Friday, July 16, 2010

Lembaran Cuti Semester

Sudah tiba masanya untuk aku pulang ke tanah air. Erk..Bunyi macam study oversea konon rindu negara tercinta kan..? Tak. Silap.

Masanya kian tiba. Untuk kembali duduk menghadap buku dan laptop, berada di kampus dan hospital. Ouh, lap top tak. Laptop mempunyai peranan yg amat penting dalam distract kefokusan saya *pelik - pelik ayat kau kan?!* . Orang dulu - dulu kumpul duit nak beli lap top, supaya senang nak study. Tapi orang sekarang, nak beli laptop, untuk memudahkan proses mencari jodoh. Hahaha..sungguh kelakar dengan orang yg jatuh cinta dgn Mat Sarip. Ada jg guna laptop untuk jimat duit supaya tak pergi wayang tengok movie Avatar atau Lagenda Budak Setan. Niat paling utama nak dengar lagu Dato Siti Nurhaliza atau Yuna sebelum pelancaran album lagi. Eh, apa kes! Tak baik wo, curi hak milik orang.

Cuti semester kali ni, dimulakan dengan lawatan sambil belajar makan makanan orang Bali, Indonesia. Hoh! Taubat. Tak nak makan lagi. Masa belajar failed. Tak masuk dengan tekak kampung saya. Sapa nak pergi Bali, kalau tekak kampung cam saya, bolehlah bawa sambal ikan bilis =)




Boleh belajar mengurut style Bali jugak! =)

Belajar memanjat

Dan belajar mencintai :X




Sebulan yang lepas, nyata, saya tak sempat nak update blog. Disebabkan jadual meeting saya sangat pack. Bukan meeting untuk bisnes beribu riban ya, kawan - kawan. Meeting = perjumpaan. Perjumpaan bersama rakan - rakan yang mahu meluangkan masanya dengan saya. Duhh...Malaslah  nak tulis..Tengok gambar je la eh..? Let me introduce my friends to all of u.

Ok, duduk elok - elok. Bersila boleh, duduk atas kerusi pun boleh. =)





Memperkenalkan, Nadiey Hana. Salah seorang finalist dewi remaja 2010/2011.




Model sambilan, Fara Kareem Chin



Finalist Dewi Hati Ibu, Murni Ismail :P


Finalist Dewi Remaja 2010/2011, Anzalna Nasir


Model Doktor Riang, Norazlida Ibrahim



Model PLKN, Shuhada Nazri (The right most)



Model Pantai Hillpark, Fezriq dan Felsharn







Akhir sekali,




















Model Jitra, Mat Sarip..Wooot wooott..Sexy bitch!!  :D

Sape Sarip?? Ok, akan diberitahu kemudian. 


Mereka lah yang menjadikan cuti semester saya pada kali ini, bermakna. Thank you so much for everything. Jumpa lagi tahun depan ya peeps!! Friendship forever ;) 

Wednesday, July 14, 2010

Saya Merah

Geram betul! Ya, saya marah! Saya suka marah! Eh, merah!

Sebab saya nampak nih!


Terlihat - lihat kaki saya menyarungkan kasut itu. Alahai..Comel nya kan..? :D

Dah la dompet kurus. Tu semua sebab terlalu focus untuk membesar. Risau jadi macam kanak - kanak di Papua Guinea. Jadi, duit banyak dihabiskan untuk membeli makanan - makanan yang berkhasiat, berlemak dan berkolesterol tinggi. Tahu tak bahawa lemak berfungsi sebagai 'energy storage'? Kita kan dah nak puasa tak lama lagi. Sebab itu kita kena simpan lemak banyak - banyak. Supaya kita tak curi - curi bawa air panas masuk dalam bilik bersama sebungkus Maggie. Eh tak. Tak. Saya tak biasa buat kerja - kerja macam tu. Ini pengalaman kawan - kawan saya.

Ok, berbalik pada cerita kita yang mula - mula.

Tu haaaa..kasut tu cantik! Duit dah kering! Geram kalau tak dapat beli sekarang! Dah la dia publishkan size saya. Color favourite lagi tuh.. Hish! Melampau kau eh..

