Saturday, April 17, 2010

Maintenance Saya Mahal

Dah sekian lama juga saye tak update blog ni rupanya. Busy menikmati keindahan tidur berulang-ulang kali dalam masa satu hari posting-break selama seminggu. Hari ni, dah hari jumaat..Esok Sabtu, dan Ahad..Isnin start kelas semula. Next 2 months, dah masuk tahun ke-4. Alhamdulillah..


Melepak di ofis kakak sambil membaca bahan-bahan ilmiah



Baru - baru ini, pemikiran saye sangat buntu. Apa ni Murni? Ayat karangan tingkatan 4..euuwww..sangat skema!

Yer, saye makin buntu. Semuanya masalah duit. Banyak sangat wang yang dihabiskan untuk PUTRI MURNI (nama glamour - nya) atau MURNI ISMAIL. Pening kepala fikirkan. Jom..jom..biar saye ceritakan secara detail.

Minggu lepas, adalah duit lebih. Untuk shopping baju 2 helai ke, gi Gua Tempurung seperti yang dirancangkan oleh kawan saye ke, belanja kawan - kawan ke, makan kat tempat mahal - mahal sikit ke..Urmm..adalah..cukuplah nak buat benda - benda tu sume. Disebabkan adanya, perasaan tak 'sedar diri', saye dah ter'pergi' saloon. Wahh..niat dihati, nak bagi urutan 5 star kepada helaian - helaian rambut ketak - ketak ni. Touch up rambut, massage, treatment dan lain - lain lagi..tup tup..RM120. Senangkan, nak habiskan duit? Congrates Murni!

Ouhh, sebelum tu, ada pergi Alamanda. Wahh..bershopping sakan. Erk, tak sakan juga. Baju dua helai je tapi RM130 habis juga la..Then, gi bayar bill itu ini. Yelah, banyak duit kan..? Jalan - jalan lagi, nampak pula kedai Habib. Eh eh, pendant ni dah macam tak cantik.."Cik, yang ni harga berapa?(sambil tangan menunjukkan pendant yang macam lampu disco yang bulat tu..lampu yang pening-peningkan kepala orang tu..yang pusing - pusing tu..) Comel je sizenya. "RM130 cik.." Balas minah Habib. "Ouh, ok, nanti saye datang lagi.." - memikirkan, mungkin akan ada yang cantik lagi lepas ni camne?

Lepas tu, keesokan harinya, adik sedara tegur. "Kak cik, roadtax kereta kak cik expired 23 March la!"
"Eh, jangan nak menipu ok..!" (si konon kacak tu, selalu nak kenakan I yang kadang - kadang straight). Sekali pergi tengok, haa..betol! Sungguh brutal, bawa kereta balik Melaka, Putrajaya, Bangi dan KL sesuka hati. Sejak dari haritu, hati macam kena debush, debush..Tak sedap hati la tu, maksudnya..
Lalu, online, check semua bank - bank hak milik sendirian berhad. Tambah tolak sana sini. Ada la Rm500. Tak cukup untuk renew insurance. Kesian..

Jari mula la..Cari nama "Mom" dan nama "Alang". Call mak, tak jawab. Call Alang, "Alang tak ada duit, baru je bayar gaji staffs. Lagipun, bulan depan roadtax kereta Alang pun mati. Mak pun tak ada duit, repair motor Ery rosak." Dengan hati yang pasrah, saye berkata "Oklah, tak per..Selamba je la bawa kete tak da roadtax..Pandai - pandai Murni la nanti"

Lepas tu, baru cerita masalah roadtax mati kat Kak Long. Kak Long pun bank in duit, suruh renew roadtax. "Along yang bagi, nanti cakap terima kasih kat Along" - Huh? Along bagi? Alahaii..segan giler! Tapi nak buat camane, memang dah tak ada duit. Terima je lah mana - mana pertolongan.

Dan hari ni, pergi shopping baju raya kat Fah Num, KL. Disebabkan tak ada duit sendiri, ikut je lah si kakak heret ke mana - mana. Dulu shopping kat Jakel dan Aero Moda. Sekarang dah tak. Errr..maksud saye disini, kualiti kain di Fah Num, memang tip top! Harga pun tip top! Bukan nak action ke ape..tak! tak! Nak bagitau, kain kat sana cantik - cantik dan berkualiti. Tadi tanya si kakak, "Kenapa tak shopping dekat Jakel ke, Aero Moda ke, Gulatis ke..?" Dan si kakak punya jawapan "Kita beli kualiti. Nak cantik, banyak jual yang cantik - cantik. Kedai - kedai tu sume, jual kain macam kat Nilai" . Ouhh...macam si belatuk la saye ni terangguk - angguk.

Masa on the way balik dari KL, saye asik memikirkan tentang maintenance. Haih..nak beli kain tutup badan pun mahal (RM14*&). Banyaknya, si kakak spent untuk si adik. Terima kasih banyak ye, si kakak. Jasamu akan cuba kubalas sedikit demi sedikit. Ouh, si abang juga. Urmm..mak lagilah, tak mampu nak balas. Tapi akan ku cuba. Eh..eh, nak nangis pula rasa. Tiba - tiba pula terbayangkan mak tertidur depan tv sambil menunggu saye datang mengurut kaki. Dulu, setiap malam urut kaki mak. Sekarang, dah jauh. Bila balik kampung, baru la mak dapat rasa urutan dari anak gadisnya ini. Kesian mak! :"(


Ouh, dah pukul 12 malam ni. Oklah..Esok kena bangun awal. Ada charity work dekat Rumah Solehah Cheras dan Ampang. Have a nice day peeps! :)

SELAMAT MALAM SEMUA HAMBA ALLAH SWT




2 comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Whatever u give me, I will make it greater. Give me sperm, I'll give u a baby. Give me a house, I'll give u a home. Give me groceries, I'll give u a meal. Give me a smile, I'll give u my heart. I will multiplies and enlarges what I've given. So if u give me crap, be ready to receive a ton of shit