Saturday, January 8, 2011

Tips Kesihatan dan Kulit Cemerlang

Ntah kenapa tiba-tiba rasa nak tulis post camgini sejak ada kawan-kawan masa zaman comot dulu kala tanya, "Eh apasal kulit muka dah cantik? Dulukan banyak jerawat?" Soalan-soalan macamni buat kita perasan je owh..

Yang sebenarnya, kulit kita tak de lah cantik mana..kadang-kadang ada juga tumbuh-tumbuhan naik subur. Tapi bolehlah untuk kongsi tips, apa yang Murni amalkan selama ni.

1. Minum BANYAK air

- Ini bukan myth yer kawan-kawan. Ini fact. Air penting bagi memastikan kadar metabolism badan pada tahap yang optimum. Penting metabolism ni, bagi membuang toxin dan lemak pada badan

- Dalam masa 2 minggu, tengoklah..kulit cantik woooahh..

- Memang selalu akan pergi toilet, tapi tak per, kira exercise lah tu

-Kalau dapat 3 botol ni sehari, cun-lahhh!

-kalau rajin, Murni letak green tea kat dalam tu, nak minum sedaplah sket, sbb wangi-

2. Exercise

Yang ni tak taulah nak bagi motivasi macamana. Kalau korang berisi/gempal macam Murni, mungkin korang ada effort untuk pergi jogging, swimming. Paling malas pun, korang akan main badminton kan? Syukurlah ada badan macamtu, walaupun sedikit besar, tapi sihat kan? Cehh..bagi motivasi pada diri sendiri sebenarnya.
At least seminggu sekali, korang cuba juga untuk keluarkan peluh. Bagus-bagus!

- tau tak, skipping membakar 10x calori berbanding jogging? Tau dah, mesti korang tak tau. Jadi, skipping lah

- tau tak, swimming merupakan exercise cardio yang paling mudah untuk dilakukan? Ianya juga merupakan exercise yang paling banyak involve otot-otot pada badan anda. 

- tak kiralah apapun cara yang korang nak guna, tapi paling bagus kalau korang dapat exercise 3x seminggu, 20 minit setiap sesi


- kalau susah sangat nak buat exercise bersendirian, daftar jer mana-mana gym. Sekarang dah banyak gym yang murah-murah, siap ada personal trainer. I suggest pergilah survey gym-gym berdekatan, sebab tak rugi pun spend sedikit duit untuk kesihatan. Handbag, kasut, shade boleh beli beratus-ratus, setakat gym rm70-80 tak kan nak berkira? lagipun, nanti ada class menari..syok woahh! :D

3. Diet seimbang


- Murni faham, tak ramai yang faham tentang diet seimbang ni. Pemilihan makanan kena betul. Korang kena makan 5kali sehari dengan kuantiti yang kecik. Penting! Untuk memastikan kadar metabolism pada tahap yang optimum. Metabolism lagi kan?! Penting metabolism ni..jangan memain..Food pyramid, kena patuhi. Untuk orang yang sedang mengecilkan badan, kena kurangkan karbohidrat, dan lebihkan protein. Lemak pun kena cut down juga. Fast food dan junk food adalah haram bagi orang yang tgh nak kuruskan badan. Buah dan sayur pun kena makan banyak. Nak kurus kena makan banyak kali, tapi sikit-sikit. Mencabar tak?

4. Supplement



- supplement ni kalau tak ambik pun tak per. Kalau ada duit lebih, dari spend kat baju baru, jeans baru, baik spend untuk kulit dan kesihatan korang. Nanti, baju dah cantik, gaya dah menawan, sekali muka..? Ok, tak nak cakap..bayangkan sendiri k? Korang boleh beli multivitamin, metabolic enhancer ke, apa-apa jelah. Murni memilih protein shake untuk kekalkan kulit sihat. Apa fungsi protein adik-adik? Masa sekolah dulu, ni soalan favourite kan? Protein fungsi, adalah untuk membaiki dan memperbaharui sel-sel yang rosak dan mati. *yang sebenarnya, dulu minum protein ni kononnya, untuk kuruskan badan, tapi lain jadinya..kulit jadi CANTIK woaaaa..badan pun cantik juga :P*


Ni bukti kulit Murni, masa tengah rajin minum protein, minum air, minum susu. Jerawat segan nak bertenggek



1 comment:

nurulatikah said...

Botol tu botol yg besar ke yg kecil?

Post a Comment

About Me

My photo
Whatever u give me, I will make it greater. Give me sperm, I'll give u a baby. Give me a house, I'll give u a home. Give me groceries, I'll give u a meal. Give me a smile, I'll give u my heart. I will multiplies and enlarges what I've given. So if u give me crap, be ready to receive a ton of shit