Tuesday, March 9, 2010

Another Reason Why I Eager to do On-call

Do you have any idea based on the title above? Yes? No?
By the way, it is a sad story.

Mrs D was admitted for 15 days due to progressively abdominal distended within 1 week prior to admission.
*Ouh...bad english!*

Mrs D, 26 tahun, memiliki wajah yang lembut, halus dan sempurna tanpa sebarang cela. Dia merupakan seorang isteri kepada Mr E. Datang ke hospital disebabkan perutnya yang makin membesar seperti wanita mengandung dalam masa hanya satu minggu. Sebelum ini, mereka telah pun pergi ke beberapa klinik bagi mengetahui status Mrs D, memandangkan mereka baru sahaja mendirikan rumahtangga 2 tahun lepas, sudah pasti dalam kotak fikiran mereka hanyalah zuriat. Tapi semuanya hanya tinggal impian. Mrs D tidak mengandung.

Setelah dimasukkan ke hospital, kes Mrs D menjadi kes yang complicated. Tidak mudah untuk di'diagnose'. Tiada gambaran yang tipikal bagi sakitnya. Tidak pasti apa punca sebenar perut Mrs D membesar sebegitu rupa. Ujian darah, biopsy, x-ray, ultrasound, dan lain-lain dibuat, namun masih tidak membantu pihak hospital. Kes ini juga telah pun kami bincangkan di dalam kelas, tetapi tiada kata putus. Walaupun gabungan 3 specialist; sakit puan, pakar bedah dan juga physician, masih sama, tiada diagnosis.

Khamis lepas, saye berpeluang bercakap dengan Mrs D.

Murni: Hi D! Macamana hari ini? Kurang sikit tak sakit tu?


Mrs D: Urm..dah tak sakit. Tapi perut tegang.


Murni: Dah makan?


Mrs D: Perut tegang. Sakit. Lagipun tak lapar.


MakMertuaD: Dia tak nak makan..Hish, tak tau la nak buat macamana lagi. Minta Allah berikan petunjuk secepat mungkin je..


Murni: Inshaallah..kita doa sama-sama. Doktor pun tengah siasat kes ni.

Yang kesiannya, badan Mrs D lebam-lebam. Hasil suntikan jarum, untuk buat ujian itu ini. Sampai saye sendiri pun ngeri dengar cerita Mrs D, apatah lagi orang yang menanggung. Masa saye borak dengan Mrs D, dia minta dibaringkan, sebab perut dia dah mengah. Lepas tu, saye minta izin untuk melihat sendiri perutnya. Dan saye sentuh. Keras. Bukan seperti perut lelaki boncit *ouh! saye selalu mengusap2 perut abang sayee..hehe..big belly u oallss~*, atau perut wanita mengandung.

Mrs D: Dah 4 kali perut saye masuk tiub, tapi tak ada air pun yang keluar.


Murni: Sabar ye D, I doakan u. Ada berubat kampung ke?


Mrs D: Ada.


Murni: Diorang kate ape?


Mrs D: Buatan orang. Setahu saye, saye tak ada bermusuh dengan siapa-siapa. Tak tahu lah.

Mata saye melorot ke wajah mak mertuanya di sebelah katil. Mata bengkak. Baru lepas menangis mungkin.

Pada malamnya, saye datang lagi. Merajinkan diri untuk on-call. Terus ke katil Mrs D.

Murni: Hi D! Macamana? Dah makan?


Mrs D: Sikit je..


Murni: Ouh..Jomlah borak-borak. Jangan la muram je. Jom kita borak macam kawan.

Baru tu la saye nampak Mrs D senyum. Terima kasih di atas senyuman ikhlas itu Mrs D!

Murni: Jom, kita cuba lagi berubat kampung. Mana tahu boleh elok. Kita buat dua-dua.


Mak Mertua: Tu la, memang plan nak buat macam tu. tapi boleh keluar hospital ke?


Murni: Eyh, xyah la keluar hospital. Kita panggil orang tu datang sini.


Mrs D: Aik? Awak percaya benda macam tu?


Murni: Hee...percaya je.. :P *Mrs D senyum lagi..*


Mrs D: Selalunya waktu senja, perut saya sakit dekat sini *dia tunjuk kat area bawah dada* Panas. Lepas tu, rasa macam kena cucuk kat belakang badan.

Sebelum saye balik, Mr E datang. Turn dia untuk menjaga Mrs D, sebab suhu badan Mrs D tinggi sedikit. Muka Mr E, penuh kerisauan dan kepenatan.

Semalam, saye datang melihat Mrs D setelah 2 hari tak tahu khabar Mrs D( Sabtu Ahad tak ada class).
Mrs D tak sedarkan diri. Mak Mrs D mengatakan, yang Mrs D meracau-racau pada waktu malam. Tak kenal suami, tak kenal mak sendiri. Perutnya sedikit kempis, setelah doktor berjaya mengeluarkan air dari perutnya. Kelihatan bengkak mata mak cik tu. Menangisi nasib anak gadisnya mungkin. Mr E masih setia menunggu di kepala katil. Memegang tangan dan mengusap rambut isteri tercinta. Sempat juga saye mendengar sang suami berbisik "Sayang, bangun..Abang datang ni. Buka mata sekejap" Namun, Mrs D, masih kaku. Dadanya beralun-alun perlahan mengikut rentak nafasnya. Pada saat ini, terlalu kuat perasaan ini untuk melangkah keluar dari bilik itu. Tapi, datang seorang lelaki tua. Menghampiri Mrs D.

