Tuesday, April 20, 2010

Tips Penjagaan Kesihatan

Ilham nak bagi tips kat kawan - kawan yang baca blog saye, selalu muncul dalam bilik air. Time nak buka butang pili paip macam - macam teringat (wahh..sangat kaku bahasa..Eh, baku) Nak bayar duit kat orang ni la, nak makan tu la, nak baca topik ni la, nak baca articles menarik la..Urmm..macam - macam. Tapi bila rambut dah harum, peluh jantan yang besar pun dah hilang, bilik pun dah sejuk dengan air-conditioner yang sungguh efficient, dan lampu romantik kekuningan yang menggoda, sesungguhnya membuatkan kondisi ini tidak sesuai untuk belajar..Makanya, bantal dan comforter lebih layak untuk didampingi dari buku dan lap top. Ecehh.. Alasan!

Baiklah, mari baca tips - tips penjagaan diri untuk kekal sihat. Ini bukan olok - olok tapi benar lagi sahih.

1. Penjagaan Telinga 

JANGAN rajin basuh telinga dengan air dan sabun. Faham? Ok, sebabnya, nanti telinga keluar cecair kuning seperti sabun tapi tak berbau sabun. Bau lain...Bau yang TAK nyaman. Boleh google 'otitis media'. Hanya lap dengan kain/tisu yang lembab sudah memadai. TUHAN menganugerahkan kita wax, so-called sebum dan bulu telinga untuk protect telinga kita..Makanya, bukanlah saye tak bagi u all bersihkan telinga. Tapi jangan guna air dan sabun secawan ke dalam telinga. Cukup bersihkan dengan cotton bud atau tisu/kain lembab.

Ouh, satu lagi. Kalaulah lepas swimming, air termasuk telinga. Jangan berusaha keras untuk masukkan kunci ke, kuku ke, atau benda - benda yang halus lagi tajam. Tapi, berehatlah seketika. Tidur dengan mengiringkan kepala dibahagian telinga yang bermasalah. Cara ini, sangat berkesan pada saye. Nanti, perlahan - lahan air tadi, keluar dari telinga, lalu mengejutkan anda tidur. Sebab ingat cicak atau semut kehausan nak minum air dalam tinge :P

2. Penjagaan Mata


Hendaklah membaca dengar cahaya yang mencukupi. Macamana nak ukur cukup ke tak? Ok, study di depan tingkap bilik. Sambil tu, dapat tengok jiran keliling punya aktiviti. Kalau ada gender yang berlawanan, lagi seronok. Perhatikan je. Mulut diam. Jangan rajin - rajin nak buat bunyi cengkerik tu sume. Kalau malam atau gelap, pastikan membaca dibawah lampu. Dan color lampu pun memainkan peranan. Lampu romantik sangat tak sesuai untuk study. Lampu yang putih kebiruan adalah disarankan.

Pemakanan pun harus jaga. Makan sayur - sayuran dan buah - buahan yang berwarna orange atau merah seperti carrot dan tomato. Yang pasti makanan yang banyak kandungan Vitamin A.

Gunakan cermin mata hitam ketika matahari terik. Ini, suggestion saye sahaja. Berdasarkan logik akal fikiran saye, lapisan ozon sudah nipis. Jadinya, kita terdedah kepada sinar UV yang berbahaya yang boleh menyebabkan cataract dan juga cancer kulit.

-Pasti anda tidak mahu kelihatan begini, bukan? Nerdy gitu..-

-Jadi ambillah langkah - langkah keselamatan. Tapi kawal muka anda, supaya tidak kelihatan sombong-

3. Berat Badan

Hurmm..hurmm..tips yang sensitif bagi Murni Chantika. Biarkan dia! Pertama sekali, pemilihan makanan yang betul.

Jika anda mengalami masalah berat badan yang sungguh berat, gantikan pengambilan karbohidrat(nasi, mee, roti, pizza) dengan protein (tauhu, soya, ikan, ayam, protein shake). Mungkin bagi sesetengah orang, susah untuk mendapatkan sumber - sumber protein ini. Untuk kemudahan anda, belilah protein shake. Banyak terdapat dipasaran.

Makan 3 kali sehari, wajib! Dan jangan lupa, simpan stok buah - buahan dalam fridge. Bila lapar, apa yang anda perlu lakukan adalah TELAN tanpa mengunyah buah - buahan itu.
*adik kecil, sila dapatkan pengawasan ibubapa anda untuk membaca blog ini*

Dan ini sangat penting! AIR. Anda perlu minum air sekurang - kurangnya, 2 liter sehari. Saye berjaya menurunkan berat badan 2kg dalam masa satu minggu. Hanya dengan meminum air 3 liter/hari. Dan masa timbang tu, saye baru je meneguk 500ml air. Hehehe.. Jadi, nak kurus/sehat cara selamat, pilihlah jalan ini. Ok, mesti hairan, apa relevantnya minum air banyak ni kan..? Macamni, air tu untuk sel - sel dalam badan berfungsi. Kurang air, sel - sel tu kurang active. Jadi, kerja sel - sel tadi nak bakar lemak, nak buang toksik semuanya pun lambat. Jadi, badan akan..Mok Mok! :)

Untuk diet anda bertambah berkesan, rajinkan diri anda untuk bersenam..Curi - curilah masa 15-20 minit, 3 kali seminggu. Sudah memadai.

4. Penjagaan Kulit

Paling penting, minum air sebanyak mungkin. Konon - kononnya, saye minum air banyak - banyak, untuk turunkan berat badan. Tapi, wahhhh..sungguh gembira. Kulit bercahaya. Eh, nak buat iklan krim pemutih muka yang selalu menipu kita..Kulit jadi flawless..Ini saye tak tipu..Kulit cantik giler. Lepas tu, mula la memuja - muja kecantikan tubuh sendiri. Mulalah senyum sorang - sorang dalam toilet.

Makan. Ha..bukan pil atau jamu. Tapi, orange/limau. Apa - apa yang ada vitamin C. Disebabkan saye sungguh suka dengan segala buah, terutama yang masam - masam, jadi memang limau dan mangga pilihan utama. Senang nak Poo Poo juga.. :P


Dan akhir sekali, anda mungkin akan jadi secantik gadis dibawah jika anda mengikut tips diatas. Tapi nak rambut lemah gemalai, hidung tinggi semua tu, impossible la kot. Its in your gene la kan..






















Maksud saye, yang kiri. Anzalna Nasir. Haaa!! Nak google la tuh..

FAKTA

1. Kurang calcium dalam badan akan menaikkan enzyme yang menghasilkan lemak. Jadi susu juga penting!

2. Pengambilan protein pada waktu lunch, tidak akan membuatkan anda merasa mengantuk. Hence, you have a productive day

3. Dulu...carrot berwarna purple, disebabkan high content of beta carotene

2 comments:

::FAIZ FARISH:: said...

terima kasih duta kesihatan... hehehe

rahim said...

kak
saya ni tak hari
umahsaya

Post a Comment

About Me

My photo
Whatever u give me, I will make it greater. Give me sperm, I'll give u a baby. Give me a house, I'll give u a home. Give me groceries, I'll give u a meal. Give me a smile, I'll give u my heart. I will multiplies and enlarges what I've given. So if u give me crap, be ready to receive a ton of shit