Tuesday, February 22, 2011

Rupanya Hujan di Tengahari

Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari...

Amat bermakna pepatah ini. Segala keindahan jangan disangka kekal selamanya.
Manusia sering alpa. Lumrah manusia. Sudah terhantuk baru hendak mengadah.

Begitu juga diriku. Hanya gadis yang bakal menginjak 24 tahun usianya. Baru ingin melakarkan sejarah. Segala kejayaan, pahit dan juga manis dalam hidup. Segalanya dicuba, segalanya ditempuhi, segalanya dirasa. Bak kata orang, 'jiwa muda'.

Dalam menempuhi semua itu, diri ini ditimpa musibah. Satu demi satu, ia datang melanda. Lalu, ku ambil keputusan, redha dengan segalanya. Dan cuba untuk mencari intisari yang tersirat pada setiap kejadian dan menyelesaikannya.

Dan akhirnya, kesimpulan dibuat.

"Benar. Setiap yang terjadi, ada hikmah. Masalah atau musibah yang melanda, perlu dilihat dari sudut yang positif. Allah SWT mengurniakan masalah ini kerana Dia menyayangi diriku. Ini disebabkan lumrah manusia tadi. Manusia mula mengingati Tuhan, bila mereka menghadapi masalah. Dan disebabkan masalah yang melanda diriku kini, aku kembali mendekati Allah SWT. Perbanyakkan solat, membaca quran, merebut pahala dan menjauhi kemungkaran.."

Allah mengingatkan hambanya supaya mengingatiNya, dengan cara yang halus..Dia mengurniakan kesulitan buat kita. Hanya orang yang bertuah mampu menganalisa semua ini dengan tepat.

Alhamdulillah..Aku bersyukur di atas peringatan ini..

Mendengarkan adik Ahmad Saud membuatkan diriku kini makin tenang..



InshaAllah, sama-sama kita mengingatkan diantara satu sama lain..

2 comments:

::FAIZ:: said...

very nice entry... tq

buaya said...

salam ziarah

selamat dtg ke blog sy dan menjadi follower sekali k

Post a Comment

About Me

My photo
Whatever u give me, I will make it greater. Give me sperm, I'll give u a baby. Give me a house, I'll give u a home. Give me groceries, I'll give u a meal. Give me a smile, I'll give u my heart. I will multiplies and enlarges what I've given. So if u give me crap, be ready to receive a ton of shit