Sunday, May 31, 2009

Study Leave di Melaka

Wah..sudah hampir seminggu jari-jari Putri tidak menari bagi melahirkan isi hati yang ingin sekali berbicara buat teman-teman. Ceritanya sangat banyak. Tapi, tiada potret-potret yang dapat mencantikkan luahan hati Putri kali ini. Sudah bersemangat untuk meng'update'kan blog hari ini. Wayar kabel yang dicari, tidak dijumpai. Kemungkinan berada di kediaman Putrajaya. Esok, Putri berangkat ke Putrajaya. Seusai kelas dibereskan nanti, akan Putri pandu Saga ku yang tidak seberapa nilai secara fizikalnya, tapi amat bernilai dari segi jasa-jasanya. Dan sungguh, ia amat bermakna bagi hidup Putri. Boyfriend yang tidak akan ku tinggalkan, kemana jua, melainkan ada boyfriend yang lebih hensem dan berpoket tegap seperti Jazz kakak Putri. Huhuhu..

Sepanjang duduk di Melaka, aktiviti seharian Putri adalah, masak, makan, study..Dan tiba waktu petang, Putri akan turun membantu nenekku memberikan ayam-ayam nya santapan petang. Semakin rajin untuk membantu nenekku melunaskan aktiviti tersebut kerana terdapat seekor ayam 'cacat'. Dapat jugalah Putri study untuk 3 hari. Tiba hari Jumaat, mak mengajak Putri ke rumah sedara. Kenduri kahwin. Sepatutnya adik lelaki Putri yang bertanggungjawab melaksanakan tugas sebagai driver dan peneman mak Putri. Disebabkan dia sangat-lah berdengki dengan kakak dia ini, dia telah mengambil peluang dengan mengatakan dia mempunyai temu janji. Bukan tak mahu pergi membantu ke rumah saudara, apatah lagi merapatkan hubungan kekeluargaan, tapi masalah di sini, adalah masa. Putri kesuntukan masa untuk belajar. Professional exam. Aduhaii..Diharapkan, pengorbanan untuk bunda dan nenda tersayang akan dibalas.

Tidak banyak kisah yang patut Putri cerita. Berjumpa dengan mak-mak saudara yang mengganggap Putri adalah seorang doktor, Bukan 'bakal' doktor. Semua soalan ditanya. Alpha lipid, brain cancer, contraceptive pills and etc. Putri seorang bakal doktor, not a doctor yet. Tapi sebagai anak buah, Putri cuba menjawab sebaik mungkin. Dan Putri berjumpa dengan dua orang saudara yang agak rapat dengan Putri 2 atau 3 tahun kebelakangan ini. Boy and Ejat.

Pulang dari kenduri kahwin, terus Putri mencapai buku. Study lagi. Study lagi, Sampai tertido. Isyak terlepas. Sedar-sedar sudah jam 230 pagi. Itupun sebab badan terasa panas. Berpeluh. Dan tubuh ini, menyelinap masuk ke dalam bilik air, bersama tuala. Mandi dan sembahyang. Kemudia, study lagi. Sehingga 6 pagi. Selepas menunaikan solat Subuh, terus Putri menyambung tidur. Zzz...Sambung esok yer! Bersama potret-potretku..

Monday, May 25, 2009

Kebosanan



Hari ini, kebosanan betul-betul mengganggu diri Putri. Haih..Walhal, banyak perkara yang perlu diselesaikan. Sesi mengulangkaji masih perlu dipertingkatkan. Masih banyak 'system tubuh manusia' yang belum disentuh. Focus terhadap Pharmacology? Tidaklah sangat. Jari-jari ini terlalu rajin menekan kekunci komputer peribadi 'Apple' ini. Terlalu rajin menanya kabar teman-teman di senarai Yahoo Messenger ku. Bosan sungguh. Hilang focus untuk belajar. Hai la hidup...Apa perkara yang sangat mengganggu kehidupan seharianku ini?

Kadang-kadang, teringat mak di kampung. Ada juga terbayangkan masa depan Putri yang entah dapat dicapai atau tidak. Jangan pula Angan-angan Mat Jenin dan Pak Pandir je..Tanpa usaha tak mungkin semua itu dikecapi. Haa..duduklah lagi..tekan kekunci Apple kamu tu, wahai Putri..

Aduh, sakit pula perut ni. Minta diisi mungkin. Tapi, malas mahu turun ke bawah. Biarlah! Jam 10 pagi lagi, Putri sudah mengambil nasi. Jarang sekali Putri lakukan sedemikian. Lebih kurang 4 petang tadi, barulah Putri turun ke dapur, menggoreng curry puff segera yang ada dalam peti sejuk. Makanku tak teratur jika cuti semester begini. Patutlah boleh turun berat badan sehingga 8kg. Disebabkan itu jugalah, badan Putri seperti 'span'. Kembang dan kecut. Haha..Urgh..Bosan lagilah.

P/s: Menghati bacaan Imam Mishari Al-Afashi sangat menenangkan hati.

