Saturday, March 6, 2010

A Day with Dido

Hello pembaca sekalian. Saye mahu melaporkan aktiviti meronggeng bersama Dido. Si hot stuff penyanyi bersuara nyaman dan catchy..Yang popular dengan lagu 'White Flag' and 'Thank you'. Tak kenal, sila google sekarang. :P

Dido saye ni lain..Dia tak popular. Tapi berdiri megah dihati saye..Oh my girl! *bunyinye seperti pasangan lesbian antarabangsa sepanjang zaman, kan?* Mari saye menceritakan tentang Dido saye. Mari! Mari!

Kami berkenalan di Kem Khidmat Negara Gunung Ledang, Asahan, Jasin. *wah..air mata dah mula bergenang dan bergendang pula..cecehh..konon je saye menghayati kisah kasih kami :D*
Heh, antara banyak-banyak orang kat kem tu, kebetulan kami sekepala. Sekepala time mencari orang untuk dijadikan bahan gelak dan tawa kami. Heh! Kedengaran keji disitu..Dari situ bermula segalanya. Dan berakhir entah bilanya.. :D *Kebelakangan ni, bakat dalam pantun 2 dan 4 kerat makin terserlah* Hubungan kami tetap utuh dan kukuh, walaupun si Dido melanjutkan pelajaran ke Indonesia dalam bidang kedokteran *sila bunyikan seperti anda adalah pelakon Bawang Putih Bawang Merah* Dan kini, dia kembali ke tanah air! Yahoo!! Saye la satu-satunya kawan yang meng'offer'kan diri untuk jemput beliau di KLIA. Orang lain, semua parents yang jemput. So, be nice to me. I'll double whatever u did. *Muahahahaha..Bangge untuk ke sekian kalinya*

Alah! Lari topik! Cess..

Ok, straight to da point nowwww~
Petang semalam, lepas habis class, terus cabut balik rumah. Macam biasa, Mr Mekbuk (husband) kena layan dulu. Dan Dido sedang berada di talian.

"Mek, jom ronggeng!"
"Jom!!" Balasnya
"Nak pergi mana? Please decide.."
"Anywhere" jawabnya lagi
"Jom dating. Manja-manja dalam cinema" balasku
"Ok.."
"I'll pick u at Serdang Komuter, at 2pm. See u there!"
"Ok..see u!"

Mudah. Telus. Cepat. Ramah. *mudah dan cepat ada nampak disitu. Telus, ramah barangkali merepek. Wah, barangkali pula da..!*

So, pilihan kami adalah ALAMANDA - mall ku rumah ku
Tak habis-habis Alamanda. Bak kate Hariz, "nak pergi jumpa mamat jual jeruk la tue.." *itu statement yang menusuk kalbu ok*

*Ya Rabbi, ape keje minah ni, tulis sebaris, merepek, tulis sebaris, menyimpang, tulis sebaris nyaris matt..Oh, stop..stop! Hish, mari debush saye sebijik! :D - bayangkan panda koala comel dari Zoo Putrajaya tersenyum  lebar dengan barisan gigi yang berpagar besi. OMG, soooo ugly eh..?*

Ok, lets continue!

Setibanya kami di Alamanda, kami memburu Pizza Hut idaman. Sebab Pizza Hut menjadi pilihan adalah disebabkan adanya air kegemaran saye iaitu Passion Fizz. Dan bukan sebab mamat dibawah ini..*terlalu banyak penggunaan kata hubung sebab* Gaaaahahaha *uhukk..uhuuukk..ehem..tersedak pulak. Tu la, gelak keji lagi..*

-Snap curi-curi woo..nak report dalam blog punye pasal..-

Actually, last Friday makan pizza. Semalam (Friday) makan pizza lagi. Kebetulan, mamat yang sama ambik order. Mak aihh..Malu bukan kepalang. So, cara untuk cover malu begini..

"I minum air apa eyh, last week? Air ni eyh? (Passion Fizz)?"

