Sunday, June 28, 2009

Wahai mata

Ouh, tadi..Tadi, pergi Klang. Kenduri kahwin. Kenduri anak kawan mak masa family Murni tinggal di Klang. Tapi lepas, arwah abah pergi, family pindah tinggal Melaka. So, sejak tu lah, Murni dikenali sebagai orang Melaka. Ouh, tak da nak citer panjang. Nanti kang bosan pula. Ni, citer dia, urm..pasal lelaki lagi.Hahaha..ada nampak sorang mamat ni. Kat majlis tadi. Murni panggil adik murni, Ery. Bisik kat dia. Nak tau bisik apa? Heee.."Ery, tolong ambik gambar mamat yg rambut macam faizal tahir tu.." Dan hasilnya..Jeng Jeng Jeng..



-Closed up-

By the way, good job adikku sayang..Tapi ada benda gak yang nak kutuk pasal adikku sorang tu.
Right after Murni cakap je, boleh pulak..terus bangun. Jumpa je mamat ni, siap close up pulak tuh..Aihh..kang ada yang pinggan terbang. Orang tu sibuk bekerja, pergi ambik gambar dekat camtu skali sape suroh. Dah siap tangkap, boleh lagi, datang tunjuk.."Nah, ko nak gambar mamat ni kan?" Kelam kabut Murni, nak sorok muka. Tak reti perlahan agaknya budak ni. Coverlah sket. Kang mamat tu lalu kang, kantoi bodoh je.. Hee..Kan Murni dah cakap, bab rambut panjang ni, bahaya..Bangla sapu sampah pun, bole je nak minat..haha..tapi tak serius pun, hanya memuji..untuk lebih2 tak terfikir pun..banyak benda nak kena pertimbangkan, bkn paras rupa je

Saturday, June 27, 2009

Anak Yatim

- Tu, akak tu pun, bagi juga. Kesian agaknya..Sanggup turun dan jalan sikit pegi kat pak cik tu-


Ni kisah pagi tadi. Lepas tamat waktu Murni bekerja. Hee..Murni kerja tau! Untuk dapatkan duit poket extra. Hurm, boleh la bayar duit kete, duit rumah, bil, shopping sket,duit tol dan duit minyak bulanan. At least, duit loan tak usik, boleh simpan dan pakai waktu terdesak. Ok, citer dia camni. Masa nak masuk pintu kete tu, tetibe nampak ada sorang pak cik tua ni. Dia bagi salam. Pak cik tu minta derma untuk buka sekolah anak yatim. Mesti dekat Kelantan, sbb pak cik ni ckp Kelantan. Murni pun buka la purse..Laaa, ada bape keping je RM1. Hahaha..Lupa nak withdraw, sebab dua hari lepas dah bershopping sakan kat Bukit Bintang. Cess! So, Murni bagi je la, berapa yang ada tu. Lepas pak cik tu pergi, mula terfikir something..

1. Kenapalah Pak Cik tua yang berjalan panas-panas macam ni? Dia tu sape? Nak jadi guru besar sekolah Anak yatim tu ke?

2. Betul ke nak buka sekolah anak yatim? Tapi pakaian dia mengiyakan jawapan kepada soalan ini..

3. Hati jahatku menyebabkan mata liar memandang pak cik tu dari belakang. Konon-konon akan ternampak signboard yang tulis 'saya pengemis or saya penghisap dadah veteran' di belakang badan pak cik tu. Tapi, xnampak.. Astaghfirullah al -adzim..Jahatnye lah otak aku ni..

Pastu, terus start kereta. Malas nak fikir. Elok-elok dah dapat pahala tadi, dah dapat dosa pula. Fikir yang bukan-bukan. Tapi, betul. Murni ikhlas tadi. Cuma, disebabkan Pak Cik tua yang berjalan di tengah-tengah panas macam tu, membuatkan lahirnya spekulasi-spekulasi mengarut itu!

Thursday, June 25, 2009

Kawan..

