Saturday, April 24, 2010

Bugger Lady

Pelempang nak?
Terajang?
Sup kaki?

Hissshhhhhhhh!! *gaya Lisa Surihani dalam AdaMaya*
Budak tu, childish sungguh!
Annoying giler.
Cantik orangnya.
Ouh, budak - budak lagi.
Memang perangai begitu.

Orang add boyfriend kau pun nak marah!
Siap naik kat status facebook lagi.
Sebab suka lah orang add.
Tak suka, orang tak buat.
Tak pun tak yah approve.
Human nature.
Memang suka pada benda cantik.
Nak lawan hukum Tuhan?
Bangang!
Bukan cucuh atap, tapi dah sampai menara gading pun.
Hidup la dengan dunia kau.

Sekarang aku faham.
Sebab tu orang benci kau
Ber-blog pasal kau.
Sebab muka kau cantik, tapi suka buat benda hodoh.
Apsal nak arrogant sangat?
Kau cantik mesti ramai suka kau.
Boyfren kau cantik, ramailah juga suka.

Kenapa aku tulis ni?
Sebab aku benci orang arrogant.
Aku paling tak boleh terima penindasan.
Apa reason kau nak tindas orang?
Sebab kau cantik..?
Sebab ramai memuja kecantikan kau?
Orang yang suka dengan status kau tu, hipokrit!
Ramai lagi yang diam, memerhatikan kebodohan kau.
Ramai yang geli hati lihat kau dan sekutu kau, saling memuji sesama sendiri.
Ramai yang diam, gelakkan kau.
Yang aku sangat pasti
Ramai add kau, sebab mahu menyaksikan bagaimana si bodoh berlagak pandai.

Aku jarang emo begini.
Mungkin kau hebat, sehingga mencetuskan idea untuk aku menulis tentang kau.

Siapakah orang yang paling kesian di dunia ini?
Orang yang tak tahu benda yang dia tak tahu.

p/s: Maaf, malam ini bahasa aku kasar.

Friday, April 23, 2010

Aku Tercipta Untuk Mu

Entah. Orang keberapa yang menanyakan perihal itu, aku tak pasti.
Terlalu ramai.
Untuk memberikan jawapan..Aku tak reti! Bukan..tak terjawab.

"Mr I kerja apa?"
"Mr I kat mana?"

Kalau aku teringin nak beli apa - apa yang mahal sikit..

"Minta la Sugar Daddy u.."
"Sape yang belikan kereta u? Mr I eh?"

Eiiishhh!!
Aku bukan melenting. Jauh lagi nak marah.
Aku geram. Sebab aku diam.
Lalu membuatkan orang tertanya - tanya lagi.
Aku tak nak simpati orang.
Tapi, kalau nak tahu cerita sebenar, tanya je.
Aku boleh cerita.
Untuk jawab soalan - soalan pendek macam tu, kat tepi - tepi koridor, aku malas!
Sebab, aku tau, nanti soalan tu jadi panjang.

Ouh, lupa.
Mr I adalah abah aku.
Hero aku.
Yang melengkapkan namaku.

(manisnya senyuman abah..pantang orang puji eh! :P)

Mari aku jawab, soalan yang tak ditanya pun aku boleh berikan jawapan.


"Mr I kerja apa?" - Tidur selama - lamanya. 

"Mr I kat mana?" - Masa Sugar Mummy gi umrah, nampak abah senyum kat atas Kaabah.

"Minta la Sugar Daddy u.." - Tak suka minta - minta. I rela bagi al-fatihah.

"Sape yang belikan kereta u? Mr I eh?" - Diri sendirilah..

Haaa..lagi soalan apa nak tanya? Apa? Apa?

Heee...sounds too serius kan? Hahahaha..
Tak ada idea nak tulis blog sebenarnya. Tadi kat hospital ada jumpa pak cik ni. Dia jaga anak dia sakit. Macammmmm ayah saya! :)
Walaupun saye tak pernah rasa, macamana manisnya dapat kasih dan sayang dari seorang ayah, sedikit sebanyak saye dapatlah bayangkan perwatakan ayah saye. Eh, ayah ke abah? urmm..Abah. Kakak dan abang panggil abah.

Ok, saye nak start cerita pasal abah saye nih..Sesiapa yang rasa dah bosan tu, boleh la, gi visit blog orang lain..Sebelum tu, saye nak ucapkan terima kasih, sudi jengok blog saye. Yang mana berminat, jom terus kan perjalanan.

Mak kate, abah ni kelakar. Tapi mak saye dulu garanggg! Ni kak long yang cakap eh..saye tak cakap. Ada satu hari tu, mak kurang bising. Lepas tu abah cakap kat kak long "Hari ni radio rosak ke?"
Bahahaha..semua gelak. Mak macam biasalah, senyum kemaluan dan kegeraman. Teeeehehehe..Mak kate lagi, abah ikut je apa anak nak. Semua dapat...Sebab tu mak selalu bising - bising.

Aih..aihh..sabar dulu..jangan turun dulu..Baru satu perenggan. Kang tak habis tulis pula entry ni.

Mak kate lagi, lepas solat Subuh abah baring sebelah Murni. Belai - belai macam anak Panda. Ouh..suweettt! Lepas tu, abah kate "Kesian Murni, berapa hari tak jumpa..Bila balik dia dah tidur..hari ni, jumpa la agaknya.." Lepas tu, abah sambung tidur. Bila mak gerakkan untuk pergi kerja, abah dah tak ada..

