Wednesday, August 25, 2010

Future

Sejak akhir - akhir ini, aku sering memikirkan tentang sesuatu. Seringkali menghentikan gelak tawa aku. Masa depan. Masa depan. Masa depan. Setiap kali ianya terlintas di kotak fikiranku, pasti akan disusuli dengan wajah manis ini. Damn! Cinta aku. Hidup dan matiku!


Walaupun hampir 2 tahun aku menulis menaip blog ni, masih banyak perkara yang aku sembunyikan. Terutama sekali, personaliti ku. Harini, terfikir untuk membuka sedikit kain yang menyembunyikan peribadiku ini. Alah! Tak special mana pun. Tapi saja nak propa, sembunyi - sembunyi. Dulu, aku pernah bercerita tentang ibuku. Sekarang, jari seperti ingin mengetuk- ngetuk papan kekunci mengikut lagu hati. Arghh...! Rindu mak! Omagadddd...kau menangis apsal?! *sebentar...sebentar...lap air mata..rindu la weeyhhh..*

Soalan yang sering aku tanyakan pada diriku sendiri. Dah puas hidup? Kalau soalan ini diajukan pada kau, kau dan kau...Apa jawapan bagi soalan itu? Ah, persetankan jawapan orang lain.
Syukur, selama aku hidup, aku puas dengan apa yang aku ada. Puas dengan segala-galanya. Satu perkara yang mungkin takkan puas, adalah ibadah. Ibadah adalah gol aku sekarang.

Jangan berikan harapan yang tak pasti. Terlalu banyak perkara ini berlaku disekelilingku. Aku benci dengan permainan hati. Aku tak pasti tentang hukum permainan hati. Kurang arif. Dari dulu, aku  memang takut dengan permainan ni. Nak selamat, aku hanya perlu tengok orang bermain. Mereka seronok, bahagia. Aku tumpang je. Nak main sekali, kena ada partner yang betul. Ush..tak perlulah. Simpan elok-elok 'hati' yang satu ni. Kenyuk koyak rabak, parah..Aku tak kuat!

Disebabkan terlalu takut itulah, aku selalu pendam. Pendam sampai kulat. Time dah berulat, baru luahkan. Dan, taraaaaa..Tiada lagi Cinta! Eceh..Gedik giller..

Bulan 10 ni, genap umurku yang ke 23. Ramai kawan yang dah berkahwin. Beranak satu pun ramai. Ramai juga yang tanya turn aku. Memang nak kena lempang ramai - ramai! Main objective dalam hidup aku adalah MBBS. Kahwin adalah secondary objective. Kahwin penting juga, jalan short cut untuk seorang wanita masuk ke syurga. Taat pada suami. Ouh, aku dah macam buka Forum Perdana ke?

Ada kawan-kawan seperjuangan ku dibelenggu dengan hal ini. Tak ada teman lelaki. Mungkin itu amat penting bagi mereka. Tapi bagi aku, tak. Lelaki pilihan aku, simple. Bertanggungjawab dan berdisiplin. Tak perlu muka seperti Ashraf Sinclair atau Iqram Dinzly. Tak perlu kaya. Tak perlu jawatan besar. Tak perlu rumah besar dan kereta besar. Aku boleh dapatkan sendiri semua itu. Bonus jika lelaki itu, bijak! Bijak tak perlu ada Degree, Master or PhD. Bonus juga kalau ada personaliti yang kelakar. Dan, tolonglahhhhh..Bukan anak pertama. Anak tunggal tak pe. Nanti kurang kasih sayang, kena share dengan adik-adik ipar :P

Aku bukan memilih benda - benda yang bukan - bukan. Aku hanya perlukan dua ciri itu sahaja. Simple but hard. Aku bukan seorang yang memilih. Kalau aku seorang yang memilih, tidak mungkin aku jatuh hati pada office boy. Kisah ini amat memalukan. Wanita ini di'reject' diatas sebab, aku bakal doktor dan kelihatan seperti orang kaya. Piirrraaahhhh! Rendah diri sampai cecah tanah! Kaya celah mana ntahh..Cehh..Emo!


p/s: Adakah anda mempunyai dua ciri itu? Ok, come to me! :D

1 comment:

wahyde said...

hehehe...sgt setuju dgn ciri2 lelaki pilihan tersebut

Post a Comment

About Me

My photo
Whatever u give me, I will make it greater. Give me sperm, I'll give u a baby. Give me a house, I'll give u a home. Give me groceries, I'll give u a meal. Give me a smile, I'll give u my heart. I will multiplies and enlarges what I've given. So if u give me crap, be ready to receive a ton of shit