Sunday, May 1, 2011

Kasih ku cari

Alhamdulillah. Syukur dengan cuti yang diberikan.
Dapat aku kembali ke kampung meninggalkan Kota Lumpur selama 4 hari.
Terima kasih mak diatas layanan 10 star hotel!
Terlunasnya rasa rindu pada masakan mak.
Mak menyediakan laksa, masak lemak cili padi, sambal goreng, karipap.
Melepaskan rindu aktiviti harian di kampung.
Mak mengerah, mengupas kelapa, parut dan akhirnya memerah santan.
Tidak berhenti disitu, aku perlu menyediakan makanan tengahari rupanya.
Masak lemak cili padi udang bersama nenas dan Kailan ikan masin menjadi menu pada hari itu.
Menyapu halaman rumah. Menabur jagung kepada ayam peliharaan nenek.

Dan aktiviti petangku dihabiskan di Pantai Klebang.
Mencari bau cintaku, kuda.
Dan pagi tadi, menemani adik lelakiku ke gym, Everly Resort Hotel.
Memanjakan diri dengan sauna dan massage yang ditawarkan.



Esok aku akan kembali ke Kota.
Meninggalkan tempat aku dibesarkan ini, demi segulung ijazah.




Dan kehangatan badan mak malam tadi, akan menjadi pendorong diriku untuk berjaya.

p/s: Suka betul kalau balik kampung, tengah-tengah malam masuk bilik mak. Tido sebelah mak. Tengok wajah mak masa tengah tido. Cukup untuk mengingatkan aku tentang objective utama hidupku.

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Whatever u give me, I will make it greater. Give me sperm, I'll give u a baby. Give me a house, I'll give u a home. Give me groceries, I'll give u a meal. Give me a smile, I'll give u my heart. I will multiplies and enlarges what I've given. So if u give me crap, be ready to receive a ton of shit