Kak long kate, abah kelakar macam Alang. Suka usik mak. Buat mak geram. Masa Kak long, Angah dan Alang kayuh basikal dalam 20m dari rumah nak ke sekolah, mak panggil patah balik. Sampai je kat rumah, mak pesan...

"Mak nak cakap ni. Tapi jangan nak meraung - raung" 
"Abah dah tak ada. Abah meninggal..."

Kak long kate, takut punya pasal, tahan je supaya tak nangis. Tersedu - sedu nangis. Nak tahan punya pasal. Alang dan angah pun sama.

Kak long kate, bila abah meninggal, terus rasa dunia ni gelap. Terus terfikir, kat siapa nak mengadu kalau mak marah. Siapa nak tahan rotan dari singgah kat badan. Dulu ada abah. Siapa nak bawa jalan - jalan? Mak tak reti bawa kereta.


Kak long kate lagi...

"Kau yang buatkan orang sedih..Pusing - pusing kat keliling abah. Merangkak - rangkak keliling jenazah. Abah...abah..abah..jiran - jiran sedih  tengok aksi sedih kau tu"

"Lepas tu kita semua pindah Melaka. Dekat Melaka, ramai orang nak ambik bela kau. Hari - hari ada orang bawa kau gi jalan - jalan. Naik motorlah, bawa gi shopping la..Kalau ada musim buah, atuk Mat Aris (atuk sedara sebelah rumah) petikkan buah rambutan untuk kau sorang je. Orang lain kena petik sendiri."

"Lepas tu, kau demam Murni..Demam rindu. Dulu, abah yang tidurkan dalam buai. Orang lain buaikan, tak nak. Nangis..Puas orang pujuk, nak tidurkan. Nangis je..Last sekali, berubat kat atuk Husin. Hilangkan rindu."

"Kat Melaka, kau main keliling pokok bunga dengan atuk Mat Aris. Sebab abah selalu main cak cak dengan kau, keliling pokok bunga."

"Kak long hairan, mak nampak elok je. Nangis masa hari abah meninggal je. Ramai juga, offer nak jaga Ery (masih dalam kandungan 7 bulan). Simpati tengok mak mungkin, kehilangan suami masa tengah sarat mengandung. Tapi mak tabah. Tak menangis depan anak - anak. Kak long ada ternampak, mak nangis sorok - sorok kat dalam bilik." 

Mata I dah sangat basah dah sekarang ni..

"Tak lama lepas tu, Ery lahir. Atuk Mat Aris pun meninggal. Dah tak ada orang main dengan kau. Ada la sorang sedara Wo ni, datang hari - hari bawa balik rumah dia dan bawa jalan - jalan naik motor"

Adalah beberapa orang kampung berkenan dekat mak. Tapi mak tolak. Sampai hari ni pun ada tau! Wooohooo..Mama hot la tu! Aritu saye tanya mak, kenapa mak tak nak kawin lagi? Mak jawab....

"Murni nak ke?" - Geleng - geleng
"Susah..anak ramai, kecik kecik lagi..Nanti, kalau apa - apa berlaku, orang mengungkit..Nanti kate, kita makan harta dia...Baik tak yah. Biar susah sama - sama. Kalau mak makan pasir, korang makan la pasir.."

Mulianya hati mak..Jauh sangat fikir. :"( ~ menangis sebesar - besar lautan
Semua orang akan bangga dengan mak sendiri kan? Macam tu juga la saye..Malah, rasa mak saye lagi hebat dari mak kamu semua. Sebab, mak saye ada dua tanggungjawab. Ibu dan juga ayah..

Dan sekarang, anak abah hampir berjaya semuanya..

Kak long dah ada company sendiri
Angah dah kaya dengan anak
Alang pun dah ada syarikat printing sendiri
Atih, jadi madam besar kat rumah. Goyang kaki laju - laju sambil supervise anak Alang.
Ery, akan tamatkan diploma dia. Lepas tu, mak nak buka bisnes untuk Ery kat KL. Nak komersialkan makanan mak yang sedap - sedap tu. Go Ery! Go!

Murni??
Yeayyyy..Murni jadi kaki rapu yang berjaya! Ooppss..Penunggang kuda yang popular. Eh, pelakon atau model yang sikit popularnya. Hahaha..Ouh, tidak abah! Murni bakal doctor tawuuu.. Bakal berkhidmat untuk masyarakat tauuu, abahh..

*wahhh..manisnya abah senyum macam tu :) *


Sekarang, ramai orang kate, yang Ery adalah photostat muka Abah..So, dapatlah tengok abah hari - hari. Walaupun Ery tak hensem, tapi sebab rupa macam abah..Dia kelihatan sungguh kacak..Hahaha..Ni balik Melaka, sure kena terajang ngan dia. Aip! Tuhan marah. Potong kaki!



p/s: malam tadi mimpi abah. Abah ziarah Murni kot! :)

Tuesday, April 20, 2010

Tips Penjagaan Kesihatan

Ilham nak bagi tips kat kawan - kawan yang baca blog saye, selalu muncul dalam bilik air. Time nak buka butang pili paip macam - macam teringat (wahh..sangat kaku bahasa..Eh, baku) Nak bayar duit kat orang ni la, nak makan tu la, nak baca topik ni la, nak baca articles menarik la..Urmm..macam - macam. Tapi bila rambut dah harum, peluh jantan yang besar pun dah hilang, bilik pun dah sejuk dengan air-conditioner yang sungguh efficient, dan lampu romantik kekuningan yang menggoda, sesungguhnya membuatkan kondisi ini tidak sesuai untuk belajar..Makanya, bantal dan comforter lebih layak untuk didampingi dari buku dan lap top. Ecehh.. Alasan!

