Saturday, November 28, 2009

Sok sek sok sek..

1. Ilmu baru yang ku perolehi dari kenalan kakakku (Haji Syukri)

"Tetamu yang datang ke rumah akan membawa rahmat, dan kepulangannya akan membuang dosa yang kita lakukan"

Allah itu Maha Pemurah. Hargailah tetamu anda dalam apa jua keadaan, letih, sibuk dan sebagainya. Berapa banyak dosa yang dibawa perginya itu, Wallahua'lam..Tidak diketahui berapa banyak..

2. "Raya balik kampung? Buat korban? Berape ekor kuda?"

Haishh..asik la kuda! Awek cun camni pun, nampak cam kuda ke? :P

3. "Kak..beli kak? Roti canai telur ada, nasi lemak ada, nasi dagang ada.." Ku hanya tersenyum padanya. "Terima kasih kak.."

Kanak-kanak lelaki yang berusia 9 tahun, berdiri sambil memegang bakul jualannya di petrol pump, masih lagi mampu untuk berbudi bahasa..Yang mana, nilai murni ini makin menyusut dalam dunia serba canggih..

4. "Fuyoo..Hensem lelaki tu, Murni!! Dia pandang..dia berminatlah tu..Tengok kereta dia!Gi la tackle!"

Pekerja aunty yang menemaniku ke kedai runcit di pekan Masjid Tanah mengasakku dengan pelbagai 'arahan'. Kalaulah hati mudah  untuk mencintai orang, sudah lama Murni tackle lelaki-lelaki di KL yang bersepah tu..Masalahnya, dalam ini, adanya HATI, dan dalam HATI ada AH.

5. "Murni nak pergi umrah lah bulan 6 nanti..sempat tak.. nak kumpul duit? Nak pakai duit sendiri.. mak nak pergi tak?" "Mak nak pergi masa bulan puasa nanti..Kalau nak, seribu daya"

Hati terasa padat dan melimpah tapi hakikatnya kosong.. Bila tenung muka mak, rasa nak menangis. Tapi mana mungkin! Bilang saja, siapa yang pernah melihatku menangis? None, even my family. Ya, sejak diriku menjangkau dewasa.

6. "Kak long nak tukar Harrier, nak ambil warna apa erh?" Tanya kakakku.."Black! Sebab nampak gagah perkasa, nampak sombong teramat sangat." "Wah, nak berlagak ke?" Balas kakakku.. "Bukan, kereta je yang nampak macamtu..Bila drive kat highway, kalau ada Harrier kat belakang, rasa kelam kabut nak ke tepi. Tak tentu arah rasanya..Walaupun Harrier tu tak laju. Kesian kereta comelku.."

Apa motif sebenar? Urm..kurang pasti. Yang pasti, Murni suka dengan kegagahan Harrier hitam.

7. "Sejak practical, asik la demam..antibody tak kuat langsung!" bunda tercinta melontarkan butir bicaranya.. "Nak buat macamana.." balasku

Di hari raya Aidil Adha, suhu badan kembali naik. Demam lagi..Dalam masa seminggu ni, dah tiga kali demam..

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Whatever u give me, I will make it greater. Give me sperm, I'll give u a baby. Give me a house, I'll give u a home. Give me groceries, I'll give u a meal. Give me a smile, I'll give u my heart. I will multiplies and enlarges what I've given. So if u give me crap, be ready to receive a ton of shit