Sunday, April 18, 2010

Titiskan Sedikit Kasih Kepada Mereka

Tak perlu curahkan. Cukuplah dengan setitik kasih dan sayang kamu. Mereka pasti terhibur. Lalu mendoakan yang baik - baik untuk kamu. Doa yang pasti dimakbulkan oleh ALLAH SWT.

Rumah Solehah (No 2, Jalan Budiman 11, Bandar Tun Razak, Cheras) merupakan syurga bagi anak - anak yang tidak bersalah. Juga tidak diminta untuk dilahirkan dan ditemani Human immonudeficiency virus (HIV) sepanjang hayat mereka. Mereka naif. Tidak pandai untuk meminta itu ini.


Sabtu, 17hb Mei 2010, aku dan semua ahli Young Mercy 2, dari Cyberjaya Universiti College of Medical Sciences pergi ke Rumah Solehah bagi memberikan sedikit bantuan yang terdaya buat anak - anak ini. Aku bukan mahu menceritakan aktiviti yang kami lakukan, tapi ingin membantu kamu, membayangkan kehidupan mereka. Alangkah bertuahnya, kita yang dilahirkan sihat walafiat. Kadang kita terlupa tentang perihal yang kecil ini, untuk berterima kasih kepada Pencipta kita. Aku juga alpa. Jadi aku perlu tulis ini. Demi mengingatkan diriku sendiri.



-Langsir  baru!-

- 2 jam kerja-kerja pembersihan lubang air yang tersumbat. Thanks to Farhana! We, women can do anything :)-

- The only pic of me-


Aku mengaku, aku kurang senang dengan kanak - kanak. Tapi, itu tak bermakna aku benci mereka. Cuma, aku kurang arif untuk melayan mereka sebetulnya. Aku lebih suka memerhati.

Ada diantara mereka yang mempunyai ibu dan bapa ketika melihat dunia ini. Tapi, itu semua hanya sekejap. Ibubapa mereka dijemput Allah SWT. Lalu, dibesarkan oleh nenek penuh dengan kasih dan sayang. Namun, panasnya hanya sekejap. Nenek yang telah tua, tidak mampu untuk menjaga anak kecil yang aktif. Ada saudara mara. Tapi... HIV itukan jijik! Mana mungkin mereka sanggup mengambil risiko untuk membesarkan anak itu. Masyarakat, tolong buka minda! Pergi menuntut ilmu! Demi mengejar akhiratmu..


Ada juga diantara mereka dijumpai di tepi - tepi jalan. Tali pusat masih belum tanggal. Alhamdulillah, tak dimakan binatang. Alhamdulillah, masih hidup ke hari ini.


Dan seorang diantara mereka, dijumpai ketika pemusnahan kawasan Mat Rempit. Mereka lari meninggalkan bayi ini. Kesian..

Tidak lupa kepada adik yang sangat aktif. Blood test yang pertama mengatakan adik ini, positive HIV. Selepas beberapa bulan, blood test dibuat untuk kali ke 2. Alhamdullillah, HIV negative. Lupa untuk aku bertanya mengapa dia masih disitu. Bila difikirkan, mungkin kedua ibubapanya tiada. Mungkin juga, dia tidak mahu berpisah dengan adik, kakak dan abang yang dia kenal sejak lahir.


Semasa kunjungan aku ke sana, ada seorang gadis belasan tahun datang mengunjungi rumah tersebut. Belajar di luar negara. Datang ditemani driver. Fasih berbahasa Melayu. Dalam hati, aku memujinya. Dia mendapat didikan yang sempurna dari kedua ibubapanya. Masih mengingati orang - orang yang tidak bertuah sepertinya.


Kami duduk melayani anak - anak rumah Solehah, setelah kerja - kerja kami selesai. Menyerahkan hadiah dan baju baru kepada mereka. Mereka sungguh terhibur.


Dari pemerhatian aku, mereka perlukan kasih sayang. Aku dapat lihat, perbezaan karakter mereka. Gadis  kecil yang dapat kasih sayang dari neneknya, mempunyai perwatakan yang lembut dan berdisiplin. Segala nota, dan kertas peperiksaan, disimpan rapi di dalam file. Sebaliknya, yang lain, sedikit kasar.
p/s: Semoga berjaya kelak, dik!

Dan perkara yang membuatkan hati aku hiba bila mendengarkan anak - anak kecik ini, berebut mengatakan 'Mak Wan' adalah ibunya. Sambil memegang perut Mak Wan, anak yang paling kecil bersuara "Kita keluar dekat sini". Dan abang - abang yang lain, akan menidakkan kenyataan itu, malah mengatakan mereka yang keluar dari perut Mak Wan.


-Berbaju baru-


p/s: Jika ada masa terluang, pergilah melawat mereka. Mereka senang dengan kunjungan anda.

1 comment:

MEKNA said...

bagusnya u....:))
bnyak pahala u dapat nnti...insyaAllah..:))

Post a Comment

About Me

My photo
Whatever u give me, I will make it greater. Give me sperm, I'll give u a baby. Give me a house, I'll give u a home. Give me groceries, I'll give u a meal. Give me a smile, I'll give u my heart. I will multiplies and enlarges what I've given. So if u give me crap, be ready to receive a ton of shit