Sunday, May 31, 2009

Study Leave di Melaka

Wah..sudah hampir seminggu jari-jari Putri tidak menari bagi melahirkan isi hati yang ingin sekali berbicara buat teman-teman. Ceritanya sangat banyak. Tapi, tiada potret-potret yang dapat mencantikkan luahan hati Putri kali ini. Sudah bersemangat untuk meng'update'kan blog hari ini. Wayar kabel yang dicari, tidak dijumpai. Kemungkinan berada di kediaman Putrajaya. Esok, Putri berangkat ke Putrajaya. Seusai kelas dibereskan nanti, akan Putri pandu Saga ku yang tidak seberapa nilai secara fizikalnya, tapi amat bernilai dari segi jasa-jasanya. Dan sungguh, ia amat bermakna bagi hidup Putri. Boyfriend yang tidak akan ku tinggalkan, kemana jua, melainkan ada boyfriend yang lebih hensem dan berpoket tegap seperti Jazz kakak Putri. Huhuhu..

Sepanjang duduk di Melaka, aktiviti seharian Putri adalah, masak, makan, study..Dan tiba waktu petang, Putri akan turun membantu nenekku memberikan ayam-ayam nya santapan petang. Semakin rajin untuk membantu nenekku melunaskan aktiviti tersebut kerana terdapat seekor ayam 'cacat'. Dapat jugalah Putri study untuk 3 hari. Tiba hari Jumaat, mak mengajak Putri ke rumah sedara. Kenduri kahwin. Sepatutnya adik lelaki Putri yang bertanggungjawab melaksanakan tugas sebagai driver dan peneman mak Putri. Disebabkan dia sangat-lah berdengki dengan kakak dia ini, dia telah mengambil peluang dengan mengatakan dia mempunyai temu janji. Bukan tak mahu pergi membantu ke rumah saudara, apatah lagi merapatkan hubungan kekeluargaan, tapi masalah di sini, adalah masa. Putri kesuntukan masa untuk belajar. Professional exam. Aduhaii..Diharapkan, pengorbanan untuk bunda dan nenda tersayang akan dibalas.

Tidak banyak kisah yang patut Putri cerita. Berjumpa dengan mak-mak saudara yang mengganggap Putri adalah seorang doktor, Bukan 'bakal' doktor. Semua soalan ditanya. Alpha lipid, brain cancer, contraceptive pills and etc. Putri seorang bakal doktor, not a doctor yet. Tapi sebagai anak buah, Putri cuba menjawab sebaik mungkin. Dan Putri berjumpa dengan dua orang saudara yang agak rapat dengan Putri 2 atau 3 tahun kebelakangan ini. Boy and Ejat.

Pulang dari kenduri kahwin, terus Putri mencapai buku. Study lagi. Study lagi, Sampai tertido. Isyak terlepas. Sedar-sedar sudah jam 230 pagi. Itupun sebab badan terasa panas. Berpeluh. Dan tubuh ini, menyelinap masuk ke dalam bilik air, bersama tuala. Mandi dan sembahyang. Kemudia, study lagi. Sehingga 6 pagi. Selepas menunaikan solat Subuh, terus Putri menyambung tidur. Zzz...Sambung esok yer! Bersama potret-potretku..

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Whatever u give me, I will make it greater. Give me sperm, I'll give u a baby. Give me a house, I'll give u a home. Give me groceries, I'll give u a meal. Give me a smile, I'll give u my heart. I will multiplies and enlarges what I've given. So if u give me crap, be ready to receive a ton of shit