Sunday, November 7, 2010

Yang Kita Hina, Yang Kita Abaikan

Seperti rumah yang ditinggalkan penghuninya, seperti itulah blog ini dibiarkan sejak beberapa bulan lepas
Banyak perkara yang boleh aku coretkan, yang perlu aku luahkan. Namun tiada sedikit pun daya untukku melaksanakan hajat kecil itu. Posting di HKL benar - benar membuatkan aku letih. Kalau dulu, seusai melaksanakan tanggungjawabku sebagai seorang pelajar di hospital, kakiku pasti melangkah ke gym untuk pelbagai aktiviti kesihatan. Paling tidak, dapatlah aku mencuci mata melihat jeja....urkk?! Maaf agak keterlaluan bahasaku. Ok, jom serius!

Lelaki pertengahan umur itu berjalan menyeberangi jalan. Rambutnya tidak rapi. Poket bajunya yang bewarna coklat itu, sedikit terkoyak. Berseluar bewarna seakan-akan bajunya. Dan tidak jauh darinya, terdapat sebuah kereta mewah bewarna putih laju menghampirinya. Seperti orang gila, pemandu itu menekan hon kereta. Lelaki pertengahan umur itu sedikit terkejut lalu memaki hamun pemandu itu tadi. Dan hampir saja kereta itu terkena balingan selipar. Wajahnya kelihatan bengis.

Lelaki tadi melintasi gerai - gerai di sepanjang deretan jalan. Hampir ke semua mata yang ada, melorot jatuh pada wajah comot itu. Bila dibalas pandangan, mereka memalingkan wajah. Tiba di sebuah meja yang diduduki oleh dua gadis, lelaki itu berhenti, lalu merehatkan punggungnya. Tidak semena-mena, dua gadis itu menjerit lalu meninggalkan makanan mereka. Lelaki itu kelihatan bercakap sendirian. Mengenang nasibnya mungkin.

Kesian lelaki ini. Lagi kesian bila memikirkan mentaliti orang negara kita. Masih di tampuk lama. Masih belum merdeka. Untuk apa memarahi seorang lelaki yang tidak mampu? Apa di dalam kotak fikiran mereka ini? Orang gila? Yaa..mungkin dia seorang yang gila. Tapi orang lain masih waras. Masih mampu berfikir dengan baik.

Sebelum kakiku melangkah merapati lelaki tadi, datangnya seorang lelaki 30an menghampirinya. Menepuk bahunya. Lalu bersembang seperti menanyakan kabar. Datang wanita separuh abad menghampiri meja mereka untuk mengambil pesanan. Dari bahasa tubuh lelaki tadi, dia seolah-olah seronok dengan kehadiran anak muda itu. Setelah makanan yang dipesan oleh mereka sampai, lelaki pertengahan umur itu mula menyumbat isi perutnya. Hati ini berdetik "berapa hari agaknya pak cik ni tak makan.."

Setelah beberapa minit berlalu, anak muda itu meminta diri, meninggalkan lelaki tadi yang masih menjamu selera. "Semoga Allah merahmati mu"

Dua hari kemudian, aku berjalan ke ward seperti biasa. Aku terlihat seorang lelaki ber'kot' putih, berjalan dengan agak cemas di koridor hospital berdekatan tempat parking kereta.

"He is a doctor here!" kata hatiku..Aku amat setuju dengan pepatah ini. "Doctor is a noble profession".
Dan..dah..sudah-sudah! Tak ada apa-apa lagi. Hati tak da terdetik benda yang bukan-bukan ok...

p/s: Rindulah vit B saya :(

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Whatever u give me, I will make it greater. Give me sperm, I'll give u a baby. Give me a house, I'll give u a home. Give me groceries, I'll give u a meal. Give me a smile, I'll give u my heart. I will multiplies and enlarges what I've given. So if u give me crap, be ready to receive a ton of shit