Semalam, buka email..dah keluarkan posting list untuk clinical bulan Ogos nanti. My first posting is Paediatric. Huaaaa!! Heee..bukan tak suka. Tapi ini kira satu cabaran besar juga la untuk Murni. Sebab, tiap-tiap hari kena dengar kids menangis..Dan, dan..tak tahulah macamana, nak berhadapan dengan baby-baby yang baru lahir, yang salur darah pun tak nampak, kena pakai oxygen mask sepenuh-penuh muka, tengok ibu-ibu mereka nangis sbb kesiankan anak-anak yang kecik-kecik lagi dah berwayar sana-sini. Ok, stop membebel, Murni! U have to go for it juga..Be confident, be strong! Kemungkinan besar, posting kat Hospital Serdang, mungkin jg Putrajaya. Hurm..itu belum comfirm. Dan..dan..Murni telah pun terpisah dengan besties. Atirah dan Aishah dapat group sama, Murni tercampak di kalangan orang-orang yang rajin study, baik-baik, dan pandai-pandai. Tak ada sorang pun dalam group ni, yang suka mengarut. :{




Ada! Baem..Heee, Baem awal-awal lagi dah Buzz YM semalam. "Murni, kita satu group!" Uh haa..yer, kita satu group. Dan Baem mestilah kena jadi kawan Murni. Jangan larii! Jangan larii! Tiga tahun. Tiga tahun kita kekal dalam group ni. Semoga kita saling membosani antara satu sama lain..Hahaha..Jangan saling mencintai! :D Jika saling mencintai, bertambah bosan-lah hidupku nanti. Dah, kat hospital jumpa orang sama, rumah pun jumpa..So, Baem, beware..Jangan menggoda-ku! Hehehe..
-Sorry-lah Pak cik Baem, gambar metro kamu tak ada-

Ok, semoga kita sume berjaya menempuhi liku-liku hidup sebagai seorang student bagi menginjak untuk menjadi seorang doktor. Gambatte!

p/s: I bought a couple of Ralph Lauren Polo shirts from oversea, kirim dari kawan. Harga murah sikit compared to Malaysia. Tapi tak sure, si dia muat ke tak. Harap-harap dia tak membesar..Hehe..

Wednesday, June 24, 2009

Vacation

Yerp, Murni nak pegi melancong-lah! Baru je habis borak ngn Ikhwan. He is studying in German, buat engineering. Ouh, macamane Murni boleh kenal dengan Ikhwan ni? Haa..ni sebab gaya-gaya miang si Ikhwan ni la.Hahaha..kawan dia, adalah kawan Murni masa kat Pasum dulu. Dan dia add Murni kat facebook.Tapi tak sangka pula, boleh baik sampai hari ni. He is crazy-rock-slumber person. Tu yang best! Ok, he will come back ke Malaysia on this coming 8th. Dan kebetulan Balkis (kawan di Pasum tu) akan pulang ke tanah air juga. Ouh, Balkis sekarang buat medic di Bali. Study sambil melancong tu..Haih, hebat-hebat kawan aku nih..Merata-merata tempat belaja. Selalunya, kalau Balkis balik, Murni tak free. Nak jumpa kat KL pun susah. So, alang-alang kebosanan menghabiskan masa cuti ni. Kepala banyak sangat planning nak jumpa kawan-kawan lama. Yelah, nanti dah masuk clinical year nanti, dah tak dapat nak ber'picnic' sume..I have to grab this chance! Just tunggu diorang balik Malaysia and we go on. Tapi before tu, I've make a list tempat-tempat yang kita nak pergi! Dan Balkis, mesti bawa abg sayang kamu. Hahaha..Murni and Tanggang nak jadikan kamu sebagai Toys..


1. Redang/Perhentian
- dengar kate tempat ni best! maklumlah orang kampung cam Murni ni, mane penah pegi pulau segala..

2. Langkawi
- tempat ni dipilih sebab rumah Balkis disini. Hahaha..makan dan penginapan free!

3. Bukit Belacan/Gunung Ledang
- serius, tmpt ni pun best! Air terjun adalah tempat paling best utk bermandi-manda. I prefer this type of water rather than air masin, melekit, sunburn! Dan..low cost.Hee

4. Genting/cameron/Bukit Fraser
- Aritu ada bace paper, Bukit Fraser ni nmpk best. Sebab apa best? Sebab boleh riding and scenery pun cantek! Boleh test camera baru..

