Thursday, November 3, 2011

Makin Dekat

Hello kawan-kawan, pembaca tetap, pembaca senyap2, stalker2 dan yang lain-lain. Harap dapat bersabar dengan saya yang kini makin kurang menulis, menaip atau meng'update' blog ini. Bukan apa weyyy..haih..mmmg mcmnilah gaya student final year kan? Kang update hari-hari, dikatanya kita tak study..*walhal studynya sikitnya pun*

Sekarang ni kan, kita asik dilamun stress je. Bila stress, mulalah, habis orang sekeliling kena sembur api. Sian diorang kan?! *rambut tpacak kejung* Tapi, kita cuba jugalah kawal emosi, nanti, tak pasal-pasal tak ada orang nak kawan dgn kita. Haih!!

Ni suma pasal professional exam MAKIN DEKAT. Stress gila owh..ni nak cita sketlaa..kalau kita mandikan, buka baju, pastu buka pakaian kecil-kecil, luar, dalam, biar tanggal habis..korang buka mcmtu jg ke? Hewhewhew..igtkan tak sama, sbb tu cita! Lepas habis suma tanggal, ambikla syampu, nak bersihkan rambut dgn kulit kepala..Fuhhhhh!! Macam kerja kat factory benang!!! Rambut habis gugur ke lantai..sedih! :( *sambil melurut mata ke lantai toilet* banyak gilalaaa..sampai minah yg kerja kat salon yg i slalu pegi tu cakap, "euuuuuuwww..kamu sudah botak woah!!" dalam hati hanya mampu jawab "sekali aku tampor cina ni kang!! Bawa lari rambut dia, buat rambut palsu baru tau!"

Haihh!! Bila asik memikirkan pasal isu rambut ni, makin lajuu je i tgk rambut kat kepala ni masuk dalam lubang kumbahan.Eh!! Kumbahan kauuu!! Haaa..nampak?! Power kan bahasa malaysia kita?! :D
Dan sehubungan dengan itu, *gaya pembaca berita tv3* langkah bjaga2 telah diambil. Beli tonik rambut dan conditioner bagai.

Exercise dikatakan membantu utk mengurangkan stress..betulkan?! Yaa!! Mmg punn!! Juga berkesan untuk penurunan berat badan. Weeeheeeeee!! Suka weyyyy..berat badan ideal yang ditargetkan MAKIN DEKAT! Terima kasih kepada Incek boyfriend yang sentiasa memberikan dorongan. Tapi factor utama yang mendorong nak mengamalkan cara hidup sihat ni adalah incek boyfriend jugak. Sehari tak buli I, memang x bahagia hidup dia. Ini semua adalah preparation ketahanan mental dan fizikal saya. Mungkin kickboxing yg diajar dpt dimanfaatkan saya thadap mangsa2 buli yang mulanya seorang pembuli. Muehehehehe...


Dan kehidupan sebagai seorang pelajar kian tamat. Hinssfff...hinsssfff! Sedeyyy!! Dan saya bakal dinobatkan sebagai seorang doktor. Kehidupan baru MAKIN DEKAT!

Dan saya makin excited!! Nak habis study! Nak kerja! Nak kawin! Nak ada anak! Nak didik anak! Nak tengok hasil didikan saya!! Dan nak duduk rumah tgk anak2 study, kerja dan beranak pula :D

1 comment:

amaLina said...

u go girl...!! Always pray for u darls...
p/s - i ske your doaku tue...

Post a Comment

About Me

My photo
Whatever u give me, I will make it greater. Give me sperm, I'll give u a baby. Give me a house, I'll give u a home. Give me groceries, I'll give u a meal. Give me a smile, I'll give u my heart. I will multiplies and enlarges what I've given. So if u give me crap, be ready to receive a ton of shit