Wednesday, March 31, 2010

Over Obsess Terhadap Kuda

Opocot! Heih..cicak ni! Tak perlulah kuat-kuat cakap "selamat pulang". Terkejut hamba. Tahulah tak sabar nak skodeng I berguling-guling atas katil kan..Cicak rumah I ni, pandai giler nak flirt..Aiyo, penatnya hari ni. Ini pun tak mandi lagi. Walaupun penat, I tetap seronok! Heee..ada kisah menarik yang Boom nih..! Mari - mari, I cerita.

Pertamanya, I dapat jawab soalan yang I sendiri tak sangka I boleh bagi jawapan setepat itu. Padahal tembak melulu. Dua soalan pula tu! Betapa seronoknya la perasaan ni. Erkk..Cikgu Azizah kata, tak baik cakap besar. So, mari dengar I cakap kecil-kecil pula. Haaa..susah pula kan, dah kecil-kecil ni. Nak kena buka mata besar-besar kan..? Tak pe la kan, sesekali cakap BESAR..banyak pula 'kan', kan? :P

Kisah kedua, Ayu datang bawa ibu dia ke hospital. Dan benda yang menggembirakan, dia masih sudi melaburkan kredit phone nya untuk memaklumkan yang dia berada di hospital. I dengan lajunya, terjun tangga. HoHoHo! Macam seekor Superman. Eh, Kem Terendak kan banyakkkk monyet, sepatutnya macam ........
-Nak tunjuk baju Superman kesukaan I..Teeehihihihi-

Ok, abaikan Superman segala. Sungguh tak sabar mencari Ayu di dalam outpatient department. Hee..at last jumpa jg! Seronok..Walaupun sekejap, jumpa juga Ayu! Lama giler hokeyh..Last jumpa dia, masa I kurus. I sempat gemok dan kurus balik. Dan, kembali comel sekarang :D

Kisah ketiga, di klinik pakar. Biasanya hari Rabu, memang I akan berada di klinik pakar bedah. Sebelum Dr B sampai, student macam I ni, kenalah interview patient yang sedang menunggu tu. Nanti bila no giliran mereka dipanggil, I akan ikut masuk sama lalu present patient complaint kat Dr pakar.

Pak Cik A, masuk dalam klinik. Duduk di kerusi yang disediakan. I berdiri di sebelah Dr B. Ouh, sebenarnya Pak Cik A buat pembedahan herniorraphy minggu lepas. Orang Melayu kate, angin pasang. So, pak cik ni datang sebab nak follow me. Eh..eh..tak tak..salah. Follow up.

Dr B: Assalamualaikum pak cik..Sihat?

PakCikA: Waalaikumsalam..Sihat..sihat..

Dr B: Macamana? Ada sakit tak?

PakCikA: Ok dah doktor..tapi sakit sikit la aritu. Saye ada naik kuda sekali.

Dr B: Huh? Jangan-jangan. Jangan buat kerja berat-berat. Tentera kan? Saye bagi cuti nanti. 6 minggu tak boleh buat kerja berat-berat. Angkat barang tu sume jangan.

PakCikA: Laaa..doktor tak cakap. Doktor tolong tulis sikit apa yang saye tak boleh buat ye.. Saye mana tau..

Pastu pak cik tu diam..Dia tengok je, prof I tulis kat nota perubatan dia. Pastu dia bersuara lagi..

PakCikA: Ni sume doktor punya pasal..*muka ala-ala comel*

Bahahahahahahahaha...kami sume bantai gelak. Pak cik ni cool laaa..kelakar giler. Prof I pun gelak juga. Padahal, heh, kami sume baru je kena belasah dengan soalan-soalan Dr B..Lepas check luka pembedahan, pak cik tu pun keluar. Pak cik tu, sungguh kelakar! Nak mention berkali - kali. Sungguh kelakar pak cik itu ! I pun menyusur keluar nak kejar pak cik tu. Sebab ada soalan yang bermain-main difikiran I.

Me: Pak cik, sekejap..

Pak cik pun berhenti dan duduk kat ruang menunggu.

Me: Pak cik, pak cik naik kuda kat mana? Saye pun naik kuda juga. Masjid Tanah ada tempat naik kuda eh?

Pak cik tu, bagi senyuman paling indah kat I.

PakCikA: Awak tak faham ke?

Ok, sekarang dah faham. Dan tersangat malu. Nak larikan diri! Tapi sebab nak cover malu, I cakap..

Me: Pak cik jangan angkat barang berat - berat. Tong gas jangan angkat, ......