5. Vietnam
-ntah kenapa, dah setahun teringin nak pegi.

6. Sabah
-snorkeling la paling best! tp kat perhentian pun boleh je..

p/s: Guys, klu ada suggestion lain, text me tau!


Monday, June 22, 2009

Kotak rokok

Dah lama nak tulis pasal rokok. Rokok..Rokok..Best ke? Pernah rasa. Tak sedap pun. Rasa asap. Memang rasa rokok. Kenapa merokok yer, abang-abang di luar sana? Boleh bagi sebab? 3 valid reason pun jadilah. Putri memang tak ada masalah dengan rokok ni. Yang jadi masalah, bau yang tak menyenangkan tu.

Abang Putri pun merokok. Bila ada duit, dia start smoking. Bila ekonomi tak berapa nak best, stop. Konon-konon jaga kesihatan. Angah memang dah lama stop. Alang ni susah sikit. Sebelum buat medic dulu, macam tak heran sangat pasal merokok ni. Lantaklah..Korang bekerja, itu duit korang, sakit pun korang. Betul. Memang tak kisah langsung pasal smoke ni.

Tapi..Sekarang..Dah bertukar. Memang patut berhenti. Memang sangat senang untuk mendapat kanser paru-paru. Gambar yang ditunjukkan pada kotak rokok tu, memang ada betolnya. Asap yang berkepul-kepul dihembuskan oleh sang perokok-perokok ini tadi, boleh menyebabkan lung disease kepada perokok dan orang-orang disekelilinginya. Nasihat Putri, berhentilah merokok! Along Ujang (cousin) patut dicontohi oleh semua lelaki-lelaki diluar sana. Dia berhenti merokok dengan jayanya, tanpa disuruh oleh sesiapa. The reason is love. He really loves his wife and his daughter. Stop masa wife dia pregnant. Setiap kali tengok Alang(my bro) smoking, I would say this " Huh, selfish..Tak sayang anak-lah tu". Quite harsh but I want a good quality of his life. Patut kerajaan letak je gambar-gambar bawah ni..

-Kecacatan semasa perkembangan bayi di dalam rahim (anacephalus)-


- Kecacatan yang disebabkan oleh banyak faktor, antaranya carcinogenic agent-



-Rokok mengandungi carcinogenic agent (boleh menyebabkan kanser)-

p/s: Boyfriend Aishah trauma lepas tengok gambar ni.."Macam ternampak-nampak je kepala baby tu.."

Teringat

Dari pagi, duduk melepak di ofis aunty, Cheras. Staff pulang, Putri pun pulang. Betul. Tak ada kerja nak buat. Kawan-kawan mesti sibuk melancong dengan family. Maklumlah, hampir 3 tahun study, tanpa cuti. Erh, bukan tak ada cuti, tapi bila memikirkan professional exam yang belum dilalui, terbantut semua planning. Masa duduk-duduk melayan anak sedara di ofis tadi, teringat kawan Putri yang sorang ni, Syed Syafiq. Apa dia buat agaknya. Kalau tak ke klinik mak dia, mesti merayau-rayau dengan camera. Cari ilham baru. Syafiq!! Murni rindu nak merepek dengan Syafiq lah..Putri terima satu nota ringkas dari Syafiq sebelum keputusan exam diumumkan.


" To: Murni

Askm, Murni..Selamat maju jaya ek murni..Syfq tau murni memang boleh buat!! Murni kan bercita-cita tinggi..hehe Semoga dpt menjawab dengan tenang ek..Syfq akan sentiasa mendoakan kejayaan murni da lain2..teruskan senyuman yg murni ukir selama ini kay..Murni yg slalu buatkan syfq happy n selalu ceriakan keadaan..Tanpa murni xtau la camne..hehe..thx cz being my friend tau..susah senang kita same2 okay..:)"

Terharu rasanya..Baru terasa diri diperlukan..Hahaha..Haih, Syafiq, Syafiq..Sure2, friend forever~

Sunday, June 21, 2009

Lijunggu (Libur hujung minggu)


