Friday, February 12, 2010

Cita

Currently, I'm in the hospital. "Why am I here? Hey, I'm going to be a doctor 2 years more (Ameen~)" And I would like to tell u guys, bout my 'cita-cita' because initially it is something funny and silly. Enjoy yeah!


Primary school

Kecik-kecik dulu I sangatlah mengada *semua budak kecik pun macam tu kan?*
Ingat tak, masa prasekolah kena pakai skirt biru gelap tu kan?kan?kan? Kat Sek Keb Ayer Limau kena pakai baju tu hari-hari, except hari Jumaat, kena pakai baju kurung macam senior-senior. First week sekolah, hari Khamis, baru lah tergedek-gedek pegi beli baju kurung. Dan masa tu, I sangatlah gembira sebab pakai baju kurung, tak nampak 'sepender cartoon'..Kalau pkai skirt, susah sangat nak duduk bersila, malu sangat kalau budak laki nampak. Start from that day, hari-hari nak pakai baju kurung. Dah la ada satu je baju. Hari-hari balik rumah, basuh baju cepat-cepat *well, I'm independant girl huh!*

Sampailah one day ni, cikgu marah "Baju kurung pakai masa hari Jumaat je! Hari lain, kena pakai baju 'skirt' ni. Faham Murnirah?" "Faham cikgu..." *kecik-kecik dah pandai buat hal*

Masa cuti sekolah, nak masuk Darjah 1, aunty bawa gi KL shopping barang sekolah. *Yelah, anak yatim kan, masa tu mak tak ada duit sangat. Mak dan pak sedara lah yang beli sume tu* Masa tu ingat lagi, aunty offer 4 pasang baju. I pilih semua baju kurung, tapi aunty bersuara "Boleh ke pakai baju ni? Darjah 1 kan kena pakai baju pendek (skirt)". I jawab "Tak..Cikgu kata, pakai skirt berdosa. Nanti nampak sepender" *mode menipu, guna nama cikgu* Tapi at the end, I ambik 1 skirt + 3 baju kurung.

Start je sekolah, I sorang je pakai baju kurung. Yang lain pakai skirt. Pastu nak nangis, sebab takut. Dah la kena berdiri depan sekali *well, kecil molek kan..* Cikgu Halimaton, datang kat I masa perhimpunan tu, "Esok pakai baju macam tu ye (sambil jarinya menuding ke arah budak-budak lain yg kelihatan sgt comel), baju ni pakai masa hari Jumaat." Duh! Mak mestilah tak beli. Mana ada duit. I dah beli 3 kot! I diam je..Tapi hari-hari buat tak tau, cikgu pun dah malas nak tegur agaknya. Sampai akhir tahun pakai baju tu. Huhuhukk..

Erh, mana cita-cita nya? Okeyh, terkeluar topik! Jom start!

Darjah 1 sampai darjah 2 selalu dapat no 20 lebih. Penah dapat no 2 dari belakang. Hahaha..balik rumah, cakap kat mak. Konon dapat mengumpul mata yang banyaklah tu. Sekali kena marah "Itu bukan pandai, orang pandai dpt no 1". Lepas tu baru faham. Ouh, masa ni tak ada cita-cita.

Darjah 3 dapat no 10. Masa tu dah hepy sangat dah. Student ada 45 orang. Balik sekolah bagitau mak. Tapi mak cakap camni "Hurmm..belajar pandai-pandai, nanti jadi doctor. Boleh ubatkan mak, kalau mak sakit" Tapi masa ni, nak jadi artis *dalam kepala terbayangkan diri I berdiri atas pentas dengan rambut yg besar* Gahahaha...

Aiyoo..Sambung later yea! :P

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Whatever u give me, I will make it greater. Give me sperm, I'll give u a baby. Give me a house, I'll give u a home. Give me groceries, I'll give u a meal. Give me a smile, I'll give u my heart. I will multiplies and enlarges what I've given. So if u give me crap, be ready to receive a ton of shit