Thursday, January 28, 2010

Kisah Gadis Klasik dengan Pisangnya

Kisah ini berlaku pagi tadi..
Alkisah, seorang wanita pergi ke sebuah restoran, mencari roti canai sebagai santapan paginya (terlebey suda)
Selepas I order roti canai Telur dari abang roti tu, I duduk memerhatikan suasana di dalam kedai. Cari ada lalat ke tak, kot-kot ada tikus mati yang mereka tak perasan, cawan-cawan yang kuning kehijauan dengan pelbagai flora fauna. Malangnya tiada. Tapi kedai ni tak boleh dapat Gred A. Entah kenapa, mata macam tak setuju nak bg gred tu. Adalah tu!


Sekali mata kuyu ni nampak pisang berwarna kuning, dan sangat gemok dan sangat sedap untuk disumbat kemulut ini. Huarrghh..bestnya!
Tangan sambar sebiji pisang, sepantas kilat (macam budak gemok suka makan yg macam dlm tv slalu tunjuk tu), lalu di NGAPP! Hampir-hampir nak habis, lalu pekerja restoran ni. Hantar air.

Eyh, abang! Pisang ni free kan? *mak aih..sesedap hati kau je nak free, nak kencing pun kena bayar la mak cik!*
Abang tu senyum-senyum malu. I memang agak dia kate "Mana ada benda free skrg dik". Kalau dia ckp begitu, pasti I kate "Kawin ngan I free!" (Sambil kelip-kelip mata. Konon-konon menggoda la tu) Tapi, nasib dia  tak kate apa-apa.

Abang yang sama, hantar roti canai utk I. Dia tanya "Nak minum air apa?" "Ouh, saya tak minum. Saya suka makan je!"- Dia berlalu pergi *tak leh layan budak giler ni, dia nak ayat aku, supaya dapat pisang free* -

Time nak bayar..Cari purse. Menggelabah daaaa...Purse tak da. Cess..nak bayar camne nih! Duhh..tak pasal je abang roti ni ingat, I MEMANG nak makan free. Hey, jangan ingat muka selekeh I ni tak da duit ok.. Tawu la baru bangun tido, mata sepet-sepet lagi, kepala pun cam tak betol lagi..Tapi saya mampu kot, nak bayar roti tu. *emo sekejap*

-Dato Khairi Sulaiman *suka buang spec bila nak ambik gmbr*-

Luckily, jumpa! Kalau tak, memang kena minta Sakinah bayarkan. Tak pun Dato' K. Duit dia manyakkkkk..wallet tak leh nak tutup. Huhuhu..Then, I kena RM2. Reason tak minum air - Hampir 20 botol mineral water (1.5L) kat boot kereta. Cukup untuk seminggu. Kesedaran yang tinggi tentang kepentingan minum air at least 2L sehari. But I took 3L per day..Kan kempen negara kita sekarang kena kurangkan gula. So, marilah kita bersama-sama mengurangkan gula dalam makanan dan minuman.


-Mungkinkah new packaging gula Malaysia sebegini rupa?-

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Whatever u give me, I will make it greater. Give me sperm, I'll give u a baby. Give me a house, I'll give u a home. Give me groceries, I'll give u a meal. Give me a smile, I'll give u my heart. I will multiplies and enlarges what I've given. So if u give me crap, be ready to receive a ton of shit