Sunday, December 19, 2010

Wedding

Baru je update blog tadi, ni nak update lagi. Well..Kate nak jadi minah up-to-date kan?
Tadi duduk sembang-sembang dengan mak cik, mak dan juga nenek kat dapur. Diorang borak pasal kenduri kawin. Biasalah, cuti sekolah hujung-hujung tahun macamni, memang semua berlumba-lumba kawin lain nak besarkan keluarga. Dan semua pun berlumba-lumba nak pilih tarikh yang WoW untuk kesenangan mereka tidak lupa menyambut anniversary. Mungkin ada segelintir di antara mereka memang purposely pilih tarikh-tarikh macam 10/10/10 supaya orang lain akan ingat tarikh mereka disatukan. Eihhh..tak da sapa la nak heran tarikh anniversary awak. Kan dah emo...

Geram!!! Semua pun nak kawin pada 25th December. Dan semua majlis pun wajib untuk Murni pergi. Kat  Melaka ada 2 jemputan. Jemputan dari Md Rawi, kawan masa sekolah rendah memang sangat ditunggu-tunggu, sebab kedua-dua mempelai bercinta sejak berumur 13 tahun. Hebatkan? Bertahan sampai sekarang. Jemputan dari rumah belakang lagi lah merunsingkan kotak fikiran Murni. Pengantin lelaki yg juga dua kupu-kupu pupu Murni, akan bernikah pada 25th Dec juga.

Zaizul pun jemput untuk ke majlisnya di Kemaman. Faidhi pula menjemput Murni ke Shah Alam (rumah pengantin perempuan). Dua-dua pun coursemate. Sighh..

Setelah difikir-fikirkan kemungkinan besar Murni akan ke Melaka pada hari Jumaat. Sebab orang Melaka biasanya majlis pada malam berinai besar sangatlah meriah disertai bunga api dan kompang. Akan ku cuba untuk menghadiri ke dua-dua majlis ini. Pada hari Sabtu, bolehlah pergi ke Kemaman pula. Wooot Woooootttt! Bolehlah makan sata, otak-otak, Kopitiam Hai Peng, Keropok lekor, dan ikan bakar..*drooling*


 Pertabalan Raja Sehari Kak Long :D

I look so young!


Tapi!! Semuanya ini memerlukan assistant. Ingat mak nak bagi ke drive sorang-sorang ke Kemaman? Kalau dulu ada kak long, nak pergi mana pun boleh. Ada duit, jalan je. Sekarang, kak long dah ada baby Adam, memang semua tu impossible la untuk jalan-jalan macam dulu lagi.. :( Sekian, cerita minta simpati untuk mencari teman bagi sesi Jalan Jalan Cari Makan wedding Zaizul.

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Whatever u give me, I will make it greater. Give me sperm, I'll give u a baby. Give me a house, I'll give u a home. Give me groceries, I'll give u a meal. Give me a smile, I'll give u my heart. I will multiplies and enlarges what I've given. So if u give me crap, be ready to receive a ton of shit