Yes, new word from Bibik. Aktiviti lijunggu kali ini, betul-betul penat. Kepala pun dah pening tadi. Panas mungkin. Ok, entry kali ini, banyak gambar ye. Disebabkan memang asik bergambar je dari petang tadi. Tujuan pergi ke event ini, adalah untuk memberikan sokongan terhadap cikgu Putri. Mr Sharul Ezrezal. He won for show jumping. 1st place tawuu! Huhuhu..Sebagai anak murid, Putri sangat berbangga dengan Mr Sharul! Yeaa..Hopefully, Mr Sharul boleh melatih Putri menjadi hebat, seperti Quzandria. Memang smart sangat, turun padang penuh bergaya. Quzandria berjaya merangkul 7 pertandingan. Hebat kan? Ok, mari tengok gambar-gambar. Disebabkan nak upload banyak gmbr, Putri edit semula gambar-gambar ni and faham-faham je la kan, low quality. Kalau tak, berjam2 nak tunggu gambar ni siap upload.

-Tun Mahathir senyum kepadaku-
-Isteri Tun bergambar bersama kak long-
-Kak long dan Kak Ida-

-Betul. Tak sabar mahu menunggang kembali-
-Quzandria dengan Dexter tuahnya-
-Kak long dan kak ida-
-Hee..melepaskan rindu riding-
-Kak Nashilda, staff Equestrian-

- Shahrul memenangi tempat ke-2 dalam kelas 35 Amateur Accelerator dan tempat pertama bagi kelas 41 show jumping! Hebat cikgu Putri nih..-
-Tun Dr Mahathir dan isteri (di belakang) berangkat pulang-

- Laparr!-
- Kak ida (best friend kak long)-

p/s: 21st June, Father's day. I'm never know this is the day to celebrate a father. I'm never celebrate it. When he came into my mind, a liter of tears will be dropped. He went away. I'm never know the sweetness of having a father, living with father, no memories. I even don't know how he looks and how he behave. Nothing. :"(
To all father in the world, Happy Father's Day! :")

Saturday, June 20, 2009

Banyak-banyak!

Yeayy! Hari ni, tak da mood nk bermadah panjang. Rojak je bahasa hari ni yea..

First, nak bagitahu bahawa saya telah lulus exam dengan jayanya!! Yeayy! Agak gementar masa Prof umumkan results exam hari Khamis lepas. Alhamdulillah, lulus! Dengan rakusnyer, terus call mak, mesej kak long and alang. Sangat happy! Dua tahun mengadap buku ber-inci2. After this, tengok patient je la. Bermula lah kehidupan seorang doktor pula. Tapi tu biarkan dulu-lah. Sekarang masa untuk cuti!! Nak buat apa erh? Dua hari cuti pun dah terasa bosan. Haaa..gi mengadap Pak cik Atila kat Equestrian la nampaknyer..Huhuhu..

Sehari suntuk asik terbaring atas katil dengan bosan nyer. Menghadap Apple lagi-lah kan?? Urghh..bosan nyer. Malas nak keluar. Hee..poket, duit tengah banyak juga! Ye-lah, sibuk prepare pro exam haritu kan? So, duit berkepuk je la. Huhu..Tapi tak da mood nak gi shopping..Tak da orang jg nak ajak tgk movie. Nak gi skating kat mines pun, xda member. Nak ikut ramai, tp nak main, xda org. Nak gi genting, tp tak best la pegi dua tiga orang je. Terasa nak drive ke kemaman..Boleh makan! Tapi kak long tak da masa. Ngeh!

Haa..dari hari Khamis lagi, Premier Cup Series 2009 berlangsung di Equestrian Putrajaya. Hee..Esok, baru nak gi tengok event tu..Tu pun sebab cikgu Shahrol Ezrezal masuk competition tu. Dan baru je, dengar dr tv3 yang dia menang tempat ke-2! Congrates Shahrol!

Ouh, ada satu lagi cerita. My cousin's wedding. Haa..tapi, before that. I'm going to tell u what had happen this morning! Jeng..jeng..jeng..ACCIDENT! From Bangi to my place, Putrajaya. I was driving dengan agak laju. There have one bumper and I saw a man is rolling on the road. Unbelievable..It happens dramatically and just a few seconds. He was bleeding. There have no one except me. So, I went out from the car and try pimpin dia into my car? Berat giler! Nasib dia boleh jalan lg. I start the car engine, and baru je nak gerak, mamat tadi tu berbunyi "kak, motor saya kak?" Haah, betul juga. Kang motor dia hilang sian la pula. Tengok condition dia, tak da lah meragut nyawa punya accident. Dia boleh tahan sakit kot..So, buka pintu kereta and tahan sorang mamat moto ni. Minta dia tolong alihkan moto si mangsa ke tepi, and I took the motor key dan masuk semula ke kereta.