Baiklah, mari baca tips - tips penjagaan diri untuk kekal sihat. Ini bukan olok - olok tapi benar lagi sahih.

1. Penjagaan Telinga 

JANGAN rajin basuh telinga dengan air dan sabun. Faham? Ok, sebabnya, nanti telinga keluar cecair kuning seperti sabun tapi tak berbau sabun. Bau lain...Bau yang TAK nyaman. Boleh google 'otitis media'. Hanya lap dengan kain/tisu yang lembab sudah memadai. TUHAN menganugerahkan kita wax, so-called sebum dan bulu telinga untuk protect telinga kita..Makanya, bukanlah saye tak bagi u all bersihkan telinga. Tapi jangan guna air dan sabun secawan ke dalam telinga. Cukup bersihkan dengan cotton bud atau tisu/kain lembab.

Ouh, satu lagi. Kalaulah lepas swimming, air termasuk telinga. Jangan berusaha keras untuk masukkan kunci ke, kuku ke, atau benda - benda yang halus lagi tajam. Tapi, berehatlah seketika. Tidur dengan mengiringkan kepala dibahagian telinga yang bermasalah. Cara ini, sangat berkesan pada saye. Nanti, perlahan - lahan air tadi, keluar dari telinga, lalu mengejutkan anda tidur. Sebab ingat cicak atau semut kehausan nak minum air dalam tinge :P

2. Penjagaan Mata


Hendaklah membaca dengar cahaya yang mencukupi. Macamana nak ukur cukup ke tak? Ok, study di depan tingkap bilik. Sambil tu, dapat tengok jiran keliling punya aktiviti. Kalau ada gender yang berlawanan, lagi seronok. Perhatikan je. Mulut diam. Jangan rajin - rajin nak buat bunyi cengkerik tu sume. Kalau malam atau gelap, pastikan membaca dibawah lampu. Dan color lampu pun memainkan peranan. Lampu romantik sangat tak sesuai untuk study. Lampu yang putih kebiruan adalah disarankan.

Pemakanan pun harus jaga. Makan sayur - sayuran dan buah - buahan yang berwarna orange atau merah seperti carrot dan tomato. Yang pasti makanan yang banyak kandungan Vitamin A.

Gunakan cermin mata hitam ketika matahari terik. Ini, suggestion saye sahaja. Berdasarkan logik akal fikiran saye, lapisan ozon sudah nipis. Jadinya, kita terdedah kepada sinar UV yang berbahaya yang boleh menyebabkan cataract dan juga cancer kulit.

-Pasti anda tidak mahu kelihatan begini, bukan? Nerdy gitu..-

-Jadi ambillah langkah - langkah keselamatan. Tapi kawal muka anda, supaya tidak kelihatan sombong-

3. Berat Badan

Hurmm..hurmm..tips yang sensitif bagi Murni Chantika. Biarkan dia! Pertama sekali, pemilihan makanan yang betul.

Jika anda mengalami masalah berat badan yang sungguh berat, gantikan pengambilan karbohidrat(nasi, mee, roti, pizza) dengan protein (tauhu, soya, ikan, ayam, protein shake). Mungkin bagi sesetengah orang, susah untuk mendapatkan sumber - sumber protein ini. Untuk kemudahan anda, belilah protein shake. Banyak terdapat dipasaran.

Makan 3 kali sehari, wajib! Dan jangan lupa, simpan stok buah - buahan dalam fridge. Bila lapar, apa yang anda perlu lakukan adalah TELAN tanpa mengunyah buah - buahan itu.
*adik kecil, sila dapatkan pengawasan ibubapa anda untuk membaca blog ini*

Dan ini sangat penting! AIR. Anda perlu minum air sekurang - kurangnya, 2 liter sehari. Saye berjaya menurunkan berat badan 2kg dalam masa satu minggu. Hanya dengan meminum air 3 liter/hari. Dan masa timbang tu, saye baru je meneguk 500ml air. Hehehe.. Jadi, nak kurus/sehat cara selamat, pilihlah jalan ini. Ok, mesti hairan, apa relevantnya minum air banyak ni kan..? Macamni, air tu untuk sel - sel dalam badan berfungsi. Kurang air, sel - sel tu kurang active. Jadi, kerja sel - sel tadi nak bakar lemak, nak buang toksik semuanya pun lambat. Jadi, badan akan..Mok Mok! :)

Untuk diet anda bertambah berkesan, rajinkan diri anda untuk bersenam..Curi - curilah masa 15-20 minit, 3 kali seminggu. Sudah memadai.

4. Penjagaan Kulit

Paling penting, minum air sebanyak mungkin. Konon - kononnya, saye minum air banyak - banyak, untuk turunkan berat badan. Tapi, wahhhh..sungguh gembira. Kulit bercahaya. Eh, nak buat iklan krim pemutih muka yang selalu menipu kita..Kulit jadi flawless..Ini saye tak tipu..Kulit cantik giler. Lepas tu, mula la memuja - muja kecantikan tubuh sendiri. Mulalah senyum sorang - sorang dalam toilet.

