Tuesday, July 13, 2010

Orang Baik

Selalunya aku menaip tentang diriku sendiri. Tapi tidak kali ini. Lebih cenderung untuk belajar dan mengajar.

Tapi kebelakangan ini, aku ketandusan idea. Banyak perkara yang boleh disampaikan. Kelebihan aku dalam bercerita, mereka cerita, memang tip top!

Banyak orang suka bercerita tentang orang. Ada yang gelar spesies ini, spesies busy body. Pada aku, mereka terlalu 'mengambil berat'. Cerita yang disampaikan juga, berat. Silap - silap tak mampu si tuan badan pikul cerita yang telah disebarkan.

Aku bercerita tentang siapa? Oh! Aku bercerita tentang semua. Golongan artis adalah diantara golongan yang 'lucky'. Banyak yang mahu 'mengambil berat' tentang mereka.

Apa yang aku cuba sampaikan?
Bila seseorang mengatakan 'seorang' itu, baik, apa yang kau fikirkan?
Jika orang yang dikatakan baik itu, kau kenal...
Dan apa yang disampaikan oleh seseorang itu, sama sekali bercanggah dengan persepsi kau.

Bagi aku mudah saja.
Seseorang itu BAIK, jika BANYAK orang mengatakan dia BAIK.
Hidup ini secara berkelompok. Bukan seorang. Lumrah alam, majoriti akan menang. Kalau KAU saja yang kata dia baik, aku rasa, KAU adalah ORANG BAIK.

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Whatever u give me, I will make it greater. Give me sperm, I'll give u a baby. Give me a house, I'll give u a home. Give me groceries, I'll give u a meal. Give me a smile, I'll give u my heart. I will multiplies and enlarges what I've given. So if u give me crap, be ready to receive a ton of shit