Sunday, April 4, 2010

Persediaan Exam

Dengan bangga dan sedikit duka cita, saye mengaku, tiada persediaan untuk exam esok. Mentalitinya.
Secara fizikal, sedikit bersedia. Pengambilan protein dari ikan, bebek chop lamb chop, dan protein shake harap - harap membantu sel - sel otak berhubung. Eh, lupa nak minum Anmum kak long. Nak tidur karanglah..

Lepas dinner tadi, saye pergi stationary untuk membeli mini torch light. Selalu pinjam orang. Tapi sebab dah tak duduk dengan kawan - kawan lagi, nak pinjam apenye. Kat rumah ni ada torch light yang biasa bawa pergi mengaji, konon - konon takut jumpa hantu. Boleh juga jadi senjata kalau hantu muncul dengan suluh pada muka sendiri.

Nak cari pen torch tak jumpa. Apela stationary tu. Sume barang tak da. Tutup je lah. Yang saye dapat hanya ini.


Giler kecik. Tapi tak pe, boleh sangkut dekat kunci kereta. Disebabkan ragu - ragu dengan kemampuan sinar yang dipancarkan, saye test kat tangan sendiri. Wahh..terang! Eh, jap..nanti dalam mulut nampak ke? Dengan tanpa segan pilu silu, saye kate kat cik gadis manis yang jaga kaunter  tu.

"Cuba muka mulut sket, saye nak test lampu ni..
Cuba la buka..Macamana I nak beli kalau I tak tau terang ke tak..
I beli ni, memang nak tengok mulut..
Hehehehe.."

Pastu saye nampak Shrek menggantikan cik gadis manis tadi. Errkk..errr..duh, silap. Salah orang. Ni bukan patient yang bila minta buka mulut, terus buka. Dan wajah tadi jadi merah pula. Ouh, berasap pula!

"Tak pe la, tak yah.." - cik gadis manis balas perlahan. Dan jeling - jeling juga. Tanpa buang masa, terus ambik mini cornetto torch light ni, bawa pergi kaunter satu lagi dan bayar.

Cerita kat kak long dalam kereta. Dia gelak - gelak. Sampai keluar air mata. Saye pun gelak juga.
Hape ke lampi pergi suruh buka mulut dengan penjual..? Tak kenal satu. Lurus bendul dua. Tak ada logika, tiga.

Kejap lagi, kalau jalan dekat mall, tiba - tiba dihampiri oleh mana - mana orang. Pastu diminta buka mulut, u all nak buka ke tak?

p/s: Harap - harap minah tadi dah cool..

4 comments:

Ninie Fairuz said...

kalau akak..on je..belasah..hehhe..

Murni Ismail

said...

gigi cantek and good oral hygiene mmg la belasahh..klu gigi terabur cam murni..? ahaha..murni belasah org yg minta buka mulut tu..burpp..burrpp..sendiri buat, tak perasan kan..?

ahmad said...

hahaha...mesti tensen tu

Fara said...

hahahhah.
kelakar la u.
cool gila cik gadis manis tu.
hihihi :P

Post a Comment

About Me

My photo
Whatever u give me, I will make it greater. Give me sperm, I'll give u a baby. Give me a house, I'll give u a home. Give me groceries, I'll give u a meal. Give me a smile, I'll give u my heart. I will multiplies and enlarges what I've given. So if u give me crap, be ready to receive a ton of shit