam kolam bilik air, dan sungguh - sungguh, aku minum air kolam. Minum memang sampai kenyang. Sempat sendawa kuat - kuat dalam bilik air. Mak kat dapur, memang terjerit - jerit la, sebab mandi lama sangat.

Haritu, balik kampung tengok kolam tu, tersenyum sorang - sorang. "Air kolam ni la, buat aku survive masa bulan puasa dulu.."



Bila berbuka, aku pun belagak macam orang puasa. Yela, memang kena berlakon sampai habis. Kalau tak, memang birat la badan dengan rotan. Dah habis berbuka, kena bersiap pergi terawih. Hari - hari datang masjid. Mak cik - mak cik di masjid memang kenal dengan aku. Ada beberapa orang makcik, akan bagi duit kat aku, ganjaran sebab datang masjid hari-hari. Nanti, bila hari raya, mereka bagi lagi. Tapi bila dah besar, terawih nak pergi hari - hari pun susah. Ada je benda yang menghalang. Manusia lagi pentingkan keduniaan dari akhirat. Aku pun macamtu. Tak pergi terawih sebab nak study untuk exam keesokan harinya, tak pergi sebab penat dan sebagainya.


Makin aku dewasa, makin aku matang, makin banyak yang aku tinggalkan. Banyak ilmu yang aku pelajari tidak diamalkan. Aku kesal tentang itu. Untuk memulakannya semula, sangat susah. Sebab iman kau makin tipis.

Balik terawih, aku kejarkan katil. Aku jenis yang tidur awal. Kalau ada kerja sekolah yang perlu disiapkan, aku tolak tepi. Bagi aku, tidur itu penting. Dan biasanya, aku akan buat selepas sahur. Kalau dulu, aku rajin bangun malam untuk sembahyang sunat. Walaupun kecil, walaupun aku hanya ikut apa yang mak buat, tapi aku rasa, niat aku masa tu, telus dan ikhlas. Aku nak jadi baik macam mak, nak dapat pahala sebab teman mak sembahyang, nak belajar. Sekarang, nak bangun malam semata - mata untuk sembahyang, jauh sekali. Kalau ada masalah, baru akan bangun malam, mohon pertolongan dariNYA. Itu pun bukan bangun sebab memang nak bangun, tapi terbangun, sebab fikiran kusut.

Setiap kali Ramadhan, aku memang mengharapkan KESEMPURNAAN itu datang kembali..
Selamat Berpuasa semua.

About Me

My photo
Whatever u give me, I will make it greater. Give me sperm, I'll give u a baby. Give me a house, I'll give u a home. Give me groceries, I'll give u a meal. Give me a smile, I'll give u my heart. I will multiplies and enlarges what I've given. So if u give me crap, be ready to receive a ton of shit