"Ok, u tahan sikit erh..Hospital tak jauh sangat." Kak long pula, dah dua kali call. Tapi tak sempat jawab. Kali ketiga, baru jawab. "Yup, Murni lewat sikit. On the way hantar orang gi hospital. Accident. Tapi bukan Murni yang langgar dia.." Si mangsa tersenyum je. Dah janji dengan kak long, nak temankan dia gi wedding my cousin. Tapi, dah jadi macam ni, kena gi lewat sikit la..I settled everything about this unlucky man, call his friends to pick him at the hospital, his moto and bla bla..Sepanjang perjalanan ke hospital, sempat la juga berborak. Rupanya, dah lambat nak gi kerja, part time kat KFC Alamanda, umur 22, study lagi, asal Pahang, duduk menyewa kat Bangi, tak da girlfriend lagi..Uh?Hehehe..Main-main je la! Saya tak miang untuk sapu je sume lelaki. Hahaha.. *baru teringat, darah dia kat pintu kereta tak lap lagi*

Dan dengan secepat mungkin, bersiap untuk ke wedding tersebut. Tak suka, membuatkan orang tertunggu-tunggu. Tapi, jammed pula. I called my sister "Kak long pergi je la. Murni tak jadi pergi." Then, she replied me, "Alah..Tak de geng, malas la kak long nak pergi.." Pulak dah. End up, terpaksa juga la pergi..Tempuh juga la kesesakan lalu lintas tu.

Sampai je, terus makan! Huh, lapanyee..Lauk pun best. Quite grand la this event. I heard, 6000 people are invited. Tapi kalau datang ngan anak-anak and partner, sure 10 000 tak lari. Bila pengantin selesai diarakkan, me and my sister went out from the hall. Mencari emak. Tapi tak jumpa. Tau tak jumpa apa? Heehee..Wishes book! I wrote " Selamat berbahagia hingga ke akhir hayat and I wish I will marry soon.."

After I met a few family members, kami berdua terus mengundur diri. Kak long ada hal..Someone is waiting for her. Dan saya, berbaring di katil dan ZZzzz...


-Bersama Danish Rafique-

Thursday, June 18, 2009

Nana Married

Nana AF dah pun kahwin? Hurmm..Dapat husband handsome. Heee..Bab-bab handsome ni la buat Putri tak senang duduk..Haihh..Bila tenung muka Brian ni lama-lama, Putri teringatkan seseorang. Sama muka jejaka ni dengan husband Nana, Wan Agiyl!

Brian berbaju Melayu..Macam Hang Jebat dah!

-agyl dan isterinya-



Heee..Agiyl ni dah pun berkahwin tau! Isterinya bernama Safura.

p/s: Dah cakap dah..Bab-bab berambut panjang, berbaju Melayu ni, memang tak boleh. My heart melting like a choc! Hai-lah hati..

Monday, June 15, 2009

Exam


No! No! I can't believe it! No!! What the hell with my brain today? Should i put a gun on my head and let the brain split into pieces or what? Astaghfirullah al-adzim.. Today exam wasn't goes smoothly like the first day. Arghh..geram! This is the important exam-lahh!! Last night I had discuss with my fellow the same topic, boleh terlupa pulak nama structure jantung tu..Wahailah cik Murni, kahwin je la kau! Your place maybe in the kitchen. The structure is fossa ovale, but I could remember ovale only. Lepas tu, pergi hentam letak, 'membrane ovale'. Next question, this structure is remnant of ......? I can't remember this structure jugakk!! The answer is foramen ovale. And complication to this structure defect will lead to .......? I just remember 'atrium' jer!! And the answer is atrium septum defect. Ya Rabbi, apahal-lah si bodoh (diriku sendiri) ni buat??