Saye hanya melihat perlakuan pak cik itu. Bibir dan gigi nya terketar-ketar. Ok, enough! I should go out. Pak cik tu menangis juga. Bapa mertua Mrs D rupanya. Lalu saye melangkah pergi. Saye diekori mak mertua Mrs D. "Doctor, pagi tadi, specialist kata ready dengan apa-apa yang bakal berlaku"
OMG! Sedih sangat ok..Masa tu, saye hanya fikir, "Tak kan takde cara lain lagi? Mana boleh biarkan dia pergi macam tu je. Kalau betul ada kanser hati, transplant je la. Tak kan tak boleh?" - Ilmu saye tentang perubatan masih cetek. Mungkin ada doktor yang membaca blog ini, jadi saye mengaku, saye masih belum tahu tentang liver transplant-

Dan hari ini, keadaan Mrs D masih sama. Tak ada perkara yang menggembirakan. Yang pasti, ramai saudara-mara dan rakan-rakan mengunjungi Mrs D sejak semalam.

Di antara perkara-perkara yang menyayat hati adalah:-

1. "Diorang memang dah 2 tahun kawin, tapi baru beberapa bulan je tinggal bersama. Sebab suami Mrs D kena hantar kerja di *kedengaran seperti Indonesia*" - pesakit sebelah katil Mrs D


2. "Doktor, tak kan lah tak ada cara lain lagi..Tolonglah doktor. Gunakan kepakaran doktor tu rawat anak saye" - Mak mertua Mrs D


3. "Saye nak sangat tengok muka orang yang 'buat' Mrs D sampai sanggup seksa dia macamni. Nak tengok ada taring ke, tanduk ke..Kejam sungguh!" - pesakit sebelah katil Mrs D


4. Melihat Mr E menenangkan Mrs D, semasa Mrs D meracau-racau pada waktu malam.  Kejap-kejap, tekan button panggil nurse. Melihatkan Mr E memandang isterinya dengan penuh kesyahduan, membuatkan saye terfikir - mungkin Mr E sedang memikirkan segala salahnya terhadap Mrs D, segala tanggungjawab yang tak tertunai, dan segala memori manis mereka- *urghh..Mek Buk saye pun sedang hujan nih*


5. "Nurse! Tolong isteri saye ni, dia sakit..Kesianlah kat saye ni nurse *sambil airmatanya berjurai-jurai*"

Mari kita sama-sama doakan Mrs D supaya cepat sembuh. Maaf, tiada photo diambil. Memandangkan Mrs D tidak sedarkan diri.

Sila klik disini untuk sambungan

9 comments:

Niniekartini said...

semoga Mrs D pulih kembali normal utk merasa bahagia bersama mereka yang menyayanginya tetapi seandainya tempat yang lebih baik adalah bersamaNya.. pesan kepada mereka2 yang menyayanginya supaya redha merelakan dia pergi..kerana Allah lebih arif dalam menentukan tempat yang terbaik buat Mrs D..

Murni Ismail

said...

Ameen..Kita doakan keajaiban dari Nya.

sya said...

sounds like hepatic failure la munie... sbb bloated abdoman kn. jaundice x pt tue? mcm ade encephalopathy je... or else obstructive bowel,colitis,ovarian ca? i dont know, guessing jela. hi2. Smoga die pergi dgn tenang dan smoga ahli keluarga dh fully aware pasal condition die. Rasenye she is only for conservative management,keep her comfortable towards the end no longer benefit frm aggressive/active treatments. anyway munie goodluck in ur career! aja aja faito! ^_^

Murni Ismail

said...

yeahh..u r right sya..no final diagnosis, their differential diagnosis are lymphoma and hepatocellular carcinoma. she has passed away 3 weeks ago secondary to pneumonia..

Anonymous said...

Allahuma robbannasyi adhibil ba'sya Isfi "MRS D" antassyafi la syifa'an illa syifa uka syifaan
==============
setiap umi saya sakit saya selalu membaca doa seperti itu..doa itu kalau tidak lupa di riwayatkan oleh siti aisyah...istri nabi

sya said...

innalillah... are u okey?

Murni Ismail

said...

Anonymous> Thanks for sharing the doa..

Sya> Nahh..all gud! thanks syaa..juz regret and wonder how some people used their power to do those cruel thing..i cant imagine how they look like..

firdausalina said...

salam..
aku fikir kan.. dari mrs. d menderita sakit kan.. bagus juga di pergi dengan tenang.. kesian gak.. sampai tak kenal hb. i wish to them takhziah kerana mendapat musibah yang sungguh berat ini.. same2 la kita mendoakan smg mrs.d n keluarga dapat mengharungi dugaan ini dengan penuh kesabaran.. amin

Murni Ismail

said...

lina> tanx for reading babe..

Post a Comment

About Me

My photo
Whatever u give me, I will make it greater. Give me sperm, I'll give u a baby. Give me a house, I'll give u a home. Give me groceries, I'll give u a meal. Give me a smile, I'll give u my heart. I will multiplies and enlarges what I've given. So if u give me crap, be ready to receive a ton of shit