Makan. Ha..bukan pil atau jamu. Tapi, orange/limau. Apa - apa yang ada vitamin C. Disebabkan saye sungguh suka dengan segala buah, terutama yang masam - masam, jadi memang limau dan mangga pilihan utama. Senang nak Poo Poo juga.. :P


Dan akhir sekali, anda mungkin akan jadi secantik gadis dibawah jika anda mengikut tips diatas. Tapi nak rambut lemah gemalai, hidung tinggi semua tu, impossible la kot. Its in your gene la kan..






















Maksud saye, yang kiri. Anzalna Nasir. Haaa!! Nak google la tuh..

FAKTA

1. Kurang calcium dalam badan akan menaikkan enzyme yang menghasilkan lemak. Jadi susu juga penting!

2. Pengambilan protein pada waktu lunch, tidak akan membuatkan anda merasa mengantuk. Hence, you have a productive day

3. Dulu...carrot berwarna purple, disebabkan high content of beta carotene

Sunday, April 18, 2010

Titiskan Sedikit Kasih Kepada Mereka

Tak perlu curahkan. Cukuplah dengan setitik kasih dan sayang kamu. Mereka pasti terhibur. Lalu mendoakan yang baik - baik untuk kamu. Doa yang pasti dimakbulkan oleh ALLAH SWT.

Rumah Solehah (No 2, Jalan Budiman 11, Bandar Tun Razak, Cheras) merupakan syurga bagi anak - anak yang tidak bersalah. Juga tidak diminta untuk dilahirkan dan ditemani Human immonudeficiency virus (HIV) sepanjang hayat mereka. Mereka naif. Tidak pandai untuk meminta itu ini.


Sabtu, 17hb Mei 2010, aku dan semua ahli Young Mercy 2, dari Cyberjaya Universiti College of Medical Sciences pergi ke Rumah Solehah bagi memberikan sedikit bantuan yang terdaya buat anak - anak ini. Aku bukan mahu menceritakan aktiviti yang kami lakukan, tapi ingin membantu kamu, membayangkan kehidupan mereka. Alangkah bertuahnya, kita yang dilahirkan sihat walafiat. Kadang kita terlupa tentang perihal yang kecil ini, untuk berterima kasih kepada Pencipta kita. Aku juga alpa. Jadi aku perlu tulis ini. Demi mengingatkan diriku sendiri.



-Langsir  baru!-

- 2 jam kerja-kerja pembersihan lubang air yang tersumbat. Thanks to Farhana! We, women can do anything :)-

- The only pic of me-


Aku mengaku, aku kurang senang dengan kanak - kanak. Tapi, itu tak bermakna aku benci mereka. Cuma, aku kurang arif untuk melayan mereka sebetulnya. Aku lebih suka memerhati.

Ada diantara mereka yang mempunyai ibu dan bapa ketika melihat dunia ini. Tapi, itu semua hanya sekejap. Ibubapa mereka dijemput Allah SWT. Lalu, dibesarkan oleh nenek penuh dengan kasih dan sayang. Namun, panasnya hanya sekejap. Nenek yang telah tua, tidak mampu untuk menjaga anak kecil yang aktif. Ada saudara mara. Tapi... HIV itukan jijik! Mana mungkin mereka sanggup mengambil risiko untuk membesarkan anak itu. Masyarakat, tolong buka minda! Pergi menuntut ilmu! Demi mengejar akhiratmu..


Ada juga diantara mereka dijumpai di tepi - tepi jalan. Tali pusat masih belum tanggal. Alhamdulillah, tak dimakan binatang. Alhamdulillah, masih hidup ke hari ini.


Dan seorang diantara mereka, dijumpai ketika pemusnahan kawasan Mat Rempit. Mereka lari meninggalkan bayi ini. Kesian..

Tidak lupa kepada adik yang sangat aktif. Blood test yang pertama mengatakan adik ini, positive HIV. Selepas beberapa bulan, blood test dibuat untuk kali ke 2. Alhamdullillah, HIV negative. Lupa untuk aku bertanya mengapa dia masih disitu. Bila difikirkan, mungkin kedua ibubapanya tiada. Mungkin juga, dia tidak mahu berpisah dengan adik, kakak dan abang yang dia kenal sejak lahir.


Semasa kunjungan aku ke sana, ada seorang gadis belasan tahun datang mengunjungi rumah tersebut. Belajar di luar negara. Datang ditemani driver. Fasih berbahasa Melayu. Dalam hati, aku memujinya. Dia mendapat didikan yang sempurna dari kedua ibubapanya. Masih mengingati orang - orang yang tidak bertuah sepertinya.


Kami duduk melayani anak - anak rumah Solehah, setelah kerja - kerja kami selesai. Menyerahkan hadiah dan baju baru kepada mereka. Mereka sungguh terhibur.


Dari pemerhatian aku, mereka perlukan kasih sayang. Aku dapat lihat, perbezaan karakter mereka. Gadis  kecil yang dapat kasih sayang dari neneknya, mempunyai perwatakan yang lembut dan berdisiplin. Segala nota, dan kertas peperiksaan, disimpan rapi di dalam file. Sebaliknya, yang lain, sedikit kasar.
p/s: Semoga berjaya kelak, dik!

Dan perkara yang membuatkan hati aku hiba bila mendengarkan anak - anak kecik ini, berebut mengatakan 'Mak Wan' adalah ibunya. Sambil memegang perut Mak Wan, anak yang paling kecil bersuara "Kita keluar dekat sini". Dan abang - abang yang lain, akan menidakkan kenyataan itu, malah mengatakan mereka yang keluar dari perut Mak Wan.