Tapi pak cik tu pantas je nak potong I cakap

PakCikA: Bersetubuh la maksud saye. Dr B, mesti tak faham juga. Awak pergi tanya dia, boleh ke tak..siap nak bagi saye cuti..dia mesti tak faham ni..

I pun pecut berjalan, masuk dalam bilik Dr B. Pastu berdiri kat tepi sudut bilik tu. Tak tau nak tanya camana. Sebab Dr B memang betul - betul ingat dia menunggang kuda. Horse riding! Bukan menunggang yang lain. Tak lama lepas tu, nurse masuk, panggil kawan I (lelaki) keluar dari bilik tu. Kawan I masuk semua bilik tu, dengan senyuman simpul sarat barat. Merapati Dr B. "Sure..sure! No problem!" Tiba - tiba Dr B bersuara. Nurse pun senyum -senyum. Wahh! Mata kelip - kelip dah ni. Boleh rupanya..Seminggu dua ni, tak payah la pak cik..Aip! Aip! Budak kecik jangan sibuk - sibuk eh..


Hari ini baru sedar, betapa lurusnya Murni Ismail ni. Eh, fikiran suci mungkin. Bila fikir balik, memang tak mungkin la pak cik tu nak horseback riding. Perut maju kehadapan, dengan umur yang lanjut lagi. Heih, kenape la sel-sel otak tak berhubung masa tuh..Kena minum 5 gelas Anmum sehari nih! Pak cik tu dah bagitau I, yang dia dah pencen dari askar masa kat ward hari tu. Bisnes sendiri je sekarang ni..Yang lampi sangat ni kenape ni, Murni? Tapi, ha ha ha ha ha..surat cuti tadi? Ha ha ha ha..Nak bagi sape? Ha Ha Ha Ha..Mari gelakkan Dr B, di atas surat cuti yang dia berikan itu..Hahaha

Sediakan perut anda. Kalau boleh, kosongkan. Takut muntah darah. Sebab nak gelak besar untuk cik Murni Ismail. Sesungguhnya, dia bersungguh-sungguh kejar pak cik tu, nak tanya kat mana ada kuda. Siap kate, "Saye pun naik kuda juga!" Bahahahaha..Ngok ngek sungguh! Malu giler. Hai la pak cik, tu last la kot kite jumpa. Tak nak jumpa di mana - mana lagi dah.

Kawan I kata, "lepas ni kalau dengar perkataan kuda, nampak kuda, memang teringat Murni je la" dan kebetulan petang tadi ada kelas dengan Dr F. "Incident of open wound fracture in the farm is very dangerous. High risks of contamination. Sebab najis - najis lembu, kuda (suma gelak besarrrr..siap pandang Murni Ismail itu yang tak boleh blah)....." Tapi Dr F tak faham ape sebab semua gelak..Hahaha..

Pagi tadi, bangun tido. Mak mertua uncle I yang dari Kuantan visit kami untuk seminggu berkata "Suka tengok Murni. Mak Tok tergelak - gelak sebelum tidur semalam." Heh, ni kali ketiga dah dia cakap. Masa nak pergi hospital tadi, dia sempat kate "Hari ni, ape pula cerita yang Murni bawa.." I buat muka Shin Chan. Kelakar sangat ke ke'lampi'an I?

Jom riding sesaat!








p/s: Yang tak faham lagi dia naik kuda ape..Heh, tak dapat nak tolong! Bukan fikiran suci lagi tu, tapi seloww.. :D 

7 comments:

Ninie Fairuz said...

cute entry.. hhmmm..akak yg da kawen ni pun agak lurus gak..

Murni Ismail

said...

hahaha..suci-lah tu! yeayy..

Anonymous said...

hahahahha.
comel je.
baca slalu pn xjemu.
:D

Murni Ismail

said...

hahaha..i know u, fara! :)

Tupai Karan said...

haha..ya very the lampi.. hihih musti blush gile taim pakcik tu explain pa

niza said...

haha..lpas ni mase clerk kene tanye btol2..mane tau ade maksud laen ke..haha

Anonymous said...

hai laa cik murni...dat was one gud experience u've got in clerkin' pt...even experience oso won't understand all those metaphores...kne prank abish rr Dr. B...=P=P nice story nway!!!

Post a Comment

About Me

My photo
Whatever u give me, I will make it greater. Give me sperm, I'll give u a baby. Give me a house, I'll give u a home. Give me groceries, I'll give u a meal. Give me a smile, I'll give u my heart. I will multiplies and enlarges what I've given. So if u give me crap, be ready to receive a ton of shit