Tuesday, November 30, 2010

Perbualan Panas

Jangan nak pelik, jangan runsing bila anda nampak Murni Ismail rajin blogging dua tiga hari ini
Dia sememangnya begini. Terutama sekali bila hari exam makin hampir. Haa..memang biasalah..
Kalau tak caya, tepuk dahi tu. Cubalah ubah sikap supaya berprasangka baik kepada orang-orang Murni macam saya :P

Eh kejap, saya nak bagi soalan untuk pembaca comel macam awak. Tapi jawab dalam hati pun sudah memadai. Apa kaitan aktif berblogging di saat, minit dan jam untuk menjawab exam kian hampir? Komplikasi betul soalan kau tu Murni! Jawapannya, simple! Macam perkataan 'simple' tu sendiri. Pendek. Satu patah perkataan. Stress. Itulah. Tulah jawapannya.. Eiii..slowlah awak ni.. Kalau jawapan anda salah, jangan nangis. Nanti Murni buat contest macam Nuffnang selalu offer. Jadi, kena alert dengan setiap entry yang saya post nanti. Sebab hadiah lumayan seperti Blackberry Bold dibawah ini menanti anda.















Bukan itu yang Murni nak ceritakan kat sini. Macamni, ceritanya.
Semalam, ada seorang manusia, tegur Murni kat Yahoo Messenger.

He: Hi..comel lah u ni..kalau dulu intro perbualan macamni, malas sangat nak layan
Murni: Thanks..
He: Can I ask u something?
Murni: Sure..
He: R u virgin?
Murni: R u crazy?
He: I was wondering whether u're still virgin or not..

Murni malas gila nak layan dengan soalan macam tu. Lepas 3 minit, dia gatal tangan 'buzz' pula. Mamat ni kalau aku lempang, berapa kali agaknya gigi dia gugur semua eh? Tak ada kerja lain agaknya wankers kat Malaysia ni? Kalau adik-adik yang baru je ceburi dunia cyber ni, hati-hati dengan orang macamni. Murni memang dah dapat agak personaliti dia dari soalan pertama. 

3 minit kemudian, dia tak puas hati lagi. Dia bagi explanation, supaya Murni jawab soalan dia. Dia cakap, dia tengah buat research. Haaa..bijaklah tu? Bukan macamtu cara la orang buat research. Dia mesti fikir semua orang kurang bijak macam dia. Mesej Murni yang terakhir kat makhluk kurang bijak tu adalah "Kalau diri sendiri tak baik, jangan sesekali bermimpi nak dapatkan benda bernilai.."




Pemerhatian Murni sepanjang menceburi dunia cyber, kebanyakan wanker ini menggunakan taktik ini:-

1. Memberikan pujian tentang diri anda. Padahal tak pernah pun orang puji diri anda melambung begitu.

2. Mereka akan minta gambar anda. Kalau yang dah termakan dengan pujian tadi, sure bagi. Pesan Murni, jangan bagi.

3. Mereka ajak webcam. Haaa...yang ni bahaya owhhh..Adik-adik muda mudi dewi remaja di luar sana, tolonglah jangan terpedaya. Dia nak tunjuk benda-benda pelik je tu. Tolonglah jangan teruja. Nanti dia patuk..Eh! Tak..Tak.

4. Kalau webcam tunjuk muka je tak pe dik. Kang dia puji, "rantai adik cantik, baju adik cantik..Boleh berdiri sikit tak? Abang nak tengok". Mampuuiiiiiii..Ha..Jangan berdiri ok!

5. Anda kena ingat, kalau anda ikut apa yang dia suruh, anda pasti ke dia seorang je yang tengok? Manalah tawu, dia record video tu, dan upload masuk hottube.com ke, melayuboleh.com ke. Eh, malulah..Nanti, dah besar, nak masuk Akademi Fantasia.com, terpaksa tarik diri, nak jadi Menteri Kesihatan pun tak boleh..

6. Kalau ada yang nak send file seperti gambar atau video. Silalah klik button ignore atau decline. Murni 101% percaya yang file tu adalah gambar dan video beraksi panas.

7. Paling mudah, kalau ada orang bagi pujian melambung tinggi setinggi KLCC di awal perbualan, dipersilakan untuk mengabaikannya. Mereka ini hanya ingin melunaskan nafsu dengan cara yang salah.




Kalau ada yang dah biasa melayan orang-orang macam ni, cuba reflek diri anda. Mudah lupa tak? Mudah untuk menuntut ilmu sehingga ke liang lahad tak? Kalau susah jawapannya, anda sudah terkena virus! Virus minda ni, lama-lama boleh gelapkan hati. Kalau orang tu smoking, lagi cepatlah hati tu gelap.

JANGANLAH ANDA MENYALAHGUNAKAN INTERNET DENGAN BAHAN-BAHAN LUCAH - Pesanan Khidmat Masyarakat






2 comments:

::FAIZ FARISH:: said...

update lg kan? hehehe, ni akibat exam la kan?

Murni Ismail

said...

nampak kan? stress sgt kan? :D

Post a Comment

About Me

My photo
Whatever u give me, I will make it greater. Give me sperm, I'll give u a baby. Give me a house, I'll give u a home. Give me groceries, I'll give u a meal. Give me a smile, I'll give u my heart. I will multiplies and enlarges what I've given. So if u give me crap, be ready to receive a ton of shit