Saturday, April 3, 2010

Yang Teristimewa

Oh my! Sungguh dehydrated nehh..tengok pc dari pukul 3 pagi. Sebab nak jawab soalan dari onexamination.com. Haa..time-time camni la baru nak bersengkang mata buat soalan segala. Sebelum ni, enak aja tido macam panda bunting! Hoihh..Sekarang pun bunting juga, 3 bulan. Dah setahun pun, rupa tu juga, baby panda tak berkembang pesat..Hih! Sekali si abang di Melaka, tak ada keje nak buat. Lalu buka blog ni. Lalu ditunjukkan kepada emak. Haa! Pengsan mak tak pasal, ada pengakuan berani-nak-kena-sebat-dengan-kayu-getah-import dari Melaka. Ouh tidak! Sudah sedia maklum, si abang saye tu, selalu memantau sosial hidup adik perempuan dia ni..Duluu! Habis semua lelaki friendlist facebook saye, dia add. Sounds a bit gay kan? Muahahaha..tapi tak per, sesungguhnya, dia lelaki yang gentleman dan abang yang romantic..Ehem..ehemm..Semalam, sebelum balik ke Bangi, dia cakap, "Tengah bulan nantilah Alang bagi duit.." selepas I mengusulkan niat untuk membeli Blackberry Bold! Gembira sampai melompat dari atas katil, lalu mengusap-ngusap perut yang membuatkan dia sentiasa kelihatan abang kepada Murni Ismail..Hahahaha..

Urkk..mukadimah I panjang! Cikgu bahasa Melayu mesti gembira dengan pencapaian ni.. :D

Untuk makluman pembaca yang saye hargai. Saye ada 6 adik beradik, dimana, yang bongsu mestilah Murni Ismail! Eh, salah. Yang perasan bongsu, adalah saye. Ada 2 orang kakak dan 2 orang abang serta seorang abang kecik yang dah besar(direct translation of little bro). Entry ni nak menceritakan tentang kakak saye yang bernama Norfadzilah (Atih), anak ke-4.

Atih adalah insan teristimewa dalam keluarga. Dia dilahirkan normal seperti kami semua. Ujian dari-Nya kepada mak dan abah, menyebabkan Atih tidak sesempurna orang lain setelah mengalami demam panas pada umur 3 bulan. Tidak mampu untuk berfikir selogik dan sedalam kita. Seorang yang pendiam. Separuh kiri badannya lemah. Tetapi dia sungguh MENAWAN!

3 tahun lepas, Atih dihantar masuk ke Pusat Latihan Pemulihan dan Perindustrian, Bangi. Tujuan kami menghantarnya ke sana, adalah untuk memberikan peluang untuk bersosial, dan berdikari. Atih mengambil kursus Jahitan selama 2 tahun. Alhamdulillah,banyak perubahan yang dilihat.

Selepas tamat kursus, Atih bekerja di syarikat keluarga kami, syarikat printing. Hahaha..sesungguhnya sangat jauh dari kursus yang diambilnya haritu..Eh, bukan nak cerita pasal ni sebenarnya!
Selepas tamat kursus, pastilah kawan-kawan Atih makin bertambahkan. Boyfriend pun ramai juga. Lawan quota saye, hokeyh! Jealous! Dan, disebabkan saye ni sangat busy body, saye telah melihat handphonenya secara diam-diam (trained to become a busy body ok..bukan salah I. Doctors are busy body. Really, they are! Eh, I am..) Ha laa..memekak giler henpon bunyi. Si pemanggil pun tak reti-reti ke nak stop calling, bila orang tak nak jawab? Banyak giler message hokey. Lalu saye membuka satu mesej yang dah dibaca. (Yeahh..I admit, kerja ni salah. Tapi, I kena buat benda ni, demi kakak I since dia tak sesempurna kita)

Woahh..terkejut giler! Banyak sangat mesej minta duit. Ouh, ya. Saye buka banyak mesej. Bukan satu. Mesej dari perempuan dan juga lelaki. Kurang hasam betul. Memperbodohkan kakak si Murni Chantika..?! Jaga! Yang bestnya, ada sorang lelaki ni, tulis

 "Dila, kata nak bagi top up Rm30 hujung bulan? Kalau tak ada hari ni, kau tau la apa akan jadi. Gambar tu, akan ada dekat internet."

Dan ada beberapa mesej yang lain dia ugut pasal gambar dan video. Ouh, untuk makluman semua, yang masuk pusat latihan tu, kebanyakkannya, mangsa-mangsa accident yang disable. Dalam hati Tuhan je tahu betapa geramnya saye. Ok, sekarang kamu semua akan tahu juga. Hati saye berkata "Dah la cacat, jahat pula tu! Tak sedar diri ke?!" - Haa kann..I lagi teror jahat-jahat ni


Lepas tu, otak ligat je dengan macam - macam perangkap! Demm u..kenalah pasni..Hahaha...

"Hello, boleh bercakap dengan Mr N?" - "Ya, saya Mr N. Sapa ni?"

"Ouh, saya Miss Chantika, pegawai penyiasat dari Balai Polis Melaka. Boleh saye tahu, Mr N berada di mana?" - Terus letak phone!

Pastu call lagi sekali.

