Sebab saya nampak nih!
Dah la dompet kurus. Tu semua sebab terlalu focus untuk membesar. Risau jadi macam kanak - kanak di Papua Guinea. Jadi, duit banyak dihabiskan untuk membeli makanan - makanan yang berkhasiat, berlemak dan berkolesterol tinggi. Tahu tak bahawa lemak berfungsi sebagai 'energy storage'? Kita kan dah nak puasa tak lama lagi. Sebab itu kita kena simpan lemak banyak - banyak. Supaya kita tak curi - curi bawa air panas masuk dalam bilik bersama sebungkus Maggie. Eh tak. Tak. Saya tak biasa buat kerja - kerja macam tu. Ini pengalaman kawan - kawan saya.
Ok, berbalik pada cerita kita yang mula - mula.
Tu haaaa..kasut tu cantik! Duit dah kering! Geram kalau tak dapat beli sekarang! Dah la dia publishkan size saya. Color favourite lagi tuh.. Hish! Melampau kau eh..
Tak pe laa. Kalau ada rezki, dapatlah saya menyarungkan kasut itu dikaki manis saya. Pendek kata, ada duit dapatlah! Panjang pun nak kata juga. Ha..Panjang kata, kalau U (yer, kamu yang sedang bace blog saya ni) baik hati, belikan lah untuk saya.
Saya pula kata, "I tak kisah...Ada ke, tak de ke sama saja" Cewah!
Yang penting, tak berjalan berkaki ayam.
p/s: Minta - minta lah mereka tak kehabisan stock akhir bulan ni.
No comments:
Post a Comment