Wednesday, May 19, 2010

Personality Disorder Atau Masalah Personaliti

Saye ada kawan. Macam saye sorang je ada kawan. Kamu semua pun ada kawan kan? :)
Tapi kawan saye ada penyakit. Psychiatry problem. Kesian dia.

Check-lah senarai di bawah. Kot - kot lah kawan kamu macam kawan saye juga. Tapi kalau kamu ada masalah, kamu tak kan perasan punya. Jadi, gunalah point - point di bawah ini, bagi menilai diri anda. Eh, silap. Minta kawan kamu yang nilai.

Lecturer saye kate, kalau kamu atau kawan kamu ada ciri - ciri di bawah ini, tak semestinya dia ada penyakit tu. Jadi kamu kena ingat. Selagi dia tak ganggu komuniti, dia tak dipanggil disorder. Itu hanyalah trait. Tapi kalau sampai saye dah tulis dalam blog. Sampai saye nak bercerita pasal dia dan penyakit ini, maknanya dia menganggu lah kan? Ke, dia ganggu saye je? Ke saye yang ada penyakit? Aduhh..Tak per, tak per. Rasanya saye ada trait ja.

Ouh, kawan saye tu ada Histrionic overlapping with Narcissistic (perasaan sayang diri sendiri melampau - melampau)

Histrionic

- seductive/provocative behaviour (ni keje yang asik nak menggoda orang)

- perasan yang dia sangat intim dalam sebuah perhubungan, padahal tak pun

- attention/publisiti - yang suka sangat dengan publisiti. Yer, suka sangat!

- influenced easily - mudah dipengaruhi dengan apa aja..dari kata umpatan orang ke,pemakaian orang ke..kalau orang normal, lantak pi la nak kata apa kan? Suka..depa ni suka nak fikir lebih-lebih. Jadi masalah

- dari segi percakapan suka nak impress orang. Haa..bagus jg impress orang ni. Tapi kalau impress dengan benda-benda yang tak ada info? Ibarat tin kosong la jawabnya

- mood swing

- make-up - semua ni untuk dapatkan attention

- exaggerated emotion sehingga orang bengang dengan kamu..Sampai tak larat nak dengar, gegendang telinga pun makin nipis.

- sensitip pada teguran

- terlalu taksub dengan penampilan diri - contohnya, alamak, jerawat tumbuh, tak boleh keluar hari ni!

Jadi, ada tak? Ada tak?

Berbalik kepada kisah kawan saye tadi, dia memang ada semua trait di atas. Treamentnya, adalah berjumpa pakar untuk psychotherapy. Dia memang ada masalah dari kecil. Kamu semua boleh google Histrionic dan Narcissictic untuk maklumat lanjut.

Psychotherapy tak perlu nak pergi pakar je. Kawan - kawan pun boleh bagi support. Bagi semangat kat dia. Yang kawan saye ni, saye dah cuba. Tapi mungkin saye tak berjaya. Ha la, cakap nak kasar je. Nak fire dia je. Mana la tak lari budak tu dari treatment..Dia adalah my 1st defaulted case.

Dah..dah..Pegi print ke ape ke..Suruh kawan nilai.

Ouh, lupa. Personality disorder ni ada banyak lagi..Kalau kamu rajin, pergi la google. Kalau tak rajin, tunggu la saye rajin untuk listkan semuanya :D

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Whatever u give me, I will make it greater. Give me sperm, I'll give u a baby. Give me a house, I'll give u a home. Give me groceries, I'll give u a meal. Give me a smile, I'll give u my heart. I will multiplies and enlarges what I've given. So if u give me crap, be ready to receive a ton of shit