Sunday, May 24, 2009

Sahabat

Dia akan meneruskan cita-citanya. Tapi, dia tidak lagi bersamaku. Putri dan dia mengharungi cabaran yang sama. Tapi, dia terkandas sedikit di tengah jalan. Tidak tahu di mana silapnya. Mungkin, silap kawan-kawan yang membiarkan dia mengharungi rintangan itu sendirian. Tapi, Putri memikirkan bahawa dia pasti berjaya melepaskan dirinya. Tidak sangka, dia benar-benar memerlukan pertolongan. Putri meneruskan perjalanan. Kalaulah dulu Putri menjengah sedikit, masalah dia yang sebenarnya, pasti dia bersama Putri sekarang. Dia seorang sahabat yang baik. Tersentuh hati Putri apabila dia berkata "Kita mungkin tak jumpa lagi lepas ni. Kita dah tak sama. Mungkin jumpa, tapi masa kita dah berlainan. Apa yang S*****(nama sahabat) minta, Murni tak lupakan persahabatan kita.." Sudah pasti tidak akan Putri lupakan. Dulu, Putri pun pernah mengharungi rintangan yang sama. Kali ini, takdir menentukan sahabat menempuhinya juga. Tapi jangan risau, ramai yang memberi sokongan. Terutama Prof-prof kesayangan kita. Doakan kejayaan kami Professional Exam nanti. Selamat menunaikan ibadah umrah. Semoga perjalanan hidup sahabat lebih mudah selepas ini. Amin~










Kami Aisyah, Atirah dan Syafiq lunch bersama

Friday, May 22, 2009

Atila..oh..Atila

Pagi ini, seperti biasa membersihkan diri seawal 6 pagi bagi menunaikan kewajipan kepada Pencipta roh dan jasadku. Seusai mendekatkan diri kepadaNya, Putri mengemaskan meja belajar yang ditinggalkan dalam keadaan yang berterabur setelah lelah menghadap buku Pharmacology. Kemudian, Putri bersiap-siap untuk menjalani latihan menunggang kuda di Taman Equestrian Putrajaya. Dan partnerku hari ini adalah Atila~


-Gambar sebelum ke kelas-


First time menunggang Atila, Putri telah dimarahi oleh Mr Syahrul. Sedih teramat. Barangkali dimarahi oleh seorang lelaki, ataupun, sedih kerana tidak mampu untuk menunggan. Mungkin jua kedua-duanya. Semalam, partner ku adalah Buddy Red. Buddy Red telah memberikan kerjasama yang baik. Dan berjaya membuat hatiku berlonjak gembira. Tapi, malangnya hari ini, partner yang tidak disukai kebanyakan orang, Atila, menjadi partner-ku. Tapi, semangat Putri tidak goyah walaupun mendapat Atila, malah makin teruja untuk menunggang kuda ini.

Permulaan kelas hari ini seperti biasa, Atila sedikit malas, lama kelamaan, semakin baik. Tapi untuk me'maintain'kan classical position badan Putri, sedikit sukar. Dan....Booop! Adeyh, buat pertama kalinya, Putri terjatuh. Initially, it doesnt painful, but now..Urgh..hard for me to drive

Haih..Atila..Atila..kenapalah sangat degil? Apalah salah yang Putri lakukan sampai begini Putri dibuli? Dan tadi, telefon mak. Menanyakan samada, tukang urut di Ampang yang biasa datang ke rumah kami, boleh mengurut tangan ini atau tak? Dan jawapan bunda. "Baliklah..bukan sembarangan orang boleh mengurut terseliuh dan patah-patah tangan ni..Balik. Nanti urut kat Pak Wo". Alamak! Kena urut dengan Pak Wo. Rasa macam malas nak balik. Hari Selasa, lepas exam Pharmacology, bercadang nak balik Melaka untuk beberapa hari. Kawan-kawan, ramai pula balik rumah. Nak minta tolong Kak Long, macam menyusahkan pula. Kalau tangan ni, tak sakit, boleh aje drive sendiri balik Melaka. Haihh..ini lah nasib orang tak ber'bf'. Time-time macam ini lah, khidmat dan sumbangan anda amat diperlukan.

Thursday, May 21, 2009

These days

Urgh..Professional Exam on 12th June. I'm totally not prepared! OMG..

Lebih memburukkan keadaan, Putri langsung tak boleh focus. Padahal, hari penting makin dekat. Hati makin gusar. Ya ALLAH, please bless me, so that I can be a good doctor regardless of race or creed.

And last 2 days, hatiku terbang sebentar ke kampung. Teringatkan nendaku yang pastinya sedang membersihkan halaman rumah dan kebunnya.

About Me

My photo
Whatever u give me, I will make it greater. Give me sperm, I'll give u a baby. Give me a house, I'll give u a home. Give me groceries, I'll give u a meal. Give me a smile, I'll give u my heart. I will multiplies and enlarges what I've given. So if u give me crap, be ready to receive a ton of shit