-Berbaju baru-


p/s: Jika ada masa terluang, pergilah melawat mereka. Mereka senang dengan kunjungan anda.

Saturday, April 17, 2010

Maintenance Saya Mahal

Dah sekian lama juga saye tak update blog ni rupanya. Busy menikmati keindahan tidur berulang-ulang kali dalam masa satu hari posting-break selama seminggu. Hari ni, dah hari jumaat..Esok Sabtu, dan Ahad..Isnin start kelas semula. Next 2 months, dah masuk tahun ke-4. Alhamdulillah..


Melepak di ofis kakak sambil membaca bahan-bahan ilmiah



Baru - baru ini, pemikiran saye sangat buntu. Apa ni Murni? Ayat karangan tingkatan 4..euuwww..sangat skema!

Yer, saye makin buntu. Semuanya masalah duit. Banyak sangat wang yang dihabiskan untuk PUTRI MURNI (nama glamour - nya) atau MURNI ISMAIL. Pening kepala fikirkan. Jom..jom..biar saye ceritakan secara detail.

Minggu lepas, adalah duit lebih. Untuk shopping baju 2 helai ke, gi Gua Tempurung seperti yang dirancangkan oleh kawan saye ke, belanja kawan - kawan ke, makan kat tempat mahal - mahal sikit ke..Urmm..adalah..cukuplah nak buat benda - benda tu sume. Disebabkan adanya, perasaan tak 'sedar diri', saye dah ter'pergi' saloon. Wahh..niat dihati, nak bagi urutan 5 star kepada helaian - helaian rambut ketak - ketak ni. Touch up rambut, massage, treatment dan lain - lain lagi..tup tup..RM120. Senangkan, nak habiskan duit? Congrates Murni!

Ouhh, sebelum tu, ada pergi Alamanda. Wahh..bershopping sakan. Erk, tak sakan juga. Baju dua helai je tapi RM130 habis juga la..Then, gi bayar bill itu ini. Yelah, banyak duit kan..? Jalan - jalan lagi, nampak pula kedai Habib. Eh eh, pendant ni dah macam tak cantik.."Cik, yang ni harga berapa?(sambil tangan menunjukkan pendant yang macam lampu disco yang bulat tu..lampu yang pening-peningkan kepala orang tu..yang pusing - pusing tu..) Comel je sizenya. "RM130 cik.." Balas minah Habib. "Ouh, ok, nanti saye datang lagi.." - memikirkan, mungkin akan ada yang cantik lagi lepas ni camne?

Lepas tu, keesokan harinya, adik sedara tegur. "Kak cik, roadtax kereta kak cik expired 23 March la!"
"Eh, jangan nak menipu ok..!" (si konon kacak tu, selalu nak kenakan I yang kadang - kadang straight). Sekali pergi tengok, haa..betol! Sungguh brutal, bawa kereta balik Melaka, Putrajaya, Bangi dan KL sesuka hati. Sejak dari haritu, hati macam kena debush, debush..Tak sedap hati la tu, maksudnya..
Lalu, online, check semua bank - bank hak milik sendirian berhad. Tambah tolak sana sini. Ada la Rm500. Tak cukup untuk renew insurance. Kesian..

Jari mula la..Cari nama "Mom" dan nama "Alang". Call mak, tak jawab. Call Alang, "Alang tak ada duit, baru je bayar gaji staffs. Lagipun, bulan depan roadtax kereta Alang pun mati. Mak pun tak ada duit, repair motor Ery rosak." Dengan hati yang pasrah, saye berkata "Oklah, tak per..Selamba je la bawa kete tak da roadtax..Pandai - pandai Murni la nanti"

Lepas tu, baru cerita masalah roadtax mati kat Kak Long. Kak Long pun bank in duit, suruh renew roadtax. "Along yang bagi, nanti cakap terima kasih kat Along" - Huh? Along bagi? Alahaii..segan giler! Tapi nak buat camane, memang dah tak ada duit. Terima je lah mana - mana pertolongan.

Dan hari ni, pergi shopping baju raya kat Fah Num, KL. Disebabkan tak ada duit sendiri, ikut je lah si kakak heret ke mana - mana. Dulu shopping kat Jakel dan Aero Moda. Sekarang dah tak. Errr..maksud saye disini, kualiti kain di Fah Num, memang tip top! Harga pun tip top! Bukan nak action ke ape..tak! tak! Nak bagitau, kain kat sana cantik - cantik dan berkualiti. Tadi tanya si kakak, "Kenapa tak shopping dekat Jakel ke, Aero Moda ke, Gulatis ke..?" Dan si kakak punya jawapan "Kita beli kualiti. Nak cantik, banyak jual yang cantik - cantik. Kedai - kedai tu sume, jual kain macam kat Nilai" . Ouhh...macam si belatuk la saye ni terangguk - angguk.