This is the questions that I can't remember. The question yang tak tahu langsung are not take into account lagi! Haih la OSPE..this paper contribute 15% . Nasib baiklah SAQ on last Friday dapat jawab which is contribute 25%. Tomorrow will be MCQ 25% and Wednesday OSCE 35%.
Whatever it is, I hv to focus on the coming papers.

p/s: To all of my followers, please pray for my success k. Gracias mucho! Muaxhh.. :X

Thursday, June 11, 2009

Manusia Yang Tidak Pernah Puas

Bahana krim pemutih

Penjualan krim pemutih kulit yang tidak terkawal di Senegal menyebabkan ramai wanita di negara itu berdepan dengan risiko kecacatan kulit akibat kesan negatif bahan hidrokuinon.

"Saya suka mencerahkan kulit saya kerana orang akan kata, anda lebih cantik dan putih," katanya yang berusia 50 tahun.

"Untuk menghentikannya, saya terpaksa meminta tolong daripada rakan yang menyokong saya. Tanpanya, mungkin keadaan lebih sukar kerana saya begitu percayakan krim ini.

"Dia (rakan) menunjukkan sebuah majalah yang memaparkan gambar-gambar wanita yang menderita akibat kesan krim kecantikan tersebut. Apabila melihat gambar itu, saya tekad untuk menghentikannya," ujar Diop.

Semua itu dilakukan kerana lelaki Senegal lebih menggemari wanita yang berkulit cerah.

"Saya langsung tidak tahu bahawa ia boleh membahayakan kesihatan," katanya apabila ditanya mengenai risiko yang berpotensi dihadapinya. Dia dengan gembira meninggalkan pasar tersebut sambil membawa beberapa buah botol krim pemutih.


SEORANG wanita menunjukkan parut di lengannya didakwa akibat losen pemutih kulit.


Penggunaan hidrokuinon sudah lama diharamkan di negara Kesatuan Eropah sejak tahun 2001 sebagai karsinogenik berpotensi.


SUZANNE menunjukkan seorang pesakit yang mengalami kerosakan kulit akibat penggunaan krim pemutih.


"Semua orang mengatakan saya kelihatan lebih muda daripada suami. Kulit muka saya yang semula jadi telah kembali semula," ujarnya. - AFP

Ulasan: Putih itu suci, Hitam itu menawan. Dua-dua ada kelebihan. Bersyukur dengan apa yang ada.

Semalam

- Ini lah ubat yang diberikan, mefanamic acid(NSAID), methysalicylate and prolase-


Semalam..
Putri merasa tidak selesa dengan tangan kanan ni..
Sakit. Jatuh..Ingatkan akan sembuh dengan cepat..
Tapi..Haihh!

Semalam..Selepas Zohor, Putri bersiap
Memang sengaja menempuh waktu puncak bagi pesakit-pesakit..
Bermacam-macam gaya..
Ada yang moody..Terlalu sakit mungkin.
Itulah cabaran seorang doctor..Yang bakal Putri tempuh..
Tidak boleh memilih pesakit seperti memilih buah di pasar..

Hampir 2 jam setengah menunggu..
Apa-lah nasib. Lama. Buang masa. Sepatutnya bawa nota-nota ringkas yang ada.
Namaku dipanggil. Pintu ditutup rapat.
" Jatuh kuda? Riding kat mana?" tanya doktor penuh minat
"Presint 5 ada equestrian.."jawabku
"Ouh really? How much? How many lessons? How long for each lesson? and bla..bla.."

Doktor ini memang sangat berminat dengan kuda. Bukan dengan Putri.

"Dekat mana sakit?" tanya doktor
Putri pun menunjukkan sakit disendi.

"Ouh, i think just muscle problem.." kata doktor.
"Erh, tak! I think there have something to do with my ulnar nerve.." Doktor tu memandang sambil tersenyum..

Ooops! Kalau doktor ini menanyakan sesuatu yang luar dari pengetahuan Putri macamane?
Itulah, jangan menunjukkan diri pandai!

"How u know about ulnar nerve?" tanya doktor itu lagi.
"Because my ring and little fingers are not right..Maybe arthritis?" balas Putri
"Excellent! Tapi mana u tahu, pasal ulnar nerve?"
"Ouh, sebab I belajar.."jawab Putri
"U study lg? Kat mana?" mungkin mahu memuaskan hatinya..
"Cyberjaya uni. Belakang street mall"
"Ouh, u r doing medicine la ni?"
"Yup.."jawabku pendek.