Tak pe laa. Kalau ada rezki, dapatlah saya menyarungkan kasut itu dikaki manis saya. Pendek kata, ada duit dapatlah! Panjang pun nak kata juga. Ha..Panjang kata, kalau U (yer, kamu yang sedang bace blog saya ni) baik hati, belikan lah untuk saya.

Saya pula kata, "I tak kisah...Ada ke, tak de ke sama saja" Cewah!
Yang penting, tak berjalan berkaki ayam.

p/s: Minta - minta lah mereka tak kehabisan stock akhir bulan ni.

Tuesday, July 13, 2010

Orang Baik

Selalunya aku menaip tentang diriku sendiri. Tapi tidak kali ini. Lebih cenderung untuk belajar dan mengajar.

Tapi kebelakangan ini, aku ketandusan idea. Banyak perkara yang boleh disampaikan. Kelebihan aku dalam bercerita, mereka cerita, memang tip top!

Banyak orang suka bercerita tentang orang. Ada yang gelar spesies ini, spesies busy body. Pada aku, mereka terlalu 'mengambil berat'. Cerita yang disampaikan juga, berat. Silap - silap tak mampu si tuan badan pikul cerita yang telah disebarkan.

Aku bercerita tentang siapa? Oh! Aku bercerita tentang semua. Golongan artis adalah diantara golongan yang 'lucky'. Banyak yang mahu 'mengambil berat' tentang mereka.

Apa yang aku cuba sampaikan?
Bila seseorang mengatakan 'seorang' itu, baik, apa yang kau fikirkan?
Jika orang yang dikatakan baik itu, kau kenal...
Dan apa yang disampaikan oleh seseorang itu, sama sekali bercanggah dengan persepsi kau.

Bagi aku mudah saja.
Seseorang itu BAIK, jika BANYAK orang mengatakan dia BAIK.
Hidup ini secara berkelompok. Bukan seorang. Lumrah alam, majoriti akan menang. Kalau KAU saja yang kata dia baik, aku rasa, KAU adalah ORANG BAIK.

Wednesday, July 7, 2010

Kotak Ingatan

Beribu minit untuk aku kembali menulis.
Maaf, menaip.
Dan bercerita.
Beratus - ratus perkara yang terjah kotak fikiran aku pagi ini.
Dan aku terjun dari kamar, untuk hamburkan segala yang ada.
Selagi sempat, aku perlu hamburkan.
Tapi, di saat ini, yang ada hanya dua perkara.

Pertama, mak..

Kedua, kenangan.

Aku berminat dengan perkara kedua. Sebab, perkara pertama sentiasa ada dalam kotak ingatan.
Tak akan lupa.




Bila diri terasa sunyi, pasti teringatkan dia.
Senyum, tawa, rajuk.
Semuanya berlegar dalam kotak ingatan.
Itu semua buat telapak hati aku keruh.
Habis hati aku yang tenang ni.

Aku faham hati sahabatku
Kami senasib.
Bezanya, dia anak jantan.
Dan perjalanan dia, panjang.
Syukur, perjalanan aku pendek.
Jadi, momentumnya kecil.


Bila rindu, hanya satu yang aku harapkan.
Dia cari aku.
Mula berangan.
Masuk panggung ANGAN.
Jadi pelakon terbaik.
Bila tamat cerita, pijaklah di bumi nyata.

Sebab tu, aku faham sahabat aku.
Walaupun, buruknya terlalu banyak, hati tetap untuknya.
Untuk kekasih kau.

Sudah! Pergi mandi sekarang..

p/s: Bagi aku, cinta adalah satu keadaan dimana bila kau sedar tentang keburukan orang yang kau cinta, kau bukan mahu mengusir dia dari hidap kau, tapi kau ingin memilikinya. Benda yang busuk patut buang kan..? Tapi kau nak simpan. Faham tak..? Kiranya, cinta ni drives u insane la..

About Me

My photo
Whatever u give me, I will make it greater. Give me sperm, I'll give u a baby. Give me a house, I'll give u a home. Give me groceries, I'll give u a meal. Give me a smile, I'll give u my heart. I will multiplies and enlarges what I've given. So if u give me crap, be ready to receive a ton of shit