Masa on the way balik dari KL, saye asik memikirkan tentang maintenance. Haih..nak beli kain tutup badan pun mahal (RM14*&). Banyaknya, si kakak spent untuk si adik. Terima kasih banyak ye, si kakak. Jasamu akan cuba kubalas sedikit demi sedikit. Ouh, si abang juga. Urmm..mak lagilah, tak mampu nak balas. Tapi akan ku cuba. Eh..eh, nak nangis pula rasa. Tiba - tiba pula terbayangkan mak tertidur depan tv sambil menunggu saye datang mengurut kaki. Dulu, setiap malam urut kaki mak. Sekarang, dah jauh. Bila balik kampung, baru la mak dapat rasa urutan dari anak gadisnya ini. Kesian mak! :"(


Ouh, dah pukul 12 malam ni. Oklah..Esok kena bangun awal. Ada charity work dekat Rumah Solehah Cheras dan Ampang. Have a nice day peeps! :)

SELAMAT MALAM SEMUA HAMBA ALLAH SWT




Monday, April 12, 2010

I need a vacation!

Urmm..currently, that's the thing I want the most
For certain reasons, I need a vacation
My life should be painted with a wonderful holiday
This is the so-called craving! Haha..pity eh..
For me, vacation is a foundation to boost up our spirit
especially those who are handling troubles in their daily life
How about unaffordable people?
Use your power of observation to learn about LIFE from this 'Subline Community'
They have endured roller-coaster, up and down, thick and thin, and even rock-built fortress
They owned a very unique way to solve problems
That made them stronger!
I hope I didn't give you a desultory remark.


Hanyalah kata - kata semangat kepada diri sendiri supaya tak perlu nak pergi luar negara untuk benda yang remeh - remeh, rapu -rapu dengan duit ribu riban. Nak guna duit mak ayah, untuk kepuasan dan kegembiraan sendiri. Beli blackberry dengan duit abang. Nak yang BOLD je pula tuh. Heih, sungguh tak malu. ..Jadi, mari melancong dalam video sahaja.. :P


Saturday, April 10, 2010

Lukisan

Menci tauu..nak tulis entry lain sebenarnya. Tapi Incik Celcom ngada - ngada. Main cak - cak kononnya cute miut gitu. Lalu, terpaksa memikirkan idea lain. Dan tadaaaaaa..


Tekun untuk exam




Woopp! Jangan dengan gambar ni pun nak 'turn-on' eh. Sungguh tak normal kalau 'turn'on'





Di atas permintaan seorang jejaka yang bujang, I hanya menurut perintah ok... Tulis cerita tentang dia. Nak femes kata I..Eh, jap..sape yang kata sebenarnya? Beliau merupakan photographer berseni yang bujang. Mempunyai satu hati yang kadang - kadang geli macam ada bunga mekar. Bila ada bunga boleh jadi taman, kan? tulus. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk merebut dengan I mendapatkan discount yang hebat bagi hasil foto yang memikau mata penglihat..Penglihat? Ape ke pelik bunyinya. Dengar - pendengar. Lihat - penlihat? Ush..Pelik sangat nih. Untuk tempahan, sila ke facebook beliau. Untuk berkenalan, boleh jalan click facebook beliau juga. 



Sempat berpesan, letak gambar yang handsome - handsome. Jadi, I duk belek - belek profile picture dia tadi. Apa ciri - ciri profile picture? Ciri - cirinya mestilah  gambar yang paling terbaik, ter'handsome', dan ter'chantika' kan? Jadi, bila dia minta letak gambar yang kelihatan menawan, I ambiklah dari profile picture dia.




Tu dia, ada watermark muzaffarphoto lagi



Cuba tengok, siapa sebenarnya yang paling gembira dalam gambar ini?


Banyak - banyak fotographer yang I kenal, studio mamat handsome ni la yang ramai artis datang untuk shoot wajah mereka. Lisa Surihani la, Sari Yanti la, Murni Chantika la, Zizan Raja Lawak la..Haih, ni warning I terakhir untuk u. I nampak status facebook artis datang studio u, siapp! Sila beritahu I seawal mungkin. Ini, artis dah balik baru hegeh - hegeh berlagak ngan I. Chaiitt!

p/s: Muz, u kena senyum lebar lagi, bagi menunjukkan yang u excited bergambar dengan Lisa Surihani. Tak kira la, Lisa ke sape. Yang penting wanita. Eh, jap! Ke sebab u photoshop picture ni? Superimposed eh?

Sunday, April 4, 2010

Persediaan Exam

Dengan bangga dan sedikit duka cita, saye mengaku, tiada persediaan untuk exam esok. Mentalitinya.
Secara fizikal, sedikit bersedia. Pengambilan protein dari ikan, bebek chop lamb chop, dan protein shake harap - harap membantu sel - sel otak berhubung. Eh, lupa nak minum Anmum kak long. Nak tidur karanglah..

Lepas dinner tadi, saye pergi stationary untuk membeli mini torch light. Selalu pinjam orang. Tapi sebab dah tak duduk dengan kawan - kawan lagi, nak pinjam apenye. Kat rumah ni ada torch light yang biasa bawa pergi mengaji, konon - konon takut jumpa hantu. Boleh juga jadi senjata kalau hantu muncul dengan suluh pada muka sendiri.

Nak cari pen torch tak jumpa. Apela stationary tu. Sume barang tak da. Tutup je lah. Yang saye dapat hanya ini.


Giler kecik. Tapi tak pe, boleh sangkut dekat kunci kereta. Disebabkan ragu - ragu dengan kemampuan sinar yang dipancarkan, saye test kat tangan sendiri. Wahh..terang! Eh, jap..nanti dalam mulut nampak ke? Dengan tanpa segan pilu silu, saye kate kat cik gadis manis yang jaga kaunter  tu.

