Tuesday, March 2, 2010

Hidup Yang Tidak Lagi Indah

Hello pembaca yang saye hargai sekalian..Entry kali ni berkisarkan kehidupan seorang hamba Allah yang saye temui ketika melaksanakan tanggungjawab saye sebagai seorang pelajar. Cerita ini sedikit sebanyak menyentuh hati dan naluri sebagai seorang manusia.


Mr K, 26 tahun, ada segalanya. Baru berkahwin beberapa bulan. Membawa isterinya pulang ke Dubai dan bekerja disana. Setelah satu tahun setengah, mereka kembali ke tanah air. Dan 4 bulan lepas, Mr K mengalami cirit birit setelah pulang dari bercuti dari sebuah pusat peranginan Semenanjung Malaysia.


Mr K pergi berjumpa doctor, dan diberikan ubat demam biasa. Seminggu kemudian, dia datang berjumpa doktor tersebut mengadukan tentang 'jerawat' di lehernya. Tapi tiada rawatan terhadap aduan yang dibuatnya. Dan dia datang kembali ke klinik tersebut, setelah beberapa minggu kemudian kerana jerawat tersebut semakin membesar. Actually, Mr K sangat takut dengan doktor. Dia menolak untuk membuat sebarang biopsy semasa di klinik pada mulanya.Dan doktor refer Mr K ke hospital tapi defaulted.


Dalam masa dua bulan jerawat tersebut semakin membesar. Mr K dan isteri pastinya risau bukan kepalang. Setelah beberapa investigation yang dilakukan, doktor mengatakan dia menghidap lymphoma. Dia telah pun berhenti dari kerjanya. Dan isterinya juga terpaksa berbuat demikian demi menjaga suaminya di hospital.Kini, Mr K membuat rawatan susulan di hospital. Sel kanser dah merebak ke seluruh tubuh badan. Dia mengalami cirit birit disebabkan sel kanser yang telah pun menghuni ususnya.
Semasa saye meng'interview' Mr K, suara dan gaya cakapnya seperti orang yang sudah putus harapan. Sekarang, separuh badan Mr K tidak boleh bergerak (kanser merebak ke saraf tunjang). Antara ayat-ayat Mr K yang membuatkan saye depressed sepanjang minggu ini adalah:-


1. Awak tahu tak, mana nak dapatkan fund? Saya tak ada duit lah nak buat rawatan. Saving cukup untuk pembedahan tulang belakang ni je..nanti nak chemo lagi. Hushh..Pening la. Baik saya mati je la..


2. Awak rasa saye boleh elok ke?


3. Hishh..saye takut la pembedahan ni. Baik saye mati lah.. "Eish, abang jangan lah cakap macamtu..kita tak comfirm lagi, cancer yang macamane..abang kena kuat tau!"


4. Sorry ey, saya tak tukar pampers lagi..(tumor has impinged the spinal cord - loss of motor and sensory functions, so wee wee dan poo poo tak rasa dah..)


5. Semalam kaki saye boleh gerak lagi. Saye pergi toilet sendiri, tapi hari ni, saye tak boleh gerakkan jari


Dan sebelum I tinggalkan Mr K, I ada cakap kat wife dia. Kena terus support husband dia. Kakak tu menangis..OMG! I can't handle this..Si isteri siap tahu prognosis of Hodgkin's and non-Hodkin's lymphoma. Keesokan harinya, Mr K dibedah. What I heard from a friend of mine, Mr K still tak boleh gerakkan kakinya.


Sampai hari ni, saye masih melarikan diri dari berjumpa Mr K. I know, he's not discharge yet. Saye takut. Takut kalau tersilap atau terlepas cakap, memandangkan Mr K suka bertanya. Sebab saye tahu, keadaan Mr K yang sebenar. Wallahua'lam..


-Mass at the neck-


-Multiple masses-

p/s: Mr K sangat cooperative.
"Mr K, saye nak check sikit boleh? - Bolehh..rasalah, keras."
"Saye nak ambik gambar boleh? - Boleh.."
"Nah, tgk gmbr ni, kalau saya masuk dalam internet tak per kan? Muka Mr K tak ada pun dlm gmbr ni..-Alah, kalau ada gambar pun tak pe"
"Terima kasih..Jumpa lagi. Jgn takutlah..doa banyak-banyak..Inshaallah tak da apa-apa"

Baru je jalan dua tapak...

"Adik, belajar betul-betul tau. Jadi doktor yang terbaik.."

Saye senyum dan berlalu pergi. Dalam hati hanya mampu berkata "Ameen..Ya Allah, aku mengharapkan keajaiban dari-Mu"

Walaupun bercakap hanya beberapa minit, tapi macam dah kenal berpuluh tahun. Inikan pula, menjadi sebahagian dari Mr K, seperti keluarganya. Kepada kawan-kawan saye, jaga kesihatan anda. To all of my beloved friends, please practice a healthy lifestyle ;)

1 comment:

Anonymous said...

kesiannya orang tu..saya doakan semoga dia sembuh. keep on posting entry yang macamni ya. supaya menjadi kekuatan untuk saya. dah hampir setahun saya follow blog murni. Suka baca. tergelak-gelak dibuatnya. Assalamualaikum..

Post a Comment

About Me

My photo
Whatever u give me, I will make it greater. Give me sperm, I'll give u a baby. Give me a house, I'll give u a home. Give me groceries, I'll give u a meal. Give me a smile, I'll give u my heart. I will multiplies and enlarges what I've given. So if u give me crap, be ready to receive a ton of shit