Wednesday, January 27, 2010

Horse Riding / Menunggang Kuda

Puas I dok fikir topik untuk blog arini..
Next week exam, tapi cam tak tahu nak study ape (nih ayat-ayat student yg pemalas, atau konon2nya dah habis study atau dah terlampau bijak). Lu Fikir Sendiri!! (eyh..Nabil nih, menyibok)

Bila selak-selak surat khabar yang berterabur kat meja library (eish..eis..kolej sapelah ni) tadi, ternampak seekor kuda..Jeng! Jeng! Here we go! Horse Riding menjadi topik.. :D Ecehhh..

Murni Ismail (bukan lah nama sebenar) memulakan bidang tunggang langgang ni sejak tahun lepas. March 2009. Masa tu, saye sangat teruja melihat lelaki-lelaki yang menunggang kuda, dengan rambut mereka melayang-layang seperti ekor kuda. Murni dan lelaki berambut panjang sangat tidak boleh dipisahkan (ok, terkeluar topik). Dan melihat kehebatan seorang gadis menunggang hanya menggunakan sebelah tangan sangat mengujakan. (Ouh, saye mahu jadi seperti gadis itu!)


-tgk ekor dier...-

Jari dengan pantas, menari-nari di atas kekunci Apple Putih, mencari segala info tentang Horse Riding di kawasan Putrajaya, Bangi, Kajang, Serdang dan kawasan-kawasan berhampiran. Luckily, Putrajaya ada! Yang mana, Tun Dr Mahathir selalu riding di sana. Weee..





Apelagi, dengan rakusnya saye memberitahu rakan seperjuangan@kak long ttg berita ini. Dan dia bersetuju untuk join saye..Yeay!

Hari pertama - gayat giler naik kuda (Atila). Kuda ketot pun rasa cam tinggi KLCC. Risau sungguh si comel ini akan terjatuh. Pastu turun kuda, jalan dah pelik. Haha..Letih kot duduk sejam atas kuda yang perut boncit. Haa..faham2 je la!

Hari kedua - dah berani (tgk tu, berani yg besar!) dengan kuda (Atila), tapi jauh disudut hati (duhh, sastera sungguh!), saye masih menyimpan perasaan takut itu..

-tengok tuee..leher dia lg besar dr leher saye..eyh memang-lah! *ketuk kepala*-

Hari ketiga - Atila mengukir sejarah..dia berjaya membuat si comel ni, terpelanting dan jatuh cam nangka yang ranum. Duhh..Sebulan tak datang class riding. Naseb tak patah. (Mak bising, sape soh masuk. Ngada2, nak patah riukkan badan)

-Sesi hidu menghidu sesama sendiri. Ha! Saye kalah..I meant tak busuk sperti dierr-

Next session tak ingat bila..Tapi masa tu, I dah belajar Canter. Masa ni lah, baru dapat rasakan rambut terbang-terbang dengan machonya..Kuikuikui..Dan sekarang pun masih bercanter. 15 minit canter dah mencungap-cungap..Sumpah penat! (Kuda tu lagi penat agaknya, sampai terkeluar hingus dan air liur dia. Urghh..Beratnye mak cik nih! Makan nasi apala agaknya..)

Zaaapppp!! Zaaapp! "Canter Buddy!" Ngan lajunya, Buddy Red sambung canter..(cehh..mak cik ni tawu aku cakap pasal dia, tak pasal je nak sebat aku)

Dan bila balik, punggung panas je..Bila mandi, "Huarrrghhhhhhhhh....Pedih..Pedih!" sambil terlompat-lompat. Hahaha..Ni la dia. Riding mmg best! tp time nak mandi paling tak best. Badan melecet-lecet. Bak kate Mr Sharol "Nak jadi professional rider, make sure, punggung kematu!" Whaat?! Kematu tu, keras cam kulit buaya kan? OMG..

Dah sebulan tak riding. Nanti kena posting Hospital Kem Terendak pula lepas ni. Bertambah jauhlah nak datang riding...Haihh..Memang patut beli sekor kuda nih. (Ceh, cakap cam anak dato mane je) Kate Nashilda "Nak beli kuda mmg boleh, nak maintain tu..more than RM2000 per month, nak bg makan rumput boleh, tapi kuda lembik lah.." Ciss, baik bela anak orang!


Btw, I nak tekankan di sini, sekarang, semua orang boleh riding. Bukan lagi sukan untuk orang-orang berada je. Dan sukan ini, sangat bagus..untuk tulang belakang, merangsang sistem-sistem tubuh anda dan last sekali sebagai tuntutan agama Islam.


-Stylo-milo sehat dan kuat-

-Dah xreti nak letak caption ape..Ha? Kamu kate ape? Oh, yer, trima kasih..Sesungguhnya saya mmg mahu jd rider yg cun :P *ok, sangat perasan* -

1 comment:

Niniekartini said...

mmg nampak best lah tonggang kude nih..nanti kalau akak balik sana boleh la murni bawak akak try tonggang langgang ye.. ;)

Post a Comment

About Me

My photo
Whatever u give me, I will make it greater. Give me sperm, I'll give u a baby. Give me a house, I'll give u a home. Give me groceries, I'll give u a meal. Give me a smile, I'll give u my heart. I will multiplies and enlarges what I've given. So if u give me crap, be ready to receive a ton of shit