Si jejaka tercengang-cengang lalu berkata, "Erkk..saye tak tahu la.." lalu tersipu-sipu malu lalu termasuk dalam perangkap saye lalu Yeay!!
U get it? No? No?
Alaaa..ape selow lah u all ni..

I tanya begitu konon-kononnya, I datang ke situ untuk meLIHAT dia. Bukan untuk makan semata-mata..Kononnya lagi, DIALAH DI HATI. Malu weyh..Anak gadis kuat makan cam hippo. Nasib baek I tak kuat makan. *hahaaha..ayat cover lagi..* Tapi malangnya dengan soalan I tadi, I seperti membuka pekung dan tepung di dada. Sebab, dia sebenarnya, tak ingat pun I datang last week! Hampeh je..

-Menu idaman Dido-

-Menu idaman jantung hati saye-


-Cubaan berani mati. Nasib dia sengih je lepas shoot ni. Kalau dia bagi Phenampar Fizz Free camne? erk..!!"

Dan selesai je upacara mengisi 'tong', kami meneruskan perjalanan disekitar Alamanda. Memandangkan ini adalah kali ke-2 Dido menjejakkan kaki disitu. Dan semestinya, upacara bergambar menjadi pilihan!! Wooot..woottt! Tapi! Tapi! Tapi! Gambar saye je yang penuh..Hahaha..Sebab Dido, suka snapkan gambar. Dan saye, sangatlah suka bergambar. *A good combination kan?*

-Taraaa..memperkenalkan. Dewi Alamanda!-

-Dan, lagi!

- Saye kelihatan begitu, disebabkan, Dido dah naik hantu..Dia dah mula baring-baring atas lantai-

- Comelkan? Single lagi nih..Inilah Dido saye..She's sooo sweet to handle-

-Dido lagi..-

Selesainya sesi menonton, kami pun beredar. Dan sempat lagi camwhoring. Untuk dijadikan santapan dihari tua. :D
Saye menghantar my lady pulang ke rumah kakaknya di Bangi. Dan sebelum Dido turun, kami camwhoring lagi. 
Tiba-tiba...Bila Dido nak buka pintu..Wow! Terkejut gilakkk..Jantung sempat melantun keluar berjoget-joget. Satu kumpulan makhluk kecil berdiri kat tepi kereta I, tersengih-sengih. Hadoii..Masa tu, terus rasa macam berada kat negara India. Ingatkan kanak-kanak mengemis. Serius terkejut woohh..Masa tu nak buka pintu pun dah takut. 2 minit camtu, baru buka. Dido tanya "Adik..kenapa duduk sini?"
Diorang pun jawab "Nak ambik gambar.." *Wallaweyhh...Jantung aku dah menari-nari pun tadi, nak camwhoring juga rupenye..cehh!*

I pun buat berlagak macho la. Heh, depan budak-budak je pun.."Ouh, mari-mari! Dik, senyum...1..2...3!" Click! Click!


"Sekali lagi dik..Ambik gambar dengan kakak tu..Senyum luas-luas. Esok masuk TV!" *Hahaha..janji palsu semata-mata*


Masa drive balik ke Putrajaya, sempat lagi tersenyum sorang sorang. Hati gembira bila memikirkan tentang perkara-perkara yang berlaku. At least "Aku dah buat ramai tersenyum gembira hari ini.."
Kepuasan yang nyata!


Ada cerita disebalik gambar diatas. Lain kali la ya! Panjang sangat dah entry ni. Melalut pun banyak..

1 comment:

Anonymous said...

Phenampar Fizz free tu kelakar la..Hahaha..Ni sorang lagi hati gembira baca blog you -Botak SGB-

Post a Comment

About Me

My photo
Whatever u give me, I will make it greater. Give me sperm, I'll give u a baby. Give me a house, I'll give u a home. Give me groceries, I'll give u a meal. Give me a smile, I'll give u my heart. I will multiplies and enlarges what I've given. So if u give me crap, be ready to receive a ton of shit