Friday, May 22, 2009

Atila..oh..Atila

Pagi ini, seperti biasa membersihkan diri seawal 6 pagi bagi menunaikan kewajipan kepada Pencipta roh dan jasadku. Seusai mendekatkan diri kepadaNya, Putri mengemaskan meja belajar yang ditinggalkan dalam keadaan yang berterabur setelah lelah menghadap buku Pharmacology. Kemudian, Putri bersiap-siap untuk menjalani latihan menunggang kuda di Taman Equestrian Putrajaya. Dan partnerku hari ini adalah Atila~


-Gambar sebelum ke kelas-


First time menunggang Atila, Putri telah dimarahi oleh Mr Syahrul. Sedih teramat. Barangkali dimarahi oleh seorang lelaki, ataupun, sedih kerana tidak mampu untuk menunggan. Mungkin jua kedua-duanya. Semalam, partner ku adalah Buddy Red. Buddy Red telah memberikan kerjasama yang baik. Dan berjaya membuat hatiku berlonjak gembira. Tapi, malangnya hari ini, partner yang tidak disukai kebanyakan orang, Atila, menjadi partner-ku. Tapi, semangat Putri tidak goyah walaupun mendapat Atila, malah makin teruja untuk menunggang kuda ini.

Permulaan kelas hari ini seperti biasa, Atila sedikit malas, lama kelamaan, semakin baik. Tapi untuk me'maintain'kan classical position badan Putri, sedikit sukar. Dan....Booop! Adeyh, buat pertama kalinya, Putri terjatuh. Initially, it doesnt painful, but now..Urgh..hard for me to drive

Haih..Atila..Atila..kenapalah sangat degil? Apalah salah yang Putri lakukan sampai begini Putri dibuli? Dan tadi, telefon mak. Menanyakan samada, tukang urut di Ampang yang biasa datang ke rumah kami, boleh mengurut tangan ini atau tak? Dan jawapan bunda. "Baliklah..bukan sembarangan orang boleh mengurut terseliuh dan patah-patah tangan ni..Balik. Nanti urut kat Pak Wo". Alamak! Kena urut dengan Pak Wo. Rasa macam malas nak balik. Hari Selasa, lepas exam Pharmacology, bercadang nak balik Melaka untuk beberapa hari. Kawan-kawan, ramai pula balik rumah. Nak minta tolong Kak Long, macam menyusahkan pula. Kalau tangan ni, tak sakit, boleh aje drive sendiri balik Melaka. Haihh..ini lah nasib orang tak ber'bf'. Time-time macam ini lah, khidmat dan sumbangan anda amat diperlukan.

1 comment:

joseph_king02 said...

fuyyyoooooo...ayat..kalah sasterawan..hehe2
gambatteyo...keep it up..
u cn get anemia if riding ur 'atila' too long..
jus givin' info..hehe2..sharing is caring isnt? :D:D:D

Post a Comment

About Me

My photo
Whatever u give me, I will make it greater. Give me sperm, I'll give u a baby. Give me a house, I'll give u a home. Give me groceries, I'll give u a meal. Give me a smile, I'll give u my heart. I will multiplies and enlarges what I've given. So if u give me crap, be ready to receive a ton of shit