Sunday, January 24, 2010

Tips Mencari Wang Lumayan

Ahaa..tajuk macam bestkan? *ok, tahu tak best! tolong jgn gelak*

Alkisah seorang pelajar bernama Murni Ismail (bukan nama sebenar), sedang menjalani posting Public Health di Salak Tinggi. Dan termaktub di dalam posting ini, sesiapa pun akan menjadi miskin dengan mengejutnya. Sebab, makanan disana sangatlah best. Dan si gadis comel yang sememang 'comel' ini telah menjadi semakin 'comel'. Menepati jadual makan sepanjang hari, dengan frequency yang tetap, 3 kali sehari. Wooot..woottt..perut semakin woooooooooooooooooottt!

Faktor yang lain tentang kemiskinan ini adalah petrol. Duhhh..Travel sana sini, jauh dan dekat dengan berbagai agenda, Kilang Kerepek (ouh, itu sangat menggembirakan), Klinik Kesihatan (saya mesti mengatakan yang disini tersangatlah best, sbb ini profession saya, dan menunjukkan my passion towards my patients. Ouh tidak! Disitu kami hanya diberi briefing tentang klinik dan hospital tersebut, which is Zzzzz), restoran ( :D), dan berulang alik ke Putrajaya, Bangi dan Ampang.

Start 20hb, muka dah tak seceria selalu..Duit dah kering, bank pun macam suka je nak failed kan my transaction dan masa tu lah baru duit syiling berguna. Hahaha..beli air mineral 1.5L guna syiling 10sen. I kira depan orang Petronas tu, keluarkan satu-satu sampai mencukupi rm2. Huhuhu..Kes tak ada duit!

Dan bila minyak kereta tinggal satu bar, hati mula menggelabah! Aiyoo..10 hari lagi nak cukup bulan dan 10 hari itu sangat lama..Tipsnya adalah:-

1. Fikirkan adik beradik anda..Kalaulah mereka ada disebelah saya sekarang....*capai handphone yang button dah tertanggal dan kadang-kadang text orang, dgn cara begini "Alang,duitdahtakada.tolongbankinkanboleh?adiktakadaduitnakmakan,tengokjambupunairmataberderai-deraitakmampunakbeli.Sorry,handphonerosaksebabtutuliscamni"

Ini benar! Bukan cara saya meminta simpati ok! Berderai-derai tu je la tambah sikit ;)

2. Telefon kakak kesayangan, memberi tahu masalah kewangan anda. *tapi tak boleh ada tokok tambah cerita ya, please*

3. Ibu kesayangan terchenntaa! Aha..ni paling last yang I akan buat. *segan nak minta mak..dari kecik sampai besar, asik meminta..minta susu, minta mainan, minta tidurkan, minta maaf..Erh, minta maaf tak pe. :D*

4. Those yang dah ada boyfriend, ini adalah extra-benefits kamu! Kata nak sehidup semati kan? :D
*Point ini sangat tak berkesan utk I, since tak ada orang pun nak I jadi girlfriend mereka. Dan I pun tak berapa suka nak meminta. Tak per je kalau minta kat adik beradik.. Keluarga sendiri..

Dan petang tadi, kak long menyampaikan sesuatu ditangan saya. "Ini dari Wo (nenek) RM50, ini dari Alang (Rm100) dan ini dari Abang Long (Rm100)". Muka bersinar-sinar kembali. :D
Lantas hati berkata "untungnya jadi adik, untungnya ada family sebegini, dan BERBALOI-BALOI menjadi Murni Ismail (bukan nama sebenar). Duit itu boleh digunakan selama 2 minggu. Yeayy!



-Motif gambar di atas hanyalah membantu anda menggambarkan perasaan saya skrg. Gembira bagai tiada kemaluan. urk? Kemaluan? Ok, penggunaan frasa bahasa yg tidak betul..Frasa? Ok, mengarut!-


Cubalah tips ini yer kawan-kawan. Mempunyai adik beradik yang ramai menyebabkan anda mempunyai potensi yang tinggi untuk menjana wang yang lebih lumayan. Hahaha..Macam iklan ape je.

p/s: Terharu nenek kasi duit juga..Kakak dan abang saya, Luv u so muchh..*bukan sebab duit yer, sbb segala-galanya. Nak ucap depan-depan malu.. :) *

2 comments:

Ninie Fairuz said...

bertuah badan ada adik beradik.. akak ni tumpang kasih dgn suami dan anak2 je.. =)

Murni said...

Alalala..jgn la kate tumpang..its yours! and I'm yours too! =)

Post a Comment

About Me

My photo
Whatever u give me, I will make it greater. Give me sperm, I'll give u a baby. Give me a house, I'll give u a home. Give me groceries, I'll give u a meal. Give me a smile, I'll give u my heart. I will multiplies and enlarges what I've given. So if u give me crap, be ready to receive a ton of shit