Tuesday, November 3, 2009

Cinta dan Sahabat

Cinta..
Banyak pengertian kan?
Tapi bagi aku, cinta adalah kawan sejati
Orang yg mencintaiku mesti mengenali baik dan burukku
Setiap yg dilakukan mestilah jujur kerana kejujuran itu terlalu penting dalam kehidupan
Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang
Jadi, janganlah tertarik kepada seseorang kerana paras dan rupanya
Kerna paras dan rupa dapat menyesatkan
Jangan pula tertarik pada kekayaannya
kerna kekayaan itu dapat dimusnahkan

Tertariklah pada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum
kerna senyum dapat membuatkan hari gelapmu menjadi cerah
Ibarat kata orang, bunga mawar pasti ada durinya
Dari kesusahan itu, pasti akan ada kesenangan dan kebahagiaan
Durian berduri kerna sedap isinya
Kulit manggis yang pahit kerna manis dalamnya
dan bunga ros berduri kerna harum baunya

Dan jika seseorang hadir dalam hidup kamu
dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi terpaksa pergi kerna sesuatu
Janganlah terlalu sedih, janganlah berkata buruk tentangnya
Terimalah kenyataan, kerna dia pernah membahagiakan kamu

Apabila ada yang datang nanti
jangan biarkan ia pergi
Dan jika esok dia masih datang lagi
jangan harap dia akan datang buat ke sekian kalinya
Haraplah bahwa itu pertama dan selamanya

-pesanan orang tua yang telah lekat di kepala dan turun ke hati-
---------------------------------------------------------------------------------------------

p/s: Selamat Pengantin Baru kepada kak long. Tahniah! Anda dapat certificate baru. Hehehe..


No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Whatever u give me, I will make it greater. Give me sperm, I'll give u a baby. Give me a house, I'll give u a home. Give me groceries, I'll give u a meal. Give me a smile, I'll give u my heart. I will multiplies and enlarges what I've given. So if u give me crap, be ready to receive a ton of shit