Wednesday, July 7, 2010

Kotak Ingatan

Beribu minit untuk aku kembali menulis.
Maaf, menaip.
Dan bercerita.
Beratus - ratus perkara yang terjah kotak fikiran aku pagi ini.
Dan aku terjun dari kamar, untuk hamburkan segala yang ada.
Selagi sempat, aku perlu hamburkan.
Tapi, di saat ini, yang ada hanya dua perkara.

Pertama, mak..

Kedua, kenangan.

Aku berminat dengan perkara kedua. Sebab, perkara pertama sentiasa ada dalam kotak ingatan.
Tak akan lupa.




Bila diri terasa sunyi, pasti teringatkan dia.
Senyum, tawa, rajuk.
Semuanya berlegar dalam kotak ingatan.
Itu semua buat telapak hati aku keruh.
Habis hati aku yang tenang ni.

Aku faham hati sahabatku
Kami senasib.
Bezanya, dia anak jantan.
Dan perjalanan dia, panjang.
Syukur, perjalanan aku pendek.
Jadi, momentumnya kecil.


Bila rindu, hanya satu yang aku harapkan.
Dia cari aku.
Mula berangan.
Masuk panggung ANGAN.
Jadi pelakon terbaik.
Bila tamat cerita, pijaklah di bumi nyata.

Sebab tu, aku faham sahabat aku.
Walaupun, buruknya terlalu banyak, hati tetap untuknya.
Untuk kekasih kau.

Sudah! Pergi mandi sekarang..

p/s: Bagi aku, cinta adalah satu keadaan dimana bila kau sedar tentang keburukan orang yang kau cinta, kau bukan mahu mengusir dia dari hidap kau, tapi kau ingin memilikinya. Benda yang busuk patut buang kan..? Tapi kau nak simpan. Faham tak..? Kiranya, cinta ni drives u insane la..

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Whatever u give me, I will make it greater. Give me sperm, I'll give u a baby. Give me a house, I'll give u a home. Give me groceries, I'll give u a meal. Give me a smile, I'll give u my heart. I will multiplies and enlarges what I've given. So if u give me crap, be ready to receive a ton of shit