Sangat bernasib baik, doktor tu tak test knowledge Putri. Hahaha.. Kalau tak dapat jawab, segan jugalah..Second year medical student, tak boleh jawab? Parah. Buat malu kolej, buat malu professors.

p/s: Semalam..Borak dengan anak raje.. :D

Tuesday, June 9, 2009

10 Things About Man That I Hate

1. Full of philosophy


Lelaki yang selalu mengeluarkan falsafah hidupnya tetapi, tak practice kan pon..kan..kan? tak suka! tak.tak.tak!


2. Busukkk!!

Haa..ni penting ni! Hygiene jaga la cik abang sume..Cukuplah dengan bau rokok.Euuww!
Odour from your body + mouth + rokok = Udara sangat 'nyaman'


3. Bengis

Ini masalah besar. Saya tidak berkawan dengan orang bengis..Semua kawan saya, sangat cool. Huhuuhu..

4. Merimaskan

Hurm..susah nak describe. Ok, contohnya camni "Murni!" Nanti seminit lagi, "Murni!" Lima minit lagi "Murni", Tiap-tiap minit pun nak panggil. Yer, saya tahu, nama saya sedap! Tapi, tak perlu asik panggil je. * Kau la ni Hasif! Sape lagi Murni nak kutuk.."

5. Miang

Ni sangat bahaya! Hahaha..Ali jangan terasa!*tp mmg miang pun kan?* Kalau muka jer yang miang, tak per. Saya sangat suka!

6. Selekeh


Adeyh! Smart tak perlukan baju-baju branded. So, tak susah nak mempercantikkan diri anda kan? Remember, first impression is important juga, tahu!


7. Suka lambat

This type of person, tak kira la lelaki atau perempuan. I hate them! On time please. It shows our attitude.

8. Flirtatious


Heee..tak perlu elaborate panjang kot. I'm jealousy. I don't like people around me having this bad habit.


9. Tiada cita-cita

Hidup tanpa cita-cita is useless. Gadis mana yang nak lelaki yang tak ada cita-cita. Kerja sekejap berhenti, semua kerja nak try. Hidup bujang boleh la, tapi bila nak tackle anak dara orang, u have to think about this, first! Mesti ada perancangan hidup at least 5 years anterograde.

10. Liar

Li-yarrr or lai-yer?? Hurm.dua-dua pun boleh! Penipu dan liar.


Sunday, June 7, 2009

Perkhabaran

Penat! Baru sampai di rumahku Putrajaya setelah puas berjalan ke Mid Valley dan menghantar adik saudaraku yang menuntut di PASUM. Menjejaki langkahku :) Putri mahu menceritakan sedikit kejadian yang berlaku dua tiga hari ini.

1) Kakakku bakal menamatkan zaman bujang dengan pilihan hatinya, majlisnya mungkin akhir tahun ini, selepas raya.

2) Emosi Putri tidak terkawal kebelakangan ini. Kadang-kadang iri hati dengan kebahagiaan orang lain. Lelaki yang pernah menjadi teman hidup Putri, walau sementara, bahagia..Jelas terlihat dari foto-fotonya. Wish u all the best, Rizal!

3) Gemuruh dengan exam yang bakal ditempuhi Jumaat ini.

4) Excited dengan cuti yang bakalku jalani selepas 18 Jun ini. Pastinya, Equestrian tempatku! Pertandingan Equestrian akan diadakan di Kelab Equestrian Putrajaya. Jemput dtg!! Lihat, kehebatan cikguku, Syahrul!

5) Merancang untuk bercuti di Kemaman tapi tidak berapa pasti tarikhnya.

6) Mahu menonton movie, setiap hari semasa cuti nanti!

7) Perlu menurunkan 5kg!! Mesti! Mesti!

8) Memohon maaf dari semua rakan dan saudara, demi memastikan Putri dapat menjawab soalan dengan baik, dalam Professional Exam, Jumaat ini.

9) Mahu keluar berjumpa kawan-kawan lama, cuti ini! Setiap hari! Dan melihat Lim bermain tenis di UM

10) Missing him.. :(

Friday, June 5, 2009

Laughing is a good medicine~



He want to tell, his little brother is bleeding.."Baby blood!"
This video so hilarious. I would watch this video everytime i need 'medicine'





Funny kiddo, with evil look~

Thursday, June 4, 2009

Kerja Giler!


