Wednesday, March 10, 2010

Another Reason Why I Eager to do On-call (update)

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini. I amat menghargai kesudian rakan-rakan semua untuk membaca blog yang tak seberapa ni. Previous entry, I ada menceritakan tentang Mrs D kan? Disebabkan hari ni ramai yang YM I, menanyakan keadaan Mrs D, so, I luangkan sikit masa untuk u guys..even though banyak report yang nak kena buat and kena submit on Friday. Terima kasih semua! Lets begin..

Saye sampai di hospital seawal 730 pagi hari ni. Terlewat sedikit. Terus meloloskan badan ke dalam semua langsir-langsir yang menutupi pesakit-pesakit yang ada, bagi mencari Prof dan groupmates yang pastinya telah mulakan discussion. Akhirnya jumpa di wad lelaki. Selesai sahaja sesi diskusi, lebih kurang jam 930 pagi, saye terus berjalan ke wad perempuan. Mahu melihat keadaan patients saye. Dan Mrs D adalah pesakit yang pertama saye mahu lihat. Bukan memilih kasih, tetapi memberi priority kepada pesakit kronik. Kita boleh fikirkan ini secara logik.

Dikatil, Mr E masih setia menemani seperti hari-hari yang lalu. Berita yang menggembirakan adalah, Mrs D, telah sedar. Tapi bukan sepenuhnya. Mrs D hanya mampu membuka mata apabila Mr E memanggilnya. Bagi saye, itu sudah cukup buat Mr E. "Sayang, bangunlah..dah 3 hari tak cakap dengan abang. Jom kita nyanyi sama-sama.." Perlahan-lahan mata Mrs D terbuka. Dan yang pasti, airmata turut mengalir. Air mata kegembiraan melihat sang suami berada disisi, atau mungkin air mata menahan sakit? Urm..saye tidak pasti. Kemudian, perlahan-lahan, mata bundar yang tiada lagi sinar itu, terkatup seperti sebelumnya. Sang suami hanya menggenggam tangan isterinya, lalu menangis teresak-esak. Saye yang melihat dari cermin tingkap, berlalu menuju ke bilik tv yang berdekatan, turut sama menangisi nasib pasangan itu.

Kemudian, saye menuju ke pesakit yang seterusnya. Madam N (pesakit sebelah Mrs D) - tapi dah pindah katil. Benda pertama yang dia tanyakan pada saye, adalah keadaan Mrs D. Dan saye ceritakan apa yang saye lihat sebentar tadi. Dua malam sebilik dengan Mrs N, banyak cerita yang diperolehi oleh Madam N. Lebih banyak dari apa yang saye tahu. Mari, baca dibawah:-

1. Mrs D akan mengerang kesakitan dari senja sehingga subuh. Suaminya sentiasa memberi kata-kata perangsang setiap kali Mrs D mengerang. Mereka tak tidur malam. Malah, mengajak Mrs D mengalun zikir yang berirama nasyid (mungkin ini yang dimaksudkan oleh Mr E, semasa mengajak Mrs D menyanyi). Dan Mrs D, akan turut sama berzikir, walaupun suaranya, timbul tenggelam menahan sakit.

2. Setiap pagi, suaminya akan memandikan, mengelap, sikatkan rambut dan pakaikan bedak sebelum mak mertuanya datang, menggantikan tempat suaminya untuk menjaga di siang hari.

3. Dan Madam N memberitahu saye, "If you are a good writer, please write their love story. A great love story. You should see how her husband jaga isteri dia. Even mak mertua dia jaga dia, lebih baik, penuh dengan kasih sayang dari mak kandung dia (mak Mrs D mungkin ada masalah kesihatan)

Itu sahaja buat sementara ni. Next week, I posting di Hospital Kem Terendak. Mungkin jodoh I dengan Mrs D sampai di sini sahaja. Dan I doakan, I akan jumpa dia beberapa bulan lagi. Mari kita sama-sama doakan Mrs D.

4 comments:

syaza said...

sad story :(
semoga family Mrs D bersabar dengan dugaan ni ...

Murni Ismail

said...

she's passed away 3 weeks ago..

Anonymous said...

AL FATIHAH Utk Arwah .........

I have a daughter 8 years old yang menghidap IDDM. can any one help?

Murni Ismail

said...

can u please leave ur emel?

Post a Comment

About Me

My photo
Whatever u give me, I will make it greater. Give me sperm, I'll give u a baby. Give me a house, I'll give u a home. Give me groceries, I'll give u a meal. Give me a smile, I'll give u my heart. I will multiplies and enlarges what I've given. So if u give me crap, be ready to receive a ton of shit