"Cuba muka mulut sket, saye nak test lampu ni..
Cuba la buka..Macamana I nak beli kalau I tak tau terang ke tak..
I beli ni, memang nak tengok mulut..
Hehehehe.."

Pastu saye nampak Shrek menggantikan cik gadis manis tadi. Errkk..errr..duh, silap. Salah orang. Ni bukan patient yang bila minta buka mulut, terus buka. Dan wajah tadi jadi merah pula. Ouh, berasap pula!

"Tak pe la, tak yah.." - cik gadis manis balas perlahan. Dan jeling - jeling juga. Tanpa buang masa, terus ambik mini cornetto torch light ni, bawa pergi kaunter satu lagi dan bayar.

Cerita kat kak long dalam kereta. Dia gelak - gelak. Sampai keluar air mata. Saye pun gelak juga.
Hape ke lampi pergi suruh buka mulut dengan penjual..? Tak kenal satu. Lurus bendul dua. Tak ada logika, tiga.

Kejap lagi, kalau jalan dekat mall, tiba - tiba dihampiri oleh mana - mana orang. Pastu diminta buka mulut, u all nak buka ke tak?

p/s: Harap - harap minah tadi dah cool..

Saturday, April 3, 2010

Yang Teristimewa

Oh my! Sungguh dehydrated nehh..tengok pc dari pukul 3 pagi. Sebab nak jawab soalan dari onexamination.com. Haa..time-time camni la baru nak bersengkang mata buat soalan segala. Sebelum ni, enak aja tido macam panda bunting! Hoihh..Sekarang pun bunting juga, 3 bulan. Dah setahun pun, rupa tu juga, baby panda tak berkembang pesat..Hih! Sekali si abang di Melaka, tak ada keje nak buat. Lalu buka blog ni. Lalu ditunjukkan kepada emak. Haa! Pengsan mak tak pasal, ada pengakuan berani-nak-kena-sebat-dengan-kayu-getah-import dari Melaka. Ouh tidak! Sudah sedia maklum, si abang saye tu, selalu memantau sosial hidup adik perempuan dia ni..Duluu! Habis semua lelaki friendlist facebook saye, dia add. Sounds a bit gay kan? Muahahaha..tapi tak per, sesungguhnya, dia lelaki yang gentleman dan abang yang romantic..Ehem..ehemm..Semalam, sebelum balik ke Bangi, dia cakap, "Tengah bulan nantilah Alang bagi duit.." selepas I mengusulkan niat untuk membeli Blackberry Bold! Gembira sampai melompat dari atas katil, lalu mengusap-ngusap perut yang membuatkan dia sentiasa kelihatan abang kepada Murni Ismail..Hahahaha..

Urkk..mukadimah I panjang! Cikgu bahasa Melayu mesti gembira dengan pencapaian ni.. :D

Untuk makluman pembaca yang saye hargai. Saye ada 6 adik beradik, dimana, yang bongsu mestilah Murni Ismail! Eh, salah. Yang perasan bongsu, adalah saye. Ada 2 orang kakak dan 2 orang abang serta seorang abang kecik yang dah besar(direct translation of little bro). Entry ni nak menceritakan tentang kakak saye yang bernama Norfadzilah (Atih), anak ke-4.

Atih adalah insan teristimewa dalam keluarga. Dia dilahirkan normal seperti kami semua. Ujian dari-Nya kepada mak dan abah, menyebabkan Atih tidak sesempurna orang lain setelah mengalami demam panas pada umur 3 bulan. Tidak mampu untuk berfikir selogik dan sedalam kita. Seorang yang pendiam. Separuh kiri badannya lemah. Tetapi dia sungguh MENAWAN!

3 tahun lepas, Atih dihantar masuk ke Pusat Latihan Pemulihan dan Perindustrian, Bangi. Tujuan kami menghantarnya ke sana, adalah untuk memberikan peluang untuk bersosial, dan berdikari. Atih mengambil kursus Jahitan selama 2 tahun. Alhamdulillah,banyak perubahan yang dilihat.

Selepas tamat kursus, Atih bekerja di syarikat keluarga kami, syarikat printing. Hahaha..sesungguhnya sangat jauh dari kursus yang diambilnya haritu..Eh, bukan nak cerita pasal ni sebenarnya!
Selepas tamat kursus, pastilah kawan-kawan Atih makin bertambahkan. Boyfriend pun ramai juga. Lawan quota saye, hokeyh! Jealous! Dan, disebabkan saye ni sangat busy body, saye telah melihat handphonenya secara diam-diam (trained to become a busy body ok..bukan salah I. Doctors are busy body. Really, they are! Eh, I am..) Ha laa..memekak giler henpon bunyi. Si pemanggil pun tak reti-reti ke nak stop calling, bila orang tak nak jawab? Banyak giler message hokey. Lalu saye membuka satu mesej yang dah dibaca. (Yeahh..I admit, kerja ni salah. Tapi, I kena buat benda ni, demi kakak I since dia tak sesempurna kita)

Woahh..terkejut giler! Banyak sangat mesej minta duit. Ouh, ya. Saye buka banyak mesej. Bukan satu. Mesej dari perempuan dan juga lelaki. Kurang hasam betul. Memperbodohkan kakak si Murni Chantika..?! Jaga! Yang bestnya, ada sorang lelaki ni, tulis

 "Dila, kata nak bagi top up Rm30 hujung bulan? Kalau tak ada hari ni, kau tau la apa akan jadi. Gambar tu, akan ada dekat internet."