-Haih, muka sombong dia sgt macho!-

Hari ni, mmg I buat kerja giler! Sepatutnya kena habiskan revision on Endrocrinology system, tp I sibuk mencari video 'Rahsia Hati'. Nasib baik ada 6 episod je kat Youtube. Hah, demam youtube lagi. Kalau duduk kat Putrajaya ni, mmg beleter la, Mak Cik Aisyah tu. "Murni ni kan, ada je video yang dia nak tengok!" Huhuhu..Ampun Cah, mmg tibe-tibe teringat kat Aaron Aziz tu. Macho glerr! Mmg sgt bernasib baik-lah ada 6 episode je. Kalau tak, mmg tak tido malam la, nak habiskan drama. Huh, mmg nak mati la nih!! Arghhh...examm, 1 week lagi!

p/s: Tangan yang sakit ni, tak hilang lagi la..

Wednesday, June 3, 2009

Those days

-Kampungku-



-Merajinkan diri mengemas pasu bunga mak-
- Reban ayam!-
-Lapar sangat! Sakit kena patuk..-


Here are the pictures that I've promise to all of u.

Di kampungku masih lagi ada golongan sebegini? Tidak ke sekolah ke? Hatiku berdetik. Putri terserempak dengan kanak-kanak ini. "Kakak, beli kueh kak..karipap ada, cucur udang ada.." Dan Putri hanya diam. Tiada sepatah perkataan keluar. Hanya memandang muka anak kecil itu. Lelaki. Pandai bercakap. Susah sangat ke? Hatiku berdetik lagi sambil memandu ke rumah.


- Dapat juga Putri memotretkan wajahnya-
- Teringat cerita 'Malim Kundang'-

"Happiness is having a large, loving, caring, close-knit family in another city"
- George Burns-

Bertemu semula

-Dari kiri: Fiona, Ayu, Murni-




-Dari kiri: Nabila, Fiona, Ayu-
Teringat zaman persekolahan yang telah lama ku tinggalkan. Manis. Terlalu banyak memori. Boleh dikatakan zaman kegemilangan Putri. Pencapaian dalam akademi sangat memuaskan hati terutama Maths dan Science. Terlalu minat dalam subjek tersebut barangkali. Langsung tidak hairan dengan subjek yang lain. Dan disebabkan itu juga, Putri berada dalam jurusan Sains Hayat sekarang.

Bertemu semula dengan kawan-kawan lama minggu lepas. Lokasi di Bandar Melaka. Hampir 3 tahun, tidak menjejakkan kaki ke situ. Bukan lupa negeri sendiri, tetapi masa amat mencemburui Putri bagi mengejar cita-cita yang diidamkan. Bertemu dengan kawan yang paling rapat dan berkongsi bermacam-macam cerita. Yang pasti, semuanya masih sama. Semua masih tidak ber'bf', kecuali Fiona yang dari dulu sentiasa 'hot'. Ada saje teman lelaki. Tapi kali ini, tidak lagi dengan lelaki yang dulu. Lagi handsome dan bergaya. Seorang tentera. Arghh.. cerita pasal teman lelaki orang lain pula! Ayu sudah pun menamatkan pengajiannya. Nabila akan mengekori jejak Ayu tidak lama lagi. Fiona juga, bakal menamatkan pengajiannya dan bermulalah latihan tenteranya di UPNM. Dan Putri, masih terkontang kanting, meneruskan pengajian untuk 3 tahun lagi. Lamakan?? Terima kasih rakan!




-Sempat Putri merakamkan saat mereka melintas jalan-

-Haih, ape ni, lintas jalan pun tak reti-

- Hahaha..Malu!-

"Love life and life will love you back. Love people and they will love you back"

-Arthur Rubinstein-



About Me

My photo
Whatever u give me, I will make it greater. Give me sperm, I'll give u a baby. Give me a house, I'll give u a home. Give me groceries, I'll give u a meal. Give me a smile, I'll give u my heart. I will multiplies and enlarges what I've given. So if u give me crap, be ready to receive a ton of shit