"Encik, saya menerima laporan dari keluarga Cik Fadzilah tentang satu ugutan gambar dan video lucah" - "Oh..fadzilah tu kawan baik saye cik..Hehehe *gelak cuak..* Saye saje je, usik - usik dia, nak tengok reaksi dia. Cik, biar saye cakap dengan Cik Fadzilah dulu. Kejap lagi saye call balik."

Haa kan..Baru je cakap dapat laporan. Dah dia pula laju melaporkan semua benda yang dia buat..Hahaha..Tu la, jahat lagi!

"Eh..nanti dulu. Saye dipertanggungjawabkan untuk menyiasat kes ini. Nanti akan ada surat polis sampai di rumah encik, jadi saye minta encik bekerjasama dengan kami bagi kes ini" - "Aduiyaii..cik, cik..nanti kejap lagi saye call. Saye nak telefon fadzilah kejap. Saye nak minta maaf kat dia. Mak saye baru meninggal minggu lepas. Tolonglah cik, keluarga saye susah.."

See..mak baru meninggal tapi buat benda - benda camni.

"Tolonglah cik..saye mengaku salah saye" - "Apa gambar dan video yang encik maksudkan?" - "Tak ada apa - apa pun, cik..saye saje takut - takutkan dia" - "Saya nak, encik tidak menghubungi cik fadzilah lagi. Demi kebaikan encik" - "Baik - baik. Saya nak call Fadzilah jap"

Taik kuda betul! Atih penat - penat kerja, dia sedap - sedap minta. Adik dia ni pun, tak dapat apa - apa. Dia pula lebih.

Pastu telefon rumah berbunyi. Wah! Gentleman sungguh, telefon rumah..Mak yang jawab. Bahahaha..Mak tak tau cerita sebenar. Saye terkikik - kikik duk tepi meja gelak. Mak pandang dengan mata kerut - kerut. Ouh, dia minta nak cakap dengan Atih. "Dari Pahang?" So, mak hulurkan telefon tu, lepas interview sket - sket.

Saye lambai - lambai tangan kat mak. Mak datang dengan muka penuh kehairanan. "Ni, Inspektor Murni Chantika berjaya menyelesaikan kes ugutan duit top up yang entah berapa kali si penjenayah tu buat." Mak, muka..hurmm..muahaha..senyum geram sebab tak tau, anak dara dia merepek ape.

Si penjenayah tadi, ape lagi. Merayu - rayu tarik balik report polis. Saye dari jauh, bagi isyarat mata suruh, letak phone. Tapi kakak saye bijak juga! Dia cakap "Aku tak tau sape yang buat report. Tak tahu menahu". "Tolong eh Dila, minta maaf tau. Nanti top up yang lama - lama tu, aku pulangkan balik."

Haihh..camtu la kisah nya. Mak saye pun bengang juga. Dan ayat yang sama pula tu keluar "Dah cacat, jahat pula tu". Niat saye, just nak dia hentikan ugut - ugut Atih. Tu baru dia, orang lain lagi belum kira. Yang minta share credit, yang minta masuk dalam account bank pun ada, lelaki, perempuan, sama je. Nasiblah Atih tak reti nak guna ATM tu.

Sebelum balik semalam, pesan kat Atih. "Lain kali, orang minta top up jangan bagi. Nanti, Murni bgtau Alang, jangan kasi duit kat Atih lagi - (kes ugut juga nihh.. :P) Budak tu telefon, jangan angkat dah. Faham?"

Pastu salam mak, wo, Atih dan terus masuk dalam kereta. KL!!! Saye rindu nak shoppingggg..Tapi tak nak exammmm! Huaaaa..takutnya..


Tet tet..tet tett -->1 new message --> Read

Cik, saye dah telefon fadzilah, dia maafkan saye. Dah minta maaf dengan mak dia juga - Cisss, bile masa kau cakap dengan mak ? Nak menipu lagi tuh. Hish!


-Tadi masak, abg datang dari Kemaman. Temanya kuning-

-So, lauk pun kuning! Daging salai masak lemak. Lauk yang dah siap xda gambar, dah habis makan baru igt nak ambik gambar :D-

-Bagaikan Sultanah kan? Cantik kann..? Kan? Bangganye menjadi adikmu yg bijak :P-

5 comments:

Ninie Fairuz said...

syukur ada adik yg prihatin..selamat si kakak.. :)

Murni Ismail

said...

Kali ni je kak..slalu kami wrestling :D

Husna'Nerra said...

waahh,,,,bestnye dapat abg mcmtu..
mesti rasa selamat jek..hehe..
n u r such a sweet adik of ur sis...:))

naniey said...

masyarakat..perangai ko murni...hahaha..terkekek ak gelak,mengong x mengong gak la ko kena kn deowg tp berjaya dgn mantapnye..wakaka..

Murni Ismail

said...

husna> hehehe..diorg sume mmg lucky dpt adik mcm i, husnaa..hehehe

naniey> ok, tunggu surat polis ye naniey..sbb bahasa kurang myenang...bahasa -ve tak dpt process dlm blog ni.. :D p/s: tanx for reading babe! x x x x x

Post a Comment

About Me

My photo
Whatever u give me, I will make it greater. Give me sperm, I'll give u a baby. Give me a house, I'll give u a home. Give me groceries, I'll give u a meal. Give me a smile, I'll give u my heart. I will multiplies and enlarges what I've given. So if u give me crap, be ready to receive a ton of shit