Friday, December 30, 2011

DR in front of my name

Salam..lama Murni tak update blog macam dulu. Dulu tak aktif facebook. Sekarang, semua cerita update di facebook. Bersarang blog ni. Kesian. Tapi sumpah! Rindu nak update blog macam dulu. Setiap kali balk dari class, mesti ada jer benda nak cerita kat blog. Kalau busy atau malas, kumpul dua tiga hari punya cerita. Heeee..

Korang.. Exam Murni makin dekat. Objektif hidup pun makin dekat. Hari-hari berdoa supaya objektif ini tercapai pada masa yang ditetapkan. Tak mahu dianjakkan masa itu. Ini harapan diri Murni, family dan mungkin juga ada kawan-kawan yang harapkan benda yang sama. Murni mohon jasa kawan-kawan yang baca post ini, untuk tolong doakan kejayaan Murni. Boleh?? Ok, mari!! 1 minit jer!!




"Ya Allah Ya Tuhanku..semoga kawan saya yang bernama Siti Murnirah ini, lulus dalam peperiksaannya dan berjaya menjadi doktor yang baik. Amin~"









Thanks korang!!

Dan sebenarnya ada benda lain juga yang bersangkut paut dengan kejayaan ini. Apa yang Murni nak share bukan cerita tu, tapi moral dari perkara ni.

Kita ni, kena tahu dan faham apa yang kita nak dalam hidup. Kalau cita-cita kita melibatkan orang lain dan sekali gus menyusahkan orang tertentu, tolong ambil perkara ini secara serius. Untuk capai cita-cita sendiri, kenapa perlu libatkan orang lain? Bukan ke itu namanya aniaya?
Murni lambat tersedar benda ni. Tapi alhamdulillah, tersedar juga. Sedih. sebak bila fikirkan bila ada orang sanggup berkorban untuk kita kan? Luluh hati ini, bila fikirkan yang diri ni mementingkan diri. Mana entah hilangnya keberanian dan semangat untuk mengejar cita-cita tu, sampaikan perlu memijak dan menyakitkan orang lain untuk kejayaan sendiri. Such a loser kan?!

Bengkak mata menangis fikirkan benda ni. Terharu dengan pengorbanan dia. Demi sayang pada orang ini, dan juga pada cita-cita yg suci, apalah sangat kalau diri ini berkorban sikit, kan?

1 comment:

nuramalina said...

good luck gorgeous...mmmuuuahhh...!!!

Post a Comment

About Me

My photo
Whatever u give me, I will make it greater. Give me sperm, I'll give u a baby. Give me a house, I'll give u a home. Give me groceries, I'll give u a meal. Give me a smile, I'll give u my heart. I will multiplies and enlarges what I've given. So if u give me crap, be ready to receive a ton of shit