Dan ada beberapa mesej yang lain dia ugut pasal gambar dan video. Ouh, untuk makluman semua, yang masuk pusat latihan tu, kebanyakkannya, mangsa-mangsa accident yang disable. Dalam hati Tuhan je tahu betapa geramnya saye. Ok, sekarang kamu semua akan tahu juga. Hati saye berkata "Dah la cacat, jahat pula tu! Tak sedar diri ke?!" - Haa kann..I lagi teror jahat-jahat ni


Lepas tu, otak ligat je dengan macam - macam perangkap! Demm u..kenalah pasni..Hahaha...

"Hello, boleh bercakap dengan Mr N?" - "Ya, saya Mr N. Sapa ni?"

"Ouh, saya Miss Chantika, pegawai penyiasat dari Balai Polis Melaka. Boleh saye tahu, Mr N berada di mana?" - Terus letak phone!

Pastu call lagi sekali.

"Encik, saya menerima laporan dari keluarga Cik Fadzilah tentang satu ugutan gambar dan video lucah" - "Oh..fadzilah tu kawan baik saye cik..Hehehe *gelak cuak..* Saye saje je, usik - usik dia, nak tengok reaksi dia. Cik, biar saye cakap dengan Cik Fadzilah dulu. Kejap lagi saye call balik."

Haa kan..Baru je cakap dapat laporan. Dah dia pula laju melaporkan semua benda yang dia buat..Hahaha..Tu la, jahat lagi!

"Eh..nanti dulu. Saye dipertanggungjawabkan untuk menyiasat kes ini. Nanti akan ada surat polis sampai di rumah encik, jadi saye minta encik bekerjasama dengan kami bagi kes ini" - "Aduiyaii..cik, cik..nanti kejap lagi saye call. Saye nak telefon fadzilah kejap. Saye nak minta maaf kat dia. Mak saye baru meninggal minggu lepas. Tolonglah cik, keluarga saye susah.."

See..mak baru meninggal tapi buat benda - benda camni.

"Tolonglah cik..saye mengaku salah saye" - "Apa gambar dan video yang encik maksudkan?" - "Tak ada apa - apa pun, cik..saye saje takut - takutkan dia" - "Saya nak, encik tidak menghubungi cik fadzilah lagi. Demi kebaikan encik" - "Baik - baik. Saya nak call Fadzilah jap"

Taik kuda betul! Atih penat - penat kerja, dia sedap - sedap minta. Adik dia ni pun, tak dapat apa - apa. Dia pula lebih.

Pastu telefon rumah berbunyi. Wah! Gentleman sungguh, telefon rumah..Mak yang jawab. Bahahaha..Mak tak tau cerita sebenar. Saye terkikik - kikik duk tepi meja gelak. Mak pandang dengan mata kerut - kerut. Ouh, dia minta nak cakap dengan Atih. "Dari Pahang?" So, mak hulurkan telefon tu, lepas interview sket - sket.

Saye lambai - lambai tangan kat mak. Mak datang dengan muka penuh kehairanan. "Ni, Inspektor Murni Chantika berjaya menyelesaikan kes ugutan duit top up yang entah berapa kali si penjenayah tu buat." Mak, muka..hurmm..muahaha..senyum geram sebab tak tau, anak dara dia merepek ape.

Si penjenayah tadi, ape lagi. Merayu - rayu tarik balik report polis. Saye dari jauh, bagi isyarat mata suruh, letak phone. Tapi kakak saye bijak juga! Dia cakap "Aku tak tau sape yang buat report. Tak tahu menahu". "Tolong eh Dila, minta maaf tau. Nanti top up yang lama - lama tu, aku pulangkan balik."

Haihh..camtu la kisah nya. Mak saye pun bengang juga. Dan ayat yang sama pula tu keluar "Dah cacat, jahat pula tu". Niat saye, just nak dia hentikan ugut - ugut Atih. Tu baru dia, orang lain lagi belum kira. Yang minta share credit, yang minta masuk dalam account bank pun ada, lelaki, perempuan, sama je. Nasiblah Atih tak reti nak guna ATM tu.

Sebelum balik semalam, pesan kat Atih. "Lain kali, orang minta top up jangan bagi. Nanti, Murni bgtau Alang, jangan kasi duit kat Atih lagi - (kes ugut juga nihh.. :P) Budak tu telefon, jangan angkat dah. Faham?"

Pastu salam mak, wo, Atih dan terus masuk dalam kereta. KL!!! Saye rindu nak shoppingggg..Tapi tak nak exammmm! Huaaaa..takutnya..


Tet tet..tet tett -->1 new message --> Read

Cik, saye dah telefon fadzilah, dia maafkan saye. Dah minta maaf dengan mak dia juga - Cisss, bile masa kau cakap dengan mak ? Nak menipu lagi tuh. Hish!


-Tadi masak, abg datang dari Kemaman. Temanya kuning-

-So, lauk pun kuning! Daging salai masak lemak. Lauk yang dah siap xda gambar, dah habis makan baru igt nak ambik gambar :D-

-Bagaikan Sultanah kan? Cantik kann..? Kan? Bangganye menjadi adikmu yg bijak :P-

About Me

My photo
Whatever u give me, I will make it greater. Give me sperm, I'll give u a baby. Give me a house, I'll give u a home. Give me groceries, I'll give u a meal. Give me a smile, I'll give u my heart. I will multiplies and enlarges what I've given. So if u give me crap, be ready to receive a ton of shit